Showing posts with label hyperhidrosis. Show all posts
Showing posts with label hyperhidrosis. Show all posts

Saturday, October 25, 2014

HYPERHIDROSIS : KAEDAH MUDAH MENGATASINYA.

hye..

salam semua geng-geng pesakit hyperhidrosis. entry khos ni. cewaahh

tadi aku ada sorang pengomen, die cakap die geng kite. geng hyperhidrosis. wahh ade geng.

sekarang semua bende nak touch screen kan. dari sekecil-kecil hal sampai la ke besar-besar hal. hal keciknya, mesin photostat jekk. aku rasa bende ni dah lama kot pakai touchscreen. baru hari ni aku nak up stori aku dengan mesin photostat. leceh ko nak tekan screen die. sebab tangan berpeluh. sampai di landa banjir mesin potostat tu. kene hentak pon ia. i is stress. nak nak kalau bende tu urgent. hah bonus! gelabah dah tentu lencun tapak kaki tapak tangan, nak tekan pon tak boleh. satu hal......

dua hal, tak boleh di tegur. tak boleh ade orang tegur tapak tangan aku lembut, tak basah pulak?? (kalau bersalam). tu saat jugak die tetibe berpeluh ko. pokoknya jangan ditegur kalau tangan aku ni tak peluh. aish. nanti bukan tapak tangan je yang berpeluh tapak kaki jugak kene tempiasnya. dua hal...

tiga hal, bank cimb  tempat aku semua dah pakai fully touch screen. hoii lagi la menguji kesobaran. pernah sekali aku hentak kuat sikit. org belakang marah, die ingat aku ni kampong-kampong agaknya. dah bende tu tak boleh nak pergi...strees tau. pernah tekan-tekan banyak kali nak keluarkan duit, "pengeluaran wang" aku tekan kok tak mahu pergi. tekan hentak kuat sikit terus tertekan rm200. kus semangat kalau tertekan banyak tadik cemana (amboi banyak ke..). kang satu hal nak p deposit pulak. ayoyoo..macam tu jugak kalau nak deposit cek, nak masuk angka satu-satu tu agak sadis ya. memang orang kata ni semua mindset kita. aku setuju jugak. kadang-kadang aku cakap "ee nanti mesti berpeluh.."belum jadi dah cakap camtu. memang jadi la kan. so, kita kene ubah mindset. kadang aku tak terpikir pon pasal 'tangan basah' ni. aku wat dono wat lek wat pis jek tau. kadang menjadi kadang tak menjadi jugak. pasrah ko... ape boleh buat.

kadang tu kan, kat dalam kereta elok je kering, kang da sampai depan ATM tu jam nak basah. kalau bawak kereta ko jangan cakap la. stereng berapa kali terlepas time belok. gengam kuat-kuat. mouse komputer? lencun tah berapa kali tukar. pokoknya kami penghidap hyperhydrosis kene banyak bersabar.

tu belum henset touchscreen tu.. ha tu lagi menguji kesobaran. die tak mahu 'back'...sampai lap-lap ibu jari ni pakai kain ke baju yang aku tengah pakai masa tu. sampai kat screen nampak jelas cop jari aku tau. i is stress untuk kedua kalinya. kes tak menyabar macam aku ni, kadang boleh membawa amukan. lempor je henpon kat dinding tu baru owsem. kang aku pakai yang keypad zaman dulu kala tu korang cakap aku tak up to date. aku haruslah up to date ye. meheheee

sekarang aku dah ade penyelesaian, nak tahu apa? bedak compact!. bedak ni memang selalu di bawa keman-mana kan. so kalu nak pi mesin ATM, ko cop dulu jari yang ko akan gunakan untuk tekan tu. macam cop stamping tu. ha camtu la kekdahnya. letak dulu bedak kat jari baru die boleh pergi. letak je bedak banyak-banyak. kalau time tu jari korang tengah basah, korang lap sungguh-sungguh dulu. ye, sungguh-sungguh... idea ni datang dari adik aku nab. sebab die pon hyper gak. makasih nab. maka cadangan nab tu aku panjangkan kat sini. kekdah macam mana kita-kita ni mengatasi masalah kita-kita ni awak....awakk awakk kat mana...tetibe* sape pernah tengok video awak kat mana mesti tahu.. kkikikii. tahu tak ayat awak kat mana dah jadi ayat berpuaka dalam rumah aku ni. sikit sikit..awakk awakkk kat mana....awakk awakkk kat mana...gileee.. :x


ok bai..

