Showing posts with label tips belajar. Show all posts
Showing posts with label tips belajar. Show all posts

Saturday, June 2, 2018

Ramadan 2018 Day 17 : hello!

Assalam....

serius lama tak update... selamat berpuasa dan selamat hari raya juga..

lama tak cerita pasal PJJ

jangan ade yang pikir aku dah give up dengan PJJ dah la..

aku masih ber-PJJ tau. alhamdulillah Sem 9 dah. kalau ikut kira-kira aku

dalam tahun depan grad dah. insyallah doakan aku tau!

diam tak diam dari 2014 sampai sekarang ni gigih juga share dengan korang pasal PJJ.

aku rajin je baca komen korang. cuma yang bertanya tu kekadang lambat sikit nak jawab.

since aku dah bertukar tempat kerja baru and work schedule amat lah padat so memang agak

menghalang masa untuk update blog.

aku masih lagi terus menerus membuat mind maps. haha tu pon nak cakap.

well ade yang tanya gak. "best ke kak buat PJJ. kite pon teringin jugak nak PJJ."

BOLEH!

meh aku share kan tips patut atau tidak korang buat PJJ.

1. lihat potensi diri : kalau jenis yang ikat kain merah kat dahi tu di alu-alu kan buat PJJ sebab korang jenis ni memang kental.

2. time management : ini selalu sangat aku cakap kat korang kan. buat PJJ ni.. time tu macam gold. everthing is like impossible to do but you extremely must!

3. jimat : kalau korang pikir korang ade KWSP akaun-2 korang dah selamat. haha! silap tu sebab lain-lain perbelanjaan kene kira gak.

contoh harga buku yang beratus-ratus tu.

lepastu kene beli financial calculator yang harga die sekarang cecah RM190.

lepastu pikir gak cost nak pergi kelas, buat assignment kat luar, kene ambil AL/UPL kalau ada program yang kelas korang buat. kekadang lecturer ni bagi assessment mark bukan based on paper report, quiz, test etc. korang kene bersosial gak untuk dapatkan another percent assessment. contoh? malas nak cakap. hahahahahha lain kali cerita.

tu belum korang tak datang kelas lepastu ade test korang tak de. dah pulak kene pergi Segamat buat test. hahaha tough tak!

4. mindset and commitment : buat PJJ kat uitm ni bukan macam lain-lain U. modul korang belajar dari segi test, quiz, assessment semua sebijik macam full time student. so pls jangan imagine PJJ ni mudah.

kalau nak jadi the best korang kene usaha lebih. sebab kite memang tak boleh expect lebih dari lecturer. imagine satu subjek korang cuma ade 14 jam less or more dengan lecturer satu sem tu. 14 jam korang divide 7 chapter so satu kali pertemuan paling sikit pon 2 chapter sekali hadap. tu belum ambil kira test kat kelas. lepastu subject calculation lagi imagine je la. ekekeke. so pls set kat minda PJJ bukan perkara suka-suka.

ape scary beno tips aku tu. bukan nak takutkan korang pon... tapi ini semua reality.. percayalah semua ni akan jadi kenangan paling manis lepas grad nanti!! #roadtograduationday :p


aku terpaksa la cerita real life. sebab aku rasa sangatlah sayang tengok junior aku yang mudah give up. putus di tengah jalan......


aku harap sesiapa yang nak buat PJJ sila la perform dengan baik. pendapat peribadi aku....
PJJ memang gila.




Thursday, December 8, 2016

PJJ/PLK LIFE : TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

hai, hello...


biasanya bila dah habis seminar (tinggal 1 seminar je lagi) aku kene bersedia untuk bulan peperiksaan pulak. dan biasanya bila jadual dah keluar, aku akan keluarkan code subjek yang aku ambil this sem. lepastu kira gap antara subjek-subjek tu makan berapa hari.


tips yang aku nak share ni mungkin kekdah aku sorang je. orang lain aku tak sure cemana cara study mereka. sebab PJJ ni ko memang kena struggle gila. ade orang cincai boncai pandang remeh je study PJJ ni. aku tak ya. aku sangat obsesi dengan PJJ. ceewahh


