Showing posts with label azi kurus. Show all posts
Showing posts with label azi kurus. Show all posts

Monday, August 14, 2017

PJJ/PLK LIFE: HABIS EXAM TERUS PERGI BERAYA!



Ola!


Tahun ni aku rajin sikit nak merayap rumah kawan-kawan Poli. Yang rapat jela. Yang area Jb je… yang jejauh tu tak la dapat datang. Mostly kekawan aku ramai yang merantau. KL ado, paling jauh kat Sarawak. Andddd ramai je dah kawen beranak pinak. Aku je belum lagi. Insyallah masanya akan tiba kan..


Okes tutup cerita pasal kawen.. beranak.. mak emo sikit bab ni haha!

since paper pertama aku seminggu selepas raya, maka takdala sangat mood nak beraya. di tambah pula paper pertama OPM. haha tak boleh move on aku dengan paper ni!


Memula sekali beraya rumah Nanad. Ni memang geng paling best ajak melazer. Haha. Sesejak die dah duduk JB ni rajin jugak la aku datang rumah die dua tiga kali. Asal datang rumah die je mesti ajak aku mandi kat pool. Amenda la minah tu tak padan dah jadi bini orang kekeke. Mase beraya rumah die lagi best. die pack semua makanan ajak makan tepi pool. Pening la aku layan minah tu kahkahkahkah


Next! Pergi rumah diela pon rapat jugak ni. Kami kan mase duduk asrama poli, 4 sekawan duduk sebelah-sebelah bilik hehe. Lucula bila teringat kenangan lama. Memang kami plan taknak duduk sama-sama bilik. Means satu bilik 2 orang je. Kami memang tanak duduk sesamala. Pastu masing-masing tunggu roommate masing-masing masuk. Kami masatu bolehla dikatakan senior juga. Dah sem 5 tak silap aku. Balik dari praktikal 6 bulan terus belagak jadi senior haha..


Kat rumah dila ni paling best sebab die tunaikan semua permintaan aku. Ayam guring dengan brownies. Siap anak dila, Umairah nyanyi lagu birthday oh may! Terharu sangatt tapi cembiasa muka kenala buat macam biasa-biasa hahah dalam hati berbunga-bunga uols!


Balik dari rumah dila dia bekal kan lagi lontong dengan brownies. Ya ampun sedap sangat lontong die. Mase mengimbau zaman duduk beborak dekat asrama kan, masing-masing cakap tak reti masak. Tuptup dah berkeluarga automatic jadi GETI MASAK ekekeke. Ayam guring die siap pakai bread crumb tolongla terlajak rajin ngikut resepi bulat-bulat ni hahaha keji ayat aku. Eh idokla.. aku ni takla tahap rajin macam dila. Hihihi


Next!!


Rumah miela. Ni pon kira rapat jugak. Bukan duduk sebelah bilik masa kat asrama. Die gang group lain hehehe. Group ayong ni. Biasalah zaman belajar ade group konon nyampah betul bila teringat balik. Dorang duduk rumah sewa masa belajar dulu. Aku tak merasa duduk rumah sewa rejki dapat asrama sampai sem akhir. Aku and the gang! Tapi sampai sem 5 je. Last sem ni geng aku dah berpecah separuh duduk rumah sewa separuh dapat asrama. Tak dapat la nak duduk sebelah sebelah bilik macam sem sebelumnya.


Mase jumpa miela. Omg! Tengah pregnant anak no. 3. Jam tu jugak aku rasa tua gila aku ni ke ape. Siap belek-belek kat cermin tengok rupa sendiri. Selamatt masih anggun muda belia. Hahahaha
Kat rumah aku ni memang takdela nak dengar suara budak-budak main la, melalak etc. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni dengan suara mak dan anak berlawan-lawan. Para somi-somi idokla meng kekekkee macam mak-mak haha. Ape Bahasa aku tu. Meng kekekekeke Maksudnya ketawa terbahak-bahak.


Aku perasanla kan kekawan aku yang dah kawen ni. Personality terus berubah. Terus macam mak-mak. Hahahahahahahaha risau aku nnt kawen terus kene cap mak-mak.


Okla korang meh layan gambar!


