Eh hai hello..
Cuti raya cina yang lepas. Aku tak cuti pun.
Ya ya ya cuti di pejabat. Tapi tidak di rumah. 2 hari berturut bff aku
bertunang. Khamis aku buat cupcake, jumaat Ika bertunang, sabtu Aen bertunang
ahad ade mejlis sikit kat rumah aku. Hoii penat tapi puas!!! Happy sangat dapat
jumpe kawan-kawan lame tau. Since tabika lagi persohabatan ini terjalin. I is
happy gila 2 hari tu. Besok kalau kawen pon buat sebelah-sebelah tarikh tu.
Senang cerita. Haha.
Jumaat lepas zohor cemtu dah gerak pergi rumah
kakak Ika kat remis. Ika dah bertapa kat remis lame dah kot. yela die dengan
kakak dan anak sedara die sibuk merewang bagai. Ika ni takde parents dah.
Kesiankan. Aku kadang kesian tengok die tau. Semua die urus kehidupan sendiri.
Harap kakak dengan abang je la untuk menagih kasih sayang. Sobs.. ni dah
bertunang dengan Asy. Aku pon happy la, mak Asy very the baik gils. Sayang beno
dengan Ika. So, Ika ni boleh la bermanja-manja dengan mak Asy. Salu berkepit
dorang tu. Kami ni jarang nak jumpe. Last tahun lepas masa buat renioun ladies
night tu. Maklomla orang KeyL. Bukan senang oi nak balik. Costly semua tu.
Heehee. Kiteorang rajen jugak mintak Ika nasehat kewangan. Sebab Ika kerja kat
AKPK. Hahaa.. nak-nak yang dah berumah tangga tu.. Mihmihmihh.
Hutung Ika ni geti make-up sendiri. Top to toe
semua sendiri tanggung sendiri buat. Memang sedia maklum yang Ika ni
memang kreatip. Berseni. So no wonder la hasil kerja die nampak elok jek. I is
jelous haha.
Remis ni kira dalam estate. Aku first time
sampai Ladang Remis yang belah dalam-dalam tu. Dulu ade la tiga pat kali masuk
estate ni. Memula masuk dulu aku cam takot. Yela keliling semua kelapa sawit
macam hutan tebal gamaknya. Tak sangka dalam ade rumah. Bukan takat rumah
padang golf siap semua lawa kot wei sekarang. Cuma rumah kakak ika ni mungkin
kawasan pengawai kot. rumah semua beso-beso keliling lapang, sebab sawit dalam
proses penanaman semula. So lapang gila. Lepastu view sangatlah
cantek. Siap duduk kat pangkin angin sepoi-sepoi bahasa. Tenangnya hati wei.
Kalau kat taman aku tak boleh bertenang ya. Dengan moto lori kereta keretapi
hoii bising..tu belum bebudak buat main lonceng rumah. Sakit hati je. Aku geram
aku mati suis. Pastu orang datang bagi salam bertalu-talu tekan lonceng bagai
tak dengo. Haha!. Bila duduk dalam estate ni rasa damai je. Walaupun situasinya
lain. Hehe misalnya, aku selalu nampak kereta motor ulang alik depan rumah.
tepek gambar cik Ain. bila dah ramai-ramai memang ko tak boleh tangkap gambar pemandangan sahajo, pantang ya hala camera ade je menyelit!. haha
happynyeee wei masa ni.. tak cukup ni ahlil grup 'perempuan hati sado'. kalau semua hado pecah bibior. ni pon dah kembang-kembang pipi bergelak sahajo. :p
Balik dari rumah Ika, aku dah lepak dah. 630
baru sampai rumah. Malam tu tido awal jugak jam 2.00 pagi cemtu. Awal la
sangat. Eh kira awal ni aku tido. Salu hari-hari cuti aku tido 3 4 pagi. Sebab
tengok tivi punya pasal. Miahahaha
Sabtu petang lepas zohor. Majlis si aen pulak.
Aen dah pakat dengan ika untuk makeup kan die. Untung takk. Jimat kos uolz. Ika
dari remis datang rumah aku dulu, then baru gerak g rumah Aen. Tak jauh pooon.
Belakang rumah jekk. Selang sebaris rumah. Ibu aku beria suruh jalan kaki je.
Hoii tak nak aku. Melocot ok. Panas mak ai tebako aku nanti. Dah la pahala
seberapa je ni....so marilah naik kereta. Aircond belom sempat sejuk dah
sampai. Hahaha. Same je jalan kaki. Eh tokleh, beg makeup ika tu kemain beso
lagi nak mikul. Kikikiki
Sampai je rumah Aen terusan makeup die,
pakaikan tudung bagai. Ngam-ngam siap terus sesi sarung cincin. Wahh selamat
dah Aen bertunang. Aku dengan Cik Ain bff aku lagi sorang tu kemain tak percaya
si Aen ni nak bertunang. Haha. Jahatkan. Bukan ape, mase sekolah dulu Aen ni
memang kasorr. Kasor bebeno. Baru-baru ni je agak girlish sikit. Sorrii Aen.
Haha
Ape pun, 2 hari punya story tu memang sangat
indah. Lama kot kami tak jumpe. Aku sendiri jumpa Cik Ain setahun sekali. Aen
lagi la...lamaaaa sangat tak jumpe. Walaupun belakang rumah je. Aen tu kerja
kat Pahang. Kadang die balik aku pulak yang tak free. Lepastu kalau
masing-masing free, macam malas pulak nak keluar. Ye la time cuti ni lah kita
nak spent time bebeno dengan parents khen. Kesudah sepi je la. Naseb ade wasep,
wechat bagai. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bilaaaa.. ingat tak
cikgu jas pernah cakap. Antara aku, Aen dengan Cik Ain sape la yang kawen
dulu??... so Aen one step closer, aku dengan Cik Ain walaupun pernah di
kecewakan, aku akan pastikan sejarah lama tidak akan berulang. Doakan kebahagian milik kami ya!
happiness overload!
To Ika and Aen, aku doakan kebahagian hari ini
akan kekal milik kau berdua sampai ke jinjang pelamin lantas ke Jannah. We love
u!
No comments :
Post a Comment