1. BELAJAR AWAL


tak ramai yang tahu study awal ni boleh mengurangkan risiko kau gagap masa nak jawab paper nanti. kebanyakkan student suka study masa gap antara subjek. contoh subjek ELC dengan MGT gap 5 hari, ha time tula kau baru nak study MGT. aku rasa tak boleh kot kalau korang nak buat cemtu. MGT tu banyak gila kot ko nak kene hapal. samala macam QMT. kalau ambil masa gap 4 hari baru nak study. memag gila hebat pale otak ko hahaha.

so kalau tanya aku, aku suka study semua subjek awal. sebelum mula subjek paper pertama tu aku akan pastikan semua subjek aku sentuh. tak kira la sempat ke tidok. aku akan sempat-sempatkan jugak. so, bila gap antara subjek tu aku just buat revision semua bab. untuk subjek menghafal aku akan baca hari-hari sebelum tido. kalau boleh masa dalam dewan exam tu aku nampak sesatu mind maps yang aku buat tu kat kertas jawapan hahaha. syco gila pompuan ni. eh tapi betul tau. bende ko tengok hari-hari mesti ko boleh ingat punya. siap boleh tahu pen warna ape, bentuk ape..awan nano ke, pentagon ke. haha


2. TIDUR AWAL

aku dari dulu memang tak reti tido lambat-lambat bila esok nak exam. tak kira la paper petang ke tenghari ke. tetap jam 11/12 malam mesti kene tido. well, korang mesti paham kakak kau ni tak boleh kalau tido tak cukup nanti muka itam heeeeee. ade pulak yang tanya aku betul ke nanti muka itamm? hekeleh betul. -___-

kecuali time study week la. tu memangla kene tido lambat sikit sebab biasanya lepas subuh aku sambung membongkang bhahahahaha topap waktu tido :p. kalau time cuti lagi best. sampai 2 3 pagi masih study lagi. sebab esok kan tak kerja so bisa ajaaa membadak sampai tengahari. student life memang cemni uolss. untung belum kawen. besok dah kawen memang tak merasala nekmat cemni. tehehehee


3. TIADA PERBINCANGAN

ni pon pesen aku zaman study SPM kot. (sebab masa SPM baru serious belajo). sebelum masuk dewan exam aku memang pantang orang tanya pasal subjek yang akan dijawab nanti. pesen nervous lepastu nanti semua hilang. jem kepala masa jawab paper tau. i really damn cannot la. biasa kekawan ajak datang awal study sesama sebelum exam petang nye. aku eeish tak boleh. aku tak tahu la kenapa.

kalau sebelum bulan exam ko nak ajak bincang ke study group ke. aku boleh je. bila dah masuk minggu/bulan exam ko ajak aku datang group discussion memang aku ignore je bah. kekekee
aku rasa elok kekdah ni bagi mengurangkan kegelisahan. but, kalau ade bende kau tak paham bincangla. jangan ko blaja sendiri pastu ajaran sesat. no ya. aku banyak wasep lect terus kalau ade bende yang aku musykil..so senang!. accurate answer terus dapat. but nak tanya lect pon ade kekdahnye juga. entry lepas aku ade share. sila tengok-tengokla cara aku menanya pada lect yang mana soalan kau mesti lect akan reply punya! haa.. ade tips tau nak menanya tu!.

kekadang kalau ko datang time exam, kekawan sibuk bincang itu ini. ko pekak kan je la telinga. walaupun dalam hati rabak bagai dicarik-carik punya gelabah sebab macam kau tak study ape yang member ko bincangkan tu. padahal bende tu ko dah study dah cuma nervous tahap gaban ke tahap accident sampai lupa segala-galanya. so lets avoid people yang suka discuss seminit sebelum masuk dewan exam.

tapi kekdang kawan kau ni mendengki jugak. cakap kau mesti dan well-prepared, mesti terel ni. haaa stress juga tu. aku sengih jela. nak cakap tak bersedia macam menipu sangat. nak cakap dah bersiap..bongkak pulak. bahahaha. so, alhamdulillah.. tawakal i will do the best. good luck peeps!


