Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, June 6, 2018

Nak makan apa buka puasa nanti?

hey!

dah beberapa hari dah kempunan kuey teow goreng kering-kering banyak udang.. tak tau sape boleh masakkan. kalau tetibe teringat meleleh leleh air liur aku.

masak sendiri? itu macam mustahil. haha!

ade satu kedai ni aku suka sangat die masak tu kering-kering takde udang just togeh dengan kucai. tapi sedap die ya Allouh sedap nak matik makan pulak dengan sambal telor puyuh serius rase nak penampa orang sebelah sebab sedap sangat. sambil menaip ni sambil menjejes air liur. ni kira makroh ke ape ni. tapi pakkal je akak tu jual sarapan pagi. time puasa ni memang die tak meniaga, sebab nak beribadah katanya. hehe

lepastu kan.

tengah-tengah buat kerja papp teringat kuey teow goreng! terus google gambar beliau.

aku paling suka yang kering camni. lepastu kicap die nais je. tak pekat tak cair. paling penting kuey teow die... tak kecik tak lebo. sedang elok je size die. kalau letak udang tu biar yang gemok-gemok bogel.. sebab malas nak kopek satu satu hehe. oh memang tak makan togeh tapi wajib letak sebab togeh ni buat sedap je. kang bila makan kita bedah satu satu tepi kan hihi



kat PARAM tu memang la banyak. tapi tu la aku idak gemor pergi ke param. tak tau kenape. mungkin sesak dan mungkin semuanya aku tak berkenan lepastu dah la mahal. korang tak rase mahal ke?. kuih takde dah singgit tiga ketul semua main dua hinggit lima ketul, makannya aku sorang je. dah tu dari 5 ketui tu dua ketui je yang boleh makan. yang lain semua asal boleh buat jual jek dorang tu. malas nak cakap lelebih. so aku memang tapau kat kedai je selalu. pusing-pusing tu je la menu aku. ayam penyet hehehe.

gambar ehsan : google





Sunday, August 13, 2017

SNACK : KIMBAP BALL

hi!

hujung minggu best kalau dapat makan macam ni!



ceknab ni kalau balik memang suke la buat bende-bende gini.

meh aku share ape je bahan yang die guna. sebab senang bebeno nak cari!


1. beras sushi
2. santan kotak
2. crab stick, sosej etc
3. snack seaweed ape sahaja brand
4. bijan untuk hiasan

beras sushi ni aku pernah pakai mase buat kimbap roll. ade balance so pakai la kan dari terbiar gitu. cuma kali ni masak dengan santan. macam buat nasi lemak tu. seriously sedap gila. rasa macam berlemak-lemak getew!


crab stick dengan sosej boleh la di rebus sahaja letak garam sikit lepastu potong kecik-kecik.


snack seaweed tak kisah brand ape. brand Tao Kei Noi  sedap. yang adik aku guna ni tak sure brand ape pon sedap benda tu boleh pilih nak falvour ape. ayam ke sotong ke tomyam gung ke. 


kalau jenis roasted seaweed lever tu macam tak sedapla. so kite pakai instant. instant ni selalunya sedap sesuai untuk orang yang nak cepat siap hehe


sebelum jadikan bulat, masukan crab dan sosej juga sedikit seaweed. then, golek-golekan atas seaweed yang dah di koyak-koyak (aku pakai gunting). untuk kesan kvariety boleh tabur bijan...


mudahhh bukan?!



Friday, August 26, 2016

KIMBAP KANG BABAP KANG.

hello.....


kimbap kang babap kang bukan nama resepi dari thailand ke jawa ke siam atau indonesia ya kawan-kawan. nama resepi ni baru je aku cipta sepintas sesaat dibawak angin yang memintas lalu. geteww. 

lama dah aku teringin nak buat kimbap ni. since adik aku ciknab tu suka makan bende-bende gini kan. helok bia die je la yang buat. aku tolong gulung je.

pada yang tak tahu amendekejadahkealoh kimbap kak!. here wiki explained for u..


Gimbap or kimbap is a Korean dish made from steamed white rice (bap) and various other ingredients, rolled in gim (sheets of dried laver seaweed) and served in bite-size slices. Gimbap is often eaten during picnics or outdoor events, or as a light lunch, served with danmuji or kimchi.



korang janganlah expect kimbap aku mewah dan lawo kebabom sangat hahaha. ni versi cempak-cempak jeh hewhewheww




Nasi sushi/ beras sushi ni boleh didapati dipasar-pasaraya (masak seperti biasa boleh baca di belakang paket beras tersebut)

seaweed


Goreng telur dadar lepastu potong panjang-panjang


Timun Jepun

Lobak

Mr.crab frozen (celur)

Walaupun adik aku yang sediakan semua bahan diatas. Tetap jugak aku yang menggulung dengan begitu cantik sekali kekeke. Mampuih aku kalau nab bace. Die tu dahlah suke curi-curi bukak blog aku dekat lab! :pp



Tips nak gulung cantik ni senang je. Jangan TAMAK. Letak je nasi sikit-sikit atas seaweed tu. Jangan letak banyak-banyak nanti gemok. Dahla gemok buruk plak tu ekekekeke. Tapi terpulang la korang suka gemok ke tak. Aku takut seaweed tu terkoyak haa kan tak lawa nanti.



masa menggulung ni aku tak pakai pon tikar buluh ke ape name beliau ek. Aku gulung pakai plastik alas dengan tuala. Insyallah uolzz jadi seperti ini. Lawo ke tidoookkk. mestila korang buat lagi lawa. aku punya ni macam suram sepi sekuntum mawar merah jekk. :p


Selamat mencuba!!



