Monday, March 9, 2015

COMMITMENT PHOBIA - GAMOPHOBIA

Hey…

Sebenarnya aku tak suka dibangkitkan isu “kenapa belum kawen?”. Tak suke beno dengan soalan macam tu. Tapi biasala kite ni kalau dah berkumpul dengan kawan-kawan, sedara mara, sepupu sepapat, jiran tetangga. Pastinye soalan “kawen” ni muncul. Inilah factor kenapa aku malas nak keluar rumah. Malas nak beraktiviti dengan kawan-kawan dalam kelompok ramai. Baiklah aku keluar dengan cik ain aje. Sebab kami serupa. Rimas dengan perkataan “kawen”. Kalaulah mereka boleh faham…
 


Pernah satu hari tu kami beborak pasal teman istimewa masing-masing. Tapi percayalah ianya adalah sekadar teman. Kawen?. No.. not yet. Entahlah. Lepastu borak lebih dalam “kenapa kita tak pikir nak berumah tangga lagi?”. Satu sebab kita dah selesa dengan kedudukan kita sekarang. Dah ade rumah, kereta, kerjaya, nak keluar kemana-mana secara bebas dan menvavivuta semua gampang kate orang indo. Kekeke. Lepastu aku jadi rimas kalau semua aktiviti kena report. Pastu rimas kalau bf tu merajuk satu hal nak pujuk. Eh geli la. Aku kepingin cinta orang dewasa. Ehcewahh. Tula satu sebab bak kate cik ain “kita dah selesa dengan kedudukan sekarang”. Memang tak di nafikan langsung.

vavava selese sangat ni.. !!

Tapi tak la aku menolak PERKAHWINAN. Coii, sape yang taknak kawen. Napsu kawen tu memang la hader. Cuma belum tiba masa. Ibu aku bising jugak, “dah ader orang nak tu, kawen je la”. Eh eh ibu ni. Aku tak boleh la, bila pikir kehidupan lepas kawen aku macam phobia. Entah. Padahal belum pon kawen. Mungkin sebab aku membesar dengan pengalaman, kehidupan orang lain yang berlaku di sekeliling aku. Itu yang penambah phobia. Nampak suami die marah-marah, pukul anak with no reasonable macam kene rasok setan. Ee terus takot dapat laki camtu. Nampak isteri buat kerja rumah plus jaga anak plus masak plus basuh plus kerja office lagi. Ee takott. Suami tak ringan tulang. Ee takot jugak. Suami panas baran oii takot la. Bende-bende gini kerap bermain dalam pale aku. Jadi eloklah aku berkawan je la dengan semua orang. Kawen? Ermm no.. belum. Aku salu argue dengan ibu pasal kawen. Ingat kawen senang ke. Cewahh aku pulak yang Tanya ibu kawen tu senang ke? Padahal ibu dah kawen dekat 30 tahun kot. Hahaha. Aku yang belom kawen dah cakap susah. Tapi itulah hakikatnya, sebab banyak bende buruk berlaku kat sekeliling aku tu yang aku jadi ehhhhh belum nak kawennnlahh sorii hahaha. Tapi kejap je. Esok macam nak kawen. Kang lusa taknak kawen. Tengok gambo happy femly dengan anak-anak dan seekor kucing terasa nak kawen. Tah kenapa ade sekor kucing tu Nampak macam comel. haha Kang bila dengar lakibini berperang terus kansel makk handam jam tu jugak. Kakakaka.



Taklah bende buruk je aku Nampak. Ade jugak yang manisnya. Tapi tu la. Macam banyak buruk je dari manis. Acaner tu. Ke memang itu hakikat kehidupan berumah tangga?. Kira aku ni dalam kelompok phobia kawen ke.. tak tak. Aku tak fobia kawen. Aku Cuma fobia pada komitmen. Heeee


Tadi try la google. taip perkataan ni..

Phobia in marriage. 

Tak tahann nak bace artikel omputeh sajer..

 ***

Fear of Commitment Phobia – Gamophobia

“Gamophobia is the fear of commitment, though it can also be the excessive, persistent, uncontrollable and irrational fear of marriage.”

Eh tapi aku tak lah takot sangat. Kira dalam 70% je. Tapi kadang-kadang takot yang melampau. Bila orang cerita nanti kau ngandong tak cukup tido tak cukup rehat. Syco sangat kan orang macam ni. Dengan kerja rumah kerja, office lagi, dengan degree kau lagi. Eee terus aku macam takotnya. Tapi aku try jugak untuk positif. Aku cakap, bukankah perkara mengandung itu perkara yang membahagiakan?.


“Causes of fear of commitment phobia
As with any other specific phobia, Gamophobia is also caused by an intense negative experience in the past. It traumatizes the suffering individual to an extent to which s/he ‘learns’ to dread commitments. One creates negative images or movie stills in mind about marriage.
Often, factors like heredity, genetics, adrenal insufficiency, having a tendency towards anxiety attacks or being ‘high strung’ can also cause a fear of commitment phobia.”

Tulah macam aku cakapkan tadi, pengalaman buruk orang lain dah jadi macam pengalaman buruk diri sendiri, itu mungkin penyebab why I cannot go dengan marriage ni. Nak salahkan genetic. Kehkehkeh. Eh cop makcik aku 2 orang je yang kawen lambat. Yang lain semua jenis tak nyabor nak kawen. Kakakaka. Matilah aku kalau makcik2 aku bace part ni.

 “Psychological symptoms

1.  Trembling 
2.Nausea 
3. Crying
4.  Rapid heart rate 
5. chest pain, dizziness, fainting 
6.  Sweating, shortness of breath “

Aku belum lagi sampai tahap pengsan. Haha. Setakat nausea sejenis fed-up bila teringat ayat ni “satu ketika kau akan kawen azi”. Terus je ase dade ni bedebar-debar macam la kejap lagi nak malam pertama. Kakakaka.


Conclusion is…. 
Face your fear azi! haha

***

Aku sebenarnya tak la fikirkan sangat. Tipu la tak pikir. Ade pikir. Tapi tak sangat. Elok aku layan mata dari pikir benda ni. Aku tak tolak perkara KAHWIN. Tidak sama sekali. malah dalam doa aku pun selalu aku panjatkan. “Oh Allah, walau dimana, sedang buat apa bakal suamiku kau berkatilah hidupnya, kau kurniakan kemewahan kesihatan dan harta dunia hingga akhirat. Temukan dan satukan hati kami dalam redho mu.” Walaupun aku dilahirkan bukan untuk menyintai drama-drama cinta.. ayat ayat cinta, 7 petala langit, tanah kubur (tetibe) dsb tapi gitu doanya. Boleh la korang tiru ayat aku tu. Cuma kadang aku tukar-tukar la ayat, bagi dramatic, sedikit kesan bunyi. Gituw.

Aku cukup bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma ‘cukup’ nya belum lengkap.
  




1 comment :

Farid said...

haaa.. xcukup isi2 penting nak copy buat assignment....