Monday, October 27, 2014

CONTEST : DREAM TRIP TO MACAU!

hai, hello....

aku adalah orang yang paling seronok bila dapat pergi bercuti disaat berlaku ketengangan dengan kerja-kerja di ofis. lagi bertambah seronok bila dapat pergi bercuti di saat asignment, kuiz, test yang sedang giat membiak bak cendawan tumbuh selepas hujan. keseronokkan yang berganda ini kita namakan beronok-ronok ya. memang takda dalam kamus dewan bahasa, dewan seri budiman semua tu takde perkataan itu, dalam kamus ahlil keluarga aku je hado. miahahaa. 

dalam berjuta tempat di dalam dunia ini, kenapa aku memilih Macau?. satu, aku tak pernah bercuti naik flight T__T. kesian kau semekin ke ape. kedua, aku teringin nak naik flight. hahaha mohon pihak bertanggung jawab merealisasikan impian aku ya. dah banyak kali sebenarnya niat nak pergi bercuti naik flight ni tertangguh. alahai kesian untuk kesekian kalinya. 

bila sebut je Macau. secare otometik aku teringat Ace Song Ji Hyo buat bungee jumping kat Menara Macau. sape tak kenal meh sini aku debik dengan siku. eceh suka je nak debik anak orang. tak semua orang layan Running Man hokeh!. tapi aku adalah peminat tegar RM sejak tahun 2014. haha. dasar peminat tegar sanggup tengok dari episod 1 tahu! zaman kwang soo bermisai. miahahaaa. sampai la episod latest ni, 216. hevat kan aku. di saat lambakan kerja di pejabat. RM adalah penghapus stress aku. kalau tak sempat tengok. halo-halo je adik aku afiq suruh die donlot. sesungguhnya afiq adikku adalah kaki donlot segala macam bende. legal? illegal? tolak tepi. janji aku dapat tengok. haha. dah kenapa cerita pasal Running Man makan sampai satu perenggan?

ok, seriusnya aku nak pergi sebab nak try sendiri buat bungee jumping kat Menara Macau tu. bungee jumping di Menara Macau adalah yang paling tinggi di dunia tahu? kira kalau aku dapat buat, ianya menjadi kebanggaan seisi keluarga aku ya!. :p and yes! aku berani ok. selepas naik roller coaster kat USS, Singapore aku terus jadi badang yang kuat dan berani. hahaha.


harus letak gambar song ji hyo bagi memberi semangat! kalau beliau boleh masakan aku yang gagah dan berani ni tak boleh? wah kemain mendabik dada!


dan aku telah merancang bahawa aku akan terjun dengan gaya yang hensem lagi macho penuh style seperti ini. barulah masyarakat macau rasa terpesona. matila nak! :p


aku juga mahu melihat keindahan Menara Macau pada waktu malam. penuh dengan neon-neon yang indah lagi permai. kalau la aku ada kesempatan ini??. kalau malaysia ada i-city, tu pon aku tak pergi lagi. hoii impian besar nak tengok lampu kat negara orang.

selain dapat buat bungee jumping. aku juga berkehendak pergi ke Venetian Macau Resort



sebabnya nak naik perahu. walaupun tak boleh atau tidak berkesempatan atau dalam bahasa lain tiada kemampuan untuk pergi ke Venice, Italy, aku masih lagi mampu tersenyum kalau dapat kiranya mendayung perahu sambil menyayikan lagu ikan kaloi versi moden di Macau. hehehee. indah sangat tempat ni. memang aku berkehendak betul-betul la. The Mines, Malaysia pon hado kan, tapi bila dapat naik perahu kat Macau secara tak langsung aku dapat rasakan udara Macau, Vanice, Malaysia ni bersatu. bak lirik lagu, dalam periuk bertemu juga. hah! gituww. River Cruise, Melaka pun tak dapat memuaskan hati ku ini. ecewahh! dasar nafsu besar!

bila dah berseronok dengan aktiviti luar. aku nak juga pulang ke Malaysia dengan sedikit ilmu. dan tempat yang sesuai ialah Macau Science Centre. cantik dan unik gila reka bentuk bangunan ni. kalau korang nak tahu, sekarang tempat ni menjadi mercu tanda Macau. hevat khenn..



 unik kan. oleh kerana aku bekerja di dalam bidang pembinaan. bende sebegini telah menarik hati aku sekaligus jiwa aku meronta-ronta nak lihat sendiri seni pembinaan bangunan ini. dan yang menjadi motifnya ialah isi kandungan dalam bangunan ni. banyak perkara yang boleh kita belajar dan ketahui. aku memang minat perkara-perkara yang ohsem dan daebak!. lepastu balik Malaysia aku cerita tambah sound effect, tambah sikit gaya dalam bercerita. kompom dorang pulak nak pergi Macau esoknya. haha!




Dream Of City, Macau. ini tempat wajib pergi kot!. sebab yang menariknya ada water dancing show. ikan duyung uolz!!! tu yang wajib tengok!


banyak aku google study pasal Macau ni tau. nampak tak aku bersemangat nak pergi Macau siap buat research!. kalau nuffnag tak kasi aku pergi jugak kali ni memang aku merajuk setahun enam bulan. haha ternyata semua tempat di Macau best belako. semoga impian ku ini terlaksana. terima kasih Nuffnag Malaysia kerana mengajurkan contest ini kerjasama dengan Macau Government Tourist Office (MGTO).

aku percaya nuffnag sayang kan aku sebab tadi aku baru cek CPUV aku hado 15 bijik untuk bulan ni. wow banyak dalam sejarah. ewah kemain. orang lain puluh-puluh  bijik tak heran pon. :p. terima kasih nuffnag kerana bakal merealisasikan impian dahku. bakal ye di situ. nuffnag kene tahu ini kali pertama aku join contest, jadi kena bagi peluang kat aku pergi jalan-jalan naik kapal terbang tau!. amaran keras ni. hahahahaha. semoga nuffnag murah rejki!!! :p



1 comment :

Potato Queen said...

Great blog! All the best!
The travel blogger,
http://aliciaboey.blogspot.com