Showing posts with label ladies night 29/03/2014. Show all posts
Showing posts with label ladies night 29/03/2014. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

BFF E-DAY!


Eh hai hello..


Cuti raya cina yang lepas. Aku tak cuti pun. Ya ya ya cuti di pejabat. Tapi tidak di rumah. 2 hari berturut bff aku bertunang. Khamis aku buat cupcake, jumaat Ika bertunang, sabtu Aen bertunang ahad ade mejlis sikit kat rumah aku. Hoii penat tapi puas!!! Happy sangat dapat jumpe kawan-kawan lame tau. Since tabika lagi persohabatan ini terjalin. I is happy gila 2 hari tu. Besok kalau kawen pon buat sebelah-sebelah tarikh tu. Senang cerita. Haha.


Jumaat lepas zohor cemtu dah gerak pergi rumah kakak Ika kat remis. Ika dah bertapa kat remis lame dah kot. yela die dengan kakak dan anak sedara die sibuk merewang bagai. Ika ni takde parents dah. Kesiankan. Aku kadang kesian tengok die tau. Semua die urus kehidupan sendiri. Harap kakak dengan abang je la untuk menagih kasih sayang. Sobs.. ni dah bertunang dengan Asy. Aku pon happy la, mak Asy very the baik gils. Sayang beno dengan Ika. So, Ika ni boleh la bermanja-manja dengan mak Asy. Salu berkepit dorang tu. Kami ni jarang nak jumpe. Last tahun lepas masa buat renioun ladies night tu. Maklomla orang KeyL. Bukan senang oi nak balik. Costly semua tu. Heehee. Kiteorang rajen jugak mintak Ika nasehat kewangan. Sebab Ika kerja kat AKPK. Hahaa.. nak-nak yang dah berumah tangga tu.. Mihmihmihh.






Hutung Ika ni geti make-up sendiri. Top to toe semua sendiri tanggung sendiri buat. Memang sedia maklum yang Ika ni memang kreatip. Berseni. So no wonder la hasil kerja die nampak elok jek. I is jelous haha.


Remis ni kira dalam estate. Aku first time sampai Ladang Remis yang belah dalam-dalam tu. Dulu ade la tiga pat kali masuk estate ni. Memula masuk dulu aku cam takot. Yela keliling semua kelapa sawit macam hutan tebal gamaknya. Tak sangka dalam ade rumah. Bukan takat rumah padang golf siap semua lawa kot wei sekarang. Cuma rumah kakak ika ni mungkin kawasan pengawai kot. rumah semua beso-beso keliling lapang, sebab sawit dalam proses penanaman semula. So lapang gila. Lepastu view sangatlah cantek. Siap duduk kat pangkin angin sepoi-sepoi bahasa. Tenangnya hati wei. Kalau kat taman aku tak boleh bertenang ya. Dengan moto lori kereta keretapi hoii bising..tu belum bebudak buat main lonceng rumah. Sakit hati je. Aku geram aku mati suis. Pastu orang datang bagi salam bertalu-talu tekan lonceng bagai tak dengo. Haha!. Bila duduk dalam estate ni rasa damai je. Walaupun situasinya lain. Hehe misalnya, aku selalu nampak kereta motor ulang alik depan rumah. 



tepek gambar cik Ain. bila dah ramai-ramai memang ko tak boleh tangkap gambar pemandangan sahajo, pantang ya hala camera ade je menyelit!. haha


happynyeee wei masa ni.. tak cukup ni ahlil grup 'perempuan hati sado'. kalau semua hado pecah bibior. ni pon dah kembang-kembang pipi bergelak sahajo. :p

Balik dari rumah Ika, aku dah lepak dah. 630 baru sampai rumah. Malam tu tido awal jugak jam 2.00 pagi cemtu. Awal la sangat. Eh kira awal ni aku tido. Salu hari-hari cuti aku tido 3 4 pagi. Sebab tengok tivi punya pasal. Miahahaha


Sabtu petang lepas zohor. Majlis si aen pulak. Aen dah pakat dengan ika untuk makeup kan die. Untung takk. Jimat kos uolz. Ika dari remis datang rumah aku dulu, then baru gerak g rumah Aen. Tak jauh pooon. Belakang rumah jekk. Selang sebaris rumah. Ibu aku beria suruh jalan kaki je. Hoii tak nak aku. Melocot ok. Panas mak ai tebako aku nanti. Dah la pahala seberapa je ni....so marilah naik kereta. Aircond belom sempat sejuk dah sampai. Hahaha. Same je jalan kaki. Eh tokleh, beg makeup ika tu kemain beso lagi nak mikul. Kikikiki