4. EXAMINATION SLIP

log-in istudent portal untuk print slip examination 

ni pon ade kes banyak. slip tertinggal tah mana-mana. pulak tu duduk jauh-jauh. nak patah balik memang haram mampus tidak la dengan jem anywhere everywhere. ekekekeke. kalau ikut cara aku mudah je. aku print dua copy. satu lipat dalam matrik card holder. ade orang sayang nak lipat-lipat. aku dulu ya sayang jugak nak lipat siap laminate. bahahah SPM sangat!. tapi dah beso-beso ni lantakla. dari tertinggal kan. so lets lipat. satu lagi copy aku letak dalam dashboard kereta. misal kata la matrik kad aku tertinggal which is kat beg lain. (biasala pompuan banyak beg). so penyelamat ade, dalam kereta. walaupun sebenonye boleh je mintak Puan Syud (staff ined) print kan. kalau exam petang ok lah. kalau pagi. haa kemkabut dengan slip tak bawak, lepastu menapak pergi bangunan pentadbiran sane. eishh i tak sanggup. pernah sekali teman classmate, hahaha sakit kelengkang aku. melecet hahahahahahahaa

kalau nak selamat ikut je cara aku tu. if takde kad matrik pon takpe, janji kad pengenalan bawak. mustahil pulak kalau kad pengenalan pon kau tertinggal. kikikiki.


5. NAMA LECTURER

biasanya bila dah print slip exam, aku akan tulis sesiap nama lecturer kat sebelah subjek yang kita ambil tu. kadang lect ni pon sensitif bila nama salah potong nam markah hahaha. walaupun aku tahu lect tak macam tu pon. saje je die nak kita make sure alert benda yang kadang korang nampak remeh.

boleh ke conteng kat slip exam tu?
ye la boleh, setakat nama lecturers je pun. lainla kalau kau tulis formula ke, code rahsia ke. tu dah sah-sah kene penyepak dengan pengawas exam.


6. JAGA MAKAN

aku ni perut sensitif kalau exam. nak-nak pagi. pagi jam 9 tu memang time aku memerut. dapat pulak exam subjek pagi jam 9.15 ha amek ko. dah lettew lepas 30 minit baru boleh keluar dari dewan exam. ko bayang la 30 minit tu hazab tahan bontot nak berak. hahahaha. last sem weii, terseksa batin aku. lepas 30 minit je aku terus zapp pergi jamban. lama engko memerut sampai pengawas cari aku kat jamban. ape ke gila hazab aku mase tu. dalam kepala dah pikir mesti tak sempat ni buat essay. (subjek ELC masetu). pengawas siap tanya sakit perut ke? eh tak la saje cari ilham dalam jambann.. hahahahahaha keji noh kalau jawab cemtu. ye la puan pepagi perut saya ni memang biadap sikit. :pp

okla sampai disini sahaja la tips yang dapat aku list kan. kang ade lagi aku update dari semasa ke semasa k!. heee


bai!

credit pictures : google


Wednesday, March 16, 2016

PJJ/PLK LIFE: TARIK MINAT UNTUK BELAJAR!

hey...kau,


aku ni takla dalam kategori ulat buku. macam yang pernah aku beritahu dulu. nak PJJ kau terpaksa jadi ulat buku. aku pun manusia biasa jugak kadang ade mood kadang takde mood nak bukak buku. ingat dulu sem 1 agak kucar kacir hidup aku. dari segi masa dan notes memang tak terurus. last minit nak final exam masetu baru gelabah cari semua notes. hehehehe. bila dah semakin bijak dalam manage masa barula nampak apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan.



set up meja study leklok untuk tarik mood sem baru ni. memo board tu beli kat ikea, meja pon beli kat ikea. notebook kaison.


aku suka study pakai meja duduk kat bawah je. meja jepun orang panggil. duduk atas kusyen empuk. hehehe. meja untuk study je sampai 3 aku beli. gila tak gila la. satu untuk laptop. dua lagi untuk menulis. kadang guna untuk meja makan jugak. hahaha.


pergi kelas bawak 2 pensil box.

aku pesen kalau tak de kelengkapan alat tulis memang tak syiokk nak study. jadi semua bende aku ade. tak suka pinjam-pinjam orang lain punya. nanti aku susah hati bila guna barang orang lain. tak tahu orang tu suka ke tidak kalau kita pinjam barang die. so elok sendiri ade senang. misal kate time buat notes tu takde pen merah terus ilang nak sambung buat hehehe.



