Thursday, February 11, 2016

CUTI PERGI MANA UOLS.

hai...


Cuti raya cina 2 hari je. Isnin dengan selasa. Busuk pun sabtu ahad dah memang cuti maka 4 hari la total cuti. Cuti tu kami sekeluarga pergi mandi manda kat air papan, mersing. Tipuuuu la mandi. Dua hari sebelum pergi tu, dapat wasep viral cakap air pasang besar. aku pun hekeleh kan aje. Sekali sampai je laut serius ombak besar macam ape. Musnah harapan nak berbikini tepi pantai. Air laut pulak coklat kotor yang amat. Nasib baik aku tak book chalet kalau tak mesti menyesal. Yang sebenarnya planning asal nak pergi tanjung leman. Lepastu aku rasa malas pulak nak hadap jem kat kota tinggi tu. Situ kalau jem boleh tahan nak mengamuk. Hahaha. Ok ceritanya pergi air papan je. Malam sebelum pergi tu ibu siap merendang daging, rebus nasi impit, rebus telo. Sebijik macam nak raya haji ko. Sambung pulak pagi sebelum subuh goreng ayam berempah, masak nasi lemak. Gigih tak kak lijah kau ni. hahaha. Aku la yang sebok sangat nak picnic macam zaman kecik-kecik dulu, abah rajenn gilos bawak kami adik badik pergi mandi pantai. Cakap je pantai mana belom pergi dalam Joho ni. air terjun pon sama. Dari tempat tu buruk hina, sekarang dah jadi resort megah. Dah tetua ni tetibe je tingin nak bekelah macam dulu-dulu balik. Tu yang gigih gila masak. Terbayang aku cemana ibu masak sesorang  dulu. dahla aku ni kuat melantak.. Tskk



Pergi mersing tu balik hari je. Dulu pernah tido kat chalet situ. Best, pagi-pagi lepas subuh jalan kat batu-batu sebelum air naik.



Kali ni pergi air pasang, kami jejanlan je la tepi laut lepastu beraksi panas ahh pe lagi. kekekeke. OOTD aku pun boleh tahan diva  memang tema tepi laut sangat hahaha. Malas aku letak sini nanti kene kecam. Muahahaha. Balik dari air papan tu, singgah la beli keropok lekor. Rasa macam derhaka kalau tak beli kopok lekor kalau dah sampai mersing ni haha. Singgah sampai 2 kedai. Kedai petama abah borong ikan kering dengan keropok lekor sampai RM80+. Kedai kedua ni best sikit wajeb singgah sini. HJ puteh. Femes amos ni kopok lekor die pon sedap gila. Tak expired. Kedai petama tu keropok die dah expired ok. Sambil aku nguyah tu dok bebel cakap bau tengik. Sekali adik aku cek date dah expired. Kongasam betul.

Ambil gambar kat google. Aku tak dan nak ambil gamba. Dah ku bilang cuti-cuti tak pegang phone. Kekeke


Wajeb singgah kedai ni. kakak aku pon repeat beli kat sini. keropok lekor die memang sedap gila. Dorang pon ade jual yang dah goreng panas-panas makan memang tak hengat. Kat kedai Hj puteh ni pun apak aku borong lagi RM 70+. Haha. Aku pon ambil la kesempatan beli dodol durian. Amboi sedap nyee. Nyesal tak beli banyak-banyak.

 

balik dari mersing, tak terus menuju ke rumah, singgah dataran kluang. kat situ memacam game ade, dari roller blade sampai ke Hoverboard yang latest yang penting banyak gak minatang yang aku dah pernah jumpe hahaha. sejam ade yang RM5 ade yang boleh main sampai lebam. aku tak main pape. duduk je. bukanla tak geti cuma kalau aku tunjuk semua power nanti orang lain rasa tergugat muahahaha. lama gak lepak kat dataran tu melayankan kehendak adik-adik aku nak main kasut rode tu tak paham aku ape yang best beno. zaman aku dulu main baling selipo, main getah jek. hahaha.



Sepanjang aku cuti tu aku memang offline data ye mahapla sapa yang cari. Sekali bukak nah emel bertalu masuk semua tanya pasal PJJ. Aku syak korang ni nebes la nak masuk kelas bulan Mac nanti kan. Ke korang dah plan nak emel aku serentak ke cane. Ayat tu lebih kurang je. Soalan pon acah-acah copy paste je. Tolongla jangan cakap aku terkene hidden camera. Kekeke. Insyallah aku akan reply. Tadi baru reply sebahagian. Cuma ade beberapa soalan tu aku macam taknak jawab sebab aku rasa aku dah cerita dah banyak kali kat blog aku ni. ni mesti sepsis malas nak geledah blog aku ni ann. So tunggula mood aku baik, aku gigihkan juga jawab. Tehehehe. Tapi aku rasa tak pernah tak jawab soalan reader aku. Semua aku jawab. Even Cuma nak tanya umur aku berapa. Tu pun aku reply tau. Tapi aku reply la “kau sebok kenapa”/ “kau nak kawen dengan aku ke”. Getew. 



Kadang-kadang aku rasa macam tak reti nak jawab soalan. Ade sorang ni tak ingat nama die, die orang petama la emel aku share experience masa aku kat shah alam dulu. Lepastu die banyak tanya soalan aneh-aneh hahaha. Aku rasa macam tak reti nak jawab sebenanye. Ko tau aku buat cane?. Aku ceritaaa je panjang lebar dari mula aku terniat nak cont study sampai makan enam perenggan. Tak tahu aku merepek ape. Tapi die paham. Sungguh-sungguh ucap terima kasih sebab bantu die. Walaupun aku rasa idokla macam membantu sangat. Lega sebab dapat menjawab soalan die. Haha, Now die dah nak masuk sem 3. Selamat pun. Die gigih juga dari penang ke shah alam. Sekarang aku dah retila jawab soalan. Even soalan ulang-ulang, aku sudi je jawab memang aku dilahirkan untuk menjawab soalan korang cuma cepat atau lambat je aku reply hehehee



perenggan terakhir ni aku tepek la gamba aksi panas di tepi pantai. kakakaka

baii










1 comment :

Mekja said...

Hahaha. Terima kasih lyn kami yg byk tanya ni. :))

Sedapnya kopok lekor, fav ni.....