Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Saturday, November 20, 2021

nak bercuti ke Oversea, tapi kene kuarantin hmmm.

 hailuuu...


pantas bethol masa berlalu kan. know know dah nak masuk December dah. macam tak bersedia je nak masuk umur baru hahaha. 


anyway, korang rasa bila kite semua ni dapat pergi travel tanpa perlu kuarantin selepas balik dari travel tu. travel oversea I meant. hmmm aku ni lame sangat dah tak pergi bercuti yang real 'bercuti' haha. 


bila dipikir pikir, balik dari oversea kene kuarantin, kene RTK-PCR lagi hmmm berapa lama tu nak kene apply cuti. contoh, pergi Turkey 10 hari, amik AL mungkin cuma 6-7 hari je. lepastu balik dari Turkey sah-sah kene kuarantin kendiri khen. itu pon kalau nasib tak baik, result pulak positif kenela drag lagi mase kuarantin hmm  nak kene tambah lagi cuti. unless, balik dari Turkey tayah kuarantin pon terus pergi kerja cembese. hmm selagi kite ni kene berjaga-jaga selagi tu la semua kejadah  SOP ni kene patuh kan.


hmmm harapnya sampailah nanti masanya kite bebas dari covid, bebas dari SOP (at least, longgar ciked la SOP tu huhuhu). dan masetu aku harap aku masih panjang umur lah nak pergi bercuti oversea hahaha. 


disebabkan aku ni kerja bahagian Finance, jadinya kene rancang date bethol bethol. taknak clash dengan closing time, audit... haiyaa. bukan ape, boleh je pass kat orang lain kerja kerja aku tu. tapi aku macam hmm tak bestla.. engko seronok becuti, kawan ko ni kat opis tengah struggle siapkan kerja ko hmmm. tak best kan feeling camtu. ke aku je yang ade perasaan macam tu haha. tapi ye bethol, aku ni jarang amik cuti, sebab aku pikir kalau aku cuti, duduk rumah atau sedang berseronok, orang lain kene cover kerja aku, aku rasa tak best. kenapa ya ade sipat camni hahahaha. kekadang aku pon xpaham diri aku ni cemana hahaa.


okla, sekian coretan senja ditempat kerja. belanja selfie satu kali :p


xoxo


Saturday, August 27, 2016

THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

hye hello...


haritukan hantar adik aku nab balik UiTM Pilah. oii bukan haritu semalam semalamnye tau. tapi berbulan yang lepas wakakaka. asik tertunggak je nak upload story ni. gamaknya banyak sangat pic kene pilih. aku baru kosongkan galeri phone aku tu. dekat dua ribu gambo ke ape. ko bayang kan selfie satu hari satu minit je dah doplas keping tak paham aku. sekarang ni aku dah ade keinsafan. asal nak selfie banyakk terus delete. selfie ni kan penyakit. takpe take la berape kali riban ko nak. lepas sejam delete. tu je cara aku nak mengajo diri aku dari penyakit selfie ni ekekee..


ok merepek dah.


macam sebelum ni aku pernah cakap ulang kali. apak aku memang suka gils pergi Melaka. tak ngerti aku kenape. memang wajibbbb pergi tiap tahun MELAKA. tolong paham anak-anak malas nak layan kekadang. wakakaka kejamm!

kali ni bawak pergi tempat baru ahh. asik pergi banda hilir. sesak napas aku kalau lalu situ.

moh pergiiiii


THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

lokasi sky tower ni dalam the shore shopping gallery, level bawah tempat shopping sakan. macam-macam ade aku sempat jugak jengah kedai pandora. untuk ke sky tower tu korang kene naik lift ke tingkat 42 lepastu kena naik lift lain untuk sampai ke tingkat yang aku panggil bahagian roof top la kiranya. sepanjang laluan untuk naik tu memang scary la sape yang gayat sebab dinding semua glass. naik tangga pon gigil nampak bawah. tapi serius seronok. opss tiket masuk RM20+ aku pergi masa cuti sekola tu yang mahal kot. kalau tak katenye RM18 tak sure la berapa.

mehla layan gambar..malas nak taip pepanjang ekekeee



wuhuuuu.....ni baru kat laluan jambatan dah gigil kaki.


dah selamat sampai atas!! 


