Monday, August 7, 2017

PJJ/PLK LIFE : SUKA DUKA BERSAMA SUBJEK SEM LEPAS!



Hai…


Sem lepas aku ambil 4 subjek teori. Puncanya takde subjek lain yang available.

So, meh cerita sem lepas tu aku belajar ape je sampai takde masa langsung nk update dengan korang.


MKT420

Ni subjek marketing. NFU gak yang mengajar kami. Sem sebelum ni ambil MGT pon die gak yang ajar. So jumpe lagi la gamaknyaaaaa.. cembiasa pendekatan  beliau menggunakan PYQ. Pepaham jela kalau berlandaskan PYQ ni assessment memang banyak nak meninggal. Hahaha.


Subjek ni boleh je nak goreng sebab macam common sense jek. Cuma jangan lari jauh sangat la. Belajar 4P’s iaitu product, price, promotion and place. Semua bab mesti ade sangkut paut dengan 4P’s. simple je kan penenerangan aku ni hehehehe. Don’t worry subjek ni oke je. Tak menekan perasaan sangat la stress pon datang time buat PYQ jela yang ni memang stress yakmat!. Cuma bab group assignment tu korang kenala bagi fully commitment. Ade je yang lari tajuk sampai stress NFU eekeke. Kalau nk try konsep aku mudah je.


Prepare awal. Seawal yang boleh. Memang la submission date tu hantar last seminar tapi itu bukan alasan korang boleh buat last minit. Aku suka prepared awal. Seminar 3 cemtu dah setel semua. Masa seminar 2 dah hantar draft kat lect. Print out ya.. bukan thru email. bagi aku bagi by hand ni lagi practical sebab lect terus tanda dan conteng-conteng situ. So kami tinggal betulkan mana-mana yang terpesong tu… seminar 3 ke 4 camtu dah setel report siap dengan slide presentation. Last seminar tinggal present je oh by the way last sem kami kene buat strategic marketing untuk product IKS yang boleh di ‘international’ kan. Soalan Nampak je mudah tapi sebenarnya ramai jugak yang tersasar. Sebab itu pentingnya perancangan masa. Prepare awal dan bertanya terus dengan lect kalau tak jelas. Kite belajar satu sem bukan 1 subjek je tau. Ade lagi subjek-subjek lain yang kene bagi attention juga k..
 

TMC501

Ni subjek rentetan dari mandarin level 1 , 2 and lasttttt 3. Haha! Tazabar nak habiskan level 3 tau. Lepasni takde dah. Fyi, subjek Bahasa ni sampai level 3 jek. Pastu khatam boleh la fefeeling update resume menguasai mandarin level 3 ekekekeke. Level 3 ni belajar conversation nak pergi melancong (Dujia). Balik kampung (hui laojia/xiangcun), dan sebagainya hahhahaa tak ingat langsung. Yang penting 5 bab je.


Bagi aku yang memang gelojoh nak habis ni…. Subjek Bahasa seriously banyak kerja sekolah. Tak kiralah mandarin ke arab ke. Masa yang diperuntukkan untuk study Bahasa ni memang lama nak meninggal bhahahahha. Satu, kene translate. Dua, bina ayat. Tiga, latihan tulis hanzi. Empat, buat skrip. Lima, skrip untuk oral test. Enam, buat video. Lepastu dah la 5 pertemuan je. Haha tak tahu nak gelak ke nak nanges. Tapi sem ni ade best la, sebab lect ade buat game. Siap download kat playstore engko.. kalau rajen pergi la cari. Kahoot! Dengan lagi satu ape namenye lupe aku. Bestttttt tak la boring tauu. Walaupun macam interesting je cara die mengajar tapi mulut tetap la menguap doplopatjam!


Eh sem ni memang kaw-kaw-kaw tak cukup tido tau. Sampai aku cakap kat diri sendiri. Patut bulan puasa sibuk beribadah, ni tidok ngadap buku sesajerr rasa keberdosaan betul. 