Monday, April 11, 2016

RESEPI : LEMPENG OAT!

Woohoo!  Hello!


Lame tak pdate tetibe muncul share resepi gitu la aku selalu. Lepastu sampai 2 3 kali post share resepi muahahaha. Life aku takdela best mana nak di kongsi kan. Balik kerja seret mate balik kerja seret mate. Cuti hujung minggu seret langsir silau sehh menganggu tidurku sampai matahari terbenam. Kahkahkahkah.



LEMPENG

Aku memang penggemar makanan yang berasaskan tepung dan digoreng samada minyak banyak atau sedikit. Memang fav gegila ah lempeng atau jejemput/ cekodok ni. itulah rahsia saya sihat sepanjang zaman tanpa kesedaran untuk menjaga jantung dan mengawal kolesterol. Tetibe nak bagitau perangai buruk dah kenape ye. :p



OAT

 Aku bukan penggemar oat. Pernah sekali viral kot pasal overnight oat ni. pernah la aku buat, campur susu coklat low fat+kiwi dua malam aku peram dalam esbok. Lepastu ya robb tak mampu untuk ditelan. Dasar tekak kampong betul. Letak sambal belacan baru la boleh lalu kat tekak. Nape ehh oat tu rase die aneh semacam. Mak aku tak pernah ajar makan oat dari kecik. Kekecik dulu di baginya beskot bijan sampai kaya raya kedai apek tu. Hahahaha salahkan ibu mengandung fulak.. tapi ibu aku tu laju je makan oat. Boleh pulak ibu aku tu telan ek, siap rendam dengan kuah ikan singgang, sup ayam kampung, dengan susu kambeng bagai. Halloo hakak tak rela ya nak telan. -_-!


Oleh sebab aku dah beli sekampit oat cap Kapten Oat maka tak kan nak dibuang pulak. Soh marilah kite adjust buat menu yang aku boleh telan. Try letak kat bancuhan tepung untuk buat lempeng tu. Nah! Sedap tanpa sedikit pon rasa aneh!. Tak sangka aku Berjaya makan oat dengan kekdah sebegini rupa.


Resepi ni memang aku dah selalulalulalulalu lalang sangat buat. Asal takde mood makan nasi mesti buat ni.


Bahan-bahan

Tepung
Air
Oat
Garam
Minyak

Mudah bukan bahan yang digunakan. Campur tepung+oat+garam gaul sebati dengan air. Nisbahnya kau adjust je sendiri suka kepekatan yang sebagainama rupa. Dekat bancuhan lempeng tu kau letak la minyak sikit bagi cantek sikit kaler bila di masak nanti. Semuanya kena sikit-sikit-sikit.
Dengan menggunakan senduk saiz M selett kat pan non-stick ikutla kau nak bentuk cemana. bila pakai pan anti lekat ni seronok sikit sebab kita tak payah guna minyak kalau nak guna pun dalam kuantiti yang sedikit.



Siap! walaupun kualiti gambar tak bagus. aku tetap terliur tengok ni. :p

Macam keji je resepi lain, gambar lain kekekeke. aku terajin la letak potato. potong panjang-panjang bagi mood sikit lain pesen kononye. yang pic hujung sekali tu kosong je tak letak potato. rase tetap best!. cecah dengan sambal sardin hirup hazelnut coffee. perghh! tak hengatt..


Selamat mencuba!


Friday, March 25, 2016

RATAH KAKI AYAM TU BEST TAHU??


Walaupun ade yang menganggap kaki ayam tu sejenis kotor ke? Tapi ketahuilah terbanyak sumber kologen dari kaki ayam tersebut.


Aku mengaku ah aku memang peminat tegar kaki ayam. Boleh dikatakan seminggu sekali wajeb masak kaki ayam. Wajeb ye. Kekekeke. Selalunya borong kaki ayam kat tesco sebab lawa sikit kakinye. Kalau kat econsave buruk buruk kekekekeke.



Sejak azali lagi aku memang tak tahu rupaya kaki ayam ni ade kolegon. See cetek ilmu aku. Sampailah adik aku nab bagitahu senior die buat final project aiskrim kologen dari sumber kaki ayam. I is wow. Tak sesia aku menjadi mengikut tegar kaki hayam. Kahkahkah begitula asalnya aku tahu. Sejak dari haritu, boleh dikatakan tiap kali belanja aku memang akan borong kaki ayam. Kalau sesebelum ni harapkan dua ketul kaki je la sebab beli ayam sekor dapatla kan sepasang kaki. Tu pun berebut dengan adik badik aku hahahaha.



