E-MAIL

88azinur@gmail.com

Tuesday, March 10, 2015

RESEPI : KARI AYAM

hai..

kari ayam ialah salah satu fav. food aku. dapat dimakan time raya setahun sekali. kalau mengharap dari ibu la. dah besar panjang ni, reti la masak sendiri. seumur hidup aku ni, baru 3 kali masak kari sendiri. yang aku paling ingat, pernah try test cube masak kari telo. sekali tak menjadi. raso togeh. tetibe rase togeh. mehehehe. lepastu terus fobia nak masak kari.


oleh sebab aku tak puas hati makan kari kat kedai, maka aku try masak sendiri untuk sekian kali nya. kari kat kedai ni time kena sedap..sedap bebeno. tapi cair tak berasa pun karinya, tak mengikut piawaian aku langsung. aku suka kari yang sedikit pekat, likat sekali sedot rasanya tertinggal di lelangit. kalau basuh tangan, bau tak hilang. kehkehkehh



bahan yang aku pakai, untuk dua orang makan. gambar kari lupa nak ambil. aku biasanya pakai kari serbuk cap adabi. fav. sangat cap adabi ni. aku masak kat rumah sewa time ni. daun kari kalau korang suka boleh la letak. aku tak suka. tamil sangat nanti. heee

1. ayam 4 ketul
2. bawang besar 1 1/2 biji (kisar)
3. bawang putih 2 biji (kisar)
4. halia 1/2 inci (kisar)
5. lada kering kisar 3 sudu makan (ikut tahap pedas mana korang suka)
6. serbuk kari 2 sudi makan. atau kalau korang beli yang pack kecik tu, semuakan je serbuk tu senang. caranya, serbuk kari ni, korang cairkan. eh macam pelik pulak ayat tu. korang bancuh dengan air masak tak sejuk tak panas. air minum tu ha. jangan banyak sangat air. cukup sekadar jadikan ianya sebagai pastee sajer.
7. santan kotak separuh
8. kentang dan tomato


memula panaskan minyak. lupe nak cakap tadi, cempak bunga lawang, cengkih, kayu manis dan ape ye lagi satu tu?. tips die, bila dah masuk 4 beradik tu, jangan lama-lama atas minyak. haa tu rahsia die..  dah masuk 4 beradik tu terus masuk rencah yang di blander tadi. make sure minyak korang tu betul-betul berasap-rasap. ha paham tak. sampai bahan bawang tu garing, masukkan lada kering kisar. lada masak je, terus masukkan serbuk kari yang dah jadi paste tu. tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan kentang sekali. masuk air asam jawa. pun lupe nak cakap tadi air asam jawa. hehe. kalau takde, masuk asam keping tapi last bila dah masuk santan.


biasanya ayam ni akan mengeluarkan air. jadi tak payah masuk air. tunggu sampai ayam masak adalam 15-20 minit camtu. masukkan santan kotak separuh. kendian masuk air dalam 2 cawan. masuk garam. tunggu sampai didih. masuk tomato. tutup api. siap!!


ha senang ke tidak... sedapp sangattttt. puji diri sendiri takpeee. esok ade balance, buat lempeng. pergh nekmat mana lagi yang mau kau dustakan. hehehee


ok korang selamat mencuba!. gambar kari ayam siap! tak berjaya di tangkap. lupe wei nak ambil gambar masa dah siap masak. saba je la..


No comments :