Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, May 6, 2011

♥ BARIS PERTAMA : Wanita Solehah Srikandi UMMAH ♥

jadilah wanita yang hadirnya didalam kaca..
sukar disentuh tapi bercahaya...
permatanya digilap dengan akhlak dan peribadi yang mulia...
moga hadirnya kaum hawa itu di hargai 
bukan untuk dijual beli..

"Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ”.


baris pertama kali ini berkongsi kisah WANITA SOLEHAH SRIKANDI UMMAH. *sign~ ^_^
untuk renungan bersama..semoga kita mendapat ikhtibar...amin~



 
"Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita. Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi. 
Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.
Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.
Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. 


Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap...

tangisannya adalah rasa hati....

kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang...


Amat malang, kewujudan makhluk ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada juzu’ alam ini disalahertikan oleh golongan jahiliah suatu ketika dahulu. Bagi mereka, wanita adalah lambang kehinaan, punca kepapaan, satu kaum yang tidak bernilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak di dalam keluarga. Wanita adalah golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf haknya di dalam meneruskan kehidupan mereka.


Kebencian mereka terhadap wanita didedahkan oleh Allah di dalam Al Quran ketika kalam kepastianNya dituturkan, yang bermaksud :

        “ Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ”.

-An Nahl - ayat 58-59.



Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan.FirmanNya yang bermaksud :


  “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.

- At Taubah- ayat 71


Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’,Rabiah Al Adawiah dan serikandi-serikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani. 

Rabiah Al Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Al Haq yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.
       
“ Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan aku tidak tahu samada Dia marah atau redha denganku ”.


        “ Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah S.W.T semata-mata mengharapkan syurgaNya dan takutkan api nerakaNya.Seandainya Allah tidak menjadikan syurga dan neraka, apakah kamu akan menyembahNya ? ”.

  • Itulah wanita-wanita yang sering menggegarkan dunia, menjadi idola setiap lelaki beriman.

Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. 

Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. 



Wanita diekspliotasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya.

Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat  merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi.

Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor sebagai budaya. Mereka adalah puteri, ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.

Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. 

Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. 

  • Ke mana hilangnya Khadijah,Aisyah,Fatimah, Rabiah dan Isabella di dalam diri wanita hari ini ? 

  • Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang ? 

Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak.Cukuplah perkhabaran daripada Rasulullah yang mengatakan bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka sebagai peringatan yang membataskan segala pergerakan dan kata-kata. 

Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. 

Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.


- riwayat Muslim -
credit :-
http://permai1.tripod.com//-banyak info menarik kat sini...sharing is caring rite..hiihii



Saturday, April 2, 2011

♥ PERCUME untuk semua!! ♥

huooaa malam ni update 2 entry...tamak bin halobe...

aku mengaku sekarang aku tak boleh nampak perkataan PERCUME!

BUY 1 FREE 1

dan tak suke ayat ni


BELI 1 DAPAT 1

hokaloh memang la beli 1 dapat 1...tokseh la tepek lagi kad manila, kertas kotak, tutup tin susu kat situ..sakit mate auw...takkan nye beli 1 dapat sepuloh...nipu la tu...

ni baru betul percuma..dah akan percume setat arini hingga habis bulan April...sempena  

Oral Health Month <-------- klik untuk lebih lanjut


so ape lagi moh ler kito terjah klinik-klinik yang tersenarai....excited kau, nebes pon ade ni nak cek gigi....dah berkarat dah tumbuh segale rumpai laut..rumpai darat menjalar sampai naik ke lobang idung....eleh mcam korang bersih noh...ngee~



last hantar gigi pergi cuci dengan dokter mase sem 5....gilo bape juta tahun dulu kala! mahal kau...tak mampu..aku kan kemut macam boss...jadinye ini la peluang yang ade! PERCUME...pengsan @____@ aku mase bace, macam menang pawer root...ecehcehcehh...



see...see aku dah garis name dan alamat dan no tepon klinik yang bakal menjadi mangse aku tak lame lagik...korang jugak haruss buat begitu!



 
*amboi...sekap cik Toya dah macam singa...
 
 
 
Bright Smiles, Bright Futures!






