Showing posts with label sohabat azi. Show all posts
Showing posts with label sohabat azi. Show all posts

Friday, February 26, 2016

LEPAKING.

Hai, hello.. salam jumaat penuh barakah.

Semalam up story majlis ika. Pastu tetiba Ika datang Johor. Muahaha. Die balik kampong melawat kubur mak ayah die. Dah alang-alang datang Johor moh la melepak sekali macam kat JB. Haritu midah and famly dan su and husband tak dapat pergi majlis ika. Tu yang jumpa siap bagi doorgift majlis haritu. Hehehe siap simpan tu yang tak tahan.



Lepak kat restoran singgah selalu. Kebetulan  malam tu ade live band. Ngeee boleh tahan bising nak beburak pon tak boleh. Salah tempat ni barangkali. Tapi okla lepak sana ade 4 jam jugak. Group pompuan borak tempat lain. Group laki-laki sila pergi tempat lain. Tapi kan orang laki ni kalau borak memang tak abes ek. Ade je cerita. Kiteorang yang pompuan ni sampai dah takde bende nak cerita. Jadahlaa..



Kat sini aku tak makan. Order air epal dengan makan kacang rebus. Style gila kacang rebut cemni. Ke aku yang jakun. :p tak cukup segelas besar air, order lagi segelas epal asam boy. Nyum sedapp. Penuh ice!. kau jangan teperanjatla tengok bil kat sini sila pejam mata bayar. aku pon ase nak kojol. ase nak muntah kacang balik. hahahahaa




Beborak pasal majlis ika. Soalan pertama mestila tanya dah malam petama belum. Bahahahaha. Oke tak. Soalan petama berapa ribu duit dah lebur. Kekekeke. Maigodd betul dengor puluhan ribu abes. I is wow. I tak bersedia untuk melabur kekekeke.



Dah abes beborak jam 1230 camtu balik. Sampai rumah dekat jam 1 gak. Mandi terus lipat baju menggunung hari balik bercuti punya baju. Kalau ade mesin lipat kain aku la orang petama beratur beli tau. I kennot go la dengan kain-kain ni haii dulu macam pernah bagitahu je betapa aku membosani aktiviti melibatkan kain ni. memalas pon kene jugak buat. Sila seret mata.




Ok la nak cerita tu je hari ni. saje nak jeleskan Yun dengan Ain kakakaka. Kesionn jauh. Haritu jeleskan sue dengan midah tak dapat join mejlis Ika. ;pp
Rase harini ayat macam terabur ke meraban. Tak cukup tido kepala sebal jek ni. malam tadi punya hal lanni. :p



Thursday, February 25, 2016

3 HARI 2 MALAM. JALAN LAJU-LAJU.

Salam hai..


Sabtu, ahad, isnin lepas aku cuti pergi KL. Mejlis IKA. Ala dulu aku pernah cerita pasal ika bertunang. Pepandaila korang cari story tu. Now ika dah pon selamat jadi isteri. Gigih cuti hari sabtu dengan isnin tu tau. Sebab nak merayap sekali harong alang-alang dah sampai KL khen. Hehee.



Majlis ika buat Ali Hall. Aku pesen tak tengok drama jam 7 tu. Dorang cakap tempat cerita cinta si wedding planner tu ha. Theme dari group pompuan hati sado ni, purple. Tudung iaitu shawls di beli oleh yuyun. Senang sekali semua sama. Alo-alo dedayangla gamaknya. Aku ni siap nempah baju baru tolongla. Asal jemputan je buat baju kekekeke. Oh planning majlis ika ni memang berbulan-bulan punya plan dengan bebudak dari Johor la terutamanya senang gerak satu kereta jek. Korang kalau nak jemput aku datang mejlis kawen korang kene bitau berbulan awal ya sebab aku ken bos beso dalam syarikat ni muahahahaha. Ok dah.



