Tuesday, August 6, 2013

FLASH BACK RAYA 2

hai..kehangatan raya tu dah terasa ke belom?


hari ni selasa ok. aku masih kerja. boss kate rabu dah tutup opis sebab khamis raya. tapi aku belum lagi nak balik kampung hari rabu tu. :p sebab kuih raya cust tak siap lagi. wakakakaaa.

sahur tadi aku kelewatan lagi. kali ni betul-betul tak sedar diri. roomate dah balik kampung berayo. hosmet pulak dah kejut banyak kali tak sedo diri jugak. tuptup tersentak jam 05.25 pagi!. bangun je terus cari periuk! kes?? mengigau! big claps for azi!


kali ni, aku nak share satu bende baik. hehe memandangkan tadi sesampai opis aku terus on FB. nampak la noti yang best untuk di jadikan contoh dah tauladan untuk rakyat mesia ni. poyo sangat statment kau azi~



ini adalah kenyataan yang benar lagi terharu. cikgu Siti Hajar ni dulu ngajar kelas aku add maths mase aku tingkatan 4-5. setat cikgu Hajar ni mengajar kat kelas kami. aku and the gang opkos la suka. sebab kan. cikgu Hajar akan bagi soalan banyak kat papan hitam, then cikgu Hajar jugak yang jawab soalan-soalan tu. haha. aku bukan lah dalam kategori student cemerlang add maths. cumanya kami suka cara cikgu Hajar ni mengajar. seronok gila! cannt describe etc etc.

so, setat dari tahun 2004 sehingga 2012 tahun lepas. aku and the gang memang tak pernah lepas la datang rumah cikgu Hajar. tahun ni jugak tak terkecuali. pejam celik dah hampir 10 tahun. hoii lame dah rupenya. bila di kenang kembali........

2004-2005 - mase ni rumah cikgu belum renovate lagi. jadi biasa aje. kiteorang datang rumah cikgu naik bus! lepastu bus bukan nak hantar sampai depan rumah. so, kami ni menapak dari bustan sampai la naik bukit tinggi-lalu balai bomba-lalu sekolah tamil-hoii dulu lalang tinggi-tinggi. dah la haku mase tu pakai baju kurung warne maroon, bunge setepek-setepek. siap sandel kaler pink beli kat katalog rorine *mase ni memang pames si rorine ni!. cikgu mase tu masak nasi ayam. Ya Allah sedap gile nak mamti. sedap tau ni tak tipu punye!


2006-2009 - mase ni rumah cikgu dah jadi banglo yang tersangat indah, besar lawa, siap ade pondok rehat. pintu masuk pon banyak. dapur die mak aiiiiiiiii kapal terbang pon boleh landing. mase ni happy la sebab pergi rumah cikgu dah start bawak kereta. meheheeee. tiap kali datang rumah cikgu mesti cikgu masak punya. kaw-kaw tahu!


2010-2012 - masa ini baru grad. gang pon ramai dah kawen+bertunang+dalam pantang pon ade. tapi kami walaupun hanya tinggal berdua (aku dan ain) masih lagi meneruskan tradisi beraya rumah cikgu Hajar. walau onak ranjau duri ku tempuh jua. kehkehkeh. kami dengan cikgu Hajar dah macam kakak dengan adik. dulu kat skolah kemain takut lagi kau! oleh kerana peredaran zaman seiring dengan pembawakan usia, dah tentulah hubungan tu sedikit demi sedikit menjadi akrab. hormat pada cikgu tu masih menebal lagi. yang aku ingat cikgu Hajar pernah masak soto, spegoti pon ade etc etc. tiap tahun kalau beraya, mesti ajak kawan-kawan kelas yang lain. sampai cikgu Hajar cakap "awak bedua kalau datang beraya mesti ade bawak muka-muka baru". lepastu cikgu susah nak ingat. yela 9 tahun punye muka. lain la macam kami ni tiap tahun mentepekk jee. mehheeeee


bile cikgu beri pengiktirafan bahawa aku and gang berada di kelas pertama. dah tentu sangat bangga. sebab beraya rumah cikgu tiap tahun. bukan berjaya dalam add maths pooonnn. cikgu Hajar kata aku and gang adalah student paling lama since 2004/2005 datang beraya rumah cikgu. siap cakap gini "kalau awak kawen saya WAJIB datang". alololoo terharu.



so, guys kita jangan lupa jasa cikgu yang pernah mendidik kita. cikgu/guru lah yang menjadi pendidik pertama dalam kita mengenal A B C, 1 2 3 etc. kalau jumpe cikgu kat mana-mana tu rajin-rajin menegur. jangan ingat cikgu tak kenal kita tau! cikgu ni walau lupa nama kita sekali pun, tapi die tetap ingat muka kita ni. kadang-kadang kita rasa, kita ni tak terkenal pon kat sekolah. cuma berbekal kan ingatan kita pada cikgu, tak menyombong kalau jumpa kat kedai mamak, paso malam, bazar karat :p


terima kasih atas 9 tahun cerita raya yang indah. terima kasih kerana meletakkan kami di sudut yang paling tinggi antara student cikgu yang lain :)


TAHNIAH AZI! tahniahhh! sobs-sobs~



*aku sebenarnya nak tepek sekeping gambar raya tahun lepas bersama cikgu Hajar. tapi pening pale aku tengok lambakan folder gambar dalam HD aku ni. lepastu tah gambar ape-ape je aku jumpe. insyallah kalau panjang umur tahun ni punya gambar aku tepek. heheee


ok, darr~




No comments :