mind map!.
suka buat mind map. percayalah bende ni sangat berguna tau untuk PJJ. sangat-sangat membantu. taklah meriah pon mind map aku. dulu iyalah siap buat doodles bagai. sekarang idokla tak de kuasa kau. janji input lengkap dah puas.




bila tengok gambar ni wahhh my life is completed!! rase macam bijaknye pale otak kau azi. bahahahahaha


bermula dari sem 2 aku dah didik diri aku menyintai notes. hahaha aneh pulak bunyinya. tapi betul!. dapat je slide dari lect printout terus tebuk masuk setiap section. lama-lama makin tebal. jadi taklah rasa macam hilang notes sebab tak tahu selit mana. tips nya dapat je note dari lect terus tebuk masuk dalam setiap section. haaa so takde la hujung-hujung kelas nanti cakap takdapat notes la ape la, padahal ade je selit memane tu kan kan kann. hehehehee. percayalah bila dah makin tebal mesti kau akan suka nak belek-belek je. belek dan bace la uolz! jangan dibuat frame pulok.. haiihhh..


untuk soalan past sem pon aku buat camtu. asingkan setiap subjek pastu tebuk. asingkan juga notes dan PYQ sebab biasanya lect akan ajar based on PYQ. bila kita separatekan jadi senang nak selak-selak.


so ok tak korang? ade tak idea yang best-best lagi untuk tarik minat nak bukak buku ni? meh kongsi kat sini!



Tuesday, February 24, 2015

PJJ/PLK LIFE : TIPS PILIH SUBJEK!

Hey. Olz..

Dah tentu sekarang ini saat ini masing-masing sedang sibuk mendaftar subjek untuk semester baru yang bakal bermula 21 mac depan. Begitu jugak dengan junior yang baru mula sem 1, mac ini. Kekdahnya junior daptar dulu baru senior dapat daftar. Pastu senior ketap-ketap bibor bile mana kelas yang di buka Cuma mengambil bilangan student yang sedikit. Stress, ketap kuku jari, ketap kuku kaki. Mehehee. Kalau di uitm shah alam tentu la seronok sebab banyak jugak subjek yang dorang tawarkan. Cuma ade ke tidak rejki korang tu je. Dalam pada kau dalam dilema nak pilih subjek ape sem depan. Meh la aku ajar sikit tips cara memilih subjek untuk rakan-rakan pjj/plk sekalian mengikut kekdah aku. :))

                        1.  Jangan tamak
a.       Jangan pikir kau mampu ambil banyak subjek secara membabi buta dengan harapan kau boleh grad dengan cepat. Gituw. Pangai tamak ni pangai saiton ya. Bila satu sem kau amek sampai 7 8 subjek (contohnya) tapi lepastu kau rasa berat, kau rasa menyesal sebab subjek yang terlampau banyak, sarat, nak pecah pale. Lepastu semput, lantas masuk sepital. Jam tu jugak kau menggelupur nak drop 2  3 course kat sepital. Perlu la di ingat, kita ni student separuh masa. Sepenuh masa adalah bekerja. Berapa banyak masa kau hada untuk study?. Dah tentu kau taknak membazir dari segi kos, bayar yuran subjek je dah berapa. 100/jam kredit tak kan kau berhasrat nak repeat paper?. Tapi kalau kau jenis otak metrobijak tak payah belajar, terus exam lain la cerita. hahaha

