Hai..
Aku sebenonya nak share satu berita gembira yang belum basi.
Hehe. Alhamdulillah akhirnya aku bergelar student/pelajar balik. salah satu wishlist aku tahun 2014 ialah cont.
Study! Andd yeahh aku bergelar student PJJ/PLK dengan rasminya pada 27/8!
Kahkahkahh ape yang hebat sangat tah??
Aku nak cerita sikitla banyak drama jugak nak mohon PJJ ni.
Kuat semangat je la. Aku dapat tahu uitm-ined ade buat pengambilan september
2014 dari kawan aku. Masa tu dah start mohon bulan mei gitu la. Memula aku
memutuskan nak mohon je kat UTM-space skudai tu. Dekat pon dekat. Tapi takde
pulak course accounting untuk PJJ. I is frust menonggeng jugak la. Nak mohon
uitm kampus johor bahru yakin tak yakin je dapat kat JB kan. kalau tak cukup
pelajar kat JB dorang akan buat kat Shah Alam. Rela takk?? JB – Shah Alam??
Tapi bila Allah dah kata rezeki aku kat Shah Alam. Maka, ‘mendapatlah’
aku kat Shah Alam. Masa mula-mula tengok surat tawaran, baca tang KAMPUS : UiTM
Shah Alam. Omak aii bia betul?
Cemana kekdah nak gitau parents aku mase tu!
Tapii...tapiii sebelum aku beritahu cemana aku beritahu
parents aku mase tu, aku nak citer ar sikit cemana aku boleh tercalon dalam
pelajar PJJ ni?. Cewahh tercalon ko!.
Aku ni kan agak sengal pon ade tau. Masa result permohonan
tu keluar, aku cek kat tempat lain. Means website lain. Kahkahkah. Vongoks kan.
Seminggu aku dok cek “permohonan anda dalam proses” lagi. Stress. Sampaila ika
kawen 16/8 malam tu aku still lagi cek. Sebab 16/8 sepatutnya hari mendaftar. Sahlah
aku tak dapat! Bentak hati kecil ku! Pfft.
Then, aku frust siap mengadu kat ibu. Persoalan demi persoalan aku ajukan kat ibu
kenapa aku tak dapat. Bla bla bla...bila di trobek balik. baru ingat aku hantar
result muet dah lewat 2 minggu dari tarikh tutup. Sebab result muet aku hilang,
aku mintak kat MPM print balik result aku. Tu yang lambat. Lambat-lambat pon
aku still hantar jugak la dengan hati yang sebal. Cewahh. Tu mungkin menjadi salah
satu sebab permohonan aku di tolak atau mungkin akan masuk sem seterusnya iaitu
bulan 3/2015 camtu. *kalau layak lah...
Aku dapat email dari uitm-ined 18/8 untuk pendaftaran ke
dua. Hah? Pendaftaran kedua? Apakah maksudnya?? Aku terus la tepon i-ned cakap
aku tak dapat surat tawaran etc etc bebel jugak la kan. Sekali orang tu tanya
awak cek kat mana? Cemana boleh takde? Aku pon yakinla tunjuk w/site yang aku
cek tu. Sekali ko tahu?? SALAH WEBSITE!! I is bengang rase nak maki diri
sendiri. Haha.
Aku pon cek la balik website yang die bagi tu. masuk no kad pengenalan. Maka keluarlah surat tawaran yang menyatakan aku
berjaya. Haha. Dalam surat tawaran tu kene hadir mendaftar pada 16/8 lokasi di
dewan sri budiman. Dann lagi satu! Result permohonan berjaya atau tidak keluar
pada 21 julai! Hah sah lah aku gila!.
Gitu la story dia. Yang sebenonya aku memang dapat. Cuma aku
ni careless cemana la aku leh salah cek tempat?. Nasib baik ade pendaftaran
kedua. Kalau tidok?? Menagess kau azi! Tunggu la pengambilan kedua!