Biasanya balik kerja laju2 masak nak buka puasa kan. Lepastu kan kemkabut lagi mandi basuh baju gosok baju dan prepare lauk sahur. Lepas jam 9 baru bukak buku sampaiiiila pukul 1 ke 2 pagi. Kang bagun sahur jam 430 camtu. Siap terus mandi pergi kerja. Biasanya time rehat bantai tido kat meeting room. Bhahahaha. Kalau ade masa sikit buat assignment kat ofic. Ade satu tahap tu. Buat assessment TMC berselang seli dengan MKT nak jimat masa punya pasal. Rasa macam ceeeeeeepppppaaatttt sangat masa berlalu tau!


Hahaha iklan kejappp perenggan kat atas tu!


OPM 533

Meh masuk subjek seterusnya. Subjek ni paling ngeri dalam sejarah budak-budak PJJ bhahaha. Dah la acah-acah killer subjek. Bukan subjek je malah lect nya juga. Aku memula register subjek ni ignore je ape yang seniors cakap. Sekali dah masuk kelas rasa macam tak boleh blah. Siap jumpe coordinator ngadu nak drop paper bahahahahahhaa. Tah la ek rasa macam tak boleh bawa. Selalunya aku oke je bila senior cakap lect tu macam ni la macam tu la. Tapi kali ni rasa macam tak boleh kawal. Result CM aku takla gempak mane. Even test or quiz tak bombastic pon. Memang kacau bilau betul perasaan sepanjang study OPM ni. 


Subjek ni belajar mengenai operation dalam management bonus bagi sesiapa yang ade experience kerja kat manufactory field boleh la korang imagine setiap satu. Adelah calculation sikit. Sikit tapi mengelirukan. Aku sukar nak gambarkan subjek mengenai ape. Sebab aku tak into sangat sampaila jawab paper final. Hahah! Siap macam redhoo la result cemana sekali pun…. Mmmmm


Ade jugak yang best subjek ni. Sebab pergi rombongan!. Study trip ke kilang kicap kipas udang (Zara Food Stuff, JB) dan perusahaan puyuh segar (Pontian) besttt sangat pengalaman ni!. Malas nak cerita panjang nanti jela entry khos k!


Yang kurang best… 7 individual assignment! Hahaha mane tak kakak kau ni kurang tidoo. Nak pitam tahu siapkan assignment. Quiz dan test jangan cakap la. Group assignment nye lagi. Presentation lagi bhahaha. Tapi ilekk… cembiasa bab-bab kerja berkumpulan ni memang aku setel awal-awal.


HRM 533

Subjek ni basic human resource management je. Pada aku la boleh je goreng tapi silap! Nak goreng amende kalau soalan die punya trick macam ape. Pusing punya pusing punya pusing soalan bhahahaha. Biasala soalan paper degree kan. Kkkkk fine…


Subjek HR ni banyak guna pakai dalam syarikat. Hak-hak pekerja. Tugas pekerja dan majikan banyakla. Best belajar. Haha!! Yep serius best!


Aku  tak meletakkan skor yang tinggi pon untuk subjek ni. Memang la macam common sense jek tapi fakta tu kene tepat la. Risau jugak aku mase menjawab paper ni haritu hahah.


Bab assignment. Kene buat 5 literature review. Sila pitam hhahahahaha. Nanges-nanges buat tau sebab tak pernah langsung buat LR. Baca kat internet cari info buat cemana. Struggle yakmat. Satu teks tu makan lebih kurang 30 helai tau ce darab 5. Berapa banyak kene baca tu Hahahahahahahahahahahha


Gelak jela yang mampu..


Sepanjang sem tu semua bende yang dilalui tu pahit je… sekarang ni dah rasa manis. Dengan tak cukup tido…last seminar tu kene submit 5 assignment. 3 presentation. 3 test. 1 oral test (mandarin). Lepas satu persatu habis ya tohan rasa beban tu hilang serta merta. Siap nanges-nanges rasa macam tak percaya dah berjaya melalui semuaaaaaanya dengan agak baik. Hihhihi


rakan stidy aku, Dila pattern die study gila-gila. Kang kalau minggu ni aku down gila.. Dila la yang bagi semangat. Lepastu minggu depannya Dila pulak down. Aku la pulak bagi semangat!. Best sebenarnya bila ade geng macam ni. Harap-harap kami terus terusan bersama sampai menggenggam segulung ijazah!


Email aku 24 jam bukak. Don’t worry aku tetap reply cepat atau lambat!.



Thanks for reading this loooooooong entry!

*belanja korang makan heeee
 


 



No comments :