Monday, August 12, 2013

RASA TENANG SIKIT KAN...



aku perlu tipu diri sendiri. konon-konon takda masalah, takda risiko, takda perkara yang tidak menyenangkan walhal hakikat sebenar hati meronta-ronta untuk menjerit, meraung pasal satu perasaan yang aneh!. perasaan aneh yang terlalu sulit.


dek kerana perasaan yang jangkal, aku mengadu pada seorang 'tua'. melampias segala rasa yang tak tertahan-tahan. perit dan sesak. aku puas! belum lagi di kira tewas dengan perasaan sendiri. bermakna jalan aku masih lagi luas.


menyembunyikan satu perasaan aneh memang TERsangat menyeksakan. umpamanya kau menyimbah air batu ke muka sendiri. kau tahu apa itu perasaan aneh?. satu perasaan yang entah datang dari alam mana, entah bila munculnya. sekejap kau mengia, sekejap kau menidak. menafikan. memberontak dalam. mencuba membuang segala rasa aneh yang semakin pekat. 


duhai tuhan, apakah ini satu ujian-Mu?

No comments :