Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Saturday, August 27, 2016

THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

hye hello...


haritukan hantar adik aku nab balik UiTM Pilah. oii bukan haritu semalam semalamnye tau. tapi berbulan yang lepas wakakaka. asik tertunggak je nak upload story ni. gamaknya banyak sangat pic kene pilih. aku baru kosongkan galeri phone aku tu. dekat dua ribu gambo ke ape. ko bayang kan selfie satu hari satu minit je dah doplas keping tak paham aku. sekarang ni aku dah ade keinsafan. asal nak selfie banyakk terus delete. selfie ni kan penyakit. takpe take la berape kali riban ko nak. lepas sejam delete. tu je cara aku nak mengajo diri aku dari penyakit selfie ni ekekee..


ok merepek dah.


macam sebelum ni aku pernah cakap ulang kali. apak aku memang suka gils pergi Melaka. tak ngerti aku kenape. memang wajibbbb pergi tiap tahun MELAKA. tolong paham anak-anak malas nak layan kekadang. wakakaka kejamm!

kali ni bawak pergi tempat baru ahh. asik pergi banda hilir. sesak napas aku kalau lalu situ.

moh pergiiiii


THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

lokasi sky tower ni dalam the shore shopping gallery, level bawah tempat shopping sakan. macam-macam ade aku sempat jugak jengah kedai pandora. untuk ke sky tower tu korang kene naik lift ke tingkat 42 lepastu kena naik lift lain untuk sampai ke tingkat yang aku panggil bahagian roof top la kiranya. sepanjang laluan untuk naik tu memang scary la sape yang gayat sebab dinding semua glass. naik tangga pon gigil nampak bawah. tapi serius seronok. opss tiket masuk RM20+ aku pergi masa cuti sekola tu yang mahal kot. kalau tak katenye RM18 tak sure la berapa.

mehla layan gambar..malas nak taip pepanjang ekekeee



wuhuuuu.....ni baru kat laluan jambatan dah gigil kaki.


dah selamat sampai atas!! 


MELAKA!


suka lantai die. creative kan



adiku nab! rindu dak ni. cepatla abes belajo nak pinjam printer. hahaha. bila dikenang dah dibelek album. maigoddd takde sekeping pon gambar aku cemni sesorang. gerrr


nampuluhkali ambil gamba nab cemni. nyampah aku. ade je yang tak betul :p bakpe neropong atas ntah tengok anak bulan ke ape tatau la. mase ni lagi sehari ke dua hari nak puasa. gila lama trobek hahaa



makcik-makcik yang takot dok sini. jangan jalan tepi-tepi tu. ekekeke. sian ibu ku dok tepi kolam ikan.... 



kat IG korang mesti melambakkan gambar cemni satu ketika dahulu. ekekeke tension aku tak bergambar kat sini. tah nape tah boleh si nab je yang ade. ngeee~



tokleh jadi kene letak gak gamba sirik sekeping heeeee



ekceli nak bergambar dekat sini tak boleh pakai camera sendiri. kene pakai depa punya. hekeleh betul hahaa. dah lettew kene bayar dekat RM50 tahu!. saiz kecik. oke la dari takde kenagan kan. apak aku kemain takut nak tengok bawah. aku pon takott sikit lagi nak merangkak tau hahahaha!



ok. dah boleh letak dalam list vaccay korang ahh. tempat ni best aku bagi 5 bintang over 9 maybe? hehehee




Tuesday, December 17, 2013

MEMORI : TAMING SARI, MELAKA 2008

hai,


sekarang ni penat jugak nak memerah kepale hotak untuk cari idea apekebende nak di update kat blog. sampai satu tahap aku rasakan kepala otak aku tersangat sempit. ehehe. memandangkan tahun ni aku aktif balik sebagai blogger :p maka penyampaian tu harus la berisi sikit. Mila pesan kat aku jangan berhenti menulis. sebab nak jadi bahan die di mase lapangkan. so, aku semangat la sikit nak menulis.