Kat rumah nad je  takde gambar. Syokk sangat beborak sampai lupa nak bergambar.. dah tetua ni kan kurang sikit la nak bergambar. Zaman dulu kala memang muka pantang hala. Orang tak hala pon terhegeh-hegeh suruhh hehehe. Rindunya zaman belajar kat Poli!


mintak maafla kualiti gambar kurang memuaskan. maklomla dah mak-mak tak kesah sangat pasal lighting hohoho


muka berminyak gila sengan je duduk sebelah pengguna dan penjual perlashine!



okla korang. doakan kami ukhwah ini semakin erat dan wangi je sampai syurga... insyallah tahun depan kalau masih rajin boleh lagi merayap. thaks korang kesayangan hamba yang mendoakan aku supaya tahun depan datang dengan pasangan haha walaupun agak kelakar. tapi I suka doa-doa yang macam ni.. hihi


amin..



Wednesday, August 9, 2017

HARAP-HARAPNYA TAHUN DEPAN KITE PULAK KAWEN YE..



Hello.. hai…

Mase cik ain ni kawen aku baru je start kerja tempat baru. Nak cuti tu memang la boleh tapi pepaham jela kene tolak gaji. Dah la tolak gaji..elaun sekali hangus tau. So aku pilih untuk bekerja dari neman bff aku ni nikah hari jumaat. Bila di pikir balik rase bedose pulak bhahaha. Ala korang… kan baru mula kerja tempat baru lepastu nak cuti-cuti ni rasa kurang best tau. Tapi lepas kerja aku berdezup pergi rumah dia.sentaplah minah tu sebab takde sape teman die mase nikah. ade bff pon tak guna hahaha. 


Malam tu ade malam berinai. Aku ni dengan tak mandi nya terus jadi bidan terjun ehh pengapit terjunan. Stress aku. Dah aku bilang takmau jadi pengapit even pengapit sementara!. Di sebab kan aku dengan tak mandi ni masih lagi nampak lawa dan confident bhahaha so okla jadi pengapit kejap. Alaa kejap je kan.
 

Malas nak tepek gambar malam berinai. Penuh muka aku je



KAHKAHKAHKAH



Sebulan ke nambelas bulan sebelum majlis ain ni berjalan… kami group kekanak riang dah plan nak pakai baju warna ape. Orang sekarang panggil bridesmaid. Dedulu flower girl haha. Ain die sponsor shawl je. Baju pink belacan sila beli sendiri.


Cembiasa bende-bende gini kiteorang memang exited macam ape. Nak pilih warna je pon sampai pitam bangun pitam bangun hahaha.




 belanja satu gambar je la. 

sebenarnya ramai tau kekawan yang datang sedondon. aku pilih yang mana aku nampak kurus je. 

bhahaha

keji betul!


k.. tata!!


Friday, April 1, 2016

SILA TABAH.


hye..


Biasanya aku kalau dalam keadaan stress. Mesti aku cari kawan-kawan dulu. Sebab kawan-kawan ni lain sikit pandanganye. Kadang  tu dorang siap maki-maki sumpah seranah orang yang buat aku stress kaw-kaw punya aku sukaaaa. Tu baru betul kawan. Hahaha. Dan! Bila dah puas mengadu naseb dengan kawan-kawan, aku ngadu pulak dengan ibu siap drama air mata. Dengan ibu ni lain banyakk pandanganye. Selain diselit unsur nasihat, contoh tauladan, hadis-hadis dan sebagainya, disitula keinsafan mula menangkap. Kekeke. Walau ade masalah kecik mana besar mana pun aku WAJEB share dengan kawan-kawan dan keluarga. Dari sekecil zarah sampai ke besar zarah aku tetap cerita sungguh-sungguh. Aku pesen taknak stress sorang-sorang aku nak melibatkan seeemuuuaaa orang. Sama-sama kite stress tau. Bhahaha. Kejii sangat pangai cemmni. :p



minggu ni aku stress jugak. Tapi aku tak share pun dengan sesiape. Kononye macam tak nak citer kat semua orang, takpe aku dah besar..dah kuat so, kene face on je laa. hakikatnya tak kuad mane pun… first time dalam hidup aku rasa stress cemni sampai makan tu rasa nak terkeluar balik. Susah gila nak telan makanan rasa tersangkut. Aku siap jerang air panas then minum. Tetap juga rasa ya robb seksa sangat nak telan air tu bukan sebab panas melocot ye haha. Rasa nak terkeluar balik. Aku pun tanya kepada diri. Kenape eh, first time ni berdepan dengan situasi begini. Aku kok takde pengalaman cemni. Setelah disiasat, diteliti. Aku syak aku pendam perasaan stress aku tu sesorang. Aku pon cari la kluarga. Bila di luah puah ruah amazing! Perut terus jadi lapar terus je mudah nak menelan makanan. See, aku ni memang tak boleh simpan stress sorang-sorang hahaha. Aku terpaksa ya libatkan semua orang bia semua orang tahu aku sedang stress. Manje sangat ni. :p. mokcik aku pulak bergurau, patut aku pendam je dediam takde selera makan mesti kurus lepastu. Bhahahahaha tak lawakkk ok tak lawakk tak lawakkk tak lawakkk.