Majlis berlangsung malam. Aku rasa kagum dengan kecantekkan dewan tersebut. Sangat-sangat cantek ok kena dengan selera aku. Makanan pun ya robb sedap nak pitam. Ika malam tu cantekkkkkk sangat. Dah la memang cantek. Bertambahla cantek. Baju die yang aku wow sangat. Sebelum majlis tu die dah up gambar baju kawen die. Tu pun belum siap sepenuhnya aku dan ahli group meroyan cakap cantek sangat dah tu. Ika ni pesen kretip. Macam semua benda yang die sentuh or buat terus je jadi cantek. Magical touch getew. Hehee. Sesampai je dewan terus bekampung kat photo booth yuyun yang buat segala benda tu. Eh laki bini tu siap dedemam gigih deco. Dah la stuck kat federal hway. Kesian. Seb baik sempat. Numpang mandi laki bini tu kat hotel kiteorang. Lawak plak bila di kenang balik kejadian malam tu.



mintak maapla kalau kualiti gambar kurang menyenangkan. tah sape punya gambar aku rembat. hehehe. cembese gambar pengantin harusla 2 3 keping jek. hahaha kasihann



Lepas menggila kat photo booth. Makan ah. Sedap haiii la makanan beliau. Ade sotong kurita masak sambal. Ayam, daging, dalca aihh semua sedap. Lepas makan tunggu ika masuk dewan. Diiringi dengan selawat. Sangat cantek ok. rasa besok jugak nak kawen. Tapi terus padam impian walaupun esok aku kawen idokla mampu secantek ika sebijik beliau. Perasaan betul pompuan ni. haha



Lepas tengok ika naik je pelamin. Weolz pon terus je pergi photo booth balik. Dasar muka pantang hala betul. Hahaha. Aku rasa macam tak lama kat hall tu. Sebab aku penat deh. Maklomla drive dari JB. Maunye tak mengamok. Kakakakaka. Bebudak ni mesti tension dengan aku sebab awal noh angkat kaki. Ah lantok situ. Aku kalau badan dah letih boleh mengamok ok. Tapi balik bilik hotel pulok tido. Segor mate. Sebab aku pesen badan penat, susah nak tido nak baring-baring golek-golek kat katil jek.



Lohh lupe gitau aku dari JB berempat, BFF aku mesti ade cik ain, lepastu zila dengan zizah. Tapi kat hotel tambah lagi sorang iaitu siti die duduk area setapak tu jugak. So lets la tido hotel sekali senang esok gerak nak pergi ikea tunjuk jalan. Bhahaha. Kesempatan sangat tu.



Dalam jam 10 cemtu dah gerak ke ikea. Dekat je hekeleh betul kemain awal pagi bersiap. Tapi haa. Sarap je 2 jam dalam tu. Belum pusing-pusing satu ikea. Hehehe. Okla puas hati dapat makan meatball ikea. Dulu datang dengan acik, acik tak bawak makan sini tatau nape. Hahahaha.



Menghabiskan masa dan wang ringgit dalam ikea, gerak pergi makan bingsu. Pon siti yang bawak pakai waze. Kekekeke. Dorang cakap kalau jalan kat KL ni pakai waze je mudah. Dulu aku pernah donlot natang waze tu tapi macam tak function je kat JB ni. ke sebab aku dah terel bab jalan. :p



Sedapnya bingsu ni. dah jadi fav pulak. Harus repeat!! Sesambil makan bingsu kita main la UNO, dan macam-macam mainan disediakan. Selain beborak dengan kekawan khen. Yang siti order tu bingsu beberis ke jadah name beliau haha. Sebab aku nak makan yang memasam sikit. Memula siti nak recommend durian. Tapi aku tak lalu pulak tetengahari panas terik nak makan duyan hehehe


Order jugak waffle. Sedapnye weii. Rasa macam balik ni nak buat. Macam mudah je buatnya. Beli roti wafer gardenia scop kan aiskrim vanilla. Tabor milo. Perghh nak try ni!