Sampai je rumah Aen terusan makeup die, pakaikan tudung bagai. Ngam-ngam siap terus sesi sarung cincin. Wahh selamat dah Aen bertunang. Aku dengan Cik Ain bff aku lagi sorang tu kemain tak percaya si Aen ni nak bertunang. Haha. Jahatkan. Bukan ape, mase sekolah dulu Aen ni memang kasorr. Kasor bebeno. Baru-baru ni je agak girlish sikit. Sorrii Aen. Haha




Ape pun, 2 hari punya story tu memang sangat indah. Lama kot kami tak jumpe. Aku sendiri jumpa Cik Ain setahun sekali. Aen lagi la...lamaaaa sangat tak jumpe. Walaupun belakang rumah je. Aen tu kerja kat Pahang. Kadang die balik aku pulak yang tak free. Lepastu kalau masing-masing free, macam malas pulak nak keluar. Ye la time cuti ni lah kita nak spent time bebeno dengan parents khen. Kesudah sepi je la. Naseb ade wasep, wechat bagai. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bilaaaa.. ingat tak cikgu jas pernah cakap. Antara aku, Aen dengan Cik Ain sape la yang kawen dulu??... so Aen one step closer, aku dengan Cik Ain walaupun pernah di kecewakan, aku akan pastikan sejarah lama tidak akan berulang. Doakan kebahagian milik kami ya!




 happiness overload!


To Ika and Aen, aku doakan kebahagian hari ini akan kekal milik kau berdua sampai ke jinjang pelamin lantas ke Jannah. We love u!


Wednesday, February 26, 2014

SAVE THE DATE 29/03/2014. LADIES NIGHT. REUNION.

hai,


nak tahu tak, sebenarnya bulan mac pon tak masuk lagi!... *krikkrikkkrikkkrikk



29 mac tu adalah tarikh yang sangat penting bagi aku dan kawan-kawan-kawan (ex-skulmate TABIKA KEMAS 1994). sebab tarikh tu kiteorang akan berjumpa lalu berjimba-jimba. Ya Allah tak sabar sangat nak pelok cium dorang tau. :p



pic credit : google


sangat lama kiteorang tak berjumpa. lepas sekolah rendah pon ade yang tak jumpe. duduk sekampong pon ade yang tak terjumpe. poyo sangat kan. setelah di bincangkan, maka 29/03 tu kiteorang akan berjumpa untuk aktiviti berborak, makan-makan, berbbq opkos. benda ni dah di rancang seawal bulan 12 ke bulan 1 hari tu ek. yang pasti bende ni dah di rancang dengan smoooooth sangat!



kawan-kawan yang dari KL pon sanggup turun Johor. sanggup mohon cuti awal bulan 1 hari tu. semangat memasing!. yang ade anak pon semangat jugak nak join. wehihihiii tak sabar sangat nak jumpe dorang tau.



pic credit : google

walaupun perancangan awal tu nak becuti-cuti  kat tepi pantai terpaksa di tangguhkan, jumpe malam berbbq pon molek sangat dah. janji dapat lepas rindu masing-masing. selama ni asyik beborak dekat gurp wassap je kan. nanti 29/03 tu borak la puas-puas face-to-face. kite lawan mulut sape yang paling bingit. :p



aktiviti ni patut di gelar reunion. tapi untuk gegirl je uolz. men is not allowed. kecuali nak bawak laki memasing boleh la. ko gila nak tinggal laki kat rumah sementelah kau bersuka ria kat luar. haha




so, pade malam tu nanti semua sepakat collect sikit duit untuk berbbq ni, ade kambing, ayam, sosej, lagi ape ek. lupe la. yang mana nak sponser lain-lain makanan or barang sangat di alu-alukan. aku macam biasa la nak buat dessert!! dah verangan nak buat ape tau. semua untuk kesayangans!!



tema pula purple plus hitam. sebab yun terpengaroh dengan baju jacklyn mase AJL28 ritu. lawa kannn. kiteorang semua berkenan. baju tak bolehh nak over sebab ade aktiviti katenye. kite tunggu je la Ajk-ajk majlis buat ape. kikikiki. ohhhh lagi satu ade sesi tukar hadiah! hadiah mesti balut dengan kertas minyak kaler coklat!. kawan aku ramai dah beli hadiah. aku tak cari lagi. dorang ni terlebih semangat ke ape. kompius mak!.


pic credit : ohbulan!


di pendekan cerita, aku kene cari baju yang sesuai untuk majlis yang penuh misteri tu. :)). dannn cari hadiah!. ya cari hadiah!. nak bagi hadiah rupa ape ye. fening pulak nak pikir.



bile cerita pasal ladies night nii aku jadi tak sabar pun ade. teruja sangat. sebab lame sangat-sangat tak jumpe dengan skulmate ni. gila lama ade yang lebih 10 tahun kooot tak jumpe. debo-debo dade kite ni. kikikiki.



semoga Allah merahmati majlis itu nanti!. dan hope sangat program ni menjadi. ape pon, Allah adalah sebaik-baik perancang. :))



*senyum!