Hoi..hoii lama gila
tak share pasal saga. Aku pernah janji kat diri sendiri nak share pengalaman
aku dengan saga. Kot-kot berguna kepada manusia kat luar sana yang masih
terpinga-pinga nak beli kereta.
So far, saga best!
Aku baru dapat satu good news. Kawan aku kata
proton tengah buat promotion. Siapa pernah beli kereta proton sebelum ni, kalau
beli lagi satu dapat banyak free gift antaranya modem brand yes kontrak tak tahu
berapa tahun plus service percuma 3 tahun (yang ni kene cek bebetul samada
service percuma atau labor charges yang percuma) lagi macam-macam la free gift.
Kawan aku ni pulak, die beli lagi satu kereta saga atas nama die, tapi kakak
die yang pakai la. sekarang tengah tunggu pelepasan loan. Lepas ke idok. Kalau
berjaya, aku share kat sini ok. Samada berita tersebut sohih ke idok. Winkk
winkk~
ABSORBER BOCOR
Yang ni bende kecik
je. Kalau absorber bocor anto service centre proton. Disitu kau akan dapat
free. Aku sedor absorber aku bocor masa nak buat alignment tayor. Maka, harus
tukar absorber tu dulu baru boleh buat alignment. Ha. Kau jangan tanya macam mana boleh bocor. Padahal aku seorang yang suka mengelak lubang. Mungkin aku
terlepas pandang? Ya…mungkin…
NCD ZERO
Sepanjang setahun
setengah aku bersama saga. Banyak suka banyak duka. Petama sekali yang korang
sedia maklom, masalah brake drum,
then brake drum lagi. Hehee. So far, setakat ni brake drum berfungsi dengan
baik. Tapi kan ade satu lagi masalah. Iaitu ketika aku accident. Yang ni aku
tak pernah stroy lagi kan. Aku mengalami kecelakaan jalan raya awal bulan april
camtula. Kereta aku tak teruk. Cuma bumper je terkehel. Kemek pun tidak. Kereta
honda yang aku langgar tu agak teruk jugak la. haha. Yes! Aku yang cuai. Mase
tu kan kan balik kerja. Fenat feluh feluh feluhh fetihh dan sebagainya. Gitu la
alasan aku. Kejadian berlaku die tuttt tuttt. Takleh gitu lokasi. Sebab lokasi
ni memang impossible berlaku accident. Nanti aku kene maki. Kahkahkah.
Ok. kereta honda yang
aku langgar montot tu milik sorang wanita cina yang mana beliau baru ambil
kereta beliau yang baru sahaja siap polish. Wooww berkilat kan. Tapi sayangnya
aku telah menabrak monot honda beliau sehingga kemek. Begitu sayang sekali. Aku kecut perut la. aku tak pernah accident
kot. Eh cop-cop aku pernah accident tahun 2011. Tu pon aku langgar montot
orang. Tapi orang tu yang salah. Maka, die bayar semua kerosakan kereta aku
atau dengan lebih tepat sekali kereta abah ku. Kali ni aku bebetul bersalah.
Dan kecewa dengan diri sendiri. Mengapakah aku begitu cuai. Mengapakah aku
begitu kelam kabut pada hari tersebut. macam-mcam lagi ayat drama membetak di
pangkal hati ku. ecehcehh
Ha tu dia. Kesan
mendalam ni kalau teringat. yang bestnya saga ni design dia adalah 4D. setakat telondeh sikit gini patut pon orang tak perasan. tapi aku sakit mata jugak la hari-hari hadap. rabak mata.
die nak
claim pakai insurance aku kan kan. Jadi aku redo je la. orang cakap NCD dan kosong
la ape la itu la ini la...hekeleh korang pulak yang fening pikir pasal NCD aku.
Aku cukup sabar cukup redo dah ni. Hehehe. Tapi kalau tak guna insurance ape
guna kita bayar insurance setiap tahun kan. Haaa, time ni lah nak guna. Kan
kan? Pujuk Hati kecil ku. Uhuu~
Procedure nya senang
aja. Ada yang kasi terus kat agen. Setel. Aku?
Aku memula pening gak.
Banyak search kat tenet bab claim insurance kereta ni. Dorang kate tak payah la
claimnanti NCD takdo. Eh ehh nasib baik aku waras tau. Kalau dah si pemilik
honda tu claim insurance aku, opkos la NCD aku pon takdo jugak. dah alang-alang
takdo. Elok la aku claim sekali untuk kereta aku kan kan? Ha nampak tak aku
masih lagi waras.