Thursday, November 7, 2013

KISAH SEORANG PENGHIDAP HYPERHIDROSIS

hai,


lame tak story pasal penyakit hyperhidrosis ni.
Hiperhidrosis, atau peluh berlebihan, adalah masalah biasa.
Hiperhidrosis axillary adalah berpeluh berlebihan daripada ketiak.
Hiperhidrosis Palmoplantar adalah berpeluh berlebihan daripada tapak tangan dan tapak kaki.
untuk aku ni jenis Palmoplantar. aku pernah story kat entry yang lepas. so, rerajin la semak side bar aku tu. :)


dek kecanggihan teknologi sekarang ni, dengan semua screen nak di touch. termasuk handphone, tablet, ipad, fax machine, photostat machine semua nak fully touch screen kan. aku ni manusia yang kononnye uptodate la khononnn ye disitu. maka aku pon beli la smartphone touch screen tu ha.


bagi penghidap macam aku ni, mungkin agak susahlah untuk pertama kali nak menggunakan handphone touch screen ni. petama, opkos la tangan kita ni basah lepastu tak boleh nak mesra dengan sensor touchscreen tu. lepastu mesti rasa nak hentak je kuat-kuat. ehehe. kedua, lencun la handphone tu. kalau aku ni pakai S3 opkos la basah lokos S3 aku tu. dulu pakai casing flip tu kaler hitam putih. sekarang kaler die macam milo terlebih nescafe. acaner tu. apesal rasa macam pengotor sangat kan... tapi ni realiti yang harus aku tanggung gituw. dan aku tak boleh langsung di beri sebarang fail berbentuk plastik, opkos lencun fail tu. kertas di lamination pon tak boleh, opkos terbarai kertas lamination tuuu dan apa sahaja bentuk yang boleh bertukar rupa bentuk. hahaaa


mase aku mula-mula kerja, tiap jam mesti nak cuci tangan siap sabun bawak sendiri dari rumah. benda ni mempengaruhi confident level seseorang k. rasa tak nak bersalaman dengan orang, tak nak berlaga pipi dengan kawan-kawan, susah nak pegang pen, nak pegang mouse komputer, stereng kreta, belum part nak buka akaun baru kat Bank, lame gila kot aku punye kes ni nak setel, pasal cap ibu jari tangan ni tak boleh detect langsung dan sebagainyaaaaa. alhamdulillah, peluh yang macam ni tidak meninggalkan bau pon. mungkin ada part-part melekit tu. redho je la. :) dan ada juga part kulit ni jadi sensetip, jadi mengelupas, jadi macam-macam rupa la. :)


ada pakar kata, sebab berlaku peluhan ni adalah dari haba dan emosi. tapi aku rasa semua hal yang berkaitan atau tak berkaitan boleh mengakibatkan perpeluhan ni tak kira masa, waktu dan ketika panas dan juga sejuk tak kira ikut sukati die nak keluar, maka keluar la ia. hehe. ekceli aku cuba juga la kekdah hipnosis. tak berkesan jugak. cuba juga set kat pale ni jangan berpeluh. tak berkesan jugak. lepastu kalau kene tegur "azi, asal tangan ko tak berpeluh pulak ek?" haaa jam tu jugak mula la menitik-nitik air keluar u olz, so better janganlah di tegur merana hakak kau ni!. aku kalau pergi makan kat jemputan pon pakai sudu. makan kat rumah pon kadang-kadang nak pakai sudu. sebab tak selesa la. susah nak explain. penghidap je tahu emosi kite ni acaner. ehehee


sebenarnya ada kekdah rawatan yang sesuai, antaranya  treating hyperhidrosis generally proceeds from OTC antiperspirants to prescription antiperspirants, iontophoresis, microwave destruction of sweat glands, oral anticholinergic medications, Botox, and surgery.


memang aku pernah nak cuba kekdah pembedahan di bawah ketiak. tapi aku rase macam tak perlu, sebab aku merasakan ada lagi insan kat luar sana yang lagii gila teruk dari aku. siap 24H kene pegang tuala. dasatkan.


dalam femly aku yang sejibik macam aku ni adik lelaki bawah aku dan adik bongsu aku. dorang lagi la dasat. adik lelaki aku tu dalam kereta mesti ade tuala lap tangan before pegang streng dalam kocek harus ada tuala. adik bongsu aku pulak die teruk bab melekit sampai satu tahap aku rase nak #urutdada  kalau die pegang aku. haha ni pompuan tak sedar diri padahal sespisis yang same. ekehkehkehh


aku nak ngadu ni, kadang-kadang aku malu la jugak kan nak pergi rumah kawan. nak masuk rumah die. sebab mungkin aku akan meninggalkan 'jejak' kat mozek rumah dorang. jejak ni macam peluh yang keluar dari tapak kaki. mungkin kaler itam ke coklat ke. ehehe. lagi aku mane la boleh nak pakai sandal yang takde sokongan bahagian depan atau belakang. kalau kalau pakai yang takde sokongan macam kat bawah ni. opkos sandal aku tu tetinggal kat blakang. banyak dah jadi. hehehee


jenis ni pangkah awal-awal. tak pernah wujud dah lepas insiden memalukan tu..hehe 


yang ni boleh la stakat jalan kejap-kejap. kalau jalan lelame, penat tau jari jari kaki mencengkam buat sokongan nanti tertinggal plak kat blakang. ekehkehh
seelok nya pakai yang macam ni atau yang bersarung penuh tu. ada tali belakang. takde masalah dah. kalau ade masalah pon mungkin jatuh tergelincir. hahaaaa
seeloknya juga permukaan tapak adalah jenis yang kering. 


GAMBAR : GOOGLE

so, bagi penghidap hyperhidrosis anda tidak keseorangan!. meh sep sikit!...