Lepas bace email tu, terus call ibu. Cakap yang sebenarnya aku
dapat surat tawaran 16/8 hari tu kena datar bla bla blaa.... Abah pulak cakap
‘macam kelakar je’. Gituw. Ape yang kelakarnya...heehee. abah pon memula macam
tak berapa nak restu kot. Sebab persoalannya kenapa jauh sagat? Kenapa tak
mohon kat skudai (UTM) tu, kawan-kawan abah ramai buat PJJ kat situ. Aishh
dengan abah kite ni kene terang dengan jelas dan nyata ya. Lepas kasi terang
baru la paham. Baru la macam percaya dengan aku. hehee
Hari Rabu 27/8 yang lepas aku selamat menjelajah Uitm shah
Alam tu. Sesat pon iya. Eeee besar kot. Jalan berbukit bukau. Urut dade aku
tahu. Nak cari bangunan MTDC pon tak jumpe. Siap tanye orang kat situ. Die pon
pelik bangunan tu wujud ke? Adoi kau ni buat malu warga uitm je kan. Rupanya tu
bangunan baru. Al-kesah. Emm jumpala jugak akhirnya. Selesai urusan mendaftar,
buat kad pelajar semua baru la rasa macam aura atau pun semngat belajar tu
datang. satu perasaan yang sukar di gambar kan. Lame tak rasa perasaan macam
ni. Wahh kemain. Terus je pasang niat dah alang-alang mula belajar balik terus
la sampai phd dan seterusnya. Cewahh kemain cita-cita aku kan. Walaupun aku
sedari agak terlambat untuk aku sambung belajar, tapi aku yakin semua yang
berlaku adalah aturan Allah yang paling cantik untuk aku. Tetap yakin dengan
aturan Allah, itu kuncinya. Kalau nak di pikir cakap manusia sampai bila? Yang
melihat dan menilai tu Allah bukan manusia. Ingat tu adik-adik..amboiii..
Insyallah lepasni aku akan share segala suka duka bergelar
pelajar PJJ. Manelah tahu boleh share pengalaman dengan student PJJ kat luar
sana tu. Jauhhh tu JB – Shah Alam. Nak berhijrah ke Shah Alam ke aku ni ek? Ke travel
tiap bulan? Kelas pon bukan setiap minggu ada.
Bos aku lagi bagus. Die punya tak kasi aku berenti kerja. Dan
dan cakap awak nak keja 4 hari seminggu pun saya redo. Plus die tak kasi aku
duduk selangor. Die kate gaji dua tiga riban nak dok selangor memang tak cukup.
Cewahh gitu pulak pikirnye kan. Tak pe berusaha dulu cemana!
Oh Allah mudahkanlah
urusan ku!
22 comments :
What is PLL n PLK students?
nope! I mean PJJ
http://azisweetness.blogspot.my/2016/01/pjjplk-life-jadual-seminar-vol2.html
boley refer situ ea..tq
Wah...seronoknya.....saya ada cita2 nk smbung dr tahun 2013 lagi...tpi apakn daya segalnya mcm hangt2 taik aym....hihihi...
saya dpt twrn pjj uitm shah alam jugak. dkt situ dia boleh tolak kredit ke ? and kelas dia tiap mgu ada ke mcm mne ? heheh
Can i have your email? ive a few question on this matter. Pls help sister over here :( thank youuuuu
Salam..sis leh add sy dlm fb x..sy baru nak daftar 6/8/2016 ni..nak tau mcm2 ni dari sis..fb sy Hazwani Fouzi
saya pun daftar 6/8/2016, degree finance kat uitm shah alam.
saya pun daftar 6/8/2016, degree finance kat uitm shah alam.
cik yuyu boleh bagi contact number? nak tanya untuk pjj ni
hazwani : maaf ye sy tak aktif FB. boleh emel sy di 88azinur@gmail.com tk..
hai . daftar rini di shah alam . harap berjalan lancar lahh hendaknya .
hai.. gud luck hope evrytg went well!.
Hai nak tanya awak course apa? Kita pun tgh dilema nak register utk kali kedua ni ke tak sbb risau takleh bahagi masa :(
Sis azi accounting kan? Jadual class mcm mana? Every week kena ulang alik ke shah alam ke?
Salam ... awk dpt uitm shah alam pjj degree account dah daftar kew ?? 13-17/2 walk in daftar kan ?? Saya dri penang ...mau tk mau kena ulang alik weekend ..
Memang daftar kena bayar rm 1700 tu kew ?
gud luck alya and fahmi.
yuran 1700 banyak tu. cuba cek dengan bendahari ined. biasa 1st semester bawah 1200 atau 1300. kalau sampai 1700 tu awak kene cek semula kalau ade masalah dengan system.
salam. saya nak tanya, saya dah dapat kerja. so sy rasa nak quit diploma uitm, tapi dalam tahun depan sy nak apply pulak belajar pjj di uitm. boleh ke tk ye?
Nak tanya masa utk plk atau pjj uitm macam mana eh?
Boleh BG email ? Nak Tanya tentang pjj finance
88azinur@gmail.com
boleh email untuk fast responds.. thanks!
Post a Comment