Femly belah abah aku memang penggemar sup kaki ayam. Kalau kenduri-kenduri ke ape kan, dorang suka ambil kaki ayam dan leher ayam buat sup. Wowww sedapppppp tolonglah!. Kalau femly belah mak aku pulak dorang tak suka. Even atok aku kalau Nampak kaki ayam dalam lauk lemak cili api memang kembang tekak beliau lalu tak disentuhnya lauk tersebut. Kakakaka. See pertembungan dua budaya dalam diri aku. Ewahh budaya sangat! :p



Jadi, bila aku duduk rumah sendiri ni. aku akan pelbagaikan menu kaki ayam. Sebab aku memang beli banyak maka banyaklah menu yang aku try ikut peredaran masakini ah. Cewaah. Walaupun aku menyampah terpaksa ketip kutu kaki ayam sebab dorang tak buat kuku beliau maka aku pon gigihla gunting sesatu jari. Kalau mak aku Nampak ni mesti kembang tekak beliau. Kekekekee



Antara hidangan yang aku dah try dan best lagi sedap terangkat kening ialah.

Kaki ayam masak sup rebus


Kaki ayam masak ungkep


Kaki ayam masak kicap masin


Kaki ayam masak sos manis+pedas


Kaki ayam masak lemak cili padi


Kaki ayam goreng kunyit pedas


Kaki ayam menjerit-jerit. Hahaa


Yang paling biasa aku masak ulang-ulang ialah sup kaki ayam dan kaki ayam masak sos manis. So, aku recommend kat korang try dua masakan tu. Sebab mudah cepat dan senang.


Oh ye! Aku ni pesen ratah gitu je kaki ayam. Jarang ah buat lauk makan dengan nasik. Sesambil layang running man tu aku ratahla kaki ayam. Tak pun buat side dish makan dengan maggi kering-kering hoii sedap sangat lah!


Kaki ayam masak sos manis.




Aku terpengaruh tengok roommate season 2. Mase tu dorang tengah ratah kaki ayam kaler coklat. Aku terliur. See aku tokleh tengok orang makan kaki ayam automatic jadi sawan hahaha. So esoknye aku p peli kaki ayam kat tesco then, create resepi sendiri janji kaler coklat sama macam dalam cerita tu. Kahkahkah .


Rahsianya ABC sos manis –sila beli sedap nak pitam



Sos ni memang pekat dan likat. Rahsianya menggunakan gula Melaka. That’s why la manisnya tu luar biasa sangat ahh.

Potongkan bwang dengan 5 tangkai lada kecik. Tumis garing. 
Sebelum tu perapkan kaki ayam dengan sos manis ABC. 
Kendian dalam pada tumis bawang dengan lada tu campak sikit lada kering. 
Tumis sampai naik bau baru masuk perapan kaki ayam tu. 
Curahkan lagi sos manis dan kicap masin. 
Letak air sampai teggelam. Tutup tudung kuali.

Tunggula sampai air tu kering, maka kaki ayam pun jadi lembut. Haa mudah bukan?


wuuuu sedapnye makan dengan maggi kering-kering cemni. memang terangkat!


Sup kaki ayam




Yang ni pon mudah dua kali riban ganda. 

Kau rebus je kaki ayam dalam piuk. 
Sambil tu pecahkan bawang putih sebijik dengan halia setengah inci. 
Kasi rebus sampai lembut. Bila dah lembut elok untuk gigih, kau bancuh serbuk sup tuang dalam rebusan kaki ayam tu. 
Walaupun Nampak macam cheat pakai serbuk segera kakakaka. Tapi pecayalah sedap nak pitam. 


Aku siap potongkan kentang dengan tomato Mudah dah ringkas. Kalau ade belen untuk esok, aku pecahkan telor. Perghhhhh lagi lama rebus lagi sedap tau kuah sup tu. And. Tak lupa juga, 


kalau korang perati sup tu kalau dah sejuk. Kuah nya akan jadi macam jeli-jeli. Macam lengkong. Haaa tula kologen nye. Pecayaa tak?? Tolonglaaa pecaya hahahaa. 


Ce tengok kalau sop-sop ayam yang biasa tu kalau dah sejuk jadi tak macam jeli??.. haaaa ce buat experiment! Ce ce ce ceee. Tampa kangg!
 

Jadi mulai dari hari ni korang kene belajar makan kaki ayam due to ecomonic growth yang tak berape nak grow. Kekekeke ok! Bai


Monday, August 10, 2015

KEGILAAN NASI LEMAK.

