Hai..
Bulan puasa ni ade yang kate
tidur tak cukup. Eh betul la tu. Aku le tu yang kate. Tah nape di jadikan alasan
cenggitu. Dasar manusia aku ni. Kat meja opis depan computer pon aku bantai
tidur tersengguk-sengguk. Teringat dulu masa praktikal. Aku tetidur sebelah bos
T__T aku tak perasan bos duduk sebelah meja aku mase tu. bahahahaha lawak gila.
Lepas balik kerja aku bergegas masak
juadah berbuka. Biasenya masak yang simple je. Macam sup ke tomyam. Kalau malas
masak aku beli kat bazaar tapi amatlah jarang sekali aku berjalan di bazaar. Kononnya
aku berazam taknak jejak kaki ke bazaar sebab aku tak mampu kawal napsu. Heee. Kalau
aku bosan makan nasi, aku buat lempeng ke jejemput je. Time aku buka yang
ringan-ringan macam tu, time tula ibu call. Cakap alooolooo kesiannya…makan
lempeng je ke, sahur beskut???. Gituww. Bhahaha. Masalahnya takde selera. Berbeza
zaman muda mudi remaja dulu, makan buka harus banyak menu…pelahap. Pastu siap
ulang-ulang makan. Sekarang ni zaman dah berubah. Peralihan usia katenye
wakakaka. Makan sekali tu je. Pastu tak koser nak korek dapur. Same goes with my
sibling except dak nab. Hehehe. Eh kakak aku pun same. Suka makan ulang tayang.
Dorang takpela badan selim melim. Aku tokkleh. Nanti raye tak muat baju. pakai baju kelawo kang dorang
taknak jalan same aku. Heeee
Biasanya lepas isya’ aku bantai
study. lassstttt peyyyperrrr ahad ni!! Yahuu tak zabar nak merdekaraya.
1230 macam tu baru tidur. Kang 430 bangkit sahur. Kadang tu tak sedo. Sesedo dah
kol 630. Satu hari puasa tanpa sahur. Nasib baik siang tu tak lapo, ade yang
buka. Ngeee!!
Lepas subuh 540 macam tu. Aku wajeb
tidor. Aku ni kene tidor cukup. Memang perkara wajeb. Kekeke. Lepastu bangkit
730. Tu pun ya rabb liat nak bangun weiii. Sumpah liat! Postpone sampai jam
745. Pitam aku.
Nak cerita mimpi lepas subuh ni
aneh-aneh betul la.
Pagi tadi aku mimpi hanto.
Mimpi pindah rumah baru. Lepastu
rumah tu berantu. Lepastu kat bilik aku tu (dalam mimpi) tergantung plestik air
milo ikat tepi 2 bungkos zaman tokkadok. Wakakaka.
Malam sebelum ni aku mimpi
gigi aku banyak gila patah. Gigi dan gusi aku lembut. So gigi tu senang
tanggal. Aku kumur-kumur giginya pon terkeluar sama. Banyak nak mampos. 2 telapak tangan penuh. Sampai tertelan
gigi aku sendiri. Berasa kat tekak dalam mimpi tu. Takot.. aku dahlah
mementingkan kesihatan gigi. tapi yang paling peliknya gigi aku tak
habis-habis.
Walaupun patah banyak gilaaa..ade je, patah tumbuh. Patah tumbuh. Bahahahaha.
Mimpi nilah paling jelas terang dan paling ingat. Orang kate mimpi patah gigi
petanda tak baik. No-no-no aku taknak percaya nanti sirik. Lagi pun ni mimpi
lepas subuh kot. Emmm aku pun tak sure ni mimpi sebelum subuh ke selepas subuh.
Behehehee..yang penting mimpi ni menghantui hidup aku. Ase nak muntah pulak
teringat tertelan gigi dalam mimpi tu!
pokoknya jangan tidur lepas subuh!!!
No comments :
Post a Comment