Wednesday, July 31, 2013

SEMPAT KE SEMPAT KE NI....




























Tuesday, July 30, 2013

REVIEW : IFTAR DI KAPTEN STEAMBOAT&GRILL JOHOR BAHRU, MALAYSIA

salam se-rakyat,


seperti yang di janji kan aku nak share tempat makan steamboat yang terletak di Bandar Baru Uda. bukan sahaja steamboat malah didatangkan khas dengan grill. kalau siap dengan aktibiti menggolek ayam+burung puyuh atau kambing sudah tentu lagi owwwsem bukan?. :p




nah kau, setepek aku letak. :p. minggu depan gaji boleh la pergi lagi bawak satu kampung. yang penting booking dulu. kalau main terjah alamat menangis kau buka tepi jalan sementara tunggu manusa-manusia yang booking tu berambus. mehehe


boleh tengok googlemaps untuk kesana. sebab driver pon pening T__T




sampai je harusla men-snap. memang niat hati nanti nak buat review. :p. tapi kali tak sungguh-sungguh pulak. sebab bila jumpe classmate yang lain-lain-lain hantu meroyan je tetibe meresap masuk. tah pape je perangai malam tu T__T. jadi watak apa harus di berikan ye.. :p


tapi aku sempat la study sikit-sikit. tempat makan KAPTEN ni belah atas. tingkat 2. jadi perlu merajinkan kaki untuk menapak satu persatu anak tangga. bagus konsep ni, lepas makan turun tangga, adalah exercise sikit. :p



design tempat ni sangat menarik hati. smart sangat lagi kemas terletak tersusun dan memang berkonsepkan orang muda belia remaja macam kami-kami ni. selesa dan memang seronok sampai berkali-kali aku beritahu kan :p.
ada dua konsep tempat makan. satu tempat berhawa dingin+bertutup dan satu lagi terbuka sambil menyaksikan langit+bintang+bulan+lampu kapal terbang. kalau ade bunga api lagi menarik. :p


kami pilih tempat terbuka. bagus pilih tempat terbuka ni. nak-nak bawak mak lampir, mak petir, mak kilat halilintar segala mak-mak dan bapak-bapak la sebab kau nak melalak+ketawa sampai tanggal pusat pon orang tak perasan. kalau perasan pon orang tak tahu datang dari mana. dari luar barangkali. :p




pilihan makanan dari laut ke darat memang banyak sangat-sangat. pilihan sos pon ade banyak. sosej+fish ball etc etc. sayuran yang segar pon banyak.  nasi goreng+nugget+fun fries+etc etc pon ade. semua best. semua dalam portion yang kecil untuk memudahkan kite men-steam dan men-grill. jadi tak la perlu tunggu lama untuk masak daging+ayam etc :p.

antara jam 06.45-7.30 petang memang padat la dengan manusia mengambil, menyepit, merembat segala bende yang ada haha. hoii memang penuh. aku pon siap lalu celahan manusia yang rakus time ni. haha rakus ye. :p. makan steamboat ramai-ramai memang best. sebab sambil makan+masak boleh la beborak tah hape-hape. sebenarnya tak tahu nak tulis ape. loss word tetibe. :p


air pula dari panas ke sejuk. aiskrim+cendol pon ade. buah aku nampak tembikai aje sedulang. 



kau tengok binatang ni semua terlalu comel. comel sangat sampai tak makan. oh lupe nak cakap. kat sini ade dua pilihan sup. satu Tomyam dan satu lagi Sup biasa. tomyam adalah pilihan terbaik!.



dan ini aku rembat kat FB kapten steamboat&grill untuk kesan yang lebih mencabar keimanan. muehehee


ini lah ruang manusia beraksi. :p


jangan membazir. kawan saiton kang :p


ini adalah seafood. 


ini bahagian daging+ayam+sotong etc etc



ini adalah proses pembersihan meja. laju betul dorang buat kerja sebab ramai dok tunggu kat luar tu nak masuk :p




menikmati tu penting. baru perasan minah tudung merah tu dimane-mane aje ade dia :p



beborak+makan :p



borak lagi+makan+dan terdampar :p


di sini jugak tempat solat bagi lelaki dan perempuan disediakan. sejadah dan telekung juga ada. so, tiada alasan untuk TIDAK menunaikan solat magrib. :)

dalam jam 9.30 macam tu la dah gerak balik ke rumah masing-masing. ade minah tu pergi pasar karat. omgee ape kejadah nye malam-malam buta tak balik rumah lagi. heheee. aku selamat beradu jam 2.00 pagi kot. sebab mate yang tak mahu lelap, banyak ketawe barangkali. insaf~

ok, hope dapat membantu rakyat jelata. yang mana nak kelainan, asyik makan nasi je kan. sesekali cuba la steamboat bbq grill. kalau yang jenis tak boleh tinggal sambal belacan, boleh la bawak dari rumah siap-siap buat cicah-cicah. :)


 ok bai~


Monday, July 29, 2013

PERSIAPAN RAYA #2013

*entry yang di autometik kan dek masa yang terbiar... :p

hello....eira syazira, abang aeron aziz, abang fahrin ahmad...haii, eh macam justin timberlake je tuuu...meheeehe