2. Subjek seimbang
a.       Kita nak daftar subjek ni pun kene memilih sikit la. Bukan pasal jodoh je kau nak memilih sangat. Eh? Tetibaa. Contohnya, subjek pertama  berat, subjek kedua separuh berat, subjek ke tiga dan keempat carilah yang ringan dan santai. Subjek kelima kau ambil 2 jam kredit.
b.      Ambillah 4/3 subjek 3 jam kredit , 1 subjek 2 jam kredit. Gituw. Jadi ianya balance. Contohnya masa aku sem 1, far and eco dalam kategori disaster (3 jam kredit). Then, mgt dan ent kategori ombak-ombak manjerr (3 jam kredit). Kendian ctu subjek paling ringan dan santai 2 jam kredit je. Jadi balance. Masa kau study far dasat-dasat. At least, kau bukak buku ctu kau rasa lapang dada. Ha paham tak?
c.       Kalau dapat 2 subjek kira-kira. Carilah subjek yang teori pulak. Jangan ambil semua kira-kira sekali gus walaupun korang memang suka gila nak mam subjek mengira.. Nanti sem berikutnya otak kau pasti merana kerana yang tinggal subjek mengapal nazubillah. Tapi kalau korang jenis terang hati Alhamdulillah.

3. Info dari senior
a.       Ha yang ni paling berguna. Masa kau sem 1 haruzlah kau dah beramah mesra dengan senior kan. Ke kau jenis sepi tak reti bergaul?. Ehehee. Tanya-tanya la senior korang. Mintak advice dari dorang subjek ape yang dorang dah ambil, cemna kekdah subjek tu, sapa lecturenya. Penting tu. Kalau subjek/kelas/group tu lecture sendu kau pilih kelas/group  lain. Gituww. Haha. Paling best kau bakal dapat buku, notes dan lain-lain dari senior korang dengan harga kasih sayang. Haa bijak tak aku. :p
b.      Kalau tak de kenalan dengan senior, ce google subjek yang korang bakal daftar tu. Research sikit dapat bayangan pon jadi la. Jadi korang dah bersedia mental dan fizikal. Tak pun korang dah boleh imagine subjek yang korang bakal belajar tu. Korangkan bijak-bijak. Hehehe. Ingat, tak perlu gopoh gapah dalam memilih subjek. Tips ini pun untuk aku jugak. Sem 2 nanti aku boleh rancang jadual belajar yang lebih efisyen. Maklomla ko, siang kerja. Malam je bukak buku. Tu pun berlawan dengan nyamuk sape tido dulu. :p

Student pjj/plk memang memang memang memang tough. See, berapa banyak memang tu. Itu menggambarkan betapa ianya begitu tough. Nasihatnya semoga korang gigih, korang kuat, kental, emosi dan fizikal!. Alhamdulillah aku setel dah sem 1. Kalau nak di kira tahap penatnya berulang alik Johor-Shah Alam. Memang boleh gila sape yang tak kuat semangat. Hahaa. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan dekat aku untuk berjihad. Memang ade segelintir pihak yang menganggap aku pjj jauh nun beribu batu kerja sia-sia. (macm takde tempat lain nk sambung) dah rejki aku kat situ. Allah dah tulis pun kan. Kau nak berjuang atau tidak. Tu je ceritanya. Ade je yang memperkecilkan usaha aku, cakap kite ni dah terlambat nak grab peluang yang cerah, macam mereka semua dah berada di atas. Eh kau tak payah makan hati dengan orang macam tu, orang macam tu biasanya pathetic, kesepian, tak de kawan, takde sape suka die bahahahaha.


Think positive and positive things will happen. Tu je kuncinya. Walau payah macam mana pun aku macam tak sangka aku dapat habiskan sem 1 tau. Sungguh tak sangka. Ngenangkan aku terpaksa cuti Jumaat setiap kali ade kelas. Pergi KL naik bas dengan backpack, beg tepi, beg atas, beg bawah, beg  roda, beg seret hahahaha macam orang gila. Tahan kencing sebab banyak beg bawak sape nak jage?? miahahaha. Naik pulak komuter ke kajang. Dari kajang menempuh perjalanan ke uitm Shah Alam. Kang balik dari kelas hadap jem nauzbillah maha dasat kau tahu je la. Sampai rumah dah malam. Esok ahadnya gigih lagi pergi kelas. Kang balik kelas bekejar naik komuter dari kajang ke TBS. kang bekejar lagi menapak, berlari-lari anak cari platform takot nama kene announced satu TBS dengo hahaha. Lepastu sampai Kluang dah jam 8 9 10 tak tentu. Sampai rumah dah kol 11. Sesampai je rumah setel kain baju esok (isnin) drive pulak balik JB g kerja. Isnin malamnya terbongkang tak bukak buku pasal meranah bernanah nanah die punya letih tuh. Sakitnya tuh disini. Hahaha.


