Showing posts with label lipstick untuk wanita berumur. Show all posts
Showing posts with label lipstick untuk wanita berumur. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

DEMAM GINCHUU~

hai hello...


semalam pergi watson 5 minit je dapat 3 gincu best!. sebab dah janji takmo lelama bediri depan silky girl tu. macam yang korang tahu (sape je la yang tahu :p) aku kan peminat tegar silky girl. suke gila dengan lipstik die tak pernah mengecewakan. tambah-tambah sekarang ni aku memang tengah demam matte. hehehe



tu die dua batang lipstik silky girl matte yang baru je aku beli. still baru air cond watson bahahaha. oke sebatang lagi tu cap maybelline. tah nape aku beli. sebeno aku tak bekenan dengan maybelline ni. tu nanti aku cerita. hehee. oke beli tiga lipstik dapat sebotol mandian scrub dengan harga potong 30%. harusss la hambek. perisa stoberi memang kena sangat dengan hidung aku. belum lagi pakai. scrub ni aku suka pakai time tension. kalau tensio je sental badan. asal sental badan je mesti tengah tension. haha. orang pompuan sebulan sekali mesti datang angin die tu. pepaham je la. :p




03 SG Matte Flame
tak tahula kenapa aku lately ni suka sangat gincu kaler oren-oren gituw. hahaha mesti yun nyampah ni kalau tau. aku ade 3 bijik gincu warna oren-oren cemtu. sebijik aku beli dengan yun cap 3CE bukan matte, tapi creamy ke ape mana nya. lupe aku. sebijik lagi SG gak code poppy. tu pon best ya robb suke sangat. yang kali ni aku beli matte flame. mak aii terus jatuh cinta. cantikkk warna bibior kpop sangat kakakaa


07 SG Matte Classy
lame cari warna-warna nude je. sesuai dengan aku warna ni. natural bibir sangat. tak pink dan tak coklat tak jugak maroon. aku syak kaler ni sesuai dengan semua muka. bagi yang suka nampak natural lips. memang sesuai sangat warna ni. mak aku pon pinjam aku tau!.


M301 Barely Nude
yang ni soft sikit dari warna classy. kalau tengok dari jauh macam sama je warna die. tapi tak ye. die pucat sikit la dari classy. aku ni bukan peminat tegar maybelline. tapi ade la dua ketul lipstik mabelline. tapi amatlah jarang sangat digunapakai. sebab mabelline ni yang aku tak bekenan bau die. bila pakai kat bibir tu kan sampai ke hidung kuat bau yang aku tak berkenan. bau cemana?. bau cam pelik sket ahh aku tak tahu nak explain cemana. ke aku sorang je yang berperasaan begitu?? barely nude ni sejenis matte. aku sangkakan takde la bau-bau ke ape kan macam sebelum ni. lenni same gak even matte pon!. kecewanya. tadi try pakai. pastu aku sarap lontong terus lontong aku rasa tak sedap. puncanya dari gincu tu la. ewahh mandai je aku kan. haha. tapi ye la benerrr. macam aku cakap tadi. mungkin aku sorang je yang berpendapat begitu. sila jangan kecam hahaha.


 macam mana pun silky girl tetap idaman kalbu!!




Wednesday, February 17, 2016

WARNA LIPSTICK YANG SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR.

salam and haii..


Harini mari berborak mengenai lipstick. Aku antara berjuta rakyat Malaysia yang menggemari lipstick. Kalau keluar rumah tak pakai lipstick rasa kurang confident nak bercakap dengan orang. Rasa macam muka buruk beno. Cemtu sekali.


Zaman sekolah dulu memang bangga bawak lip balm kehulu kehilir, lepas solat kat surau sekolah wajeb ni keluarkan lip balm sesambil nak tunjuk kat geng lain yang kami ni geng bibir basah. Bhahaha keji pangai zaman sekolah ye.


Bila dah bekerja dan berkerjaya lagi menginjak dewasa ni baru berani nak pakai lipstick yang berwarna merah, pink, nude etc. Tapi belum lagi tahap tergamak nak pakai lipstick kaler purple. Rasa macam bedosa dengan diri sendiri sebab bukan kategori fashionista kang kene nista dengan orang sekeliling ade yang kene pulau keluarga aku nanti.