u-know what raya is around the corner. setakat ni persiapan raya ahlil jemaah keluarga hanya 40%. aku rasa adik beradik kurang eksited berbanding tahun lepas. nampak gaya graf ke-exited-tan raya dorang makin menurun. ini menunjukan prestasi yang tidak bagus ye. kebarangkalian membeli belah dimalam raya adalah sangat tinggi. -kata aku sebagai pengkaji ekonomi sosial keluarga


aktiviti mengemas, mengemop, menyusun atur, mengelap perabot, tingkap, sliding door, kipas, vacum, gulung karpet dan mengubah kedudukan meja, kerusi dan bunga di ruang tamu yang terletak di seksyen 1 hanya mampu di lakukan sebanyak 40% berjaya di lakukan pada ahad yang lepas. tidak termasuk di bahagian ruang santai menonton tv di syeksen 2 dan ruang tertutup para tetamu di seksyen 3 yang tidak lagi terusik. ditambah langsir dan sarung kusyen. di jangka malam raya rumah akan menjadi seperti ini (__)(----). tiada kata digambarkan.



keadaan bertambah stress bilamana adik bongsu/anak bongsu ahlil jemaah menghantar mesej kepada seluruh adik beradik, ibu dan abah berupa ugutan.





mulai saat itu, tiada ayam dan ikan. hanya telur. bagi menghormati beliau yang jauh lah sangat di BP. dek kerana jiwanya dah kat kampung jadi kami adik beradik sepakat menyerahkan tugas mengemas seksyen 2 kepada dia. kihkihkih.


sekian sahaja laporan persiapan raya yang terbengkalai. dijangka akan terus terbengkalai sehingga malam 8hb Ogos. sama-sama la kita nantikan laporan selanjutnya.



kemon arr....





REVIEW : IFTAR DI GRAND PARAGON HOTEL, JOHOR BAHRU MALAYSIA

hai, hello..

hari jumaat yang lepas aku dapat undangan majlis buka puasa bersama rakyat jelata. biasalah kehidupan sebagai Puteri di Istana. mihhmihhmihhh




hotel Grand Paragon yang terletak di pinggir jalan setaman dengan Taman Century. untuk mencari hotel ini bukanlah susah cuma menguji kesabar sedikit dek kerana cermin mata yang tertinggal di dalam beg lagi satu. di tambah pula hujan renyai-ranyai sepoi-sepoi berdondang sayang. di tambah lagi dugaan dengan nama hotel yang kecil dan berwarna kelam. pergi bertiga. tak sorang pon perasan hotel ni mase mula-mula. :p. mohon lepasni pihak GP tepek la signB tu besor kaler meroh ke, hijo kee. :p.


kalau korang dari Lebuh Raya Utara Selatan. exit pandan-terus je sampai la jumpa 5 trafic light, sepanjang jalan tu akan terjumpa hotel crystal crown, so dah dekat la. pastikan berada di lorong kanan untuk membelok ke kanan. berhadapan dengan plaza pelangi, belakang Petron.


sesampai je jam 06.30 petang. awal tersangat-sangat pulak :p. lepastu dok melepak kat lobi sementara menunggu ahlil kerabat yang lain. sebenarnya bagus jugak datang awal. dapat petak parking dengan senang dan lapang. jadi boleh la 'memarking' sambil tersenyum lebar!. ade 3 tingkat basement parking. gerun banyak!





kawasan lobi besar dan luas. ade lebih dari 1 set sofa yang gila empok. duduk terbenam kompom tak mampu nak bangun sendiri. macam tu sekali aku nak gambarkan. hehe




makan secara bufet ramadhan. dikatakan RM100 sekepala. bufet ramadhan ni dibuat di dalam cafe hotel berkenaan. dimana nama cafe tersebut adalah Cafe Para-Para!. bersesuaian dengan puteri di istana berangan menjadi si pari-pari. :p. tinggat 2 (atas Cafe Para-Para) adalah Restoran Jepun!. 日本のカフェ terus je nak 話す jepun~


kawasan dalam Cafe Para-Para ni sebenarnya luas. dek kerana sambutan 'booking' for buffet ramadhan ni sangat menggalakkan. maka keadaannya menjadi sempit. banyak sangat table yang telah di booking. tapi masih boleh lagi ambil makanan macam biasa.


makanan dah tentulah banyak dan semua cantik-cantik. aku tak snap pulak gambar bahagian makanan. sebab orang ramai tengah berpusu-pusu mengambil, mencedok, merembat, men-smis. dah rupa main badminton gamaknya. :p



oleh kerana bahagian makanan berat sangat pack dengan manusia. so, aku mulakan mengisi perut dengan dessert and appetizers. dari mula masuk ke cafe tu sampai lah ke hujung cafe memang macam-macam-macam hidangan. hoi dah la presentation lawa kemain lagi hati membentak mahu angkut semua. pakkal je watak puteri di istana tu perlu di teruskan. :p. dari makanan melayu segala macam sampai la ke western sampaila ke jemput-jemput ikan bilis sampaila ke buah pisang sampaila ke aiskrem sampaila ke choc fountain. semua nampak menyelerakan



ini adalah hidangan ke dua atau ketiga?. tak pasti. yang kedua mungkin buah-buahan. puteri di istana tu pemalu. jadi perlu bertenang sebelum menyerbu di bahagian makanan berat. :p.

