Showing posts with label az. Show all posts
Showing posts with label az. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

ALOVERA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING?

Hai helloo...


Sambil layan infinite challenge sambil taip entry baru. Buat mase ni aku up la story yang tengah hits kat blog aku ni untuk merancakkan lagi jumlah viewer *ambil kesempatan :p. Antara pencarian yang terpaling hits ialah TIPS MELEBATKAN BULU MATA/KENING. Boleh dikatakan hari-hari jugak orang ramai membuat pencarian tentang tips begini. Ingat aku sorang je yang ade masalah bulu kekekeke.


Last entry mengenai bulu ni, aku ade cerita kening aku dah mula bebulu dah nampak anak-anak bulu yang baru nak timbul. BUT, Tak lama lepastu bulu dah takde tambah-tambah kat hujung kening tu ha botak ahhh senang cerita. Tak tahu aku kenape. Mungkin sebab aku pakai produk-produk kulit yang boleh menjejaskan pertumbuhan bulu tersebut??


This time aku gigih balik nak buat kekdah natural je. Pakai alovera. Dulu aku pernah juga buat pakai alovera tapi tak menjadi. Now buat balik dengan harapan umur-umur cemni serasi la gamaknye hahaha.



Alovera ni aku ambil kat rumah atokwan aku. Actually atok aku yang potong hahaha. Aku mane boleh masuk kebun! :p. Balik dari rumah atokwan, ibu pulak tolong siang kan. Huntung ke tidokkk. Senang masuk dalam bekas nak guna nanti cedok sesikit. Teksture alovera ni macam yang korang tahu memang sebijik macam hing*& kenn. Hihiiii. Geli juga tapi aku seronok ah buat main bende ni liat-liat. Nak siang alovera ni ko kena hati-hati sebab licin. Aku tak berani nak buat. Tengok ibu aku buat pon aku ngeri takot tesiat tangan kang tak sedo. Lagi satu tips, kulit alovera yang hijau tu kalau boleh kasi bersih ilang terus sebab itu penyebab gatal dan miang. Lepas dah bersihkan, ko gunting-gunting je dalam bekas sampai keluar lendir die tu. Kalau pakai pisau macam susah pulak sebab licin.


Kali ni alovera aku adun sebati dengan minyak zaitun untuk sapu dekat kening dan bulu mata-bajet nak lebat agagaga. Jadi ayuh sesama kita cuba k berjaya ke tidak kali ni. Kekdah tradisional cemni ko kene try and error tak semua jadi kat kita, kadang orang lain buat mujarab time kite yang buat jadi hampagas dan sia-sia—paham aku perasaan macam ni. Maklomla aku banyakkkk dah try and error semua kekdah tradisional dan masih lagi terus terusan mencari ape lagi kekdah yang boleh digunakan atau ditambah baikkan. So korang tak payah nak memarah aku cakap tips ni kolotla poyolah hekeleh betul. Hahaha. Kecik ati aku bace komen korang. Tapi nak buat macam mana, blogger memang salu kene hantam eh tetibe luah perasaan. ekekekekee


Selamat mencube! Baiii..



Wednesday, March 16, 2016

WORDLESS.

Hai haluu..

Herghh nak update dari sehari ke sehari. Tapi idok jugak menyempat. Alhamdulillah aku dah selamat bayar yuran untuk sem ni. rasa macam lamanya cuti sem kali ni. membuak-buak rasa hati nak masuk kelas secepat mungkin kahkahkahkah over sangat ni.


Insyallah tak akhir bulan ni, bulan depan aku akan hantar surat resign. Yippi korang kene doakan aku ye. Aku dah nekad. dapat kerja ke tak dapat kerja ke aku nak benti jugak. I is stress hadap boss macam tu. Semoga boss aku tu diberi hidayah sebelum tutup mata. Tetiap hari asal naik opis je mesti hati aku macam tak redo jek. Cuba jugakla nak redo tapi berat je. cuba jugak nak positif dengan cara berbeza-beza tapi tetap jugak menyampah dengan boss aku tu kahkahkah. nak buat macam mana boss is always right kan. Walaupon bos kau takla sebijak mana, bijak lagi kambeng; kau tokleh bersuara dengan die. Sebab die kata kambeng tu makan pizza jadi kau kene percaya bahawa kambeng tu makan pizza bukan donat. Eh melewey sangat ni. dahla taknak cerita bebanyak pasal orang yang kita tak suka nanti kene badi. Kekekeke.



