E-MAIL

88azinur@gmail.com

Thursday, October 24, 2013

RESEPI: AYAM UNGKEP

haiiilo..hari ni baru nak publish resepi baru setelah berminggu duduk dalam 'draft'. haha


lame dah sebenarnya nak share resepi ayam ungkep yang menjadi pebret ahlil keluarga aku. even aku tak geti masak kari, aku geti je masak mendealah len. haha

ayam ungkep ni sebutannye : aung ; kerp. memang fofular di kalangan masyarakat johor terutama sekali Jawa. lauk pauk jawa ni kalau di listkan sampai singapore pon tak abes. hehe. ayam ungkep ni paling ringkas dari segi bahan dan cara masak. kira orang yang buta kuali pon geti je nak masak lauk ni. sebab mudah la khoot! aku blaja 2 minit je. pastu terus nak jadi chef kat Publika. menu baru kat Publika-ayam ungkep. mampu?? kahkahkah.


ni la ghuper sebenar ayam ungkep dalam kuali. mendidih-didih kau tahu! gigih ni aku berlari ambil henfon semata nak snap gambo ni. wakaka. lepastu takde presentation daun sup, daun bawang bagaiiii... :p


ok lets move to kekdah pembuatannya.

untuk 1 ekor ayam.

BAHAN

3 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
10 batang cili api kampung
1 inci halia
1 inci kunyit / 2 sudu kecil kunyit serbuk
2 batang serai
1 keping asam keping / 1 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa
minyak masak

KEKDAH

1. semua bahan basah kat atas di kisar lumat (bawang-bawang, kunyit, halia, cili api).
2. panaskan kuali dengan minyak.
3. masukkan bahan kisar tadi. bersama-sama dengan serai. tunggu sehingga pecah minyak atau naik bau sampai terbersin. makesure lada tu masak betul-betul kang maratoon kau ke jamban. haha.
4. lepas lada dah kering baru masukkan ayam. ayam ni kalau boleh di potong kecil-kecil. cepat sikit masak. cepat sikit makan. cepat sikit kenyang. :).
5. lepas masukkan ayam, tutup kuali dengan penutup kuali, pakai tutup periuk pon ok. kampong kan. :).
6. lepas 5 minit boleh la  jengah kat dalam tu. tengok ayam tu dah mengeluarkan air sikit. lepastu baru tambah air agak-agak nak kuah banyak. kalau taknak, letak sikit je pon ok. nanti kuah ni akan memekat.
7. kemudian, terus je masukan garam, dan asam keping/asam jawa. tutup balik kuali tu dan tunggu sehingga masak. lebih kurang 20 minit macam tu.
8. SIAP!, makan!

sebenarnya dari segi bahan, ikut pada selera masing-masing. aku punya resepi ni macam moden sikit la. mungkin sebab femly ibu aku jenis urban. kalau ikut femly belah abah. arwah nenek aku dulu ada guna jintan-jintan dan lain-lain rempah ratus, santan pon ada guna tapi jenis yang pekat tu. tak berkuah sangat macam masak lomak.

kalau di peratikan bahan masak yang aku guna ni pon lebih kurang bahan masak ayam lomak cumanya takda santan. cubalah menu jawa ni, anda pasti tak nyosal!. sebab sangatttt mudah. dahlah mudah, sedap pulak tuuu hoiiii melehlehleh ayor lio kawe. lauk ayam ungkep ni memang menu wajibul masak dalam femly aku. tak macam kari. kari ni setahun sekali kot dapat makan. tu pon time raya. tu pon time makan kat kedai. hehee

so, selamat mencuba. tolang la cubeeeee sebab sedapppp!!

hahaa.


No comments :