Aduhai mengantuk beno mate ni. Nak buat kerja pon tersengguk-sengguk. Kalau naip entry baru rase segar bugar lak mate. :p

Tadi pagi sebelum naik opis beli nasi lemak ayam goreng. Matilanakk makan nasi lemak pepagi. Mintak bencana namanya. Sah-sahlah aku mengantuk. Buat kerja pon aih malas. Oleh sebab teringin bebenor. Maka aku beli jela barula truly Malaysia. Kalau tak arini bila lagi nak makan haa.. bila bilaaa ha ko cakap dengan aku bila. Muahahaha.

Semalam sebenonya dah makan nasi lemak ayam goreng jugak versi kampong lagi. Dasar pelupe ke ape aku ni. Bukan pelupa. Saja buat lupe. Mehehehee. Dua tiga menjak ni nak makan nasi lemak je. Tah kenape. Pembawakkan betul lah. Bukan pembawakkan budak coii. Pembawakkan nak datang bulan. Muahahaha.

Besernya kalau pagi dah makan berat. Tengahari aku memang tak keluar makan. Petang pon tak makan. Malam baru bancuh kopi cecah beskut eh ke biskut cecah kopi. Tapi tak jugak. Kadang kol 9 malam tu tekak meronta-ronta mintak migi. Bedebah betol.

Hari ni tewas la.. tadi ade kerja kat luar. Lepas tu tersinggah mamak adda height tu. Ter hoder roti canai banjer. Ter hoder ayam goreng seketul pule nyum sedapp rangup. Aku kira alang-alang ter hoder semua tu, maka aku hoderla segelas sirap limau ais. Mamak ni kongasam pun iye. Sape soh memanggil-manggil. Aku ni serbe salah sikit kalau dah dipanggil tapi tak singgah. Kahkahkahkah.






Nasi lemak pagi tadi. Giler tak. Sambal tu kalau boleh nak 2 senduk. Tak cukup dengan itu, sendukkan jugak kuah rendang ayam. Persoalannya kau tak rasa bersalah ke azi mase menCENDOK tu??!! Kegilaan apakah ini. Tobatlah!



Tuesday, March 10, 2015

RESEPI : KARI AYAM

hai..

kari ayam ialah salah satu fav. food aku. dapat dimakan time raya setahun sekali. kalau mengharap dari ibu la. dah besar panjang ni, reti la masak sendiri. seumur hidup aku ni, baru 3 kali masak kari sendiri. yang aku paling ingat, pernah try test cube masak kari telo. sekali tak menjadi. raso togeh. tetibe rase togeh. mehehehe. lepastu terus fobia nak masak kari.


oleh sebab aku tak puas hati makan kari kat kedai, maka aku try masak sendiri untuk sekian kali nya. kari kat kedai ni time kena sedap..sedap bebeno. tapi cair tak berasa pun karinya, tak mengikut piawaian aku langsung. aku suka kari yang sedikit pekat, likat sekali sedot rasanya tertinggal di lelangit. kalau basuh tangan, bau tak hilang. kehkehkehh



bahan yang aku pakai, untuk dua orang makan. gambar kari lupa nak ambil. aku biasanya pakai kari serbuk cap adabi. fav. sangat cap adabi ni. aku masak kat rumah sewa time ni. daun kari kalau korang suka boleh la letak. aku tak suka. tamil sangat nanti. heee

1. ayam 4 ketul
2. bawang besar 1 1/2 biji (kisar)
3. bawang putih 2 biji (kisar)
4. halia 1/2 inci (kisar)
5. lada kering kisar 3 sudu makan (ikut tahap pedas mana korang suka)
6. serbuk kari 2 sudi makan. atau kalau korang beli yang pack kecik tu, semuakan je serbuk tu senang. caranya, serbuk kari ni, korang cairkan. eh macam pelik pulak ayat tu. korang bancuh dengan air masak tak sejuk tak panas. air minum tu ha. jangan banyak sangat air. cukup sekadar jadikan ianya sebagai pastee sajer.
7. santan kotak separuh
8. kentang dan tomato


memula panaskan minyak. lupe nak cakap tadi, cempak bunga lawang, cengkih, kayu manis dan ape ye lagi satu tu?. tips die, bila dah masuk 4 beradik tu, jangan lama-lama atas minyak. haa tu rahsia die..  dah masuk 4 beradik tu terus masuk rencah yang di blander tadi. make sure minyak korang tu betul-betul berasap-rasap. ha paham tak. sampai bahan bawang tu garing, masukkan lada kering kisar. lada masak je, terus masukkan serbuk kari yang dah jadi paste tu. tumis sampai naik bau. masukkan ayam dan kentang sekali. masuk air asam jawa. pun lupe nak cakap tadi air asam jawa. hehe. kalau takde, masuk asam keping tapi last bila dah masuk santan.


biasanya ayam ni akan mengeluarkan air. jadi tak payah masuk air. tunggu sampai ayam masak adalam 15-20 minit camtu. masukkan santan kotak separuh. kendian masuk air dalam 2 cawan. masuk garam. tunggu sampai didih. masuk tomato. tutup api. siap!!


ha senang ke tidak... sedapp sangattttt. puji diri sendiri takpeee. esok ade balance, buat lempeng. pergh nekmat mana lagi yang mau kau dustakan. hehehee


ok korang selamat mencuba!. gambar kari ayam siap! tak berjaya di tangkap. lupe wei nak ambil gambar masa dah siap masak. saba je la..