Lepak kat bingsu café ni dalam sejam gak. Baru gerak pergi klang. Malam tu tido rumah yuyun je. sampai je rumah yuyun rerehat sesambil makan nasi goreng yun masak. Dapnye. Lepas magrib laki yun hantar siti kat komuter. Kiteorang gerak pergi kaison. Tinggal 15 minit je masa sebelum tutup. Ape lagi cecepat ah borong. Laju-laju tangan capai. Dasar boross. Haha. Balik dari kaison. Terus pergi i-city. Laju-laju rayap. Hahahahaa penat lepak bawah lampu makan megi cup. Kekekee. Sukaa borak cemtu macam bujangan je memasing. Kakakaka



Sampai rumah dekal jam 2 pagi. Mandi-mandi memasing tido. Aku jela tak boleh lelap sebab penat sangat ke ape badan ni. jadahla pesen dah tetua susah nak tido kalau letih beebno. Kengkawan semua pesen penat cepat je lelap. Ngeeee



Pagi senin tu planning nak gerak pergi Melaka, cancel tetibe. Nak makan nasi kambeng 40 hari pon cancle tetibe. Malas aku nak citer ah sebab musabab. Bhahahaha. Yang penting sampai je JB terus pergi jusco bukit indah pulak serang daison. Lepas food court makan aunties anne. Lepastu pergi dato onn antar zila balik. Zizah dah selamat hantar sampai UTM. Die tak join pergi daison ade hal kerajaan. Tu yang nak cecepat balik.



Vassss cepat je naip abes dah untuk 3 hari punya cerita. masa 3 hari tu memang dimanfaatkan betul. tak sempat ni ha nak berangan nak buang masa. haha. Boleh dikatakan short vacay gak. Aku membayangkan short vacay tu leh la rerehat rumah yun lelama. Nak mendugong rumah yun. Sekali berantakkan semuanya bhahahaha. Okla takpe next time pasti akan datang balik!. gambar sebenarnya melambak-lambak tapi aku select je mana yang terkena. hehee



Naik je cuti, dapat pulak wasep eliz nak kawen. Pulokk ramai yang nak kawen awal-awal tahun ni. tak tahu ke aku awal tahun bz macam ape. Eh tetibe nak ngamok nape. Hahaha. Takpe takde aku pon majlis tetap jalan. Tak payah bajet diri tu orang penting azi hahaha. Insyallah kalau ade masanya nanti aku cuba sehabis baik untuk pergi. Bulan 12 tahun lepas dengan bulan 1 tahun ni aku tak pergi pon jemputan kekawan kawen. Bz la korang. Maap la sangat-sangat. Kadang tu kalau aku balik kampong, ibu abah pulak mintak hantar pergi jemputan kahang la, sempangla. Tu pun kekadang pitam nak layan. Kene layan sebab mase kita kekecik dorang layan kita elok je tau. So dari pilih kawan, baik aku pilih ibu abah. Hehehe. Okla banyak dah mengarut.  



Sekian, berakhir disini.


Wednesday, February 25, 2015

BFF E-DAY!


Eh hai hello..


Cuti raya cina yang lepas. Aku tak cuti pun. Ya ya ya cuti di pejabat. Tapi tidak di rumah. 2 hari berturut bff aku bertunang. Khamis aku buat cupcake, jumaat Ika bertunang, sabtu Aen bertunang ahad ade mejlis sikit kat rumah aku. Hoii penat tapi puas!!! Happy sangat dapat jumpe kawan-kawan lame tau. Since tabika lagi persohabatan ini terjalin. I is happy gila 2 hari tu. Besok kalau kawen pon buat sebelah-sebelah tarikh tu. Senang cerita. Haha.