untuk hidangan yang ni, aku ambil makaroni, dan mencuba makanan adventure ni kerabu perut dan paru. juga sekeping daging ikan tuna mentah. kalau ada ikan salmon sudah tentu puteri di istana itu melompat kegirangan. :p dan paling seronok adalah durian goreng. omaihhadd! sedap kemain!



menghirup coffee di waktu hujan renyai-renyai

pilihan air dari sejuk ke suam ke panas. dari berkaler putih ke gelap. tone warna air yang mencabar tahap keimanan korang. banyak pilihan!. boleh bangun ambil sendiri ye tuan puan. pelayan hanya menambah air suam sahaja di gelas. pantang luak sikit segera di tuang. tak sempat nak menikmati bahagian dasar. :p


untuk makanan seterusnya aku tak sempat pulak nak snap. kawan-kawan semua naik heran tengok aku kejap-kejap snap. seteres kawan tu. haha.  



habit baru hulubalang adalah mengambil segala macam makanan untuk di jadikan tatapan bukan santapan! :p


mase ni jam 09.15 malam dah. aku dah tak mampu nak menelan, mengunyah dan etc etc.


oh ye! tempat solat lupe nak share. menurut kata member ni, tempat solat perempuan ada 2 bilik. 1 ada tempat wuduk kat dalam, dan 1 lagi tak ada. ruang solat agak kecik. telekung tak pasti disediakan atau tidak. nak selamat bawak je senang. macam kawan ni aku pesan awal-awal bawak sendiri nanti tak la tunggu menunggu. untuk lelaki, cuma ada 1 bilik solat



mereka semua ni sangat sporting

aku perhatikan ramai jugak non-muslim yang turut sama memeriahkan suasana dalam Cafe Para-Para tu. siap makan bubur lambuk bermangkok-mangkok. :p



makan dah, borak dah, ketawa terbahak-bahak tu kureng. speaking je banyak. kalau nak dengar puteri di istana tu speaking boleh la buka u-tube. kihkihkihh...




kemudian, harusla tepek sikit muka kenyang! :p


jam 09.45 malam dah gerak keluar. bayar parking ticket siap diskaun dua hengget! ahlil kerabat yang lain tak puas hati kenapa group puteri di istana ni dapat diskaun. haha

kalau nak diskaun, tunjukkan tiket kat receptionist. nanti die tolak RM2 atas sebab makan buffet. :p. so, makan la buffet untuk diskaun parking!. hehe




FAKTA MENARIK TERTARIK:

1) doa buka puasa dan azan magrib berkumandang di dalam cafe dengan lantang direct dari speaker radio RMJB!
2) parking orang awam terletak di basement (bawah tanah) yang memerlukan keberanian yang tinggi untuk turun dan naik. sila berhati-hati! banyak kesan terseret kat dinding bawah tanah tu. dah la bawah tanah, rasa menjunam lagi pulak berselekoh. 
3) CHEF dari bahagian masing-masing akan turun padang untuk meninjau sendiri 'kelarisan' menu mereka. masa ni la dorang akan tanya komen secara rawak. emm menarik sangat!
4) gulai kawah tu betul-betul menarik hati, sebab di hidangkan di dalam kawah sebesar besar kawah. besar yang penting.
5) kelarisan kambing golek sehingga hulubalang tak mampu menahan napsu lalu menyerbu terus ke arah kambing gaya harimau mendapat kambing. kambing dan kambing segalanya kambing. siap sos lada hitam.
6) kelazatan dan kebesaran udang galah masak lada menambat hati sorang apek meja sebelah lalu meratah menggunakan jari jemari siap bersila. ternyata betul hoolio!
7) banyak sangat desert yang disajikan didalam 'gelas'. sungguh tergoda tetapi rasa yang hampa.
8) durian goreng sangat sedap. sampai rasa nak tanye resepi.
9) seorang pelayan telah membuat kejutan bila jug berisi air terlepas dari tangan. pohon kurma hiasan hampir tumbang dek kejutan melampau. 

banyak yang menarik dan tertarik. segalanya mungkin di :





darr~



lepasni nak review lagi satu tempat tak kurang hebatnya. sneak peek dulu~



teka sampai lebam



MALAM LAILATUL QADAR #2013

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

kita masih lagi di beri nafas yang sempurna untuk meneruskan perjuangan dalam bulan ramadhan ni. terasa masa sangat-sangat cepat berlalu. 10 hari lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan ni T__T. mari la kita sama-sama mencari malam Lailatul Qadar.  cakap pasal malam Lailatul Qadar mesti nak nyanyi lagu Lailatul Qadar dendangan Raihan. my number one febret retis! eber and eber. marilah, ayuhlah kita mencari malam yang super indah. malam yang hanya berlaku dalam bulan ramadhan. rugilah kalau kita tak mencari malam ini. entah tahun hadapan kita ada lagi atau tidak?.


Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir

Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu



ia dinyatakan secara terang di dalam surah Al-Qadr. 

marilah kita menghidupkan malam Lailatul Qadar yang nilainya sama dengan seribu bulan. Masyallah! Ya Allah sampaikanlah aku kepada malam tersebut! T__T




semoga kita semua mendapat keberkatan-NYA. amin~





Thursday, July 25, 2013

APA PERLU BUAT JIKA TUBUH TERLEBIH OKSIGEN!


salam hai semua,

sari berita aneh di bulan puasa.

OKSIGEN TERLEBIH DALAM TUBUH

hosmet aku ada satu penyakit yang dikenal pasti sebagai oksigen terlebih-lebih dalam tubuh. penyakit ni tak semua orang ada. macam hosmet aku ni, die tak boleh letih atau penat . tak boleh tahan panas bahang bapak panas gile nak tutt. macam tu sekali aku nk gambarkan tahap panas yang dimaksudkan hosmet aku tu!

bile hosmat aku dalam keadaan yang merah padam, tengok muka pijoo semacam. masing-masing harus bersedia. berkemungkinan penyakit die akan berulang kembali!

simptom-simptom penyakit ni dikenal pasti melalui :

1) tumbang/jatuh/pengsan secara mengejut
2) bernafas macam tak cukup oksigen/sesak dada/sempit dada
3) sakit dada/pedih ulu hati/etc etc
4) ilang upaya untuk mengerakan tubuh badan
5) kejang keseluruhan
6) jari-jari semua mengeras

kadang-kadang macam nak kene sawan tutt pun ade. tapi sebenar nya hosmet terlebih oksigen dalam badan!.

Dr. Fatin di PKU sedaya upaya membantu dengan mengambil PAPER BAG dan di tekapkan di bahagian hidung hingga mulut. Dr. Fatin suruh hosmet bernafas secara perlahan-lahan tarik----hembus----tarik----hembus sehingga keadaan tubuh kembali stabil. sebenarnya menggunakan paper bag adalah optional awal. jika tak jugak berkesan INJECTION di punggung la jawabnye!


google


jadi jika anda mengalami simptom yang di nyatakan, sila bernafas melalui paper bag! insyallah semua akan kembali seperti biasa dengan izi-Nya.


sekian sahaja berita aneh di bulan ramadhon



di sini juga ada cerita.

OKSIGEN TERLEBIH?



Wednesday, July 24, 2013

LEPAS PAKAI PRODUK NI KULIT MUKA KITA MAKIN GEBU DAN ANJAL SEHINGGA TAHAP 6!

hai u olz.


aku nak share bende hebat abad ini!

semalam aku macam biasa la jumpe cust. borak-borak minum-minum sampai naik lebam biji mata. kehkehkeh.

lepastu kastemer aku ni (Ija) perasan la kenapa muka aku banyak jerawat mati. aku cakap la elok-elok aku dah sembur racun, tu yang mati. haha ketawa macam saiton masing-masing.

lepastu die nak kenal kan aku satu produk. direct dari smart phone die. aku pon heran  la ape yang hebatt sangat tu. gaye die cerita macam ni.


masalah jerawat!
masalah mata panda!
masalah kulit kering!
masalah kegelapan kulit muka!
masalah kegebuan!
masalah bibir kering!
masalah mata sepet!
masalah bulu mata kontot!


semua masalah ni di tanggung beres. 



lebih kurang macam tu la Ija teriak dekat telinga aku ni. aku pon beria-ria la nak tahu. well, perempuan kan. mesti la bende-bende ni nampak menarik!


Ija pon mintak la aku transfer 1 gambar muka sahaja, nak buat testimoni sebelom aku cuba produk ni. die janji dengan aku yang produk ni die bagi FREE nanti. kau gila taknak? aku memang tak boleh dengar bende-bende FREE ni. haha


3-4 minit lepastu, Ija pon cakap macamni kat aku sambil pegang bahu dengan mata kuyu. :



"zi, masalah kau dah selesai! nah tengok!"





tiada kulit kusam, jerawat mati kene racun, bibir kering etc etc. 



siap buat perbandingan sebelum dan selepas. Ija kate aku dah lulus kalau nak jual produk ****. sebab ternyata berkesan!. berkesan sehingga tahi lalat kau bawah bibir pon boleh hilang! 



jam tu jugak la aku mengamuk adela rupe hantu kak limah versi amukan azazil. "kurang hassammmmm punye budakk!!!" aku percaya je die cakap pasal produk ni. rupenye produk yang die maksudkan PERFECT365 app! cis! tipah tertipu. 


dah alang-alang aku tertipu. aku membawa la kisah tertipu aku ni ke sini!. jadi sama-sama lah kite tertipu ye. 


ahaaaaa....ok, baii





DAH MENGANDUNG 2 BULAN!

