Monday, July 6, 2015

DAH HABIS EXAM. PIKIR PINDAH PULAK -__-

hai olzz..


puasa tahun ni mencabar ke idok? bagi akulah kan. sangat mencabar. satu sebab berperang dengan suhu panas ya rabb. seriously sangat mencabar. kedua sebab exam. mehehehe alasan.

walaupun dua paper aje. tapi aku rase nak pitam. rase tak sabar nak abes. ngee. 2 aje pun kan.

alhamdulillah semalam dah selamat setel last paper. Law485. mencabar gila soalan. aku bukan nak jadi lawyer ya. ape pun aku dah buat yang terbaik semalam. walaupun tinggal aku sorang dalam dewan tu. member yang lain semua dah angkat kaki sejam awal. myb sebab stress ke ape tak tahula. aku pun stress jugak dahlah dok tepi tinggkap. konon nak angin bayu meresap ke pipi. sekali bahang silau etc etc.

badan aku pun dah 3 hari lemau. selesema teruk. suhu badan pun cecah 39 darjah celsius. gila tak. jawab paper law dengan hazab dunia camni. sekse mak tau. ikut hati nak je ambil MC. tapi ngenangkan tak sanggup aku jawab pekse postponed. aku redah je la. lagi pun tak sakit kepala sangat. tapi sorila satu dewan dapat wabak. kakaka. dengan batok, bersih, syroott syrooot idong lagi. amek kau. hahaha!


aku sebenarnya dalam delima lagi ni. sem depan kena transfer shah alam. kalau taknak pergi shah alam. aku kena tukar course yang available kat joho ni macam BM242. aisyhhhh pening pikir. aku nak AC220 tapi kene pergi shah alam. means aku jadi traveler like sem 1 dulu. sanggup tak engkau wahai manusia yang bernama azi?

aku beria cakap takde masalah bab pindah shah alam. cewahh belagak betul mase tu. lepastu ibu aku dok risau manjang. kau tahu je la ibu aku kan sakit. aku pulak sesejak ni asyik demam je. antibody dah tak sekencang dulu kot.

aku ni terlalu mencintai joho :p. membayangkan nak ke shah alam selama lebih kurang 5 tahun jugak. dengan ibu aku lagi tak berapa sihat. hati ni jadi berat teramat sangat. aku mintak advise sedare mara, akibat terlalu banyak mintak pendapat orang aku jadi makin terbeban hahaha.

so,

pindah shah alam?
tukar course BM242 (Bis. Management (Hons) Finance)?


aku dah tengok dah structure program untuk BM242. belek subjek die. wow. macam senang jek hahaha. lagi pun 9 sem je ko. AC220 makan 12 sem. pitam. subjek nya pulak killer. ngeee... tapi AC220 ni banyak la kelebihan die. sebab die board MQA, MIA. once ko dah grad. kau otometik listed membership MIA tau. specialty ni uitm je yang hado. ko tak payah sesuah ambil QE yang hazakebedah susah die tu.


pastu pikir balik. ngeee. taku nak pikir la... masa memula tahu kene pindah balik shah alam, (nanti aku buat entry khas pasal ni) aku yakin je aku boleh!. haha. lepastu hari-hari pikir dan berdoa. doa sungguh-sungguh mintak Allah gerakkan hati kita pilih yang mana.


amazingly, dari hari ke hari hati aku makin kuat ke arah BM242. evento aku tak pernah tahu pun course tu pasal ape. hari ni baru print out structure program macam yang aku dah cerita kat atas tu. Ya Allah betul ke instinct yang aku dapat ni.


macam mana pun aku kene pikir lagi elok. kesian kat sha. aku dah janji kot nak travel sesama dengan die. sha tu dah tentulah cita-cita nak jadi auditor. lagi pun die boleh attend kelas ari sabtu je. sebab ahad kerja (johor cuti jumaat sabtu). so, cane. sabtu tu paling banyak pon ko boleh ambil 3 subjek je. bilomasa nak abes tu. kene tambah sem gamaknya. heehehee. aku pulak cuti sabtu ahad. so bolehla ambil subjek untuk sabtu dan ahad.

adeh runsingnya!











No comments :