Monday, August 19, 2013

RENTETAN RAYA 2013

hai.... turn on mood raya!!! mehehe


macam mana kita perasaan cepatnya ramadhan berlalu, begitulah jugak dengan syawal. begitu pantas. beraya-raya-raya sakan sehingga tak terlayan dek noti yang membuak-buak. semua ni gare-gare raya yang tak sudah. insaf azi insaf~ uhuuu


hari ni dah doplas syawal. baru nak cerita pasal Raya. dek kerana persiapan raya yang banyak sangat tergendala. dengan  rumah, dengan baju segala. semua tak sempat nak siap. sebab mood raya di bulan ramadhan still off. ayoyoo



bile dah masuk syawal. mula lah gelabah. sampai pergi beraya hari-hari sebab rumah belum bersedia menerima tetamu. haha



sehingga kan ber-shoping raya semasa beraya. baru la sibuk nak beli karpet bai...si bai yang tonjang kau tengok pon mendongak sampai lenguh tengkuk. ni kalau buat laki ni bawah2 pinggang die je kot. hahaaa


beraya di Batu Pahat, Johor memang satu kesoronokan bagi aku. sebab sedare mara kaum kerabat ibu aku memang berlambak-lambakan di Batu Pahat. cakap aje Parit ape. beraya belah abah pon seronok jugak. ayah pon asal Ulu Tiram. jadi dari Ulu Tiram sampai la ke Kota Tinggi memang tak cukup 2 hari bejalan! hoii..


Candy ni zaman aku budak-budak tersangat la pames. sehinggakan gigi depan ku rongak gara-gara terlalu banyak makan bende alah ni. cuma zaman moden ni, bentuk pon opkos moden. bile aku nampak terus cakap.

"EHHH bentuk die macam SHARK!!"


lepastu abah pulak nyampuk


"CICAK laaaa!! haaaha"

membanyangkan cicak lembek-lembek gitu, terus je aku kansel nak makan. lepas sepluh minit ade la dalam 5 ke 6 ekor aku makan. napsu memberontak mase tu. jadi, persetankan cicak yang menggeletek dalam tekak. hahaa


yang paling best beraya kat rumah ayah angkat adik aku (gambar atas). merangkap sepupu bapak aku. best! sebab dapat makan doyan berkoyan-koyan. durian tembaga aku bedal sampai 2 bijik. bahahaaaaa sebab pakcik aku kate "dont worry, lepasni kite minum air cucian".


air cucian??? air cacian??? 



la ni ke air cucian yang di maksudkan.......sedap air ni, warne hijo lagi pulak tu. mase pakcik aku dok explain pasal air ni, aku tak pokus langsung sebab sibuk membancuh dan melahap sampai 2 cawan. kau memang gila azi. hahaaaaaaaaaaaaaa next time aku review pasal produk ni ok. janji ni janjiii :p



aku mungkin manusia separuh pelik perangainya. sebelum ni aku ade story pasal beli kasut 2 bijik kat summit sebab dapat diskaun birthday 50%-each. beli wadges dan satu flat. kesudah aku tak pakai langsung 2 kasut tu. ade lagi dalam kotak. lepastu yang aku sarung kasut 'kintang-kintung' ni. sebab kalau jalan 'jambul' depan tu bergolek-golek. mase nampak kasut ni setahun yang lepas sangat la unik. lagi pulak beli 1 dapat free lagi 1. kau gila tak nak?. meheheeeeeee. *kasut setahun yang lepas baru di pakai tahun ni..apekejadahnyela


aku rasa ni je la yang menarik hati i olz untuk di ceritakan. minggu ni beraya sakan lagi. kali ni dengan ex-school mate SKPL'00 , SMKLL'05 dan SMKDHHY'06. insyallah kalau jadi. sebab dah tertunda selama seminggu gamaknye :p. beraya-beraya jugak. pose 6 tu jangan di lupakann :)


ok, baik. last gambar sebelum menutup tirai..


selamat hari raya dari aku yang batak sebab da tengok Adnan Sempit 3 yang super lawak nak tuttt.... 10 bintang tolak 3. mehehee.



baii~


1 comment :

ezy.fia said...

adnan sempit 3 mmg bestttt! puas ati tgk..
hehee..

slmt ari raye ke 12!!