Thursday, October 17, 2013

CERITA HARI RAYA KORBAN. LEMBU TAK LARI PUNYA.

hai, assalamualaikum..

salam hari raya haji yang ke tiga hari. hari ni baru naik kerja u olz. hoi cuti 5 hari liat sungguh nak bersiap pergi kerja. emang dasar pemalas. kihkihkih.

naik kerja kok terusan dapat memo kene pegi kursus. haku dengar perkataan kursus ni trauma betui. adeh takpe turuti aje.

sempena Raya Haji ni banyakkk sangat dapat berita gembira.... gembiraaaa beno. salah satunya berita dari ofis. alhamdulillah dapat tender baru buat Masjid. alhamdulillah sangat-sangat macam tahu-tahu je tahun depan aku nak bonus banyak-banyak. wakaka. insyallah semoga projek kali ni diberkati Allah. bos aku mesej malam raya suruh buat sujud syukur. gigih aku buat sesudah masak memasak. :)

aku pon taknak cakap banyak. kali ni entry penuh dengan gambar. raya Haji kali ni kami sekeluarga bersepakat beraya aje kat rumah. sebab abah banyak program korban kat masjid dan taman. so, we all bergotong royong la masak raya konon-konon.

as usual, bila di tanye dekat adik beradik 'raya ni nak masak ape?'. sorang nak daging kicap. abah nak ayam masak lomak. yang lain semua tak kisah. dan yang paling bestnye semua nak nasi putih taknak ketupat, nasi empit. hey! dorang ni tak tahu ke hari raya tu makan makanan raya ler. tensen aku. aku je yang bersemangat waja nak berayo. hahaa gile pompuan ni!

so, we all yang gegurl-gegurl ni pon masak la makanan raya edisi menu harian. gituewww..hokaloh!



ayam masak lomak request by abah. made by ibu+kakak


daging kicap request by afiq haziq. made by ibu+kakak


daging goreng kunyit request by abah jugak. made by ibu+kakak


aku tak tahu nak panggil lauk ni dengan name ape. sebab macam sambal goreng tapi macam pelik. yang penting request by abah. made by ibu+kakak


sayur campur -brokoli+bunga kobis+kacang pea+lobak+cendawan+kobis. 
request by me. made by me. haha. last minutes planing ni. sebab aku terperasan tak menyumbang ape-ape lauk pon. kahkahkah.


eh cop-cop aku urus menu dessert ok. oleh sebab, bukan senang adik beradik nak berkumpul, maka dessert aku nah kau macam nak bagi puaka makan. hahaa. takpe bawak bekal balik ke destinasi masing-masing ye. 


ice jelly+buah campur


puding laici siap dengan air laici. rajenn kak tonn. kalau nak nampak banyak tips die adelah, isi sikit-sikit dalam satu bekas. haha! dah name pon dessert kan ape hal kau nak makan banyak-banyak.


choc. moist cake sampai 2 bekas. permintaan tinggi ni. ehehe!


buah campur+mayo. apple+pear+lai+stoberi


juga ice cream bertingket-tingket. magnum mini tak jadi rebutan pon. aku je yang over. cornetto mini tinggal seketol tergolek-golek takde sape nak makan. biasala bende kalau tinggal satu memang orang buat tak nampak je. cube kalau banyakk. berebut-rebut pulak. vanilla+choc aiskrim makan dengan kek coklat. syeedap. sampai lupa 'eh diet ek?!'


lepas solat raya dan sesi makan-makan. segera pulang ke kampung. sebab dah janji kan..ade korban 2 ekor lembu. so harus la nyebok kan diri. :p

sesampai rumah atok, harus membedal dulu. ayat membedal tu dah rupa pelahap pulak. eh, aku makan sikit je tau. dahayet ok!