Yang penting nak start new semester dengan penuh keyakinan dan keceriaan! 

Thursday, February 11, 2016

CUTI PERGI MANA UOLS.

hai...


Cuti raya cina 2 hari je. Isnin dengan selasa. Busuk pun sabtu ahad dah memang cuti maka 4 hari la total cuti. Cuti tu kami sekeluarga pergi mandi manda kat air papan, mersing. Tipuuuu la mandi. Dua hari sebelum pergi tu, dapat wasep viral cakap air pasang besar. aku pun hekeleh kan aje. Sekali sampai je laut serius ombak besar macam ape. Musnah harapan nak berbikini tepi pantai. Air laut pulak coklat kotor yang amat. Nasib baik aku tak book chalet kalau tak mesti menyesal. Yang sebenarnya planning asal nak pergi tanjung leman. Lepastu aku rasa malas pulak nak hadap jem kat kota tinggi tu. Situ kalau jem boleh tahan nak mengamuk. Hahaha. Ok ceritanya pergi air papan je. Malam sebelum pergi tu ibu siap merendang daging, rebus nasi impit, rebus telo. Sebijik macam nak raya haji ko. Sambung pulak pagi sebelum subuh goreng ayam berempah, masak nasi lemak. Gigih tak kak lijah kau ni. hahaha. Aku la yang sebok sangat nak picnic macam zaman kecik-kecik dulu, abah rajenn gilos bawak kami adik badik pergi mandi pantai. Cakap je pantai mana belom pergi dalam Joho ni. air terjun pon sama. Dari tempat tu buruk hina, sekarang dah jadi resort megah. Dah tetua ni tetibe je tingin nak bekelah macam dulu-dulu balik. Tu yang gigih gila masak. Terbayang aku cemana ibu masak sesorang  dulu. dahla aku ni kuat melantak.. Tskk



Pergi mersing tu balik hari je. Dulu pernah tido kat chalet situ. Best, pagi-pagi lepas subuh jalan kat batu-batu sebelum air naik.



Kali ni pergi air pasang, kami jejanlan je la tepi laut lepastu beraksi panas ahh pe lagi. kekekeke. OOTD aku pun boleh tahan diva  memang tema tepi laut sangat hahaha. Malas aku letak sini nanti kene kecam. Muahahaha. Balik dari air papan tu, singgah la beli keropok lekor. Rasa macam derhaka kalau tak beli kopok lekor kalau dah sampai mersing ni haha. Singgah sampai 2 kedai. Kedai petama abah borong ikan kering dengan keropok lekor sampai RM80+. Kedai kedua ni best sikit wajeb singgah sini. HJ puteh. Femes amos ni kopok lekor die pon sedap gila. Tak expired. Kedai petama tu keropok die dah expired ok. Sambil aku nguyah tu dok bebel cakap bau tengik. Sekali adik aku cek date dah expired. Kongasam betul.

Ambil gambar kat google. Aku tak dan nak ambil gamba. Dah ku bilang cuti-cuti tak pegang phone. Kekeke


Wajeb singgah kedai ni. kakak aku pon repeat beli kat sini. keropok lekor die memang sedap gila. Dorang pon ade jual yang dah goreng panas-panas makan memang tak hengat. Kat kedai Hj puteh ni pun apak aku borong lagi RM 70+. Haha. Aku pon ambil la kesempatan beli dodol durian. Amboi sedap nyee. Nyesal tak beli banyak-banyak.

 

balik dari mersing, tak terus menuju ke rumah, singgah dataran kluang. kat situ memacam game ade, dari roller blade sampai ke Hoverboard yang latest yang penting banyak gak minatang yang aku dah pernah jumpe hahaha. sejam ade yang RM5 ade yang boleh main sampai lebam. aku tak main pape. duduk je. bukanla tak geti cuma kalau aku tunjuk semua power nanti orang lain rasa tergugat muahahaha. lama gak lepak kat dataran tu melayankan kehendak adik-adik aku nak main kasut rode tu tak paham aku ape yang best beno. zaman aku dulu main baling selipo, main getah jek. hahaha.