Friday, January 30, 2015

CHAR KUEY TEOW!.

Hai salam jumaat barakah..

Dulu aku tak reti makan Char kuey Teow. Sebab ibu tak pernah ajar makan Char kuey Teow. Jadi patutkah di salahkan ibu yang mengandung? Hehee


Seumur hidup aku ni belum pernah lagi aku nampak ibu goreng Char kuey Teow, mee sanggul, spegoti etc. Balik balik mee kuning, bihun, mee kuning, bihun. Syukurlah azi. Bihun goreng ibu aku adalah yang paling terbaikkk sekali tau. Takde sape lagi mampu nak kalahkan ibu aku. Abah kalau ade meeting jemaah mesjid ke, kumpulan kompang, krt, marhaban sekalipun, mesti bihun goreng ibu aku jugak menjadi pilihan menu. Sekarang ibu dah tak boleh nak masak bihun. Sebab baru lepas operate kan haritu. Nampak gayanya lama lagi la aku nak merasa air tangan ibu. But, femlyku no worries ok. Segala ilmu menggoreng bihun telah turun kat aku. Dah macam saka pulak. :p


Baru-baru ni aku telah terminat dengan Char kuey Teow kawah. Yang hanya terdapat di pasar-pasar malam, pasar tani. Kaler Char kuey Teow hitem dan sedap terangkat. Aku suka yang kering-kering makan pula bersama jeruk lado! Pergh nyegat bak hang. Kalau kat kampung, aku terpaling suka Char kuey Teow haji mahmadi. Oii terlalu sedap. Kalau ain dengan aku sama selera, suka yang kerak-kerak bawah tu. Request lagi kuah jeruk lado tu.. sedap die jangan cakap la. Bisu 24 hari. Terlalu sedap. Hehe.


Kalau kat JB ni aku belum jumpe yang sedap. Pasar malam taman daya pun kureng, pasar malam desa harmoni pun kureng..semua kureng.


Semalam aku berhajat nak goreng je sendiri Char kuey Teow. Terel tak terel tolak tepi. Buat-buat geti je. Aku syak rencah same je macam masak bihun Cuma letak kicap je kot bagi kaler itam. Ngeee. Siap semua bahan mentah aku beli. kuey Teow sekilo. Mak dato di belinya sekilo nak di bagi makan satu taman ke ape. Sebab takde yang setengah kilo. Oleh sebab saiton berjaya berbisik berupa hasutan. Maka beli je la sekilo tu. Sawi dalam 5 kuntum. Fishcake, fishball. Lagi ape ya? Togeh tolonggg katakan tidak. Kucai pon cannot go. Kerang tak jumpa. Ahh belasah je ape yang ade. Dah terasa lengkap semua bahan. Yakin benor ni nak masak. Sampai rumah, mandi solat semua setel. Hosmet pon balik. Belum sempat bukak mulut nak cakap hari ni menu Char kuey Teow full love from china to mesia. Gitu tajuk menunya. Sekali hosmet aku laju je cakap die nak masak Char kuey Teow jugakk.. siap aku tengok bahan die beli semua lengkap. Dengan kuey Teow, sawi, togeh, udang daun sup, tomato. Kau rasa?? Menjerit aku katakan tidakkk... inikah yang dinamakan drama melayu?? Suratan atau kebetulan. Acaner taste aku dengan hosmet boleh same at the same time, same places?? God! Eh macam drama omputeh pulak.


Dengan kuey Teow sekilo aku tu. Hosmet aku punya lagi kuey Teow setengah kilo. Jadi total kuey Teow yang berada di dalam rumah adalah sekilo setengah!. Total ahli rumah ialah 2 ketul makhlok sahajor. Inilah akibatnya tiada pelantikan ketua rumah. Kesudah kuey Teow sekilo aku tu kiv dulu. Masak yang hosmet aku punya dulu. Sesak napas kalau ingat kejadian ni. Sawii tu sawiii tu cane boleh die beli sawi. Aku beli sawi. Ekehkehkeh. Makan sampai menangis ngenang kejadian petang tu. 


Patut aku dengan hosmet masuk contest telepaty. Confirm menang punya. Heheheee




Char kuey Teow kawah pasar malam taman daya.

