Saturday, October 19, 2013

SECRET RECIPE DAN ESCAPE PLAN.

hai, hello..

line internet hari sabtu memang hiba. sedih dengar justin timberlake tergagap-gagap. muehehehe.

ekceli baru berkesempatan nak tengok citer escape plan ni. kebetulan semalam macam nak bersenang lenang, kaki pon gatal nak jalan. so plan la dengan BFF. sesudah azan baru gerak. tu pon terasa awal beno keluar rumah. haha. b4 ni keluar lambat, nah kau bebaris panjang. letihh kaki, nasib baik mase tu ade kamal adli, tak la stress. kali ni keluar awal sit dah hampir penuh. terpakse iolz duduk tepi-tepi. hehehe.

lepas book ticket, ade masa 1 jam free. so, kite makan leeerk dulu. BFF pulak ajak makan kat Secret Recipe. sebab die suke gila dengan special beef noodles kat SR tu. aku tak bekenan kalau bab makan kat SR ni. tak berkenan dari segi food menu die. tak menarik hati iolz. pastu adik aku labelkan SR ni lokek gula dan garam. die punya makanan tak la berasa sangat. pastukan nak ngumpat ni, presentation je lawo kemaiinn. bhahahahahahaa. well, ni pandangan kastemer...



Chic. Parmigiana ni idok la sedap mane pon. dah tahu tak sedap, tapi nak order jugakkk. bukan tak sedap beno la. cuma muak yang teramat-amat. nasib baik share dengan BFF. mungkin koloborasi antara ayam dengan cheese mozarella macam tak sesuai. macam makan pizza edisi ayam. ce, bayangkan. wedges ok la sedap. salad dengan tomato ceri ni buat ilang rasa muak je. menu baru SR Special Beef Noodles tu nampak macam sedap. tapi bagi aku so-so je. sebab bau lembu plus ade perut lembu sekali dalam tu. cepat muak dan berbau jugak. lepastu aku rasa satu panggung bau lembu. haha ni keje si su tu la nak sangat!. yang aku boleh telan dekat menu SR ni cuma mee kari dan tomyam die sajo. steak-steak bagai tu toksahlah try. mihmihmih. statement kauuuuuu azi oiii!


green apple celery ni memang sedap.  rasa fresh dan tak manis. just nice dan sangat kena dengan anak tekak aku. :)



lepas makan lantas ke panggung. 

aku review sikit la citer Escape Plan. jalan cerita tak la keras sangat. berupa santai-santai, bergelak-gelak jugak. lawak pon boleh tahan. Ray Breslin watak utama yang berjaya! die ada agensi tersendiri yang menyiasat dan mengkaji tentang kelemahan sistem sesebuah penjara tu, siap buat buku ok!. untuk tugasan yang terakhir, beliau di upah untuk meloloskan diri dari penjara yang di cipta seorang manusia yang mana, manusia ni bina penjara berdasarkan  buku Ray! dan manusia ni konon-konon dah terel sangat lettew!. lepastu yang sedihnya rakan kongsi Ray belot. die memang sengaja nak Ray terus di tahan dalam penjara yang memang tak mungkin Ray berjaya larikan diri. agak-agak macam mana Ray nak keluar dari situ ek?. banyak konflik yang timbul dalam penjara tu. akhirnya Ray berjaya jugak keluar! dengan kemahiran dan kesungguhan daya kretiviti daya macam-macam daya die ade. haha! memang super ohsem la cerita ni. aku nak cerita lebih-lebih nanti korang tak syok pulak nak layan. heheeee. aku dengan beraninya cakap NAK TENGOK LAGI!!. sebab aku suke gila movie yang berunsur action, bom-bom, tembak-tembak, mati-mati ni. baruuuuuu HEBAT! 


haha. k.bai~


1 comment :

Puan Ezy said...

xprnh lg mkn kat SR.. mkn kek die prnh la skli 2.. haha