Thursday, March 24, 2011

♥ BARIS PERTAMA : beza antara MANUSIA ♥

salam, semalam outstation...jauh perjalanan...cume sempat BW sekejap je malam tadi, bakinye aku habiskan dengan turuuuu~~~ ZZZZzzzzzZZZ


sepanjang perjalan, aku sempat khatam satu novel, Hati Sebening Mata Air. gaya penulisan Amru Khalid ni betul-betul 'makan dalam' ade maksud dan punya gaya penyampaian tersendiri...novel ni berkisar tentang KEIKHLASAN...dengan sepenuh-penuh perhatian aku membace dan hampir-hampir menitik juga air mata, makna yang tersirat mahu tak tersentap.....


terfikir sejenak segala perbuatan aku kali lepas,

  • ikhlaskah aku selama ini melakukan kebaikan dan beribadah kepada ALLAH?
  • ikhlaskah aku bekerja mencari rezeki yang halal?
  • ikhlaskah aku dalam semua perbuatan?
  • tidak pernahkah timbul penyakit hati, benci, dendam, sombong, tertekan pade manusia yang lain?


ibnu Majah pernah meriwayatkan "Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan ikhlas dan kerana mencari keredhaan ALLAH."


islam menyaran menetapkan niat dalam apa jua perbuatan, kerana perbuatan kita bergantung kepada niat. Ribuan manusia pergi bekerja, namun yang membezakan perbuatan mereka adalah niat... sejauh mana keikhlasan kita dalam melaksana tugas? sejauh mana jujur kita dalam bekerja? seberapa pasti gaji yang diterima setiap bulan adalah dari cara yang halal?


payah!
payah untuk kita menghambakan diri pada KEIKHLASAN. kerana ianya membabitkan hati, dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati kita!


Ikhlas adalah rahsia Allah dan hamba-NYA. malaikat yang hampir dengan Allah tidak mengetahui apa rahsia ikhlas manusia. malah syaitoonirojim pun  tidak dapat mencuri rahsia keikhlasan itu bahkan takut dengan manusia yang benar-benar mencari keredhaan Allah.


Firma Allah : "iblis berkata: Ya, tuhanku. berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya, iblis menjawab : demi kekuasaan Engkau aku menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas diantara mereka." - (surah Shad, ayat 79-80)


justeru, Keikhlasan seseorang itu pasti ada kebahagiaan yang menanti, yang menentukan keikhlasan itu adalalah hati. hidup tidak bermakna jika tiada istilah ikhlas dan kasih sayang daripada Allah.


kerana kasih-NYA kita dilahirkan

kerana kasih-NYA juga kita hidup

keran kasih-NYA juga kita berada disyurga nanti...insyALLAH...


adakala sebagai manusia kita terlepas pandang benda yang kecil tetapi memberi impak yang besar.
seperti : bersangka buruk kepada orang lain, cepat melihat kesalahan orang lain dan macam-macam lagi la..


NAMUN!
ikhlas sahaja tidak mencukupi, kerana syarat lain juga harus menyusul...macam makan, tak cukup sekadar makan kan, mesti mau minum. kalau tak, tersedu-sedu la dikau...




- Sharing is caring -
sumber&idea : Hati Sebening Mata Air .. Hizbur Rahman (NJIM) .. Azi Nur





p/s: cepatnye sangat mase berlalu sekarang...besok dah JUMAAT macam tak percaye...semakin dekat ke kita dengan KIAMAT? Wallahua'lam

Sunday, March 20, 2011

♥ Tugu paling TERBAIKK! ♥

salam . ok hari ni hari ahad..dah malam dah pon . aku baru nak post entry baru . heheee

seharian aku dijalanan. mane? hantar adik balik MRSM. esok kan sekolah dah setat~


ni die budaknye. Nabila...dah nak balik baru nak save asignment dalam pendrive...ngrrr marah ni!
Nabila tahun ni jadi mangsa PMR . doakan Nabilah dapat result gempak~
 besar cita-cita budak ni... nak jadi dokter tulang katenye , mak pesan belajar kat Malaysia je..jangan jadi macam kakak, dah duduk negara orang tak tahu jalan balik kampung...haha..moga tercapai! amin~




berbalik kepade tajuk hari ini, sebenarnya aku tahu nak gelar bende alah ni ape...ala-ala tugu la kot atau simbolik atau papan tande atau ape ek aku jadi lembab pulak nak label kan bende ni ape..korang je la jelas kan pade aku, ape patut aku gelar bende ni...





ok tugu ni aku jumpe kat satu Felda..memang terbaik..sempat aku snap ni...ekceli kat tayar-tayar tu ade perkataan "padah rempit"...lagi bla bla aku tak sempat bace...siap ade cat merah ala-ala darah la kot tersimbah kat motor tu...




kreatif kan penduduk kat situ 'mengayakan' nasihat...semangat macam ni la yang kita nak! memang hebat!!




p/s: sok nak pakai baju kaler ape ni..adus pening la sumer kaler PINK!