Daun kucai pun aku tak suka tau. Kalau nampak kat pasar aku rasa sayur tu macam lalang. Tekak memang tak boleh terima langsung sayur kucai tu. Aku rasa pelik sangat rasa die. Pestime makan secara terpaksa sampai menitis air mata sebab nak jaga perasaan acik mase tu. Acik masak mee sanggul campur kucai. Kucainya mak datoo lagi banyak dari mee sanggol. Nistis air mata. Salu dengar orang makan nitis airlio. Aku pulak nitis air mata. Hehheehee



Char kuey Teow made by hosmet ku surainie bakri. Bakal berkahwin olz. Sobbssobbss. Su kalau masak, wajib ya ade sosej bagai. Gila sosej budak ni. Dalam esbok harus ada benda ni. Aku pulak kureng gemar sebenarnya benda sosej sosej ni. Tapi orang dah masak kita makan je la.. aku yang buang montot togeh tu. Sikit je aku siang. Lagi selambak tu aku simpan. Kehkehkehkeh. Bijak takkk. 


ha gitu makannya, semua kena asing!. Batang sawi, batang daun sup, batang daun bawang pon sama tergolong dalam kelompok togeh.


Aku sedor yang togeh tu penyedap dalam masakan berupa mee. Tapi aku sungguh sungguh tak boleh terima. Pernah paksa makan. Nitis air mata sampai jadi koteow basah. Kalau tergigit pon camtu, sanggup muntah. Kumur pakai colgate 2 kali. Macam hilang selera gitu. Korang kalau taknak aku abeskan bekal korang masaklah pape jenis lauk letak togeh. Aku tak mintak punya. :p



So guys, how u enjoy Char kuey Teow?? 



Tuesday, January 27, 2015

RESEPI : AGAR-AGAR SUNQUICK/LENGKONG SUNQUICK.

hey..

lama tak post gambar makanan. cuti-cuti sem ni elok la kalau kite merajinkan diri kat dapur.




aku post gambar ni kat wechat. adelah dua ketul manusia menanya apakah, apekebende, pebende bendealah ni. hewhewhew!

itu adalah adik beradik puding. tapi agar-agar kot korang panggil. kalau bahasa kampung-kampung aku, kami panggil lengkong!. LENG---KONG. sebutan e tanda bawah. leng leng leng caii.. erk?

aku tingin nak makan lengkong sirap rose. hoi sedappnya. sekali kau tahu? sirap dah expired! kecewa hakak. terus wasep mokde, "mokde, boleh tak ganti dengan sunquick!!!!". ahhhh parah tol laa. tekak ni tingin beno nak lengkong sirap!. aku lengkong kaler lain tak mahu!. nak-nak lengkong 2014, penuh dengan warna pelangi, buah laici, natadecoco la.. i is tak minat. i suka yang oldskul oldskul ni. mehehee

actually ni first time aku buat sendiri lengkong. memula google gak resepi acane buat. at last, mokde jugek haku cari. mehla aku share resepi mokde aku. resepi turun temurun ni dari tokwan. :p

1 paket agar-agar tali (250g)
air (nisbah air 1 mangkuk agar-agar : 3 mangkuk air) aku suka cara ni. sebab rumah aku takde jar litter tu!
*guna mangkuk yang sama*
gula (rasa sendiri nak manis tahap mana)
perasa

korang paham tak pasal nisbah air tu? tolong la paham. hehee

caranya, 

didih air, masuk agar-agar.
larut je, masuk gula.
larut gula, masuk perasa. didih. dan sampai bebetul larut semua bahan. baru tuang dalam bekas!

mudahhh!! masuk peti ais..perghh menangis makan!. hias pulak dengan kiwi. lagi cun kiwi kau. siap feeling nak masuk majalah 101 resepi. muehehehee. lengkong aku tu kalau kaler merah lagi lawaaaaa... sedihnya!! arini nak buat lagi. dah beli sirap siap-siap!

ade yang takut letak sunquick nanti lengkong jadi keras. tidak sama sekali. elok lembut je lengkong aku ni. tips die lebihkan air rebusan tu. ibu aku dulu pernah buat. lagi parah ceritanya. lengkong tak mengeras! fuhh nasib baik lengkong aku ni tak di timpa kecelakaan. dah la pestime buat! haha


oklah, selamat mencuba!!

Monday, December 15, 2014

JOHOR FOOD PANDA.

hye korang..

korang mesti dah biasa dengan foodpanda kan. 

aku pestime ni try. tahu pun kat blog namee, terus rasa wow hebatnya!. ape food panda ni?

ala die macam satu syarikat penghantar makanan. yang mana restron ke fastfood yang tak buat delivery service. kira ko duk depan komputer ke phone, klik-klik---- makanan pun sampai. cakap je nak makan ape. piza, mcd dan sekutunya tu ko toksahla cari bikin hati depa panas je la pulak kan. haha :p

khamis lepas, aku bz tersangat dengan kerja opis, asimen, kuiz, test lagi. superb bz sampai tak sempat nak keluar makan. perut dah berkeroncong hebat. hehee

terusla search https://www.foodpanda.my/ kan senang hidup. 

memula aku risau jugak kot-kot la takde penghantaran kat Taman Daya, Johor kecewa je. tak sangka pulak adoo...maka jom la membeli belah dengan pantes! kekekee


ade weii kat Taman Daya, terus je ajak opismate join sekali!. 




