Ola!
Tahun ni aku rajin sikit nak merayap rumah
kawan-kawan Poli. Yang rapat jela. Yang area Jb je… yang jejauh tu tak la dapat
datang. Mostly kekawan aku ramai yang merantau. KL ado, paling jauh kat
Sarawak. Andddd ramai je dah kawen beranak pinak. Aku je belum lagi. Insyallah masanya
akan tiba kan..
Okes tutup cerita pasal kawen.. beranak..
mak emo sikit bab ni haha!
since paper pertama aku seminggu selepas raya, maka takdala sangat mood nak beraya. di tambah pula paper pertama OPM. haha tak boleh move on aku dengan paper ni!
Memula sekali beraya rumah Nanad. Ni memang
geng paling best ajak melazer. Haha. Sesejak die dah duduk JB ni rajin jugak la
aku datang rumah die dua tiga kali. Asal datang rumah die je mesti ajak aku
mandi kat pool. Amenda la minah tu tak padan dah jadi bini orang kekeke. Mase beraya
rumah die lagi best. die pack semua makanan ajak makan tepi pool. Pening la aku
layan minah tu kahkahkahkah
Next! Pergi rumah diela pon rapat jugak ni.
Kami kan mase duduk asrama poli, 4 sekawan duduk sebelah-sebelah bilik hehe. Lucula
bila teringat kenangan lama. Memang kami plan taknak duduk sama-sama bilik. Means
satu bilik 2 orang je. Kami memang tanak duduk sesamala. Pastu masing-masing
tunggu roommate masing-masing masuk. Kami masatu bolehla dikatakan senior juga.
Dah sem 5 tak silap aku. Balik dari praktikal 6 bulan terus belagak jadi senior
haha..
Kat rumah dila ni paling best sebab die
tunaikan semua permintaan aku. Ayam guring dengan brownies. Siap anak dila,
Umairah nyanyi lagu birthday oh may! Terharu sangatt tapi cembiasa muka kenala
buat macam biasa-biasa hahah dalam hati berbunga-bunga uols!
Balik dari rumah dila dia bekal kan lagi
lontong dengan brownies. Ya ampun sedap sangat lontong die. Mase mengimbau
zaman duduk beborak dekat asrama kan, masing-masing cakap tak reti masak. Tuptup
dah berkeluarga automatic jadi GETI MASAK ekekeke. Ayam guring die siap pakai
bread crumb tolongla terlajak rajin ngikut resepi bulat-bulat ni hahaha keji
ayat aku. Eh idokla.. aku ni takla tahap rajin macam dila. Hihihi
Next!!
Rumah miela. Ni pon kira rapat jugak. Bukan
duduk sebelah bilik masa kat asrama. Die gang group lain hehehe. Group ayong
ni. Biasalah zaman belajar ade group konon nyampah betul bila teringat
balik. Dorang duduk rumah sewa masa belajar dulu. Aku tak merasa duduk rumah
sewa rejki dapat asrama sampai sem akhir. Aku and the gang! Tapi sampai sem 5 je. Last sem ni
geng aku dah berpecah separuh duduk rumah sewa separuh dapat asrama. Tak dapat
la nak duduk sebelah sebelah bilik macam sem sebelumnya.
Mase jumpa miela. Omg! Tengah pregnant anak
no. 3. Jam tu jugak aku rasa tua gila aku ni ke ape. Siap belek-belek kat
cermin tengok rupa sendiri. Selamatt masih anggun muda belia. Hahahaha
Kat rumah aku ni memang takdela nak dengar
suara budak-budak main la, melalak etc. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni
dengan suara mak dan anak berlawan-lawan. Para somi-somi idokla meng kekekkee
macam mak-mak haha. Ape Bahasa aku tu. Meng kekekekeke Maksudnya ketawa
terbahak-bahak.
Aku perasanla kan kekawan aku yang dah
kawen ni. Personality terus berubah. Terus macam mak-mak. Hahahahahahahaha risau
aku nnt kawen terus kene cap mak-mak.
Okla korang meh layan gambar!
Kat rumah nad je takde gambar. Syokk sangat beborak sampai
lupa nak bergambar.. dah tetua ni kan kurang sikit la nak bergambar. Zaman dulu
kala memang muka pantang hala. Orang tak hala pon terhegeh-hegeh suruhh hehehe.
Rindunya zaman belajar kat Poli!
mintak maafla kualiti gambar kurang memuaskan. maklomla dah mak-mak tak kesah sangat pasal lighting hohoho
muka berminyak gila sengan je duduk sebelah pengguna dan penjual perlashine!
okla korang. doakan kami ukhwah ini semakin erat dan wangi je sampai syurga... insyallah tahun depan kalau masih rajin boleh lagi merayap. thaks korang kesayangan hamba yang mendoakan aku supaya tahun depan datang dengan pasangan haha walaupun agak kelakar. tapi I suka doa-doa yang macam ni.. hihi
amin..
No comments :
Post a Comment