Friday, October 11, 2013

BARISAN PERTAMA : KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SURAH AL-KAHF

salam jumaat Kahf..




1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)


surah Al-Kahf adalah surah yang mengandungi 110 ayat dan merupakan surah Makkiyah. kenapakah kita di saran untuk membaca surah ni pada hari jumaat?. antara kelebihannya ialah jika dibaca pada hari jumaat, maka dosa-dosa akan diampun oleh Allah di antara dua jumaat. dan jika menghafal 10 ayat terawal akan di jauhkan dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

di dalam surah ini terdapat mesej-mesej akidah yang didatangkan dalam bentuk cerita. antara cerita dan penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan qidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim. kisah si kafir yang memliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah. kisah Nabi musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhdapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. 

surah ini juga mengajar ummat islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan 'in sha' Allah'. ia suatu kalimah yang sangat penting. antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah Al-Kahf ialah kerana Nabi Muhammad SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang Roh. namun, wahyu tidak turun kerana Nabi Muhammad SAW tidak menyebut 'in sha' Allah' tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. selepas beberapa ketika, dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya ayat yang menyuruh Nabi Muhammad SAW menyebut in sha' Allah tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 perkara tesebut. 


beruntungnya kita jika di amalkan surah ini di hari jumaat. semoga kita semua di jauhkan dari azab kubur dan azab api neraka. semoga Allah merahmati kita dalam setiap urusan. amin~




credit : muzir.wordpress.com