gituw step-nyee, 

senang bebenor. ko dah pilih pilih. tunggu dalam masa 1 jam. dorang akan bagi estimate time dont wori korang boleh la bajet-bajet masa korang. kot-kot la nak berak dulu ke, ape ke. miahahaa eh kalau korang order hari Jumaat, mungkin penghantaran akan lambat sikit la sebab dorang nak pergi solat jumaat. lepas jam 2 service macam biasa k!. start operasi jam 11.00 oke!




cer teka cer teka aku order ape...
jangan terkejut k, delivery fee cuma RM4.00. kau rasa??? terus je besok nak order sushi pulok!. :p
kat area aku ni, nak makan Kenny Rogers kene pergi Jusco, tebrau dalam 15 minit. cari parking lagi. menapak lagi, kalau penuh kene Q dulu. eh banyak bende. elok duduk je kat ofice kan. makanan sampai.. lelama manusia ni jadi malas. hahaha akuu la manusia tu bukan korang. :p



tu dia pantas ke tidakk!
oh! baru tahu kat Tesco ade KR. wakaka. nampak no tak pernah pergi Tesco. elleh tesco sebelah jusco. same je jaraknye koo!


ni dia budak foodpanda. aku cakap nak tepek dalam blog. terus je posing. saba je la...

service thorbaik!.


tara!!!!!! tak zabar nak makan dah masa ni, makan muffin panas-panas woii tak pandang orang lain dah!


oh sedapnya mac.cheese  dio!! ni hakakkk yang punya!. kalau aku order mesti 3 bende tu je yang bekenan. red bean, fruit, mac,cheese. yang lain-lain tak bekenan.


yang ni si Tiqa punya, die taknak ayam. 

saje bagi gambar cemni. bio korang teleng pale. hahaha


ok sila order dengannnnnnnnnnnn


sebab dorang memang best!!!


Saturday, May 17, 2014

SATAY WAK RADOL.

hai  hello..


seperti yang di janjikan oleh cik siti kiter tu, nak bawak kiter-kiter seisi rumah sewa makan satay wak radol!. hoii dok JB lame dah tapi baru tahu salah satu tempat makan pemes orang JB ialah di warung wak radol!. engkorang kalau datang JB WAJIB cube satay wak radol ni. superb sedap mabeles.  ko boleh ngadap sampai tak perasan ko dah lahap 30 cucuk! gituw sekali..


korang kalau kaki warung boleh la layan. aku semua pon layan jee. hehee



kalau korang dari perling senang sangat. sebab die kat tepi HWay pasir gudang tu. kalau dari taman daya kene masuk hway pasir gudang pastu u-turn sebelum jumpa simpang ke Damansara Aliff. kedai belah kanan. jangan lelaju kang telajak u-turn ko kene u-turn jauh pulak kang kang kang. kereta laju-laju kat sini. hati-hati la mase u-turn tu k!. kami park kereta kat tepi jalan. kedainya seberang jalan kecik tu. besar gak la.



nak seberang jalan pon kena hati-hati. kereta laju turun bukit kan. bahayo. pimpin tangan laki ko cepat! hahaaa



tu diaa tu diaa. order 20 cucuk je. makan berlima. ok la. tu pon macam nak order lagi. hehe. kalau makan satay benda kedua paling penting kene rasa ialah kuah kacang die. kuah kacang wak radol ni memang syeedaapp dap dap dap sangat! recommend korang datang try sini! amat jarang ye aku minat satay. kali ni memang syiok. 


selain satay, menu goreng-goreng pon hado. sila order je.


pilihan aku malam tu kotiowhongkong. jauh mari. lambat sampai siap kene bahan cakap berakhir di lautan hindi la ape la. siot je dorang kan. hehee. rasa kureng la. member yang lain pon tak abes makan sebab dorang kate kureng ar ke sebab perut dah kenyang?. paling aku sajes satay die! 


Fara si bakal pengantin, Su dan Siti. malam tu haruslah orang yang nak pindah blanjer. kehkehkehh pasni giliran Fara la pulak belanja sebab die pon bakal berpindah rumah dahhhh adoii makin sikit orang. sunyi la rumah pasni. sobbs soobs.


ok, baiii!!



Friday, May 16, 2014

RENDANG ITIK.

hye. hello...



aku kan dari jaman tahun lepas lagi memang nak sangat mencuba makan daging itik. susah nak cari tukang masak yang power. ibu aku tak berani nak masak. nak makan pon takot apetah lagi beliau nak masak iye?. haha


sebelum ni teringin makan belut. ibu aku kate apelah yang pelik beno ko punya teringin. hehe
alhamduillah dapat makan belut paling sedap! makcik aku masak ar. goreng kunyit jer. oii sedapnye. teringin sup belut pulak! :p. rasa belut ni macam ikan keli. takde tulang-tulang pon. eh ade tulang kat tengah aje. sedapp sedapp sangatt. belutkan banyak khosiatnya. antaranya boleh buat baik parut kudis ke gitu la. pepandaila korang google. tapi kepantangan aku, tak boleh siap belut tak boleh nampak pon belut tu rupe beliau cemana. aku mahu makan je. haha.


