E-MAIL

88azinur@gmail.com

Friday, August 26, 2016

KIMBAP KANG BABAP KANG.

hello.....


kimbap kang babap kang bukan nama resepi dari thailand ke jawa ke siam atau indonesia ya kawan-kawan. nama resepi ni baru je aku cipta sepintas sesaat dibawak angin yang memintas lalu. geteww. 

lama dah aku teringin nak buat kimbap ni. since adik aku ciknab tu suka makan bende-bende gini kan. helok bia die je la yang buat. aku tolong gulung je.

pada yang tak tahu amendekejadahkealoh kimbap kak!. here wiki explained for u..


Gimbap or kimbap is a Korean dish made from steamed white rice (bap) and various other ingredients, rolled in gim (sheets of dried laver seaweed) and served in bite-size slices. Gimbap is often eaten during picnics or outdoor events, or as a light lunch, served with danmuji or kimchi.



korang janganlah expect kimbap aku mewah dan lawo kebabom sangat hahaha. ni versi cempak-cempak jeh hewhewheww




Nasi sushi/ beras sushi ni boleh didapati dipasar-pasaraya (masak seperti biasa boleh baca di belakang paket beras tersebut)

seaweed


Goreng telur dadar lepastu potong panjang-panjang


Timun Jepun

Lobak

Mr.crab frozen (celur)

Walaupun adik aku yang sediakan semua bahan diatas. Tetap jugak aku yang menggulung dengan begitu cantik sekali kekeke. Mampuih aku kalau nab bace. Die tu dahlah suke curi-curi bukak blog aku dekat lab! :pp



Tips nak gulung cantik ni senang je. Jangan TAMAK. Letak je nasi sikit-sikit atas seaweed tu. Jangan letak banyak-banyak nanti gemok. Dahla gemok buruk plak tu ekekekeke. Tapi terpulang la korang suka gemok ke tak. Aku takut seaweed tu terkoyak haa kan tak lawa nanti.



masa menggulung ni aku tak pakai pon tikar buluh ke ape name beliau ek. Aku gulung pakai plastik alas dengan tuala. Insyallah uolzz jadi seperti ini. Lawo ke tidoookkk. mestila korang buat lagi lawa. aku punya ni macam suram sepi sekuntum mawar merah jekk. :p


Selamat mencuba!!