MELAKA!


suka lantai die. creative kan



adiku nab! rindu dak ni. cepatla abes belajo nak pinjam printer. hahaha. bila dikenang dah dibelek album. maigoddd takde sekeping pon gambar aku cemni sesorang. gerrr


nampuluhkali ambil gamba nab cemni. nyampah aku. ade je yang tak betul :p bakpe neropong atas ntah tengok anak bulan ke ape tatau la. mase ni lagi sehari ke dua hari nak puasa. gila lama trobek hahaa



makcik-makcik yang takot dok sini. jangan jalan tepi-tepi tu. ekekeke. sian ibu ku dok tepi kolam ikan.... 



kat IG korang mesti melambakkan gambar cemni satu ketika dahulu. ekekeke tension aku tak bergambar kat sini. tah nape tah boleh si nab je yang ade. ngeee~



tokleh jadi kene letak gak gamba sirik sekeping heeeee



ekceli nak bergambar dekat sini tak boleh pakai camera sendiri. kene pakai depa punya. hekeleh betul hahaa. dah lettew kene bayar dekat RM50 tahu!. saiz kecik. oke la dari takde kenagan kan. apak aku kemain takut nak tengok bawah. aku pon takott sikit lagi nak merangkak tau hahahaha!



ok. dah boleh letak dalam list vaccay korang ahh. tempat ni best aku bagi 5 bintang over 9 maybe? hehehee




Thursday, February 25, 2016

3 HARI 2 MALAM. JALAN LAJU-LAJU.

Salam hai..


Sabtu, ahad, isnin lepas aku cuti pergi KL. Mejlis IKA. Ala dulu aku pernah cerita pasal ika bertunang. Pepandaila korang cari story tu. Now ika dah pon selamat jadi isteri. Gigih cuti hari sabtu dengan isnin tu tau. Sebab nak merayap sekali harong alang-alang dah sampai KL khen. Hehee.



Majlis ika buat Ali Hall. Aku pesen tak tengok drama jam 7 tu. Dorang cakap tempat cerita cinta si wedding planner tu ha. Theme dari group pompuan hati sado ni, purple. Tudung iaitu shawls di beli oleh yuyun. Senang sekali semua sama. Alo-alo dedayangla gamaknya. Aku ni siap nempah baju baru tolongla. Asal jemputan je buat baju kekekeke. Oh planning majlis ika ni memang berbulan-bulan punya plan dengan bebudak dari Johor la terutamanya senang gerak satu kereta jek. Korang kalau nak jemput aku datang mejlis kawen korang kene bitau berbulan awal ya sebab aku ken bos beso dalam syarikat ni muahahahaha. Ok dah.



Majlis berlangsung malam. Aku rasa kagum dengan kecantekkan dewan tersebut. Sangat-sangat cantek ok kena dengan selera aku. Makanan pun ya robb sedap nak pitam. Ika malam tu cantekkkkkk sangat. Dah la memang cantek. Bertambahla cantek. Baju die yang aku wow sangat. Sebelum majlis tu die dah up gambar baju kawen die. Tu pun belum siap sepenuhnya aku dan ahli group meroyan cakap cantek sangat dah tu. Ika ni pesen kretip. Macam semua benda yang die sentuh or buat terus je jadi cantek. Magical touch getew. Hehee. Sesampai je dewan terus bekampung kat photo booth yuyun yang buat segala benda tu. Eh laki bini tu siap dedemam gigih deco. Dah la stuck kat federal hway. Kesian. Seb baik sempat. Numpang mandi laki bini tu kat hotel kiteorang. Lawak plak bila di kenang balik kejadian malam tu.



mintak maapla kalau kualiti gambar kurang menyenangkan. tah sape punya gambar aku rembat. hehehe. cembese gambar pengantin harusla 2 3 keping jek. hahaha kasihann



Lepas menggila kat photo booth. Makan ah. Sedap haiii la makanan beliau. Ade sotong kurita masak sambal. Ayam, daging, dalca aihh semua sedap. Lepas makan tunggu ika masuk dewan. Diiringi dengan selawat. Sangat cantek ok. rasa besok jugak nak kawen. Tapi terus padam impian walaupun esok aku kawen idokla mampu secantek ika sebijik beliau. Perasaan betul pompuan ni. haha



Lepas tengok ika naik je pelamin. Weolz pon terus je pergi photo booth balik. Dasar muka pantang hala betul. Hahaha. Aku rasa macam tak lama kat hall tu. Sebab aku penat deh. Maklomla drive dari JB. Maunye tak mengamok. Kakakakaka. Bebudak ni mesti tension dengan aku sebab awal noh angkat kaki. Ah lantok situ. Aku kalau badan dah letih boleh mengamok ok. Tapi balik bilik hotel pulok tido. Segor mate. Sebab aku pesen badan penat, susah nak tido nak baring-baring golek-golek kat katil jek.