mee bandung made by mokde femly fresh from JB. :))




sebenarnya nak cakap kereta jadi pasar. hehe

yang raya kat rumah atok, mokteh+acik+makdeq femly. so, makcik-makcik ni masak la menu raye. yeah! dapat jugak feeling raya dengan sambal goreng, sayur lodeh, kari ayam etc. *adik beradik aku kalau dapat kari time raya memang heaven. sebab ibu memang tak masak kari sebab kan kan kan abah tak makan kari. jadi secara otometik aku tak geti masak kari. muehehe mohon bakal laki tak suke kari. :p


ok, tutup cerita pasal makanan. sekarang beralih kepada ibadah korban lembu ye. tahun ni femly besar aku korbankan 2 ekor lembu. satu ekor 7 bahagian dan nama. sekali gus dengan akikah sepupu paling kecik Zaydan. name glamer Mat Idan. sebab beliau terlalu comel dan muke manis yang sentiasa tersenyum je macam retis pon ade gok. :)). 


mat idan yang cool



lembu-lembu ni dah selamat di sembelih di Sungai Linau, Simpang Renggam. siap dilapah dan dipotong beberapa bahagian besar di bawa pula pulang ke rumah Atok. tepat jam lepas zohor sampailah pakcik dan Atok aku kat rumah. yang kat rumah ni dah stanby siap-siap kanvas, tali, parang, kapak, semua dah ready! takde dah gosip pasal lembu pak haji Ayob lari lintang pukang. kihkihkihh


kemudian, aktiviti bermula. pakcik-pakcik, sepupu sepapat, adik beradik dan jiran (tok kamsan), juga beberapa budak indonesia yang laju giler buat kerja. hoii tak benapas tengok. gigih sangat!


 papa Mat Idan yang gigih! ''awat besaq sangat''-kedah slag 



amirul fahmi sepupu yang paling terel setakat ini.


Tok Kamsan yang standby dengan mesinnye. hewhewheww



anak beranak nyangkong! :p




atok ku nampak tua. macam mane ni, tak nyumbang cicit lagi. *tetibe




Mat Idan dengan lembu kekah nye..ala, rindu la kat Mat Idan!


yang ni rare!. Tok Kamsan ni kalau masuk Gelanggang Raja Lawak mesti nak duet dengan aku. haha



gigih buat kerja budak dua ni. cepat dan bersih gituew..


usai kerja-kerja pengagihan ni, mokde+acik+kakak dan beberapa pembantu yang lain gigih masak sup tulang. menu wajib kalau berkumpul! nak-nak tulang free-free depan mata. :))






gambar ni bukan gambar mase dorang masak ramai-ramai tu. tapi ni mase ibu masak kat rumah sehari sebelum raya. huhu berbuka sup tulang we allz.. tak nyempat la nak snap gambar masa 'merewang tulang' kat rumah atok tu :p


cuti raya pon satu hari je kan. so, malam tu rumah atok bizi mengemas. makcik-makcik semua nak balik KL, JB, Kluang. so, sebelum dorang balik rumah kene kasi clear. periuk belanga kasi telongkop. pinggan cawan kotor semua kene basuh. mop. atok pon kurang sihat plus sensetip kalau rumah berselerak. hehe.


Selasa tu memang lepak abes. penantnye bebenor. lagi pulak kene anta adik balik Batu Pahat. adoii aku dah jemu dah dengan BP tu. haha statment kau azi!. hope adik lepas SPM ni toksah la mintak UTHM. cari la Batu lain. hahaaa


sekurang-kurangnya Rabu tu aku cuti. so, rehat sepuas tidak. masak pon tak. ibu kate recycle je la lauk semalam. kehkehkeh. petang baru masak asam pedas. nyumnyumm~


hari ni kat ofis, bos suruh bawak balik daging lembu. tahun ni ofis buat korban tu yang agih kat staff. teanjat kite bukak icebox. daging sebanyak tidak. nasib baik aku tak beli eskrem. kalau tak, tak tahu nak sumbat tang mane. boleh jadi eskrem rase lembu moo--mooo--moo..huhuu


pastu terjumpe harta karun ni


ni tak lain, keje si azi lettew. makan tak abes. genap 6 hari dah. tak berani nak tengok isi dalam. takpe kasi kembang padu baru buang. kahkahkahh




ok, thanks for reading this berjela-jela entry!. :))





2 comments :

ezy.fia said...

dpt bonus banje la apam balik kat kite.. hihikk

Unknown said...

wow~ best nya. mee bandung tu nampak perghh !