Masa aku buat report
kat balai polis trafic. Aku se macam blur. Ye la tak pernah kot. Kat situ
banyak agen workshop. Die kate wakil dari proton/produa etc la ape la. runner
dorang la kongkonnye. eh eh ehh aku macam nak terpecaya. Tapi ilek azi. Ilek..
Kite bincang dulu dengan orang yang lebih dewasa.
Pakcik aku kate,” ko
anto je bengkel kejap. die Cuma nak naikan bumper depan tu je. Takde calor,
takde kerosakan jiwa pon aku tengok”.
Abah aku kata, “ko
anto je la bengkel kejap. Sini abah buat”. Ehh sabar. Ilek.
Aku nak anto gak kat
bengkel luar memula. Foreman tu cakap aku kene letak kereta seminggu kat situ.
What?? Cancel.
Last option. Call
proton centre kat plentong. Borak dengan En Zainal. Akhirnya aku lega. Bawak
kereta kat centre. Die cek ape barang yang teruk. Die kate “saya pusing 2 kali
nak tengok celah mana yang di katakan accident tu. Sikit je ni. Awak langgar
cemana? Pelik jugak” eh tak payah nak pelik. Cukuplah orang taman aku pelik,
orang ofice aku pon pelik. Pasal dorang kate cemana kereta honda tu teruk
kereta proton tak terjejas?. Eh ko tak baik cakap proton cemtu tau. Yang aku
tahu la kan proton ni body die memang cun, bukan setakat seksi tau, die
seksi-seksi ganas. Ibarat Kim Jong Kook (RM). Nampak sasa dan ganas. Tapi bila
menyanyi suara kecik! Hahahahaa adoi senak perut ketawe! Kenapalah aku sering
kali memberi example yang loser. :p
Cek punya cek, besi
lampu kot name die. Patah. dengan plate nombor patah.
Ok tu je. Pastu die tambah mentol lampu depan sepasang..En Zainal kata takdapat
banyak pon claim awak. Ok fine, takpe asal bende ni selosai. Sudah. Procedure claim ni senang je. Ko datang kat
proton centre tu, nanti die set appointment dengan adjuster dari insurer
korang. Then, ko datang bawak kereta, adjuster buat penilaian itu ni tah
ape-ape. Setel. Kemudian tunggu barang sampai, baru bawak balik datang kereta
kat proton gi pasang kat bengkel panel. Die kata seminggu tinggal kat bengkel. Ha
seminggu? Mari kita ke perenggan seterusnya.
Aku memang tak kasi
chance la nak soh dorang tinggalkan seminggu. Hari-hari aku call. Aku cakap
takdo transport nak pegi keja walaupun masetu bos aku kasi pinjam kereta. Kita
pompuan nyahh kene pandai belakon derama air mata sikit Hehee. Tapi sebenonya
korang patut call hari-hari tanye perkembangan kereta ko tu. Jangan bagi pecaya
je. Kate pakcik aku la. hehe. So aku pon buat la cemtu. Tapi pakcik aku lagi
kejam. Die buat tanda kat bumper lama kereta die (yang nak claim). Kalau die
cek tanda tu ade lagi. Means orang bengkel Cuma ketuk-cat-polish je bumper die
yang kemek, dorang tak tukar baru. Ha nampak tak pakcik aku adalah sifu dalam
perkara berkaitan macam ni. Aku banyak belajar dari die la. kalau korang rajen
sebelum dorang pasang, korang cek la dulu. Macam aku ni spesis redo,maka aku
redo je la. :p
Aku dapat balik kereta
dalam 2 ke 3 hari ek. Gitu la tapi less than 5 days. Aku call, die cakap dah boleh
datang. Aku pon datang la naik teksi
RM12.00. amboi tambang teksi pon nak mention kat sini kan. Haha.
Sesampai aku kat
proton, kereta aku masih kat bengkel lagi rupanya. So, dorang bawak aku pergi
bengkel. Rupaya dorang belom cek. Cek lampu maksud aku. Cek la fizikal die
maksud yang lebih mendalam kot-kot ade calar balar mana-mana. Almaklomla dah
nama pun bengkel. Cek punya cek mentol rosak. 2 kali tuko mentol. Die kate kalu
tak boleh jugak, kene kasi tinggal satu hari lagi. But, i dont care i nak
tunggu jugak. Wahh kemain pompuan belagak berani ni. Haha. At long last, setel.
Success. Maka aku pulang dengan hati yang gembira. Siap cuci lagi kereta aku.