salam, 

tajuk entry je dah bikin gempak kan. kot-kot la aku yang ngandung, ade yang buat demonstrasi jalanan sebab tak mengundang mereka-mereka di hari bahagia ku. haha
 

yang sebenarnya berita gembira ni datangnya dari classmate aku kat poli dulu. ala die gembira sangat sampai tak ready lagi nak share kat classmate yang lain. kebetulan kami chating tadi. borak pasal kuih raye bla bla bla blaaa then, die pon cakap camni. 

aku siap print screen. kenyataan bukan yang di copy paste ye tuan puan..hehe


happy kau tahu bile die cakap macam ni. rase terharu. entah kenape pulak aku yang lebih-lebih. peningkatan usia barangkali.  mehehee


sebenarnya ramai la classmate aku ramai bakal dapat newborn beby. antaranya Ayun, Eim, Dila, Kak Mas dan bakal menyusul mungkin Lulu, Kak Dila, Seri, Asmida, Mila kot tahun depan. *mampus aku bagi kenyataan macam ni. tapi ape salahnya doakan dulu, lepas Mila kot-kot la aku menyusul, baru la yang lain-lain. kehkehkehhh


lagi nak share pasal ni. 




ala semua orang da tahu kot sape 3 beranak ni. (3 beranak bahase kau azi!). anak dorang ni same tarikh lahir dengan aku tahu. sebelah tarikh tu anak Sheikh Muzaffar (Bella) pula yang ke-2 tahun. 




Monday, July 22, 2013

AFTER 24 : titew naaa reliuw leseuw : nak muntah aku

well hai. 

hari ni adalah hari yang di tunggu. tahun ni betul-betul tunggu dengan setunggu-tunggu nye tarikh 22hb ni. sebab tahun lepas aku langsung tak sempat nak counting day. bile dah sampai 22hb baru OMG hari ni bezday aku ghupernye. sob-sob-sob T__T. 

so, kali ni aku tunggu betul-betul tunggu depan kalender. keh-keh-keh. 



bulan Julai ni. berderet-deret bezday. start dari acik, cik ayu, sepupu (asilah), sepupu (ada), aku, ain (bf), man (bf), abah, atok share dgn zira and nadia, lepastu paah (bf) dan penutup makadeq. ade satu tahun tu, siap beli kek potong ramai-ramai. best!


sahur pagi tadi, aku harap sangat ibu wish dulu. (padahal malam tadi dah cakap dulu hehe). aku tunggu sampai dah nak abes waktu imsak. ibu tak wish-wish jugak. last-last aku bagi la signal camni.


"hari ni nak keluar awal sikit. nak singgah pejabat pos dulu"

"kate pakai TNT" -ibu ingat aku nak pos kuih raya cust. T__T

"mukan mukan mukannn. titew naaa reliuw leseuw"- style aku cakap dengan femly memang meloyakan ditekankan ye disini dengan femly je *di persila kan muntah hehe

"nak muntah aku" - biasanya fed-back dari ahlil kerabat macam nila tak pernah nak positif.hehe. 

"kite nak renew lesen laaa"

"ooooooo..ya Allah lupa...selamat hari jadi yang ke?? kee??"

"22 la..sampai hati tak ingat"

"bluwekkkkkkk"


haha...lepastu ibu doa yang baik-baik. amin panjanggg.

seronok rupenye bile makin berusia ni T__T

sekalung atau berkalung-kalung terima kasih buat semua yang wish. ala terharu sangat. semua doa yang baik-baik aje. yang ter wish awal pon ade, tak pe boleh diterima. walaupun salah hari, bahang kesambutan hari jadi tu dah terase seminggu awal. haha


tapi yang sentap nye kan.........sorang BFF aku ni, tibe-tibe je tunjuk kan aku satu pic yang membuat kan aku meroyan di malam 2 hari sebelum bezday. lepastu siap cakap macam ni.


"agak bila ko nak betul-betul selim time raye 2011 tu?"



hoooiii sentap. cakap dengan ibu kite!!


*ala senang je nak selim cengitu, try la putus cinte jiwa merana* meheheee keanak-anak-kannn





Saturday, July 20, 2013

LAST ENTRY BEFORE 25



well hai,

kalau boleh bulan julai ni aku nak hupdate seberapa banyak entry. banyak-banyak. kalau mampu setiap sejam aku nak 'rakam' ape yang aku buat. kehkehkeh.

sebab bulan julai ni bulan beranak aku. ye laaaa, nanti bulan Ogos --- Disember 2013 aku boleh baca dan remind balik ape aktivi yang berpekdah aku buat pada bulan beranak aku tu. mane lah tahu sampai ke anak cucu cicit aku boleh bace ye takkk. over sangat kau!.

bersempena dengan bulan beranak aku ni. opkos la banyak-banyak-banyak sangat pekdah atau hadiah yang menarik aku dapat. *padahal takde la ape bende pooonn.

hadiah dari PROTON.




