hai, hello..
harini nak throwback jauh. tahun 90-an. tak silap aku tahun 1992.
zaman kanak-kanak adalah zaman yang tidak boleh di minta berkali-kali. ianya datang sekali seumur hidup. dah la kanak-kanak tu suci dari dose. ko nak buat salah pon, orang tak boleh marah. sebab kita kan bebudak tecik lagi.. :p
zaman beso ni, ko buat salah setahun orang dok ungkit lagi ungkit lagi perkara tu. ade sampai seumur hidup di ungkit lagi cerita tu. saba je la. hidup zaman dewasa sangat mencabar. penuh onak duri ranjau asam garam pahit hempedu pakej ulam pegaga dengan sambal belacan.
tu aku belum melalui zaman tua.
moga zaman tua aku tetap muda. ekehkkehh
ini adalah sekeping gambar yang telah di post dalam grup wassap femly aku. siape yang up gambo ni dalam group? tidak lain dan tidak bukan! Acik ku. haha. aku umur 26 ni baru tahu kewujudan gambar ni. ahaks!. tengok la ke-gedik-kan aku tu. gambo nak camtu kan. gambar ni bagus kalau buat edisi 2014. cuma si Iqa tu tak boleh la di dukung camtu. dah kawen kot kan die tu. sape larat nak dukung die. btw, yang dukung Iqa tu Mokteh aku, Mokteh aku dari tahun 90-an (sejak aku lahir) sampai 2014 cemtu jek. tak berubah. muka, bodi eh semua la. yang membezakan, kat dalam gambar tu Mokteh tak kawen lagila sekarang dah kawen. Mokteh aku dulu, umur 20 dah sibuk dengan anak sorang. euww kawen cepat! gatai nak kawen dulu.
sebelah Mokteh tu la Acik!. dulu kiteorang panggil Mak Itam ok.. pastukan masa Acik nak kawen die suruh tukar jadi Acik. sebab lepas die kawen dah tentu suami beliau akan di gelar Pak Itam. Acik tak suka, maka, di rombaknya panggilan tersebut dari Mak Itam kepada Acik. kenapa acik tak suka gelaran Pak Itam? hah! tu tak boleh gitau. sensitibiti suami beliau. hahaha hope korang paham la. acik aku pun kawen muda. lepas abes degree umur 24/25? terus kawen. bertunang masa belajo. nak cerita sejarah acik ni memang panjang lebau. lepas kawen dok kedah. suami acik iaitu Cik Zam orang Kedah maiii...tapi Cik Zam kerja kat KL. Acik pulak ngajar kat Kedah. ko tak rasa pelik?. hampir 2 tahun jugaklah acik dok Kedah. Cik Zam datang Kedah sebulan 2 3 kali kot. tapi yang aku sure PJJ (percintaan jarak jauh gituww). hehe. sekarang dah tak jauh la. anak dah 2 kot. si syasya dengan mat idan tu la anak dorang!
ko tengok pesen orang dolu-dolu. hehe. acik dengan mokteh aku ni memang dasyat kalau bab fesyen. zaman tu la. macam-macam pesen baju. tapi dalam gambar ni aku tak sure kat mana, tengok macam kat Zoo. haritu ade tanya, aku lupe. cepat beno datang pelupenye tu. tapi macam mana sekalipun, rupa paling WIN! dah tentu aku!. kahkahkahh. perlu ke aku posing macam tu sekali?. itu persoalannya. kate Acik, aku kalau begambo memang 'meng-gedik'. tak sangke penyakit 'gambo meng-gedik' sampai ke dewasa ini. hahahahahahaha
aku kan dalam kategori cucu sulung dalam femly belah ibu. kakak pertama, aku kedua. jadi aku dengan kakak selalu jadi mangsa kerakusan makcik-makcik aku mem-fesyen-kan kami. banyak gambar-gambar mengarut. dengan gencu la, tudung la. tu belom aku up gambo pakai spender je. hahaha. ade masa aku throwback la lagi.
sikkarangg perut ada lapar.. saiyaaa makan ada...ehhh tetibe jadi pekerja kat kedai karpet! :p
....
No comments :
Post a Comment