Bagus. Tapi sebelum aku ambil kereta, kene sign dulu agreement. Eh sign kat
bengkel tu di tengah panas terik. Dah kenapa? Takpelah mak redo nyahhh. Tapi
sempat jugak la aku cakap, kalau lampu tak idup lagi cemana? Die kata datang je
jumpe die balik. Okkk.
UPDATE SOFTWARE ECU
Tutp bab accident,
sekarang aku nak masuk bab starter software. Aku rase name nye ecu software.
Dalam 2 bulan lepas, time raya. kereta aku memang payah nak idup. Contohnya
macam ni. Pagi ko started ok lancar berjalan dengan aman. Ko benti kejap kat pam
minyak - isi minyak. Mati kereta. Idup balik. Lancar. Benti kat bank cucuk
duit. Idup kereta die stuck. Die macam
pam tak naik. Bunyi ade tapi tak kesampaian. Macam ko berkehendak kuih
ketayap, kau baru sedar dalam poket Cuma ada seposen je. Kuih ketayap tu
0.30sen. kau sungguh kempunan leleh air liur nak kan kuih ketayap. Tapi duit
tak cukup. Ha camtula. Bunyi gaya die nak idup tu ade. Cuma tak terhidup.
Cemtula aku explain kat Mr. Tan kat pusat service proton. Tapi taklah bagi
example kuih ketayap tu.
Mr. Tan kata kene
update software. Die kata “software ECU tu kene update”. Ke gitula. Sori la
kalau aku salah paham. Die tanya aku pakai minyak Ron berapa?. Aku cakap la
minyak petrol kaler kuning pam die. Vodo je ari-ari isi minyak pon tak hapal
lagi ron berapa. Ooo die kata pakai la pam kaler ijo.
“Tu minyak ho, banyak
bersih. Mungkin ini ho salah satu sebab kenapa kereta u tak mahu idup. Jadi ho
saya kene cleaning tu tangki. Kasi tambah minyak treatment ok ho?”.
Aku kan setuju je. Dengan harapan, lepasni tak jadi lagi. Ko kan Mr. Tan sesuka suki je
soh aku tuko minyak mahal ron berapa tu yang mahal? 94? Ke 90?.
Aku kalau boleh nak pakai minyak wak dakam je. Sebotol baru singit empat posen.
Kalau ade lagi murah gtau aku. Hehe.
Permasalahan starter ni setel dah. Sehingga ke harini aku started masih ok. Lancar. Kendian aku baru
teringat kawan aku nadzirah kan keje ngan bapak die kat service center proton, melaka.
Apelah aku ni nyayok sangat. Baik aku merujuk je kat die dulu kan. Aku cerita
pung pang pung pang pasal starter pasal oil treatment semua ni. At last, die
cakap ape tau “sebenarnya bende ni sangat
memalukan, kami mewakili pihak proton amat berduka cita dengan masalah kau ni
ajim” gitu. Kate dia, Cuma aku dramatikkan sikit ayat tu. Hehe.
Nad kata, kalau terjadi lagi hal sebegini
rupa, apa yang harus anda lakukan?, "bukak
penutup tangki minyak kereta tu, dengan tombol-tombol tu ko bukak. Kendian
tunggu seminit dua lima tujuh. Kompom boleh idup". Isk isk iskk apelah
perkaitan antara tangki minyak dengan starter tu ya. Nad kata bende ni mungkin
pelik dan macam impossible, but trust me, ko buat je cemtu. Fuhh..paham dah
aku.
Memang tension la wei.
ko tak gelabah pulak bila kereta ko tokleh started. Kereta ko JPF kot. Baru
setahun. Abah siap bukak bonet depan kasi sejuk kan enjin. Weii lagi malu mase
tu pergi konvoi raya. Woii malu malu. Mulai hari itu aku taknak bawak kereta
aku dah. Ko tahu je la dah name konvoi raya, mestilah banyak benti-benti kat
rumah rumah sedare mare kan. Haruslah tuan rumah pon sama sibuk bilamana kereta
kuda anakanda tokleh setat. Cis! Berduka aku ketika itu. Terus teringat lagu
hafiz awan yang terpilu. Eh kejap tu lagu hafiz ke lagi ning baizura? Yang aku
sure kat lirik tu ade mengapakah aku jadi
lemah….
Oke, sampai disini
sahaja pengalaman aku bersama saga. Sesungguhnya saga totap kesayangan aku. Die
best sebenarnya. Die bagus. Die pendengar setia. Die mendengar segala celoteh
aku. walau aku tengah marah macam mana sekali pun, aku tombok-tombok steering
die pon still lagi die maafkan aku. Nampak tak saga ni sangat berbakti pada
diriku. Meheehee
Terima kasih!
No comments :
Post a Comment