hari ahad minggu lepas yang penting ahad pagi ar. aku belum celik mate lagi. ibu tengah layan Tanyalah Ustaz tv9 tu. jap g ibu panggil cakap Tok Sima anta rendang itik untuk aku. woowww. UNTUK AKU tu yang aku aser macam terharu ar gak kan. haha. Tok Sima ni jiran aku. aku membesar pon depan mata die. bile die nak masak itik haruslah teringatkan aku. :p lantas harusla hantar kat rumah siap nasi empit lagi. kihkihkih.



ahhhhgrhhhhhh sedapp sangat!


ibu aku pesan. pulang mangkuk Tok Sima isi buah anggur yang takde biji tu. ok bos!! berehh!! tapi tak beli-beli. dasar lupe daratan aku ni. miahaha


menangis T__T tengok gambau ni!

untuk korang yang penggemar menu ITIK!. gambar ni untuk korang!. hehe

untuk yang tertanye-tanye apekah rasa daging itik ni?

rasa daging itik ni lebih kurang macam ayam dan daging lembu. cuma rupa kekdah macam ayam pastu isi macam daging. eh?. yang penting isi die padu. mampat dan penuh. kenyal-kenyal sikit tapi tak liat. sedap ar. korang patut try sendiri. nak-nak masak rendang kan! perghh die punya 'pergi' tuu sampai taknak balik. haha.

kat JB ade kedai Nasi Itik. selalu dengar Nasi Ayam kan?. ha ni nasi itik. tapi aku tak tahu kedainye kat mane. cari kat google je. pastu try call dah takde dalam perkhidmatan. teringin gak nak try!.


bai!


Tuesday, January 28, 2014

RESEPI : COTTAGE PIE

hello..

kongsi lagi resepi. pasal macam takde bende sangat nak update pasal life. :p kikikii


hi-tea kita cottage pie. meh la cuba resepi aku ni, jenuh study resepi dari jamie oliver, martha stewart, cik epal, si datin etc maka terhasil la resepi sendiri gitu.... hehee. aku bet resepi aku ni paling senang. kahkahkah mendabik dade fulakk. keji tau!


COTTAGE PIE

lapisan 1 kentang lecek
lapisan 2 sos ayam
lapisan 3 kentang lecek


BAHAN 

sos prego tomato
sos cili
daging ayam kisar
cendawan butang
bawang besar dan bawang putih
buttercup
susu segar
kentang 9 biji (besar, kalau kecik-kecik 15 biji ke sekilo terus senang. hehe)

CARA MELENYEK KENTANG


1. kentang di potong dadu. rebus sampai kentang lembut. toskan air rebusan dengan menggunakan tapis. kemudian letak balik dalam periuk, hidupkan api dapur paling kecik /api tengah. hancurkan kentang.



ha macam ni. paham?

tujuan kita mash kan kentang ni dalam periuk panas sebab, kita nak adunan kentang tu kering betul. :?

2. kentang dah lumat masukan 3 sudu besar butter dan 4 sudu besar susu segar. gaul rata. tutup api.


CARA UNTUK BUAT SOS AYAM


1. tumis bawang besar dan bawang putih. dah naik bau, masuk daging ayam kisar. tunggu sampai warna bertukar menjadi putih. tu tandanya dah masak. air yang keluar dari daging ayam kisar tu pon dah kering.


2. masukkan sos prego, dan 3 sudu besar sos cili. kemudian, masuk sekali cendawan butang dan sedikit garam.
sos prego ni kalau nak beli yang sos cendawan pon ok je sebab dalam sos ni ade serpihan-serpihan cendawan/tomato. *serpihan?? tetibe lupe perkataan yang sesuai tu*


cendawan butang yang dalam tin tu potong bulat-bulat cengini. omei ngat! :p


3. tunggu sos ni kering sikit. lepastu rasa! kot-kot kurang masin, masam, manis, pedas. boleh la tambah ikut lidah memasing. :)


4. lapisan pertama, letak sikit adunan kentang lecek tadi. 


5. lapisan kedua, letak semua sekali sos ayam yang kite dah peluh-peluh masak tu.


6. lapisan ketiga, kentang lecek. 
kalau korang nak kentang ni lagi lumat pakai je mixer or blander lumat lah ia. kalau nak lagi lembut boleh tambah susu segar lebih sikit nanti adunan tu macam suci je.
aku suke kasar-kasar sikit........ *sebnonye malas :p


7. siap bakar!!. 

bahagian atas tu kalau nak kaler kuning-kuning sikit sapukan kuning telur.

bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit. 


adalah rupa garisan buku muzik ek. :x


macam ni la rupa bahagian dalam. texture cottage pie memang macam ni. lembut luar dalam. sebab kita bukan pakai pastry pie crust tu. :)) 


zoom sikit.





ok. 
selamat mencuba~