Saturday, August 3, 2013

BERITA ANEH YANG TERIK

salam sabetu yang terik.

sari berita aneh di bulan ramadhon.


  • TERTIDUR MASA BERBUKA
  • TAK SEDAR DIRI BILA BERSAHUR
  • PERSAINGAN DALAM MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA

kejadian tertidur sementara menunggu masa berbuka, bukan lagi perkara pelik atau janggal yang berlaku di kediaman rumah sewa. dek kerana semua telah terpengaruh dengan kelenaan aku dibuai mimpi indah, semua penghuni rumah sewa turut sama merelakan diri dibuai mimpi indah sehingga jam hampir ke 8.00 malam. kalau aku tak sedar, alamat semua bakal berbuka masa bersahur. eh?. keasyikkan tidur sesudah aktiviti memasak bakal berakhir minggu hadapan. sama-sama kita doakan. bukan tidur tapi tertidur, bahasa lain terlelap. jadi satu rumah lah terlelap ceritanya.


dek kerana di pengakhiran ramadhan, ramai yang ambil inisiatif untuk mencari malam lailatul qadar. sementelah bangkit dari tidur jam 03.30 pagi, ade pulak yang tertidur sesudah solat sunat. dek kerana hal tertidur sesudah bangun. maka, semua bangkit pada minit-minit terakhir imsak. masing-masing TAK boleh bukak mata. inilah padah yang harus di tadah. nah kau air kosong dan kurma. alhamdulillah~


keenakkan dan kelazatan maksimum masakan hosmet (su) telah membangkitkan selera makan satu rumah yang mana sebelum ini semua memberontak untuk tidak makan dan makan. kerana terlalu bosan untuk makan. 



menu kampung jugak yang mampu menambat hati i olzz... alhamdulillah~


dek kerana rasa tercabar dengan kepakaran hosmet, maka aku pun turut sama menunjukkan skill pada keesokan harinya. mehheehee




sayur buncisan setengah inci bersama cendawan carik dan tempe goreng potong dadu berlada stoberi merah. punya panjang nama menu aku. mampu?. resepi yang di hantam sejurus selepas nampak cendawan. lemak ikan campur kentang yang owsem lagi meletop sehingga penghuni rumah sewa yang lain tak mampu menilai masakan sape lagi terel lagi tersohor. kau pernah puji masakan sendiri?. heheee. alhamdulillah~


sekian sahaja berita aneh di bulan ramadhan. bakal menutup tirai sesudah ramdhan menutup tirai juga. 




1 comment :

ezy.fia said...

xprnh lg terjadi dlm idop saye tertido sampai xbuke pose..
hikhik