Sunday, November 7, 2010

♥ kempen Aurat Saya Maruah Saya ♥

Mari Bersama Menjaga Aurat! 
Aurat Kita Maruah Kita! 
Maruah Kita, Maruah Islam! 
Maruah Islam, Perjuangan Kita!


ini adalh unkapan atau slogan bagi kempen menutup aurat 2010...aku jumpe page KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA kat laman FB....hurmm ape pandangan msing2 mengenai kempen tersebut....
  bagi aku kempen ni sgt baik...sebb mendidik kita agar lebih pandai menjaga diri terutama aurat perempuan sekarg yang semakin hari dianggap remeh...erkk betul ke??

aku post kempen ni kat entry aku bukan berniat nk memerli...tp sama2 kita ingat mengigati..aku pun kadang kala leka dngan tuntutan menutup aurat antara sebb aku leka myb aku kuat berfesyen....suke melaram....

islam tidak melarat umatnye berfesyen...tp haruslah menjaga tatasusila dan adab dalam berpakaian...aku juga sering mengingatkan diri supaya menjaga2 setiap penampilan agar tidak terlalu menjolok mata....aku juga akui kadang2 aku ade DEGIL sikit bab2 berpakaian ni...hihi 

aku slalu berdoa agar suatu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk menjadi muslimah terbaik bukan setkat dimata manusia tetapi di mata islam juga....sekarg bukan xsopan...myb kurang sopan....setiap orang ade tanggapan masing2...bagi aku ini satu isu yang sensitif btl x...jadi perlu berlembut dalam menutur kata...aku juga xlayak menasihati orang mengenai aurat sebb aku sendiri masih lagi tidak sempurna untuk melahirkan satu bentuk nasihat...insyallah janjiku aku akan berubah menjadi yang terbaik...

kalu nk bercerita mengenai aurat...slalu yg 'bising2' mengenai aurat ni ialah IBU ku...ialah mak mana yg xrisau lau tgk anak die berpakaian xsopan pulak 2 tergedik2 bila jalan...(cam aku je) huhu...alhamdulillah aku mendapt keluarga yg boley dikatakan sgt mengikut adab dan tataterbit berpakaian dalam islam...aku?? aku masih lgi dengan cara aku tp tetap sopan cuma kadang2 suke pakai tudung singkat2 n bajut agak fit...walaupun dah bayak nasihat dorang bg....bg aku la...blum sedia~~ ha 2la slalu jawapan aku...

aku percaya bahawa ramai wanita diluar sana pun xmau ketinggalan dunia fesyen...setiap hari ade saja fesyen2 terbarukan...geram x? mestilah geram...hahaa....tp aku xlah sampai lupe daratan dalam berfesyen aku masih lagi menutup aurat tp tidak la sesempurnah adik beradik n IBU ku...aku msih lagi waras dalam mahu menjaga maruah ku bukan setakat maruah ku semata2 malah maruah keluarga terutama ABAH dan IBU...aku xmau orang mengumpat bahawa...''wah2 anak pak haji pak bilal n hajah pakai baju ketat2 mcm ni ke didik anak?!" aku xmau ayat2 ni menjengah telinga mereka...maklumlah mulut periuk leh ditutup, mulut manusia boleh??...sebagai contoh...IBU ku slalu kate IBU xnak tegur2 anak org berpakaian mcm mana sekalipun sebb IBU tau anak2 IBU pun pakai baju 2X5...hihihi...(akulah yg paling terase...) 




panjang lak aku berleter kat entry kalini.....sebgai menutup tirai...(wahh g2!) aku support kempen sebegini...dan diharapkan agar dimasa2 akan datg kempen ni jadi gilang gemilang dan dapt mnarik sume serata dunia mengenai pentingnya menutup aurat dengan sempurnah semstinya....

aku ade bg link KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA  untuk maklumat lanjut lau rajin2 leh la view~~ adioss ~~