hadiah dari SUMMIT SHOES



yang ni tak sangke pon. mase dapat mesej ni. aku siap recap tah bile zaman aku jadi member club summit. aku bukan selalu pon beli kasut kat summit. tapi bile bace 30% tuuu, sape tak nak kan. sesuai sangat la dengan bulan berhari raye. so, balik terus mengeledah satu rumah cari Privilege Card. wakaka. semalam baru jumpe lepastu terus soping. kehkehkeh

pade mulanya aku ingat total 5 barang dapat 30%. tapi sangkaan aku melesettt sama sekali. rupanya setiap satu item dapat potongan 30%. maksimum sehingga 5 item. wahh aku dah macam orang kene sampuk semalam masa soping. terus rambang mate. tak tahu dah nak yang mane satu. pulak tu minggu lepas baru belanja ibu dengan adik kasut. kalau la aku jumpe PC (Privilege Card) tu awal2...hurmm.


kesudah aku amek 1 wedges, 1 flat shoes, 1 handbag, 1 purse. 1 item lagi aku belanja la member sepasang wedges atas kesabaran beliau melayan sorang minah kene sampuk mase soping. :p overall puas hati sangat. jimat RM 100++. kalau tak si minah yang kene sampuk tu nak bayar ke RM300++ sekian tu. jawapanye TIDAK! :p

setakat ni, itu sahaja la hadiah awal. cehcehceh. dengar cerita abah nak bagi hadiah hari raye. tapi suprise pulak. alaaa kite tak suke supriseee :p



***


orang kate lagi berusia lagi mengada-ngada. :p. ke, aku sorang aje yang begitu.
 jalan kat Guardian ternampak pulak sabun May PINK siap rose segala. aku pon try hidu, wangii sangat. sekali bace tagline 
For Younger Looking Skin
harusla beli, minah kene sampuk tu dah kene sampuk kali kedua kau. dah berusia katekan. padahal tak tahu nak buat ape. niat hati tak nak buat mandi. so, kesimpulannya letak dalam handbag baru satu, dalam kereta satu. satu lagi letak bawah bantal. sebelum tidur bau dulu. agak dah puas hati baru buat mandi. *tah mane punye perangai! :p


mase ni ade potongan RM 0.99 sen. kalau tak memang tak beli la si minah tu.





oleh kerana faktor usia yang kian bertambah, maka kulit muka tu rasa kering tak semena. dah macam orang nak manapouse pulak story aku ni. nak raya kan. so aku amek langkah yang dengerous, dengan memberhentikan segala jenis bahan pencuci dan make-up yang mengandungi bahan kimia. lepastu cari satu pencuci muka yang berasaskan organik kalau boleh yang sehabis biasa dengan menggunakan alam semula jadi. so, terjumpa la aku dengan Eversoft ni. 100% Organic. buah avocado lagi. 

yang kita tahu, avocado ni mempunyai kandungan vitamin E yang sangat tinggi. terbukti berkesan dalam melembutkan kulit. sebab tu industri kosmetik banyak menggunakan buah avocado ni. macam Eversoft ni, dah la pakai avocado lepastu secara organik pulak. manelah aku tak geram. so, jom la try sama-sama. mari melembut kat kulit sebelum syawal menjelma :p



ok, last sekali. betul-betul last ni. tengok tangan kanan aku ni janji ini perenggan yang terakhir. tangan kiri pulak janji tak nak dah taip entry panjang lebar :p hahaaa




harus la merembat gambar ni kat weChat tadi. konon-konon nak bagitahu satu dunia la kau dah bertambah usia. 

gambar harus la di 'palaroid' kan sehingga tak nampak kesan jerawat, tanda beranak etc etc...sampai kening kau pon hilang, kalau tak, tiada muka sesuci lebaran sangat tu. 
azi dan palaroid berpisah tiada....kehkehkeh




ok, bai-bai 

Isnin ni 25 dah. sedih pulak TT___TT tetibe~







Thursday, July 18, 2013

PULUT KUNING DAN RENDANG REBUS


haiii


malam tadi aku mimpi BOS! omg petanda tak baik tu. haha. selama-lama aku kerja kat sini, ini lah kali pertama aku mimpi BOS!

aku mimpi bos suruh aku pergi kursus kat CIDB tapi dalam masa yang sama die suruh aku buat PULUT KUNING. di ulang sekali lagi PULUT KUNING. hah???!!

dalam mimpi tu aku siap shoping kat TESCO orang melayu. beli bahan buat pulut kuning i tell u, aku siap beli NUTELLA botol besar


dalam mimpi aku buat PULUT KUNING???. weh dalam realiti pon aku tak pernah langsung buat pulut kuning. tapi dalam mimpi aku kompiden sangat buat pulut kuning siap rendanggg rebus. RENDANG REBUS kau tahu??. hanya di MIMPI. pulut kuning aku kukus sampai jadi nasi lembik lepastu siap cakap "ala, lupe beli pewarna kuning"!! kalau dah dalam realiti pon aku tak pandai buat PULUT KUNING dah tentu la terbawa dalam MIMPI bukan?.


yang aku musykilll, aku bukan pergi kursus poon. aku pergi climbing. gunung KINABALU. hahaa. yang ni lagi lawak. aku siap pakai baju opis untuk mendaki GUNUNG KINABALU. siap bekal PULUT KUNING YANG LEMBIK dan RENDANG REBUS. what the ____ of the MIMPI huh??!.


mimpi pulut kuning wehh. pulut kuning tuuuu. alhamdulillah bonus raya dah masyuk eh masuk. kihkihkih


sekian sahaja laporan aneh di bulan puasa. 