Sepanjang aku cuti tu aku memang offline data ye mahapla sapa yang cari. Sekali bukak nah emel bertalu masuk semua tanya pasal PJJ. Aku syak korang ni nebes la nak masuk kelas bulan Mac nanti kan. Ke korang dah plan nak emel aku serentak ke cane. Ayat tu lebih kurang je. Soalan pon acah-acah copy paste je. Tolongla jangan cakap aku terkene hidden camera. Kekeke. Insyallah aku akan reply. Tadi baru reply sebahagian. Cuma ade beberapa soalan tu aku macam taknak jawab sebab aku rasa aku dah cerita dah banyak kali kat blog aku ni. ni mesti sepsis malas nak geledah blog aku ni ann. So tunggula mood aku baik, aku gigihkan juga jawab. Tehehehe. Tapi aku rasa tak pernah tak jawab soalan reader aku. Semua aku jawab. Even Cuma nak tanya umur aku berapa. Tu pun aku reply tau. Tapi aku reply la “kau sebok kenapa”/ “kau nak kawen dengan aku ke”. Getew. 



Kadang-kadang aku rasa macam tak reti nak jawab soalan. Ade sorang ni tak ingat nama die, die orang petama la emel aku share experience masa aku kat shah alam dulu. Lepastu die banyak tanya soalan aneh-aneh hahaha. Aku rasa macam tak reti nak jawab sebenanye. Ko tau aku buat cane?. Aku ceritaaa je panjang lebar dari mula aku terniat nak cont study sampai makan enam perenggan. Tak tahu aku merepek ape. Tapi die paham. Sungguh-sungguh ucap terima kasih sebab bantu die. Walaupun aku rasa idokla macam membantu sangat. Lega sebab dapat menjawab soalan die. Haha, Now die dah nak masuk sem 3. Selamat pun. Die gigih juga dari penang ke shah alam. Sekarang aku dah retila jawab soalan. Even soalan ulang-ulang, aku sudi je jawab memang aku dilahirkan untuk menjawab soalan korang cuma cepat atau lambat je aku reply hehehee



perenggan terakhir ni aku tepek la gamba aksi panas di tepi pantai. kakakaka

baii










Friday, November 28, 2014

PONTENG KELAS.


haiii...mood tengah baik ni. :))

entry ini ditaip pada jam 4:02PM. sajer nak nyembang. agak boleh tahan lama tak update. bulan ni aku terlalu sibuk. percayalah PM pon tak sesibuk aku. tolonglah percaya.

sebenarnya aku nak gtau yang aku bangga kerana akan ponteng kelas sabtu dan ahad ni. gila pompuan ni khen. tapi aku rasa sepanjang aku sekolah lepastu masuk poli. ni kali pertama aku ponteng kelas. nampak tak dulu aku student yang amat bagus!

aku memang dah sedia maklum kelas FAR hari sabtu batal. alang-alang satu kelas batal. ape kate kita batalkan je semua kelas-kelas-kelas-kelas yang ada. ha kan mudah cara tu?

amboi kemain azi kan. baru sem 1 dah besar kepala. lempor je muka die dengan selipor baru sedar diri -kata jessica snsd

aku bukan sajer-sajer nak ponteng. adelah dalam 3% sajerr nak ponteng bakinya 97% tu memang terpaksa ponteng. mihmihmihmih. aku nak ponteng kelas ni pun aku merujuk kepada orang-orang hebat dulu. 


nampak tak makcik-makcik aku faham situasi aku tu. mendapat sokongan mereka pun dah cukup. eh dah macam ponteng kelas ni satu bende yang mulia pulak! :p

ya, benar. ibuku sakit. lagian aku juga enggak sihat kok. dah kenapa intonasi nya harus indon. ni la makcik-makcik ku sayang...sayang dorang angat tau. kepala bigo!


walaupun kerja sekolah banyak hazab. aku list kan je dulu. bia die bederet-deret. TT__TT. duduk molek kat situ diam-diam.


ye...ye.ye aku sedar kerja sekolah tu banyak. tapi makan tetap makan. :p. sebenarnya aku nak cakap kat sini, merujuk kepada gambar di atas. si atiqa tu kurus kecik gils ok makan banyak mana pun still kurus kering. si tiqa ni memang makan banyakkk kau bela antu raya ke hape. haha habes ok die makan! licin!. aku cuma makan sushi 3 pinggan jek. amboi cakap pinggan tu dah macam membayangkan pinggan saiz dulang rumah pulak kan. ala piring kecik sushi tu la. cuma 3 ketul je aku makan. plus aiskrim plus air. bruppp tu je pun dah kenyang sangat-sangat. tu pun aku rase macam berat dan naik 100kilo!. 

nampak tak permainan die tu.