Hai hello...
Selamat hari malaysia! Sesungguhnya Malaysia
adalah tanah tumpahnya darahku. paling tercinta. Apa pun yang terjadi malaysia adalah
pilihan saya! Serius...
Cuti satu hari je hari ni. Aku tak balik kampung. Aku dah
pakat dengan Su hosmet aku tu, nak kemas
rumah. Nak ganti langsir, mop, sental setiap sudut rumah, lap tingkap tak
terkecuali. lama dah memendam hasrat nak mengemas cemni. sebab aku sakit mata langsir tak tukar, susunatur perabut sama. aku bosan menengoknya. maka, marilah kita memaksa su terjebak dalam aktiviti bergotong royong ni. Sebelah rumah sewa aku ni ade projek pembinaan. Al-maklomla kalau
dah pojek-pojek gini die punya berhabuk tak menahan. Tinggal rumah 2 hari je
habuk die 1½ inci. Udara yang tak sihat. Sebab tu aku tanam pokok dalam rumah sekarang ni.
:p
Dari dulu dulu lagi aku cakap nak pindah. Tapi tak
pindah-pindah. Susah wei nak cari rumah sewa berkonsep taman kat jb ni. Area taman
molek dah tentu la sewa mahal nak mampuih. Dah la 3 ketul je. Dorang semua
pakat tak payah la blah dari sini. Sewa pun ok la, Cuma tak berkenan dengan
masyarakat kat sini. Tak menyenangkan.
Cerita kedua, aku terlanggar kucing sampai mati. Langgar-mati.
Gitu kesahnya. Aku tak perasan langsung kucing tu dok situ. Sumpah tak sengaja.
Aku rasa bedose macam langgor orang sampai mati. Aku syak tu kucing penduduk
kat sini. Aku dengan su nak keluar makan masa tu. Aku ingat kucing tu bergaduh
dengan kucing satu lagi sebab bunyi kucing tu menjerit kuat wei. *kucing menjerit ke? Aku pandang sisi cermin
tengok kucing tu menggelitis! Omg!! Aku seriau gigil. panik. hura hara, ko tahu je la aku ni kaki gelabah dengan bende-bende gini. Ni pestime belaku
dalam idup aku.
Aku ngadula dalam grup wassap family. Makcik aku kata 'kita
bukan sengaja nak langgar die'. Makcik aku ada yang langgor anjing jiran. Lagi sorang makdeq aku
langgor burung langgor ayam langgor biawak. Hoii keturunan rupanya!. At least, aku
tenang la sikit bila makcik aku cakap cenggitu. Trauma tau aku. Dalam kepala aku dah pikir bukan-bukan. Macam aku
ni terlalu berdosa. Marah juga kat diri sendiri. Macam mana aku boleh tak
perasan. Mmm...
Takdir. takdir. takdir. Ajal die kat situ. Aku berduka cita
dengan apa yang berlaku. Selama ni aku baca ade orang mendera kucing yang
langgar kucing semua tu. Aku marah dengan orang yang memperlakukan kucing
sebegitu. Harini, aku pulak. Aku tak sengaja..... T__T kejap lagi nak telefon
ibu la!
Wahai kucing yang aku tak sengaja langgar tadi. Sungguh aku tak sengaja. Tak
ada niat nak langgar kau. Aku kesal dengan ape yang berlaku. Aku harap kau
maafkan aku. Aku tahu tempat kau sekarang di syurga. Aku tahu kau kesayangan
nabi kita. mesti kau sakit sangat masa malaikat maut ambil nyawa kau tadi kan. aku pon terkesan dengan situasi tu. Aku harap kau maafkan aku ea..aku sungguh bersedih hati dengan ape
yang berlaku tadi!
No comments :
Post a Comment