*hai rasa tercabar pulak dalam mimpi buat pulut kuning. balik nak kene berguru dengan atok ni. *

mampu ke?


google

ASHRAF MUSLIM HOT SANE SINI

hai hello salam.

amboi sana-sini kecoh pasal Ashraf Muslim berpoligami. tak cukup kat media cetak, elektronik. media bergerak (ngumpat) pon ambil port. hoi hoi hoii tak sedar ke ni bulan ramadhan. 


aku pon marah ni hentak kaki segale. dulu die kawen dengan Dayana pon aku dah meraung separuh gila ini kan pulak nak berpoligami. alaaaaa statement kau azi~


ok, enough!. hentikan statement berbaur kejelesan melampau


buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah selamat pengantin baru. ye lah, pengantin-pengantin jugak. puase tu jangan tak puase pulak. mehehehee. 


buat Dayana. semoga kuat menghadapi kenyataan. perempuan mane nak bermadu ye tak. tapi tu la. saya pon tak setuju sebenarnya. mungkin ini yang akan saya katekan kepada Ashraf "lepas kan saya!! lepaskan sayaa!!" meraung menjerit-jerit sampai anak tekak tertanggal. *amboi kau azi drama sangat. ok, apa pun bende dah jadi. pahit maung kene jugak hadapi. saya doakan Dayana tabah, kuat semangat!! cayokkk2!! ur the best!!!. dokter kan. so, bina kerjaya sendiri buktikan DAYANA MAMPU MELAKUKANNYA!! cayoookkk!! *terlebih semangat dah aku ni.



"percayalah mase ni I tak terniat langsung nak kawen lain. kita hanya mampu merancang...tapi apakan daya, jodoh, pertemuan, perpisahan, permaduan, hidup, mati seseorang umat tu atas KETENTUAN ALLAH. kita harus redo~"



wassalam.







Wednesday, July 17, 2013

HOW TO HANDLE : DISGUSTING EMEL


agak keras tajuk di atas ye. ok, aku dapat e-mel dari tah mane datangnye tetibe je boleh menembusi inbox gmail aku. banyak-banyak-banyak kali dapat.

end up, semalam aku report kat google, mengadu siap meluah perasaan plus nanges-nanges leleh-leleh higos kite tau, nasib baik dah buka puase T__T. so, meh la aku share sikit cara nak report. tak kesah la dari web mane sekali pon, korang boleh report. sekarang tah pelik-pelik email, dapat USD500,000.00 la. menang lotery la. dapat link web lucah la. ade tu siap dapat subject FINAL REMINDER ewuhhhh tu yang buat seram, tertanye-tanye penting ke, perlu ke. semua tu annoying dan disgusting!!!. sabar azi sabar bulan puasa ni.



(1) mula-mula sekali, letak mouse pada link yang kaler biru tu---> klik kanan---> copy link address


(2) pergi kat sini http://www.google.com/safebrowsing/report_phish/


paste link tadi kat kotak URL seperti di bawah
kemudian SUBMIT REPORT . siapppp!



ok, pihak google pun menghargai kerjasama kita. 


yeahhh

BIG CLAPPS FOR AZI!!








Tuesday, July 16, 2013

KALAU DAH TAKSUB DENGAN KUAH ASAM PEDAS....

hai-hai-hai..

hari ni rasa sejuk sangat kat opis. hampir sebulan kot air-cond rosak. sekse kau! pakai kipas syiling bawah kepala belum tentu rasa berangin. aku siap rembat kipas jemputan kawen tu ha buat kipas. begitu banyak dosa ke sampai kipas pon tak mampu nak mereda kan kepanasan aku ni?. T__T

semalam balik kerja terus seret beg lalu menghempas diri ke tilam lalu terlelap lah dahku selama 10 minit. bende ni dah jadi habit dah jadi kewajipan setiap kali balik kerja. T_T *saya cuba untuk berubah!! *semangat!. lepas bangun baru solat asar :p, mandi, kemas bilik, mop, renovate bilik la hape, lap cermin tingkap, sental tandas. itu semua dusta. mane pulak tenaga aku dapat nak buat semua tu. yang sebenar nya, aku sapu bilik dan bentang karpet. itu sahaja hakikat sebenar.

memandangkan bulan puasa. setiap petang harus la masak ye tuan puan. aku rasa bazar tu sesuai untuk aku cuci mate je. keinginan atau napsu nak beli tu kurang 10%. paling tak pon aku sambar kebab je. tu pon pikir nam ratos kali!.

semalam aku masak asam pedas ikan kembung. sayur kobis. since aku gile asam pedas, aku buat kuah die tu banyak-banyak. target sampai lah ke sahur. sanggup aku hirup kuah asam pedas tu tanpa rasa bersalah tanpa terpikir masalah yang bakal timbol!.

sahur tadi aku pon semangat meratah kuah asam pedas. nuget ramlee pon aku cecah dengan asam pedas. roti john hosmet aku pon aku bantai cecah dengan asam pedas. even beskot lemak pon aku cecah dengan asam pedas. begitu taksud aku dengan kuah asam pedas!


lepas 15 minit! nahh kauuu sila berlari lompat pagar ke jamban!