Ni antara lipstick fav aku. Selalu pakai. Tak payah guna ‘antara’ kat situ hakikatnya memang ade 3 bijik ni je ha. Mungkin sebab aku bukan jenis kalau Nampak lipstick terus meroyan nak beli atau mungkin aku bukan jenis wajeb beli tetiap bulan selepas dapat gaji. Aku mengaku dalam kumpulan wanita yang berinovasi. Beli 3 jenis kaler lepastu kite mix and match kan, tambah blusher tambah eye shadow letak sedikit foundation haaaa tak ke jadi warna-warna baru. Aku pun baru dapat idea ni sesaat yang lepas. Boleh tahan bernas otak aku ni muaahaha. Lepasni kite sesame cuba k!. Jimat dan menjimat kan dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni. Aku merasa zaman kaya raya masa jadi full time student jek. Kaya raya dengan PTPTN, takde kelas je merayap g Melaka Parade sane, soping kasut soping baju macam hari-hari hari gaji. Kalah pak menteri olz. Zaman sekarang aku tak tahula, katanya student pun tak cukup makan. Yeke? adik aku tak minjam PTPTN jadi die kene mengemis dengan femly. Kejii ayat mengemis tu. Dulu masa belajar boleh dikatakan hehariiii makan kfc, mcd tu je nak diulang-ulang. Tetengah malam kalau tekak tingin nak kfc laju je kaki sewa kereta pergi jasin semataaa sangat!. Sekarang dah kerja baru tahu susahnya nak keluarkan duit sendiri kan. Kalau tingin kfc tetengah malam terus solat tobat. Muhaahaa. Ok dah melalut. Aku kalau melalut boleh tahan panjang lebar.



Berbalik cerita lipstick. Wanita ni bila dah menginjak ke usia semakin emas dan menawan (ayat sedap) tak lagi gemar pakai makeup yang dasyat-dasyat mereka memilih untuk solek nipis. Macam aku ni takla dalam kumpulan emas. Tapi dah hampir mencecah 30 suka solek nipis je. Lepastu kalau boleh bab lipstick tu yang paling ditekankan. Jadi warna lipstick apa yang Nampak  natural untuk wanita berumur?. Mungkin kita boleh suggestkan ibu ke makcik-makcik kita. Macam aku sendiri, risau tengok ibu tak pakai lipstick. Ibu kate leceh dan tak kena. Sapa kata wanita berusia tak layak pakai lipstick. Wanita berusia ramai kot yang bekerja. Lets tengok warna lipstick natural yang sesuai untuk mereka!







Beige / Natural
Coklat cair atau beige antara pilihan favourite ramai wanita berumur yang bekerjaya.  Sangat-sangat sesuai dipakai untuk ke pejabat nampak classy, confident bila bertemu client.





Light Peach matte
Lipstick sejenis matte sekarang memang tengah in. Aku sendiri menggunakannya. Seronok sebab  warna tahan sampai petang even malam pon. Warna light peach matte misalnya, memang nampak natural dan ceria abes sebab matte ni nampak bibir kita soft dan suci tanpa dosa. Getew.






Pink matte
Kalau  nak nampak lebih natural warna bibir, dicadangkan menggunakan warna pink matte. Selain nampak lembut bila dipandang pun takla suram je. Adela semangat sikit bila dipandang. Hehee







Light Red + Purple
Warna ni bagi aku sesuai untuk pergi dinner dengan kawan-kawan atau dengan keluarga. Nampak elegan dan keterlaluan sangat warnanya. Dipadankan dengan pakaian dari rona hitam sudah tentu menarik lagi tertarik! Dah tentu suami semakin sayang. Tetibe.

Pengenaan lipstick yang sesuai dengan usia sering kali mudah mencuri pandangan orang sekeliling. Sesetengah wanita suka ber experimentasi dengan makeup.

Bagi aku dengan secalit lipstick mampu menaikan seri wajah bagi menampakan imej yang confident, ceria dan bahagia. Ingat bukan sahaja bibir kene Nampak lawa. Mulut pun kena wangi. Baru boleh join group pompuan mulut cantek. Kekeke.

Ok korang berjumpa lagi di lain topic!!