Jumaat lepas zohor cemtu dah gerak pergi rumah kakak Ika kat remis. Ika dah bertapa kat remis lame dah kot. yela die dengan kakak dan anak sedara die sibuk merewang bagai. Ika ni takde parents dah. Kesiankan. Aku kadang kesian tengok die tau. Semua die urus kehidupan sendiri. Harap kakak dengan abang je la untuk menagih kasih sayang. Sobs.. ni dah bertunang dengan Asy. Aku pon happy la, mak Asy very the baik gils. Sayang beno dengan Ika. So, Ika ni boleh la bermanja-manja dengan mak Asy. Salu berkepit dorang tu. Kami ni jarang nak jumpe. Last tahun lepas masa buat renioun ladies night tu. Maklomla orang KeyL. Bukan senang oi nak balik. Costly semua tu. Heehee. Kiteorang rajen jugak mintak Ika nasehat kewangan. Sebab Ika kerja kat AKPK. Hahaa.. nak-nak yang dah berumah tangga tu.. Mihmihmihh.






Hutung Ika ni geti make-up sendiri. Top to toe semua sendiri tanggung sendiri buat. Memang sedia maklum yang Ika ni memang kreatip. Berseni. So no wonder la hasil kerja die nampak elok jek. I is jelous haha.


Remis ni kira dalam estate. Aku first time sampai Ladang Remis yang belah dalam-dalam tu. Dulu ade la tiga pat kali masuk estate ni. Memula masuk dulu aku cam takot. Yela keliling semua kelapa sawit macam hutan tebal gamaknya. Tak sangka dalam ade rumah. Bukan takat rumah padang golf siap semua lawa kot wei sekarang. Cuma rumah kakak ika ni mungkin kawasan pengawai kot. rumah semua beso-beso keliling lapang, sebab sawit dalam proses penanaman semula. So lapang gila. Lepastu view sangatlah cantek. Siap duduk kat pangkin angin sepoi-sepoi bahasa. Tenangnya hati wei. Kalau kat taman aku tak boleh bertenang ya. Dengan moto lori kereta keretapi hoii bising..tu belum bebudak buat main lonceng rumah. Sakit hati je. Aku geram aku mati suis. Pastu orang datang bagi salam bertalu-talu tekan lonceng bagai tak dengo. Haha!. Bila duduk dalam estate ni rasa damai je. Walaupun situasinya lain. Hehe misalnya, aku selalu nampak kereta motor ulang alik depan rumah. 



tepek gambar cik Ain. bila dah ramai-ramai memang ko tak boleh tangkap gambar pemandangan sahajo, pantang ya hala camera ade je menyelit!. haha


happynyeee wei masa ni.. tak cukup ni ahlil grup 'perempuan hati sado'. kalau semua hado pecah bibior. ni pon dah kembang-kembang pipi bergelak sahajo. :p

Balik dari rumah Ika, aku dah lepak dah. 630 baru sampai rumah. Malam tu tido awal jugak jam 2.00 pagi cemtu. Awal la sangat. Eh kira awal ni aku tido. Salu hari-hari cuti aku tido 3 4 pagi. Sebab tengok tivi punya pasal. Miahahaha


Sabtu petang lepas zohor. Majlis si aen pulak. Aen dah pakat dengan ika untuk makeup kan die. Untung takk. Jimat kos uolz. Ika dari remis datang rumah aku dulu, then baru gerak g rumah Aen. Tak jauh pooon. Belakang rumah jekk. Selang sebaris rumah. Ibu aku beria suruh jalan kaki je. Hoii tak nak aku. Melocot ok. Panas mak ai tebako aku nanti. Dah la pahala seberapa je ni....so marilah naik kereta. Aircond belom sempat sejuk dah sampai. Hahaha. Same je jalan kaki. Eh tokleh, beg makeup ika tu kemain beso lagi nak mikul. Kikikiki


Sampai je rumah Aen terusan makeup die, pakaikan tudung bagai. Ngam-ngam siap terus sesi sarung cincin. Wahh selamat dah Aen bertunang. Aku dengan Cik Ain bff aku lagi sorang tu kemain tak percaya si Aen ni nak bertunang. Haha. Jahatkan. Bukan ape, mase sekolah dulu Aen ni memang kasorr. Kasor bebeno. Baru-baru ni je agak girlish sikit. Sorrii Aen. Haha