Friday, March 25, 2016

RATAH KAKI AYAM TU BEST TAHU??


Walaupun ade yang menganggap kaki ayam tu sejenis kotor ke? Tapi ketahuilah terbanyak sumber kologen dari kaki ayam tersebut.


Aku mengaku ah aku memang peminat tegar kaki ayam. Boleh dikatakan seminggu sekali wajeb masak kaki ayam. Wajeb ye. Kekekeke. Selalunya borong kaki ayam kat tesco sebab lawa sikit kakinye. Kalau kat econsave buruk buruk kekekekeke.



Sejak azali lagi aku memang tak tahu rupaya kaki ayam ni ade kolegon. See cetek ilmu aku. Sampailah adik aku nab bagitahu senior die buat final project aiskrim kologen dari sumber kaki ayam. I is wow. Tak sesia aku menjadi mengikut tegar kaki hayam. Kahkahkah begitula asalnya aku tahu. Sejak dari haritu, boleh dikatakan tiap kali belanja aku memang akan borong kaki ayam. Kalau sesebelum ni harapkan dua ketul kaki je la sebab beli ayam sekor dapatla kan sepasang kaki. Tu pun berebut dengan adik badik aku hahahaha.



Femly belah abah aku memang penggemar sup kaki ayam. Kalau kenduri-kenduri ke ape kan, dorang suka ambil kaki ayam dan leher ayam buat sup. Wowww sedapppppp tolonglah!. Kalau femly belah mak aku pulak dorang tak suka. Even atok aku kalau Nampak kaki ayam dalam lauk lemak cili api memang kembang tekak beliau lalu tak disentuhnya lauk tersebut. Kakakaka. See pertembungan dua budaya dalam diri aku. Ewahh budaya sangat! :p



Jadi, bila aku duduk rumah sendiri ni. aku akan pelbagaikan menu kaki ayam. Sebab aku memang beli banyak maka banyaklah menu yang aku try ikut peredaran masakini ah. Cewaah. Walaupun aku menyampah terpaksa ketip kutu kaki ayam sebab dorang tak buat kuku beliau maka aku pon gigihla gunting sesatu jari. Kalau mak aku Nampak ni mesti kembang tekak beliau. Kekekekee



Antara hidangan yang aku dah try dan best lagi sedap terangkat kening ialah.

Kaki ayam masak sup rebus


Kaki ayam masak ungkep


Kaki ayam masak kicap masin


Kaki ayam masak sos manis+pedas


Kaki ayam masak lemak cili padi


Kaki ayam goreng kunyit pedas


Kaki ayam menjerit-jerit. Hahaa


Yang paling biasa aku masak ulang-ulang ialah sup kaki ayam dan kaki ayam masak sos manis. So, aku recommend kat korang try dua masakan tu. Sebab mudah cepat dan senang.


Oh ye! Aku ni pesen ratah gitu je kaki ayam. Jarang ah buat lauk makan dengan nasik. Sesambil layang running man tu aku ratahla kaki ayam. Tak pun buat side dish makan dengan maggi kering-kering hoii sedap sangat lah!


Kaki ayam masak sos manis.




Aku terpengaruh tengok roommate season 2. Mase tu dorang tengah ratah kaki ayam kaler coklat. Aku terliur. See aku tokleh tengok orang makan kaki ayam automatic jadi sawan hahaha. So esoknye aku p peli kaki ayam kat tesco then, create resepi sendiri janji kaler coklat sama macam dalam cerita tu. Kahkahkah .


Rahsianya ABC sos manis –sila beli sedap nak pitam



Sos ni memang pekat dan likat. Rahsianya menggunakan gula Melaka. That’s why la manisnya tu luar biasa sangat ahh.

Potongkan bwang dengan 5 tangkai lada kecik. Tumis garing. 
Sebelum tu perapkan kaki ayam dengan sos manis ABC. 
Kendian dalam pada tumis bawang dengan lada tu campak sikit lada kering. 
Tumis sampai naik bau baru masuk perapan kaki ayam tu. 
Curahkan lagi sos manis dan kicap masin. 
Letak air sampai teggelam. Tutup tudung kuali.

Tunggula sampai air tu kering, maka kaki ayam pun jadi lembut. Haa mudah bukan?


wuuuu sedapnye makan dengan maggi kering-kering cemni. memang terangkat!