Lohh lupe gitau aku dari JB berempat, BFF aku mesti ade cik ain, lepastu zila dengan zizah. Tapi kat hotel tambah lagi sorang iaitu siti die duduk area setapak tu jugak. So lets la tido hotel sekali senang esok gerak nak pergi ikea tunjuk jalan. Bhahaha. Kesempatan sangat tu.



Dalam jam 10 cemtu dah gerak ke ikea. Dekat je hekeleh betul kemain awal pagi bersiap. Tapi haa. Sarap je 2 jam dalam tu. Belum pusing-pusing satu ikea. Hehehe. Okla puas hati dapat makan meatball ikea. Dulu datang dengan acik, acik tak bawak makan sini tatau nape. Hahahaha.



Menghabiskan masa dan wang ringgit dalam ikea, gerak pergi makan bingsu. Pon siti yang bawak pakai waze. Kekekeke. Dorang cakap kalau jalan kat KL ni pakai waze je mudah. Dulu aku pernah donlot natang waze tu tapi macam tak function je kat JB ni. ke sebab aku dah terel bab jalan. :p



Sedapnya bingsu ni. dah jadi fav pulak. Harus repeat!! Sesambil makan bingsu kita main la UNO, dan macam-macam mainan disediakan. Selain beborak dengan kekawan khen. Yang siti order tu bingsu beberis ke jadah name beliau haha. Sebab aku nak makan yang memasam sikit. Memula siti nak recommend durian. Tapi aku tak lalu pulak tetengahari panas terik nak makan duyan hehehe


Order jugak waffle. Sedapnye weii. Rasa macam balik ni nak buat. Macam mudah je buatnya. Beli roti wafer gardenia scop kan aiskrim vanilla. Tabor milo. Perghh nak try ni!


Lepak kat bingsu café ni dalam sejam gak. Baru gerak pergi klang. Malam tu tido rumah yuyun je. sampai je rumah yuyun rerehat sesambil makan nasi goreng yun masak. Dapnye. Lepas magrib laki yun hantar siti kat komuter. Kiteorang gerak pergi kaison. Tinggal 15 minit je masa sebelum tutup. Ape lagi cecepat ah borong. Laju-laju tangan capai. Dasar boross. Haha. Balik dari kaison. Terus pergi i-city. Laju-laju rayap. Hahahahaa penat lepak bawah lampu makan megi cup. Kekekee. Sukaa borak cemtu macam bujangan je memasing. Kakakaka



Sampai rumah dekal jam 2 pagi. Mandi-mandi memasing tido. Aku jela tak boleh lelap sebab penat sangat ke ape badan ni. jadahla pesen dah tetua susah nak tido kalau letih beebno. Kengkawan semua pesen penat cepat je lelap. Ngeeee



Pagi senin tu planning nak gerak pergi Melaka, cancel tetibe. Nak makan nasi kambeng 40 hari pon cancle tetibe. Malas aku nak citer ah sebab musabab. Bhahahaha. Yang penting sampai je JB terus pergi jusco bukit indah pulak serang daison. Lepas food court makan aunties anne. Lepastu pergi dato onn antar zila balik. Zizah dah selamat hantar sampai UTM. Die tak join pergi daison ade hal kerajaan. Tu yang nak cecepat balik.



Vassss cepat je naip abes dah untuk 3 hari punya cerita. masa 3 hari tu memang dimanfaatkan betul. tak sempat ni ha nak berangan nak buang masa. haha. Boleh dikatakan short vacay gak. Aku membayangkan short vacay tu leh la rerehat rumah yun lelama. Nak mendugong rumah yun. Sekali berantakkan semuanya bhahahaha. Okla takpe next time pasti akan datang balik!. gambar sebenarnya melambak-lambak tapi aku select je mana yang terkena. hehee



Naik je cuti, dapat pulak wasep eliz nak kawen. Pulokk ramai yang nak kawen awal-awal tahun ni. tak tahu ke aku awal tahun bz macam ape. Eh tetibe nak ngamok nape. Hahaha. Takpe takde aku pon majlis tetap jalan. Tak payah bajet diri tu orang penting azi hahaha. Insyallah kalau ade masanya nanti aku cuba sehabis baik untuk pergi. Bulan 12 tahun lepas dengan bulan 1 tahun ni aku tak pergi pon jemputan kekawan kawen. Bz la korang. Maap la sangat-sangat. Kadang tu kalau aku balik kampong, ibu abah pulak mintak hantar pergi jemputan kahang la, sempangla. Tu pun kekadang pitam nak layan. Kene layan sebab mase kita kekecik dorang layan kita elok je tau. So dari pilih kawan, baik aku pilih ibu abah. Hehehe. Okla banyak dah mengarut.  



