Tuesday, September 23, 2014

PJJ/PLK LIFE : DOMAM PJJ.

hai..hello..

Hari sabtu ahad lepas aku ade kelas. andd u know what???. aku dapat demam setelah menghadiri kelas 2 hari tu. oh my ayampeyet!


untuk pergi kali pertama ke shah alam ni. aku naik bas transnasional jam 9.30 pagi hari jumaat. why jumaat? sebab jumaat aku mohon cuti. hehe aku nak tengok sirik kalo pergi kali pertama ni nak target masa nak cari tempat berteduh semua tu. eh lupa nak cakap. sehari before aku pergi Shah Alam aku dah booking hotel. bijak tak aku booking hotel last minit!. last minit tu jugak aku dapat hotel yang mahal. yang lain semua dah fully book. maklomla cuti sekolah. uitm tu pulak depan i-city. jadi nya padanla muka aku kan. nak tido sampai dua malam kat hotel. hebat anak abah ni. dok hotel siap ade bekpes bagai, pergi vacation dengan femly dok hotel pon tak nyewa hotel yang hado bekpes. hahaha.. terbang duit kesitu. padahal buat tido je kan kan kan...

ok..sudah tutup cerita mengarut.

aku nak gitau. kelas semua ok. lect ok. bebudak ok. akak-akak pon ok. aku memula ingat aku paling muda dalam kelas. sekali idok musnah harapan. baru nak jadi adik-adik. majoriti dalam kelas aku umur 22 tahun. paling matang pon umur 37 tahun. tu pun dah beranak pinak. hehe malu kedua kalinya.


untuk kelas dua hari tu kebanyakkan subjek cover sampai 2 bab. handal koo...sehari 2 bab. mane tak kepala aku bercelaru. haruu dua hari tu sampai kompius. dengan lect-lect subjek pun aku kompius. macam-macam bende aku punya kompius. muntah muntah balik hotel. gila lama tak buka buku spesis ilmiah cemni la. 


sekarang aku dah ada penyelesaian. untuk otak spesis aku yang memerlukan minyak pelincir ni. aku buat satu jadual belajar. yang paling penting perut selepas jam 3 tu tak boleh makan dah. means makan berat. kalau nak makan lepas jam 3 makan la buah ke biskut ke. aku kalau perut dah kenyang die punya pemalas macam tapir..nak beguling aje. hahaa. 


jadi kat jadual belajar aku tu, aku set satu hari (hari bekerja) aku study satu subjek. balik kerja lepas magrib baca buku, buat notes macam zaman aku kat poli dulu. tapi hari pertama aku tokleh lama. kol 9 malam aku kene stop. sebab aku nak muntah baca 2 helai. xp malam berikutnya aku up sampai kol 10 malam. dapatlah 5 helai. dapatlah pencerahan atau kisah di sebalik subjek yang aku ambil tu. di harap malam seterusnya dapatla aku bertahan sampai jam 12 pagi. kita mulakan sikit-sikit. susah sebenonya nak tahan mata, hati, jiwa dan roh untuk bersatu berdamping dengan ilmu ni. kita cuba slowly k. jangan rush. penat kat office penat kat jalan memang tak boleh di sangkal. sebab tu kena amalkan minum madu pagi-pagi.


ok, sekian update pjj dari seorang kakak. banyak gak assignment aku untuk 2 minggu ni. nak sangat bz belajo kan. nah ko sampai demam lebam bengkak anggota bdan hadap buku. haha. macam mana sekali pun aku dah setelkan 2/5. another 3 to go. kira pantas jugak kan aku. syabas azi!!!!!. semoga bos terus beri sokongan buat assigment kat opis! haha

xx

nantikan episod berantai ini seterusnya!!


No comments :