Sup kaki ayam




Yang ni pon mudah dua kali riban ganda. 

Kau rebus je kaki ayam dalam piuk. 
Sambil tu pecahkan bawang putih sebijik dengan halia setengah inci. 
Kasi rebus sampai lembut. Bila dah lembut elok untuk gigih, kau bancuh serbuk sup tuang dalam rebusan kaki ayam tu. 
Walaupun Nampak macam cheat pakai serbuk segera kakakaka. Tapi pecayalah sedap nak pitam. 


Aku siap potongkan kentang dengan tomato Mudah dah ringkas. Kalau ade belen untuk esok, aku pecahkan telor. Perghhhhh lagi lama rebus lagi sedap tau kuah sup tu. And. Tak lupa juga, 


kalau korang perati sup tu kalau dah sejuk. Kuah nya akan jadi macam jeli-jeli. Macam lengkong. Haaa tula kologen nye. Pecayaa tak?? Tolonglaaa pecaya hahahaa. 


Ce tengok kalau sop-sop ayam yang biasa tu kalau dah sejuk jadi tak macam jeli??.. haaaa ce buat experiment! Ce ce ce ceee. Tampa kangg!
 

Jadi mulai dari hari ni korang kene belajar makan kaki ayam due to ecomonic growth yang tak berape nak grow. Kekekeke ok! Bai


Friday, September 13, 2013

ENTRY UNTUK DIRI SENDIRI



nak update pasal diri sendiri je pon. hehe.

lately masa kat opis aku terbuang di hadapan PC dengan hidangan movie ect etc. sebab pertama bukan curi tulang. bukan curi baju bai ke baju abang-abang nepal sebelah opis aku ni. bukan ye bukan. sebab yang sebenarnya adelah sekarang takde projek baru. jadi aku banyak siapkan kerja-kerja partime aku kat opis. adil tak adil tak. dengan cara ini boleh la malam-malam ku diisi dengan chating. poking. etc etc selain tidur awal seawal mungkin. azan isya'-solat-tido. segera sangat.


sebab tiap pagi seawal selepas subuh. aku ade misi. misi utama gitu. well, dah masuk 2 minggu jugak aku berjogging. 2 minggu tu cume 4 kali je pon. hehee *hujan plus lambat bangun pagi* pastu tiap petang skipping+main badminton+sauna+sit-up etc etc feeling-feeling dah loss ade lah dalam 5kg++ haha. suke suke bagi tekanan pade diri sendiri. selain menjaga jumlah kalori sehari, banyak kan makan sayur+buah dan minum air masak 3 liter ++. diet secara sihat ni aku pernah buat dulu. success gituw mendapat bentuk yang di dambakan 2 tahun yang lalu. hasilnya nah kau, gastrik naik ke dada lalu pedih ulu hati. akibat tekanan yang melampau. obses gituu. jumpe dokter pon dokter tahu "awak diet ea heheheeee". lagi pun mase tu aku memang dalam keadaan stress melampau-lampau tahap abnomel. gituw. zaman-zaman jahil uolz. erk!


so, kali ni aku kene tetapkan niat. nak kurus untuk apa? petama untuk sihat! kedua dah tentu untuk lebih senang nak beramal ibadat, selain lebih kepada menjaga aurat. insyallah, Allah tahu niat kita. usaha-doa-tawakal.

"changing from bad to good is long-term adventures but it is wonderful"

maka ini tahun kasi pecah. pecah itu lemak tepu. wakaka. bagi aku nak KURUS memang senang. mungkin sebab aku senang kot nak turun berat badan. tapi nak MAINTAIN KURUS tu SUSAH. kalau ade orang cakap nak kurus tu seribu kali susah tapi nak maintain kurus tu dua puluh ribu kali enam ratos kali susah. petama kene ingat metabolisma badan setiap orang tak sama. makan kalau tak jaga kalori memang senang la nak naik balik. ni spesis-spesis macam aku la. haha. so, lepasni kene maintain BMI. ala, berat ideal aku 47kg ok. ringan sangat kot. ape kate kite sendiri buat BMI sendiri. wakaka.


dengan wujudnya entry berbaur macam-macam rasa ni. bolehlah naik kan semangat aku kot-kot aku giveup di pertengahan jalan ke boleh la bace balik. wakaka



ala bukan susah pon. sikit je lagi :p


so, ucapan kepada diri sendiri.

Dear azi, 

hope lepasni pandai la kau jaga kesihatan, maintain cun melecun evento mase tu ko dah beranak pinak sekali pon. amaran keras ni. 


sincerely, 
ur future.