BIG CLAPPS FOR AZI!






Thursday, July 11, 2013

REVIEW SAGA SUPER VALUE (SV)

hai hari ni nak buat revew sikit pasal Saga SV yang sedang HOOOT sana sini!


ok, dimulakan dengan basmallah. aku share ape yang aku lihat dan paham sebab hari sabtu 06/07/2013 yang lepas aku teman member die nak beli kereta proton saga flx macam aku pakai sekarang. lepastu aku pergi Pusat Jualan Proton -branch dan satu lagi di Proton Edar. tempat yang sama aku servey dan beli!

ok, ada perbezaan antara SV dan FLX. kalau kita dgr kat media, "SV dan FLX sama!" . "SV tiada pengurangan dan ada penambah baikan berbanding dengan FLX sedia ada". mesti ini yang di dengar kan. sama macam aku, mase aku dengar, aku terus msj member "woiii sila BELI SV!!". sebab super jimat dan menguntungkan.


SV MEMANG UNTUNG :

1) murah RM 5,000.00 dari FLX executive
2) ada 2 Air Bag lagi tau (kalau flx standart ada 1 sahaja untuk driver. flx exec ade 2)

cumanya SV ni eksesori die kurang berbanding dengan FLX exec.


 sumber : google

*aku diberitahu carpet tu untuk SV TIADA. dan aku pun tengok sendiri memang takda. plus sport rim biasa.

aku tak paham kenapa dalam media lain yang di uar-uarkan. lepastu member aku ni pulak dah muke bengang. aku pon slow down kan la die cakap ade benefit. perbezaan ni salesman proton tu yang bagitahu kami.

1) sesuai untuk yang baru nak bekerja. baru nak berjinak-jinak dalam kehidupan super mencabar
2) sesuai untuk orang yang tak mampu nak bayar kereta bulan-bulan yang sampai ratosaaannnn ratoosaann
3) eksesori tu kalau nak tambah boleh buat sikit-sikit. bak kate saleman tu baru RM800.00 T__T.

ok, aku kenalkan salesman kat proton edar tu ialah En. Didi. die punya penerangan bagus.

untuk member aku, die kirakan perbandingan harga kereta FLX dan SV. jalan kira A to Z u olz.



siap tolakan rebat RM 2,000.00 tu sekali. kan lepas bajet 2013 kereta baru dapat rebat RM 2,000.00. jadi mereka sangat bertuahh T_T.

salah satu pengiraan harga kereta dalam jadual harga.

1.3 (MT) SV (OTR)

RM 33, 888.00  

Down Payment 10% RM 3,488.00*

Monthly : 5 tahun (RM 680) , 7 tahun (RM 435) , 9 tahun ( RM 355)
*belum tolak rebat-kalau tolak rebat tidak menjejaskan bayaran bulanan pon. cuma tolakan pada downpayment/harga kereta - info : En. Didi

kalau ikat 9 tahun, bayaran bulanan RM 355. so, tepuk dada tanya selera.

kalau ikut kan member tu xnak amek yang SV sebab bile tengok pada kekurangan. banyak xde eksesori. dan jika di banding kan dengan flx yang die idam-idam kan. harga nya pulak macam ni



1.3 (CVT) FLX STD (OTR)

RM 41,823.00

Down Payment RM 3,523.00*

Monthly : 9 tahun RM 447

ini pengiraan dari En. Didi. Loan dengan bank cuma RM 38,300.00. 

buat masa sekarang FLX STD manual di hentikan keluaranya bagi mendahulukan SV. begitulah yang dikatakan oleh En. Didi. kemungkinan besar akan keluar balik dalam bulan 10 nanti lepas SV ni di tutup jualannya.

member pon dah pening kepala nak buat pilihan. bagi aku perbezaan RM 92.00 tu tak la besar kot, sebab kalau nak di kira dari aspek perbelanjaan untuk beli aksesori tu mahal la jugak. contoh kate, kalau pasang tinted yang ade safety punya RM 700.00 . kalau pasang yang biasa RM 450.00 macam tu la. Door Visor pulak dalam RM 50.00+. tu dah kira mahal pulak kan. belum kos pasang karpet dan lain-lain. tak pe la kayuh pelan-pelan.

kalau macam kita ni perempuan kalau boleh malas dah nak pikir. beli terus siap-bawak. hehe. ni pendapat aku lah. aku sokong aja ape pun pilihan member tu. kita pandang dari sudut +ve. insya-Allah ada kebaikannya.


sumber : google

sekian, nanti kalau member tu jadi amek SV aku share la sikit.