Kategori makanan
1. Lontong
2. Apam
Kategori drama
1.W- two world (oh!k)
2. Let’s eat (TvN)
3. Produce 101
4. Boys 24
Kategori buku non-faedah
1. Komik jepun (kekasihku 16 tahun, awas mamat
jambu etc etc......sila muntah dengan tajuk-tajuk komik tersebut wakakakaka)
Kategori budak
1. Muhammad adam iman
Hai hello....
Ekekeke. Siap list apakah perkara yang sedang memusnahkan hidup
aku. hari-hari kalau boleh nak sarap lontong cik beha. Adoii kuah lontong
beliau pekat lemak berasa cukup segala bahan orang putih kate well done. Haha.
Ade satu hari tu aku tak dapat lontong cik beha aku sanggup ya makan mamee kuah
lontong mee tarik yang plestik die itam label kuah lontong tu kaler hijau.
Hahaha amat dasyat selere lontong aku ni. Tengah kemaruk dengan lontong.
Tunggula sebulan dua nanti taste berubah ke tidak. Hahahaha teruk beno! Pakcik
aku lagi dasyattt tengah kemaruk bakso. So hehari oke masak bakso... harini
bakso esok bakso lusa bakso hoii berlarutan dekat sebulan kot. Penyakit
keturunan! :p
Harini buat apam nasi. Sudah tentu bukan aku yang bikin.
Kekekke. Ya robb sedap sangat. Haritu makan apam gula merah tak puas. Sebenanye
dah berkurun jugak aku bezikir dekat telinga ibu mintak buatkan apam nasi. So today
baru dapat hihihi. Males nak tepek gamba. Phone aku tu lately memory card nye asik
tenggelam timbul dono why.
Eh baru tersedar raya ni tak jumpe dodol! Maigod!!.
Kau taula raya tahun ni tak macam raya sangat. Berperang dengan
final exam. Malas nak cerita nanti aku hiba sedih pilu menusuk kalbu. So lets
say tahun ni TAK BERAYA. :(
Selain kemaruk dengan makanan. Aku kemaruk juga dengan
drama-darama k-pop yang tengah boleh tahan hits!. Aku lama gila tak layan
k-drama. Maklum la aku k-variety ekekeke. Lepastu kan astro kasi siaran free
sampai 31/8 tu yang terlayan drama kat
oh!K dengan TvN. Hari isnin dan selasa wajib tengok let’s eat tak pernah lagi
tetinggal setakat ni. Aku layan pon sebab ade Doo Jun (beast).. aku takla die
hard group beast. Tapi jujur aku katakan beast adalah punca aku meminati
lagu-lagu k-pop. Ekekeke.
Khamis dan jumaat wajib bukak Oh!K untuk drama W-Two world. Best
gila aku rasa cerita ni. Berbeza sangat dengan drama-drama yang aku pernah
layan dulu. Nampaknya industri drama korea semakin maju! Tahniah!. Macam korang tahu kalau tak de siaran ulangan
bukan astro namanya. Walaupun aku dah layan episod baru untuk semua drama
diatas aku tetap jugak layan siaran ulangan. Sampai habes! Hahaha tu yang mak
aku tension. Cerita ulangan pon aku tengok berkali-kali. Hahahha begitula kalau
dah suka---suka sangat. Nampak tak aku ni jenis setia dalam bercinta pffttt! K-variety!!
Produce 101 aku layan sampai finale. Fyi, aku peminat se jeong dari so mi. Lantokla
korang nak cakap ape. Tak puas hati aku so mi yang menang. Mementangla beliau
dari JYP. Ewahh emo! Boys 24 ni sebenarnya tertengok lepastu ommoo ommooo oppa
oppa jambu sangat la. Layannn sampai finale. Semalam kan finale nya. Ekekeke.
Do-Ha tu tak jambu die spises selera aku sangat bila tengok lesung pipit beliau
cair aku tau! Tengok kakak kau ni tah bila nak dewasa tak sedo diri umur hampir
30 ni ha. Tobatlah!
Last but not list!. IMAN. Yahh sepupu baru. Dalam 3 bulan
umurnya. Buat masa ni aku kelik je die sampai balik rumah terbau-bau musyuk
masyam si Iman ni. Gewam tengok. Tapi kesian die alergik kulit. Ni ibu die
pergi kursus. Makin teruk aku tengok kulit pipi die siap hijau-hijau macam
nanah ke ape tak tau la. Lepas ibu die abes kursus baru bawak pergi pakar. Before
ni follow doktor bese je. Kesian tau!. Arghh rindula IMAN.
Sekian cerita ketagihan!. See u next entry insyallah all about
QnA PJJ(combined)!
xx
No comments :
Post a Comment