Monday, October 7, 2013

RESEPI : SAMBAL SOTONG UMPHH~!


hai, hello...


aku ni jenis bukanlah terel masak lauk pauk. terel sikit je. dapat masak ayam lomak tu feeling nak masuk masterchef jam tu jugak. haha

aritu aku terperasan kawan aku sha pos gambar die masak sambal sotong!. kau hingat aku geti la masak sambal sotong tu. nampak macam senang. tapi aku ngaku kalau bab seafood ni aku trauma nak masak. sebab kan seafood ni tak boleh overcook!.

so, balik kampung aku ceciter la dengan ibu. aku cakap aku nak blaja masak sambal sotong!. ibu pon gigih la ajar. well, ibu kan. sotong pon hado kat fridge kebetulan.

lepastu mesti la aku nak share kat blog ni. wakaka sambal sotong je pon. dulik ah!



sebelum masak kita perlu mengambil langkah keselamatan. ape orang putih cakap tu safety first!. siap pakai apron munge2, pakai slipo dapur edisi 'ku dengar bunyi gitar dikaki mu' kau hado..haha . aku memang suke berdrama pon. ngaku ni.... huhuu. apron ni  memang pebret aku la, selain bermafaat untuk menghalang segala percikan masa masak, bermafaat jugak time basuh pinggan. idok la baju basah. *kau basuh pinggan macam mandi ke azi?!. kain die sedap tau, selain tebal, ade kocek doremon kat depan buat isi henpon kau. tu yang kejap-kejap snap. gile pompuan ni!



bahan yang di perlukan adalah, bawang besar, bawang putih, lada kering kisar, asam keping/jawa dan watak utama iaitu sotong! sotong ni lepas di basuh kene la letak dalam tapis ye..

lepastu, ibu ajar aku cara nak keluarkan air sotong ni. sebab sotong ni kalau masak, die akan mengeluarkan air. so, kene la keluarkan dulu airnya. aku pon turuti la kata sifu!


gini la kekdahnye. letak minyak satu sudu kecik. just ade-ade je. lepastu terus masuk kan sotong. lepas beberapa minit sotong ni akan mengeluarkan air. lepastu boleh la di angkat-tapis. sotong ni tak payah tunggu masak. just die keluarkan air. lepastu boleh la di angkat.

ada orang tak guna pon kekdah ni. ada yang berpendapat, hilang lah rasa manis sotong tu nanti. ade orang pulak cakap kalau tak di buang air nye dulu, nanti masak kari ke lomak ke sambal ke kuah nye tu nanti jadi cair. pape pun, ikut pada kehendak masing-masing ye. :)

masa menggoreng sotong ni kene la hati-hati. nak-nak yang anak dare tu. sebab bunyi yang terhasil tu nampak macam seram. tu belum bab percikan minyak. nasib minyak guna sikit je. kalau ade dapur yang siap exhaust fan kitchen hood, elok la on kan. bende ni juga sangat berguna time goreng mengoreng keropok. idok la nanti asap penuh serumah. trauma aku!



lepas tu boleh lah mula menumis. masuk bawang dan lada. tunggu kering dan pecah minyak boleh la masukan sotong tu tadi lepastu garam and last part ialah asam keping/jawa!. kemudian sila rasa pakai sudu boleh la rasa dengan sotong-sotong nye sekali 3 ketol!. :p



tada, siap pon tak perlu di presentation kan dengan lawo. sebab hati tak menahan nak cicah dengan lempeng!! haha


semoga bermanfaat! :)




4 comments :

ezy.fia said...

kite elergik sotong.. ='(

najah said...

Nak try lah.. Hehe

Fazliana said...

Fuhhh lama x makan sotong. Peberettt nie dari dulu. Btw tq 4 the recipe. Nak try buat lah nanti. Macam sonang je. Hihihi. Ade masa nanti singgah2 ye lawat blog saya plak ye http://www.mamafisya.com/ :)

Unknown said...

sedapnya makan sambal sotong dengan lempeng....
biasa makan dengan sardin je..

Petua Besarkan Payudara Tanpa Suntikan Elak Rasa Rendah Diri Pada Suami