Ape pun, 2 hari punya story tu memang sangat indah. Lama kot kami tak jumpe. Aku sendiri jumpa Cik Ain setahun sekali. Aen lagi la...lamaaaa sangat tak jumpe. Walaupun belakang rumah je. Aen tu kerja kat Pahang. Kadang die balik aku pulak yang tak free. Lepastu kalau masing-masing free, macam malas pulak nak keluar. Ye la time cuti ni lah kita nak spent time bebeno dengan parents khen. Kesudah sepi je la. Naseb ade wasep, wechat bagai. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bilaaaa.. ingat tak cikgu jas pernah cakap. Antara aku, Aen dengan Cik Ain sape la yang kawen dulu??... so Aen one step closer, aku dengan Cik Ain walaupun pernah di kecewakan, aku akan pastikan sejarah lama tidak akan berulang. Doakan kebahagian milik kami ya!




 happiness overload!


To Ika and Aen, aku doakan kebahagian hari ini akan kekal milik kau berdua sampai ke jinjang pelamin lantas ke Jannah. We love u!


Wednesday, December 3, 2014

20 TAHUN BERSAMA.

hey hello..

kita masih lagi berada dalam mood throwback ye uolz. aku suka cerita-cerita masa lalu...kelap kelip semakin sempit... sebelum aku naik bingit...sebelum darah aku naik.. eh maapkan saya... terbawe-bawe lagu tepi sikit tepi sikit tolong tepi sikit tolong tepi sikit... eh ko jangan start boleh x!. :p


aku sayang dengan persahabatan yang dibina antara aku dengan sohabat aku ni. since 1993 - 2014 ce kira berapa lama dah cer kira cer kira. dari tabika umur 6 tahun sampai sekarang ni 26 tahun. tu diaa. 20 tahun dan masih mengira dan terus mengira ya. hari ni aku nak cerita bersama salah sorang sohabatku namanya Ain. aku tak ramai sohabat ya. dua ketul je. Ain dan Ain. dua-dua boleh name Ain. nampak tak sesuai dengan aku tu. :p


gambar harus sepia ok. barulah sesuai dengan tajuk kenangan zaman dulu kala. cewah.

aku dengan Ain boleh dikatakan berkepit ajer doplopatjam. tak cukup jumpe kat sekolah, kang petang-petang merayap rumah die lepaks kat pondok. sehinggala kami berada ditingkatan 3 tak silap aku. kami terjadi sedare. omaigad sangat. mokcik die kawen dengan sepupu ibu. ko tak rase pelik tengok muka die dimajlis kaum kerabat ku?. ha gitu kisahnya. dari sohabat boleh jadi sedare mare olz..


aku dulu pengawas. Ain pengawas perpustakaan. baju kaler biru v/s baju kaler ijo. untung kawan dok jaga library ni, boleh pulang buku sesuka hati mak engko. ade tu tak pulang sampai cukup setahun baru pulang. bayo denda pon non-pernah ya. huntung ke idok. berbeza ya dengan aku. aku pengawas garang ok. kawan ke tak kawan bff ke bf ke. ko salah tetap aku catit name ko, tetap aku warning. sebab aku berpegang pada prinsip. walaupun aku cakap aku tak tulis name engko. tapi aku tipu. aku tulis jugak. bukan korang tahu pun. dan besar-besar ni je korang baru tahu. kejam tak kak limahhhh!


kalau ade pape aktiviti sekolah, aku dengan Ain wajib join. wajib tepek muka dalam mana-mana event, rombongan sekolah, pertandingan etc. harus tepek muka ya. dalam kelas, dalam dewan, dalam bas rombongan, dan pape hal pon suka duduk paling depan. sedia maklum, aku dulu tidaklah berapa kompident. berbeza dengan Ain. die ni memang muka slamber, kompiden tahap 5. jadi bila aku selalu dengan die. aku tengok cara die, ianya menginspirasikan aku. gituw. jadi, lama kelamaan aku jadi confident nak aju soalan, nak bertanya, selalu nak kedepan je....nak bagi ucapan. tetibe nak bagi ucapan??


