Wednesday, March 12, 2014

#PRAYFORMH370

hai..


hari ni dah masuk hari ke-5 misi mencari pesawat B777-200 MH370. masih lagi tiada tanda positif mengenai kehilangan pesawat ini. tajuk muka hadapan BH hari ni petanda pesawat terhempas. aku sendiri sebak tahap bergenang air mata bila baca mana-mana kenyataan baik di surat khabar, buletin utama tv3, siaran langsung di tv 1 mahupun di astro awani. aku memang sentiasa mengikuti perkembagan terkini, info-info yang sohih. setiap kali ade PC terbaru mesti aku dengar baik di tv atau di radio.



sememangnya berita kehilangan MH370 ni sangat membuntukan kepala aku, walhal ramai dah pakar-pakar dalam bidang ni turun padang beri penjelasan sampai mereka sendiri menemui jalan buntu. banyak persoalan dari segi sains sampailah spiritual habis dah di tanya namun masih lagi tiada jawapan tentang di mana sebenarnya MH370 ni???.



sejak kehilangan MH370 ni banyak spekulasi yang aku dapat baik dari grup wassap atau email. ape yang aku cuba buat bila dapat berita ni aku TAK BACA langsung!. aku memang menolak bulat-bulat barang siapa yang menyebarkan berita-berita palsu. memang aku maki habis-habis. orang yang paling bodoh ialah orang yang menyebarkan spekulasi merata-rata. bukan setakat SEBAR malah LIKE, COMMENT sekali. memang aku cop awal-awal mereka ni BODOH kuasa nam ratus. benda yang tidak sohih entah mana mereka dapat lepastu dok sebar-sebar. entah pape. sebab tu aku langsung tak bukak FB. sebab aku tahu berapa punya banyak berita-berita yang manusia bodoh ni cipta.



so, u olz, janganlahhh sesekali LIKE, COMMENT or SHARE pasal spekulasi yang aku kira sangat BODOH. sorilah bahasa aku kasar sikit. tapi aku memang tak tahan dengar spekulasi yang macam nak pijak-pijak je kepala orang yang buat spekulasi sendiri ni. macam lah dorang tu pakar sangat kan. kalau pakar sangat pergi mohon jadi tetamu undagan dekat MHI. nah keluar semua pengetahuan engko tu. sakit betul hati aku. lagi buat aku sakit hati bila orang dok share spekulasi ni. konon-konon ayat nak macam ni "betul ke??" share statement spekulasi. tak ke tu pon same bobbdoh.



adalah lebih baik kita cuma mendengar berita-berita yang datangnya dari sumber yang tepat?. which is berita terkini yang setiap 30 minit ada kat tv3. astro awani pon ade. surat khabar. radio-radio. dengar PC yang live yang bukan di tokok tambah. kan senang tu??. elak kan diri dari tergolong dari golongan yang bodoh. soorrii. tu je aku nak cakap. tolonglah pahami sensitiviti keluarga penumpang dan cabin crew MH370.



selain tu, banyakan berdoa. umat islam ni senjata paling besar adalah DOA. mohon pada Allah dengan solat hajat. tadah tangan mohon keselamatan penumpang dan cabin crew MH370 pulang dengan selamat!. dari sibuk buat spekulasi sendiri pasal agenda politik la *paling aku tak boleh terima* yang bajet macam orang pandai tapi bodoh. cuba fikir sehabis positif!. percaya dengan mereka-meraka yang sedang berhempas pulas melakukan SAR di segenap kawasan ceruk lautan. eeee banyak aku nak membebel lagi ni sebenarnya. cuma satu je nasihat aku tolong jangan jadi orang BODOH.


sekian.

#prayforMH370 #sebak





1 comment :

Norasikin said...

Ramai yg ambil kesempatan dengan isu MH370. Ada yg letak gambar kapal terbang terapung atas laut. Pas tu letak tajuk mcm misteri dah terungkai. Nak tgok video kena like ke share ke join ke dulu. Padahal semuanya sampah