Thursday, August 1, 2013

BER-BONUS DAN BER-JIMAT

hello.

ok hari ni macam nak sharing cara berjimat cermat di hari lebaran. dalam bulan berhari raya sudah tentu hati bersuka ria. nak-nak ari-ari pegang beg duit yang setebal kamus dewan bahase kan. plus, bile nampak baju peplum tu rase kat situ jugak melalak nak beli. kan kan. tapi sori la, i tak minat peplum hokey. lepas kejadian di jakel tu kau hingat aku ade hati la nk pakai kan. heheee


bonus bonus bonus sana sini cakap pasal bonus raya. bagi yang kerja swasta opkos la bonus raya atau red packet yang di nanti-nanti. siap cek setiap hari dalam akaun. wahkahkah. sikit atau banyak bonus yang kite dapat tu haruslah pandai membahagi-bahagi ye. jangan membazir kat tempat-tempat tak betul. contoh karoke la main kutu la. takde pekdahnye tu. ade jugak kampeni swasta yang tak bagi bonus hari raya. kesian kat depa.


so, hari ni kak G, *kakak sangat nak share kekdah yang betul bagi membantu rakyat malaysia ni dari sipat membazir tak tentu hala. :p




petama sekali, haruslah bayar zakat fitrah. insyallah rezeki yang kita dapat tu lagi di berkati oleh-NYA. ikut kawasan jajahan korang la kat mana dan berapa. bukan sampai ratus-ratus pon. kau beli peplum harga 79.90sen tu mampu pulak kan. hoi kasar bahasa kau azi~





keduanya haruslah membahagi sama rata duit raya. bab ni memang setiap tahun mengira jumlah sepupu, 2 pupu, 3 pupu hoi belah bapak aku ramai gila ok. kalau dah di total kan semua, baru la agihkan mengikut percent. kalau dah belajar kat U tu up sikit la. adik beradik lain harga, ibu abah lagi la lain harga ye tak. duit raya ni kan buat suka-suka budak-budak. so, janganlah berkira sangat. budak-budak kot~ budak-budak kan innocent, nobs je kalau tengok. alolooo~




ketigo nya, duit belanja raya. belanja juadah hari raya la penting. daun ketupan, ayam+daging, sayur buat lodeh, sambal kacang, wajik, dodol etc etc. kau sedar tak kau ni dah bekerja jadi, hulur la barang 2 3 keping duit lima puluh hengget tu. kalau bulanan tak kasi kat mak ayah, apa la salanya setahun sekali di ringankan sikit beban orang tua tu. tegas bunyinye :p




keempat baru la membeli keperluan sendiri. keperluan sendiri tu bermaksud baju raya+tudung raya+kasut raya cukupla 2 pasang. kau puase pon takde 29 hari kan. apasal baju kau nak 29 pasang?. elok la kau belanja adik beradik barang sepasang baju raya. kalau baju raya tu mahal tok adik lelaki, belila butang baju melayu cekak musang pon jadi la baru seploh hengget. adik kau tentu gembira bukan kepalang malah kepalangan. adik beradik yang masih bersekolah la. yang dah kerja kau hingat kau dapat?. haha




kelima, biskut raya tu beli la buat ada-ada je. setelap dua sudah. orang yang datang beraya tu pun bukan hadap sangat biskut raya korang. biskut raya dah la mahal. kalau beli dengan aku memang dapat murah sangat. tu la sape suruh taknak order awal-awal. sampai tak menang tangan kite ni tau :p



bila di congak takde pon sampai ribu-ribu. tah-tah ratus-ratus je kan. so, berbelanja lah dengan berhemah. ingatlah mereka yang tidak berkemampuan.


cuma tu la, kadang-kadang diri sendiri pun tak sedar yang "hey! apasal aku ni membazir sangat!". bila keluarkan resit beli belah, baru la perasan ada bende yang perlu dan tak perlu. kebanyakkan tak perlu la kot. kalau beli sabun May tu setakat buat suka-suka tak ke membazir namenye tu kan! mohon terasa azi~



ok. baii izzue islam~ eh?!








2 comments :

ezy.fia said...

bonus kite mmg utk sopink je sbb hal2 lain dh setel mase dpt gaji aritu.. hihikk

Unknown said...

yg penting upin ipin comel je kt situ ngade tau depa hee