walaupun kami ni bff, tapi minat kami tak sama pon. tak pernah sama. dan tak pernah nak bergaduh sebab tak sama. tak pernah nak paksa diri minat kepada minat die. begitu juga sebaliknya. ade sesetengah bff kan suka baju sama, kasut sama, kelab dan persatuan pun nak sama. ni cara masing-masing la kan. tapi kami tak pun. kelab persatuan semua lain. masa sekolah, kami banyak borak pasal masa depan. umur baru 17 tapi tak zabar nak umur 20-an. nak kerja itu nak kerja ini. sekali dan besar godang ni ase rindunye zaman umur belasan tahun. siriusly i tell u!


lepas SPM. kami sama-sama masuk form6 ambil aliran sastera la ofcourse. cuma subjek pilihan masa tu. Geographic atau Sejarah. oleh sebab result aku agak bagus sikit :p maka aku terpisah kelas dengan Ain. Ain kelas 3 aku kelas 2. lagipun aku pilih subjek sejarah. Ain pulak geographic. pernah aku cuba minat geo, masuk kelas geo 2 kali je. end up aku tukar subjek. masuk kelas sejarah. nampak tak aku dari dulu sampai sekarang sukar membuat pilihan. tokleh buat pilihan. :p. seb baik lah cikgu kasi tukar tau. mau tak kasi, aku kan setiausaha kelab PERUNI (Persatuan Pra-Universiti) harusla dapat. kahkahkah.


eh aku masa form6 aktif bebeno. maklomla secretary kelab. banyak jumpe cikgu-cikgu uruskan segala macam event. pengerusi dok sedap bagi arahan. pedap tau. Ain pulak masa tu Naib Pengerusi PERUNI. memang dimana ade Ain pasti ade aku ye. bayang-banyang disitu. yang sebenornya Ain yang cadangkan nama aku dekat pengarah. wow pengarah kewww! kemainlah minah tu dok puji cara kerja aku. kihkihkih. tapi percayalah. bila orang dah letak expectation yang tinggi pada kita, kita perlu bagiii betul-betul!. sampai satu tahap PERUNI jadi nombo satu dari Sekolah. paham tak paham tak. :p mujurlah aku tak lama sekolah form 6. adelah dalam +- setahun. lepastu dapat offer kat PMM. terus angkat kaki tinggalkan cik Ain ku sayang. tapi masa tu aku tak rasa bersalah sangat sebab masih ade lagi sorang sohabat aku (Ain) bersama dengan die. tup-tup sohabat kami tu pun dapat panggilan Poli. :p tinggal Ain sengsorang abeskan form6. alololo cian.


walaupun aku jauh di Melaka, Ain lagi satu lagi jauh kat Penang. memang balik pun jarang. berjumpe pon jarang. kalau balik semester barulah boleh pergi meronggeng. lepas je abes diploma 3 tahun. masa nilah aku, Ain dan Ain sama-sama cari kerja. satu Kluang kot meronda. banyakkk sangat pengalaman kami masa cari kerja sama-sama. at last, aku jugek yang menggangur. Ain dapat kerja gomen jadi PA pengarah salah satu jabatan kat Nusajaya. aku lama---lepastu baru dapat kerja kat sini. tempat sekarang aku kerja ni. lame dah noks mak kerja sini. :p


aku tak sangka dapat membesar bersama-sama dengan sohabat aku ni. melihat die jatuh, melihat die bangun. mengharungi suka duka ini dengan penuh manis. walaupun.....hehee


aku bukan nak tayang persahabatan aku ni. cuma aku nak luahkan kat sini betapa aku sayangkan persahabatan ini. kot-kotla umur aku 60 nanti ilang ingatan. maklomla makin lama makin tua. ingatan pon tak berape nak cun, banyak makan semut inilah padahnye.

hope uolz pon sayangkan persahabatan uolz k. eh pandai je nak nasehat orang :p


k, la bai. dah panjang beno dah ni!