Thursday, December 12, 2013

RUANG IDAMAN KELBU.

hello,


harini kita sambung ya part ruang tamu, ruang santai/istirehat dan pilihan meja makan. happy-nye nak share ruang idaman kelbu pilihan hati kononye. :p

RUANG TAMU

untuk living room atau bahagian ruang tamu aku masih lagi ingin menetapkan konsep perabut yang minimalis!. ruang tamu sudah tentu menjadi tumpuan bagi tetamu yang berkunjung ke rumah dan ofcoz menjadi pandangan pertama selepas buka pintu masuk. jadi harusla menitik beratkan ruang tamu yang tidak nampak messy yang crowded yang agak tak selesa la senang cakap.


aku tidak mengimpikan ruang tamu yang besar. sebab ruang kalu besar ni kene letak perabut. bila salah pilih perabut dah tentu ruang tu jadi macam crowded. kalau tak letak perabut pulak, nampak terlalu kosong. jadi macam mana kita nak mendeco bahagian ruang tamu yang besar tapi tak mahu sarat dengan perabut ya?



biasanya ruang tamu di gunakan time tetamu datang rumah je la. ade rumah sampai 2 3 ruang tamu kan. kalau kat rumah atok aku dulu makcik aku siap bagi nama setiap ruang tamu. ada ruang tamu theme autumn in my heart la, winter sonata la. dulu kan pemes bende-bende gini. haha jadi untuk ruang tamu aku nanti pemilihan sofa tu kalau boleh aku nak dari jenis yang macam ni. lembut dan empuk. sofa yang tidak terlalu besar. meja yang tidak terlalu besar, tapi kalau tetamu nak minum kopi kena bangun angkat sendiri la. takpe exercise sikit :p . kalau sofa macam ni boleh memuatkan 10-11 orang tetamu. ok kot?. kalau nak duduk bawah pon ok ade karpet bulu-bulu tuu. :p

 tivi pula dari jenis yang tergantung macam tu. kalau tak letak tivi pon takpe letak sejambak bunga pon dah berseri. idok la letak pokok pisang :p. yang paling penting padanan warna cat dinding dan perabut. sebab warna-warna ni mempengaruhi mood ; suasana. 


ruang tamu yang macam ni nampak lembut je kan. dari langsir ke sofa satu kaler. tapi idok bosan ke aku nanti? :x


kalau ruang tamu tak berapa nak besar. gaya macam ni pon ok dah. letak cermin besar dekat belakang sofa nampak ruang ni macam luas je. tips dekat sini, kalau ruang tamu tak cukup besar. lebih la elok pakai meja jepun macam kat atas ni. meja yang rendah menampakan ruang tu lebih relax dan tak sarat. meja untuk tivi pon jenis yang ringkas.

sofa pula dari jenis yang rendah-rendah kecik cengini. bila ada tetamu yang kena duduk bawah idok la nampak janggal. kalau sofa besar gabak tetibe ada tetamu duduk bawah macam tak kena je. yela nak letak sofa banyak-banyak ruang pulak terhad. so, langkah bijak dengan meletakan sofa yang minimalis! :)


aku ni kadang-kadang suka kalau duduk bawah je. macam jepon. hihi. aku rasa kalau duduk bawah tu macam selesa sikit kot. boleh bersila bersimpuh etc. lagi satu kalau duduk bawah ni banyak space. idok la berebut nak duduk kat sofa. 


what say u? :))


RUANG SANTAI

ruang santai dalam istilah aku ruang dimana tempat keluarga kecil bersantai berlepak-lepak. wujud pemisah antara ruang tamu dengan ruang santai. evento ruang yang ada tu kecik, aku nak jugak bahagi dua bahagian. ruang tamu dan ruang santai. wajib ade ni ruang santai. sebab kat ruang santai ni tetamu tak nampak pon apekejadah kita buat dan tetamu tak la bersuka suki duduk kat ruang santai ni. dan aku pulak idok la bersuka suki duduk kan ruang tamu tu. kira ruang tetamu adalah untuk tetamu. dan ruang santai adalah untuk diriku dan keluarga kecil ku. :p. panjang istilah aku kalah wikipedia!


ruang santai idaman kelbu sudah tentu nampak santai dan tidak penuh dengan bende-bende yang tak sepatutnya ada. nanti pening pale haku. hehee. oleh sebab kat google takde pilihan gambar yang kena dengan citarasa, maka aku gambarkan je la ek.




tapi tidak jugak. ruang santai yang aku gambarkan hanyalah satu space yang kecik sahaja. tidak la besar.
dinding ruang tersebut berwarna unggu gelap/unggu terung dan ada 3 keping frame gambar bercorak geometri berwarna kuning terang. dengan hamparan karpet berbulu dari warna unggu gelap. beberapa biji bantal empok besar dan kecik berwarna unggu dan pink. hanya ada sebijik tivi takde astro pon takpe. mungkin adalah beberapa buah buku di dalam rak meja tivi yang minimal. ni baru santai. :) kite boleh baring-baring tengok tivi. boleh makan depan tivi. boleh juga jadi sudut bermain dengan anak-anak :p etc. 


meja tivi yang minimalis.  :)


macam rasa nak ada kerusi ni sebijik la. lepastu berebut. sape dapat die punya. :p



atau ni?


MEJA MAKAN

sebenarnya meja makan idaman kelbu aku bukanlah berbentuk empat segi. aku lebih suka berbentuk bulat atau empat segi tepat. tapi bentuk empat segi juga nampak macam smart je kan.


kalau bentuk bulat tu kan firasat aku mengatakan macam senang je nak ambil lauk pauk. sebab ianya di susun secara membulat. opkos tangan tu sampai je kalau nak ambil udang yang kat depan tu ha. kalau meja berbentuk empat segi memanjang. maka lauk pauk disusun secara berbaris. lagi satu hal pulak kene buat sampai 2 hidang. bab ngambil lauk pauk ni memang aku harus titik beratkan. :p


tapi tak berdosa kalau aku nak tukar-tukar. :)





nampak macam ok la. hehee. kalau keluarga besar mari, kita bentang je saprah makan kat bawah. takpon g makan kodai. mehehehe. 

ok. tamat.

samada ruang rumah kita besar atau kecil. asal kene dengan gaya yang sesuai dan pilihan perabut betul, maka ruang tersebut menjadi ruang yang di iktiraf dunia *tetibe. pilihan dari segi perabut dan warna cat/kertas dinding adalah sangat penting juga. oleh itu marilah kita bersama-sama berangan-angan mendeco rumah idaman kelbu. ehehe.



No comments :