Bila semua tu dah berlalu, aku macam rindu pulak nak hadap semua tu balik. Dulu kemain merungut. Hehehee. Tapi rungut dengan korang ajer. Dalam hati ikhlos ni mengejar elmu. Kate ibu, kalau kita ikhlas Allah mudahkan urusan kita. Alhamdulillah semua keringat aku berbayar. Result haritu keluar memang mencapai target. CTU dengan ENT dapat A+. sape tak suka. Yang lain okla B..B+ Hahahaha. walaupun ramai jugak classmate aku repeat beberapa paper ade yang dismiss, aku harap dorang tak patah semangat. Kegagalan dan kesilapan lalu tu adalah bukti bahawa kamu dah berusaha. maka teruskan usaha, rezeki, laluan, onak dan ranjau setiap manusia adalah berbeda-beda ya. janji teruskan semangat jangan pernah malap!



Ok la korang ingat pesan aku tau. Jangan tamak dan pilih la subjek yang balance dengan masa, tenaga dan kemampuan korang. Aku share mana yang terlintas dalam pale je ni, next time kalau ade lagi bende mustahak aku update dari masa ke masa Ok bebeh. Bai!


Saturday, December 25, 2010

Tazpunyeblog's 3rd Year Anniversary Contest


cik Taz's adalah penaung contest ini...
sila rujuk blog beliau kalau tak caya.. thanks jemput meriah, menarik untuk di join.. =)
jam sekarang 2.00 a.m~


rasanya contest ni agak berlainan sedikit..sebb tu korang kene tengok T&C kat blog cik Taz's



SOALAN 
Bagitau tips² belajar yang efektif bagi korang



"lame cik Azi Nur meninggal kan segala buku - buku akaun, cukai, audit, usahawan dan segalanya...(walhal baru setahun..) tips belajar saya mudah je alhamdulillah berjaya graduate..oow yeahh!"



1. pemilihan rakan bilik @ roomate
-siapa rakan bilik untuk sem depan adalah sangat sangat penting...sebab apa...dia boleh mempengaruhi jiwa, minda, dan segala... "awak hormat saya, saya hormat awak"





 2. belajar sebelum diajar 
 i miss my messy desk!-buat nota - nota kecik lepas tu sebelum tidur hafal la dalam 2 bab...insyallah bila ada kuiz mengejut tak la pale otak jem...lecture sekarang suke buat ngepop kuiz...kuiz mengejut...kuiz terkujat...kuiz 3 minit...ayooo~



3. tidur la awal bila ada quiz, test, final
-bangun pagi besok pale otak rasa fresh..lepas tu selak - selak gitu je...mase mandi ingat la balik jalan kerja, point - point kalau easy. masa sapu marjerin kat roti tu baca la sekali pandang...ingat! jangan menghafal...just baca...baca untuk ingatkan kembali apa yang kita dah hafal semalam. sebab apa, kalau kita hafal time - time dah nak masuk mulut buaya, confirm lupe...caye la cakap den! free u mind...kalau boleh jangan bergaul dengan member - member yang terkumat kamit menghafal...takoottt cuak beb!
oh! jangan lupa slip pekse...haha




4. main game, dancing atau bersukan
-sape suke ngadap buku 24 jam...jadi lapang - lapangkan jiwa, minda, hati, jantung, limpa untuk sejam dua mainla game, game fesyen ke game masak - masak ke. tak pun menarila menyayila tak sapa tahu, kalau takut roomate bocor rahsia...sila rujuk no.1




5. dekatkan diri pada Allah
-solat jangan ponteng...banyak kan berdoa, rajinkan diri baca Yassin, besar makna yang tersirat tersurat dalam surah Yassin...yang penting kita dah berusaha...barula boleh berserah pada takdir..tak kesahla result tu tak sebangga yang kita mahu, ketahui la ada hikmah disetiap kejadian...
sekian, tammat~senyum sikit..(^^,) peacee

 jam sekarang 2.41 a.m
jomm tidoo..hooyei~

 **gambar sekadar hiasan sumber: HD