Wednesday, November 5, 2014

LECTURER EXPECTATION.



Dah tiga kali aku datang kelas. 
kiranya dah boleh faham rentak setiap satu lecturers aku untuk semester ni. Oleh sebab aku ambil 5 subjek (hevat T__T) sem ni makanya aku bertemu dengan 5 orang lecturer lah kan.

Aku tak rasa lecturers kenal aku hehe. Sebab ramai kot dalam kelas. Mungkin ingat muka la, nama barangkali tak tahu. Atau mungkin kenal nama tapi muka tak kenal. Aku selalu tonjolkan diri dalam i-class. Kalau lecturers up topic discussion baru, aku mesti seboleh mungkin nak jadi nombor 1 yang jawab. Kahkahkah. Tapi bila dalam kelas syahdu, mendung, el-nino di hati :p. Tak berape nak menonjolkan diri. 

Berbeza masa zaman aku kat poli suatu ketika dahulu. terlalu menonjol sehingga berasa jengkel dengan diri sendiri kahkahkah. Well, aku kan pantes. Kalau lecturer tanye aku mesti nak jawab dengan pantes tolak tepi kalau bende tu betul ke tak betul. kalau tanya soalan bertubi-tubi. Aku memang dari zaman sekolah lagi suka duduk meja paling depan. aku ingat lagi masa tingkatan 5 subjek matematik. aku siap kene tempias ailio cekgu malik masetu tu. :p saksi adalah cik Ain. haha. kalau naik bas pun sama, nak duduk depan pintu bas sebab senang nak keluar. :p. suka duduk depan tiap kali attend course or any seminar. sebab aku rasa kalau tak aku yang duduk depan takde sape nak duduk depan. suka tengok tv depan-depan. semua nak kedepan je. ape jenis manusia aku ni. satu perkara aku suka duduk belakang - tengok wayang. patah leher engko kalau duduk depan. :')

pic taken : 2008 something... 
| bila duduk depan aku boleh curi gambar dorang dalam kelas. ade yang verangan nak kawen (Dilla) ade yang bergosip...kehkehkeh | 

Kali ni degree, aku jadi macam pendiam. taknak duduk depan. Mesti kawan kelas aku masa kat poli heran dengan pompuan ni :p. Sila la percaya ok. Aku jadi budak yang paling noiff, blur, tawaduqq, sopan santun bak gadis penyambut tetamu gituw dalam kelas. Tapi dalam i-class aku agresip. Sampaikan minggu lepas, ade sorang classmate tegur. “awak ke azinur?” ohh debo-debo terus dade kiteww awakk. Hahaa

Ok. Sekarang aku nak cerita pasal lecturer. Bukan mengumpat ya. Aku nak share sikit. Lecturer aku sem ni semua bagus bagus best-best hevat-hevat belako!!. Dorang ada cara tersendiri nak ngajo cemana. Dorang tak suka jalan ke dorang suka berjalan ke mase mengajar ha tu suka dorang la. Ikut la style beliau nak ngajo kan. Cuma ape yang lecturer korang harapkan dari korang? Means, cara dorang ‘beri’ sesuatu penyampaian tu. Eh cemana nak cakap ek. Contohnya macam ni,

Lecture FAR aku, beliau ajar bagus! Itu yang aku suka sekali. Penyampaian die jelas dan mudah di pahami. Dan beliau selalu membantu dalam kelas. Selalu cakap gini dengan kami “i treated u tak macam student full time. Uolz semua nak degree sebb nak naik pangkat kan...?keh2” ha gitu. Means kita ni pekerja yang nak naik pangkat. Jadi die layan kita macam rakan sekerja gituw hehe. Kalau nak kasi kerja sekolah pon die jadi macam serbe salah. Die sendiri yang cakap gini “alamakkk puan, dahla banyak kerja kat office kena jawab soalan pulak..dengan anak lagi......” ha gitu.  Jadi beliau selalu membantu. Kalau kasi penerangan tu ringkas dan terang dan nyata. Aku suka subjek FAR sangat-sangat. Sampai aku rasa “eh tak payah study la far ni, sebab dalam kelas dah terlebih faham” gituw typical azi ;p 

Ada juga lecturer lain treated kita macam kita ni full time student. ade yang bagi assignment mengejut, test mengejut, ade yang mendesak kita suruh paham ape yang die ajor. hahaa dan suka bagi arahan like u knowwwww everything............. u must see from helicopter view...write something i dont knowww....not in my text book or my slide....use you own words!! remember! write something that i interesting...i dont know bla bla bla. Kahkahkah. Ni kalau mr. adlan bace mampos aku ni. Aku suka cara mr. adlan ngajo. Sempoi memang sempoi. Kalau die kasi case or question, die expect “student must answer the question with something that I DONT KNOW!”. Jadi, ape agaknya perosaan korang?. Aku rasa mr. adlan tahu semuaaaaa benda. Jadi apa yang die tak tahu ye? 

Last assignment, aku hantam buat ayat sendiri, lepastu aku tambah maggi cukup rasa, ehh tak sedap jugak, aku letak sos kimball pulak. Tambah pulak mayonis, tabor serbuk ikan bilis. Nah! dah jadi kari kacang dal. Di harap en adlan tak tahu resepi aku ni mampu menjadikan kari kacang dal thorbaik dalam mesia. Kau mampu? Haha

sekarang dalam semua perkara aku lihat dari pandangan roket. kita up sikit dari helikopter. muehehee. .

Sebenarnya aku tengah pening buat assignment ENT by mr. adlan. :')) Semoga aku A dalam subjek ni. Bukan susah pon. T___T


Seriously???




No comments :