Sekian, berakhir disini.


Tuesday, October 1, 2013

REVIEW : AIR HITAM, BATU PAHAT JOHOR DT


auto publish

Pasar Air Hitam, Batu Pahat Johor memang cukup dikenali di serata Malaysia. kalau datang ke Batu Pahat, Johor, wajibul singgah di Air Hitam. kebiasaannya ramai pengunjung dari Singapura. selain terkenal dengan Pasarnya yang memang beraneka macam. Air Hitam, Batu Pahat ini juga turut terkenal dengan kuih Putu Bambu Juriah yang sangat sedap. tahu tak kuih putu bambu tu macam mana?




sumber : google

memang berbaris kalau nak beli. sedap tau sampai tak tahu nak cakap ape, sebab terlalu sedap lemak berkrim uolz. :p selain itu juga, asam pedas ikan baung yang terletak di jalan ke Kluang turut mendapat sambutan hangat. sedap memang sedap sehingga kering kuah di pinggan. terliur sekarang ni. Johor sememangnya terkenal dengan asam pedas. boleh bandingkan asam pedas Johor dan Melaka. masing-masing ada keistimewaan tersendiri. :p




pasar Air Hitam, Batu Pahat ni dulu memang sangat-sangat meriah dengan manusia. lambakan manusia sama banyak dengan lambakan kereta-kereta. sekarang ni kemeriahnya semakin berkurangan. tak tahu kenapa. sebab mungkin ramai yang sudah berpindah ke kawasan bangunan baru. tapi, meriah tetap meriah juga la. Air Hitam ni memang terkenal dengan RASA. banyak sangat buah-buahan boleh di rasa sehingga kenyang. :p. kerepek-kerepek, bunga hiasan, karpet, tembikar, bantal, dan macam-macam lagi. dari buah-buah, ubi-ubian, kerepek-kerepek, aksesori hiasan dalaman rumah sampai lah ke tembikar, pasu etc. semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. tawar menawar yang paling penting dalam urusan jual beli. kalau bantal harga RM38 tawar la sehingga dapat harga RM15. mampu??




aku kalau ke Batu pahat, wajib singgah di Pasar Air Hitam ni sebab kat sini ade Yong TouFu yang sedap!. kalau lalu higway memang tak merasa la. selain tu, aku suka dodol kat sini. kalau kat tempat lain tu macam tak berkenan la. kalau beli kat sini, kene pandai pilih sebab kebanyakannya barang dah lama. tak la expired. tapi mungkin kalau beli kerepek ke etc bau ade 'tengik' sikit. 'tengik' tu sebutnya macam ni 'te : ek '. 'tengik' ni bahasa jawa. maksudnya kalau makan tu rasa macam dah tak sedap, bau pon kurang masyuk la. so, kene la pandai cari. sebab kat sini banyakkkkkkk sangat penjual kerepek.



Air Hitam ni jugak terkenal dengan tembikar. macam-macam jenis dan rupa bentuk tembikar boleh di dapati di sini. ade rupa katak, rupa tong gas pon ade. semua tembikar ni kebiasaannya untuk di jadikan hadiah dalam majlis perkahwinan atau sebagai tabung atau juga sebagai hadiah hari-hari istimewa cotohnya hari jadi, hari guru atau hari perpisahan. so, boleh datang dan tengok sendiri lambakan tembikar di sini. memang banyak dan meriah. semua harga yang berpatutan. kalau zaman aku sekolah dulu, kami cari cawan tembikar kat sini, lepastu lukis dan tulis kat cawan tu untuk di beri pada guru atau kekasih eh?. bende ni boleh buat duit tahu?. :)


kat sini aku nak bagi tips berbelanja di Air Hitam.

1. kalau nak beli sesuatu barang, make sure survey dahalu satu persatu kedai. sebab kebanyakan kedai kat sini jual barang yang sama tapi harga berlainan. kan bagus kalau dapat lagi murah bukan?
2. sistem tawar menawar semasa membeli ni memang wajib ade. contoh nak beli karpet atau bunga, make sure tawar la sehingga dapat harga runtuh. kihkihkih
3. untuk parking kereta (sesiapa yang datang dengan kereta) make sure dalam kereta tu kurang dengan barang sebab nanti nak isi barang hasil tangkapan semasa shoping yang banyak. haha
4. kalau boleh pakai la baju yang selesa dan kasut yang selesa. sebab kalau tengahari tu panas sangat-sangat. panas dan penuh dengan manusia. ce banyangkan.


kalau datang ke sini, wajib beli oleh-oleh tau! ok, semoga bermanfaat!




bai~