hai hello..
wah tajuk entry agak garang ya!. ya memang aku tengah garang ni. sebab tadi siang kat office aku hampir nak bergusti dengan sorang dispatch dari GDex. die tak tahu darah yang mengalirkan kat tubuh aku ni ade tempias darah Muhammad Ali!. budak ni sangat kurang hajor tau. sangat tidak menghormati customer!.
cerita die macam ni.
jam 1.30 (lunch hour) tekan lonceng office berkali kali non-stop i tell u. aku pon berangin la. budak takde adab mane yang datang ni. bukak pintu. terus dispatch tu terjerit-jerit kat bawah
"bawak turun cop.. bawak turun cop!!!.." menjerit ok.
cakap kuat dengan menjerit adalah satu intonasi yang berbeza.
aku rase macam kau ni dah kenapa nak menjerit-jerit. then aku tanya la.
"dari mana?"-sopan
mesti la aku pelik kan. ko suruh aku bawak cop turun tanpa kenalkan diri. plus! company aku ni bukan ade satu nama. ade 7 nama ok!.
die boleh pulak cakap "BAWAK AJE LA TURUN COPPPPPP!!" ha gitu die herdik aku. satu! aku boleh lagi maap kan ko sebab ko taknak naik. yang ko nak herdik herdik marah-marah aku dah kenapa?? macam aku pulak yang bedose. aku mood pun tengah tak bagus. dah la kau kacau lunch hour aku! kau kacau mood running man aku. ok fine! kau nak tengok aku mengamok kan. ha kak ton kalau dah mengamok amat dasat ok!
maka, aku pon cakap macam ni dengan nada yang agak tinggi jugak "YE SAYA TAHU NAK BAWAK TURUN COP! TAPI SURAT TU UNTUK COMPANY APE? SYARIKAT MANA? KAT SINI ADE 7 SYARIKAT! KO NAK AKU BAWAK SEMUA 7 7 COP TU KE APE? KO NI DARI MANA?"
haaa....tobat ko dengo kan. barulah ko nak terkial-kial baca kat form ko tu. belum sempat die nyebot H....N.... aku terus sambung kuat-kuat
"HNA!????"-ngangguk. "HA TUNGGU KEJAP!!"
sampai bawa, die arah aku "cop sini cop sini..". hello ko nak suruh aku cop. ko tunjuk kat aku celah mana nak kene cop boleh? ni ko sirik yang hadap form tu kat muka kau, tak hadapkan kat aku mana aku nak nampak. lain la kalau kat form ko tu ade name company aku, tak payah la aku tanya. itu pon ko nak marah-marah. dah la tak sign main cop je. terus ko sambar gitu. biadap! urut dade aku ni tau.
aku perati je perangai &^%$% kau tu. kalau korang rasa rika sumanto tu biadap. budak ni empat ratus enam puluh kali ganda biadap dari rika sumanto tu!. kenal rika sumanto? rika sumanto adalah ibu tiri bawang putih yang kejam. kakak tiri kepada bawang merah. ngerti kamu?? sangat biadappp! aku label kan kau ni ada masalah identiti diri. kau konfius dengan jantina kau kot. tu pasal kau nak meroyan tak tentu masa. makanya aku kene maafkan kau walau dengan apa cara sekalipun!
aku sebagai orang melayu malaysia sangat kecewa iaitu dalam English-nya upset! sedarkan kau tugas dispatch tu satu keje yang mulia. satu tanggungjawab yang besar. nampak sangat kau ni dah lama tak pergi kursus jati diri tu pasal kau takde motivasi diri!
kau hantar barang molek-molek. customer terima dengan hati yang gembira sebab barang or surat mereka sampai dengan selamat. maka kau dapat pahala. besar pahala kau tahu menggembirakan hati orang!
sebelum ni aku banyak dengar gdex ni service poor. haremm jadah. mengecewakan. barang pecah tak nak ganti. surat hilang. customer service macam tahi. macam-macam la aku dengar. office aku pon tak pernah nak bukak akaun dengan gdex. sofar TNT dah memuaskan hati. cuma die takde buat penghantaran local. semua international. budak dispatch TNT kalau nak datang luch hour dorang akan call dulu. "miss, lunch hour around 130 ada orang tak kat office? kita nak hantar barang?" or nak collect document. ha gitu berhemah. kalau lambat collect document pon dorang akan call awal-awal cakap akan lambat sikit traffic jem and bla bla blaa...
so, dispatch kat lua sana sila bekerja dengan hati yang ikhlos. aku paham korang nak kejar masa. banyak lagi destinasi nak pergi. kau pon kene "tekan" dengan orang atasan. kau pon selalu hadap customer yang macam-macam ragam. anggap je la semua tu asam garam dalam bekerja. itu pilihan ko. kalo ko taknak keje macam ni, ha tuko je keja. taklah memalukan persatuan dispatch sedunia. tu masalah keja ko la. sebagai pekerja yang memegang amanah, kau kene sabar, senyum, ikhlos. memang la aku pandai cakap kan kan kan...
aku pon ade masalah keje kat office tapi aku tak pernah lagi nak marah apek sebelah secara membabibabi buta atas kesilapan beliau merembat parking aku. nak ngamok-ngamok tak tentu hala pon takde pekdah. aku ilex je redho. kalau aku boleh kenapa anda tidak?. banyakan selawat istighfar...anda mampu mengubahnya.
tugas anda adalah satu amanah yang besar!
majulah dispatch malaysia!
wat lex wat pis k!
sekian bebelan tengah malam. suku tengah malam sebenarnya.
xx
1 comment :
Em.. betul la tu. pasal tadi mereka dtg jerit2 depan rumah. saya dah bgtau skejap, pasal nak bersiap. Tak sampai 3 minit mereka pergi dgn slip sorry. Bila call opis tak ada answer. Mmg benciii.
Post a Comment