kebetulan semalam sesaje nak tengok gambar lama-lama dalam hardisk. dari tahun 2007-2013 punya gambar. memang penuh gambar je la dalam hardisk haku tu. mohon tak diserang virus je. kalau diserang maka hilanglah memori hidup ku. ecehcecehh!


so, sebelum hilang adalah lebih baik, aku share aje kat sini. maklomla aku suke menatap cerita-cerita yang aku tulis dalam blog ni. tu pasal ayat macam bagus je lately. takde nak geli-geli :p


kalau korang nak tahu, Menara Taming Sari ni terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah. dulu aku study kat Melaka. so, bukan aku la kalau tidak mencube bende baru lagi hebat yang hado kat Melaka tu. aku memang kaki jalan. ehehe. masa pertama kali aku naik Menara Taming Sari pada tahun 2008. mase tu yang aku ingat belom lagi launching. akak-akak abang-abang yang jaga kaunter tu pon cakap bende ni belom resmi lagi oleh menteri melaka etc. bende belom diresmikan uolz, hakak dah naik. ehehe. bende 5 tahun lepas terasa macam semalam je naik dengan kak yam. nanti aku tepek gambar kak yam. mak yam. mak hayam. hahahaha mampos aku kalau kak yam bace!


sekarang harga tiket RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. kalau student dapat diskaun. tak silap aku, dulu harga tiket kiteorang dalam RM10.00 ke 15.00 ek aku tak ingat. yang penting bukan RM20.00. studentkan mase tu harap duit PT je kowt. duit PT weih buat bayar tiket naik Menara TS. haha. untuk harga tiket boleh rujuk di sini http://menaratamingsari.com/our-attraction/




inilah rupanya. dalam bulatan tu la tempat kita duduk. lepastu ia akan behenti di ketinggian 80 meter dan berpusing 360 darjah. gigil tak gigil pale lutut ko. aku gayat tempat cetek je. tempat tinggi aku tak gayat pfftt :p. 


ketinggian Menara ini 110 meter. dari ketinggian 80 meter itu kita dapat melihat sejauh 5km. eh yeke?, ye betul. antara tempat yang  kita boleh nampak ialah St Paul’s Hill, Independence Memorial Building, Samudera Museum and the ship, Flor De La Mar, Malacca River, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Malacca dalam tempoh masa 7 minit. lepas 7 minit kat atas tu baru turun. sekali naik tu 66 penumpang sahaja. kita duduk  secara membulat. sape berani boleh la berdiri sambil selfie. hehe.


kenape pula namenye Menara Taming Sari? sebab ce tengok, kan ke rupa Keris Taming Sari tu. keris terpanjang abad ini. :p. satu lagi info, keris ni kan. eh keris pulok dah. pembinaan Menara ni menelan kos RM24 juta menggunakan teknologi Switzerland

kalau uolz berkunjung ke Melaka, harusla naik Menara Taming Sari ni baru la lengkap percutian u olz ke Melaka. macam dah pergi semua tempat tu padahal tengok dari atas je. :). waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. kalau naik waktu malam mesti lagi gigil pale lutut ek. plus malam bukan nampak ape pon. tengok siang-siang la baru nampak. waktu matahari terbenam ke, mesti rooooomennntikkkk! terlupe sekejap pasal gayat. lol :)

sumber gambar : google


ni gambar dari camera henpon aku jaman 2008 dulu tuuuu. 


pandai juge aku snap ye pade tahun tersebut. :p





sekarang tempat-tempat ni dah lawa kot. dah jadi tempat tumpuan dari atas kan harusla cun melecun. gambar yang aku snap ni pon zoom. tu pasal macam pecah-pecah sikit. 


kak yam 2008!! hihiiiiii mahal gamba ni... 


kalau korang nak tengok gambar era baru 2013 boleh cari kat google. last week cek Nab dengan abah baru bejalan kat Melaka sempat juge naik Menara ni. *Melaka memang tempat fav. abah*. nanti aku update gambar dari camera abah. :)