Showing posts with label loan kereta. Show all posts
Showing posts with label loan kereta. Show all posts

Friday, December 13, 2013

KONGSI CERITA 1 : PROTON SAGA FLX 1.3L STD CVT

hai,


hari tu aku ade janji nak kongsi cerita kawan tu beli proton saga std auto. fyi, dulu aku pernah cakap yang kereta Saga Standard tidak lagi ditambah stoknya dalam erti kata lain diberhentikan keluarannya sementara bagi memberi laluan kereta Saga SV. kawan aku ni die nak jugak yang standard taknak beli yang SV sebab SV macam yang kita tahu banyak aksesori yang takde. insyallah aku update jugak kisah kawan aku yang dah beli SV. tapi nanti ya. sabaq bende kene korek bukan senang. hewhew aku pun jenuh jugak nak menginterbiu kawan aku ni. tapi oleh sebab aku dah janji maka harus di tunaikan. *sedang berusaha menunaikan setiap satu janji T_T


kawan aku ni lepasan graduan. baru bekerja tidak sampai setahun pun. aku rasa lepas 3 bulan die kerja die terus nak beli kereta. gaji die pun kurang RM 1,500/sebulan.


REBATE/DISKAUN/POTONGAN

macam yang kita tahu kerajaan ada bagi rebate untuk setiap pembelian kereta baru kan kan kan. jadi kawan aku ni dapat la rebate dalam RM 700.00. ekceli kata kawan aku ni. jumlah rebate ni berubah-ubah ikut tempoh masa yang di tetapkan. contohnya la kan dari  12/9-13/10 rebate berjumlah RM1,500. area bulan 11-12 camtu dalam RM 700.00. die berubah-ubah, kene selalu update pasal rebate ni kat kedai jual kereta tu. proton ke produa ke etc mesti ada kasi punya.


rebate ni pulak die bukan kasi masa kau kompom beli letak down payment or etc. rebate ni di kasi bila loan kau kat bank tu lepas!. misalnye la kan, masa kau pegi proton kau kompom nak saga std dan pulak masa tu rebate yang ada RM 1,500.00. kau tak kan dapat RM 1,500.00 tu selagi prosedur loan kau belom jalan/belom lulus. kalau loan kau dah lulus, mase tu pulak rebate yang ada RM 700.00. jadi kau hanya dapat RM 700.00 tu je. die di kira selepas loan lepas. bukan masa kau pongpangpongpang dalam kedai jual kereta tu/proton/perodua. paham tak ek. hope paham la. tak paham email aku ye. :p



MARK-UP HARGA

mark-up harga ni dari segi law aku tak tahu bende ni baik ke idok. hehe. fungsi die adalah untuk mengurangkan bayaran deposit kereta selain tolak rebate tu la. tapi kawan aku ni di cadangkan oleh pihak penjual tu untuk membuat pinjaman jenis mark-up harga. eh betul ke ayat aku ni. :p. mark-up harga ni macam gini ceritanya. kawan aku ambil kereta std auto yang harga (tak ingat berapa +/-) RM 41,000. lepastu die loan kat bank harga kereta exec auto yang harganya dalam RM 44,000.

kat dalam surat perjanjian pinjaman yang bank keluarkan die cuma tulis Saga flx 1.3 auto. tidak mention std atau exec.

gitula kisah markup harga.

contoh. nak kereta SV tapi markup harga standard. nak kereta standart markup harga exec. nak kereta exec markup harga SE. erk. ada untung jugak tau buat markup harga ni. contoh macam ni lagi satu, nak kereta SV tapi markup harga kereta standard. Sv baru RM38k tapi markup sampai RM41k. siap ade baki tu duit kita dapat. tu belom campur rebate. dalam tangan adalah dalam RM4k. jadi RM4k tu boleh beli aksesori untuk SV kan kan kan. gitu la katenye si kawan.



TEMPOH PINJAMAN DAN BAYARAN BULANAN

kawan aku ikat selama 9 tahun dengan interest bank sebanyak 3.25% (Maybank). kalau korang nak pakai Affinbank interest nya 3.15%. ikut pada bank mana yang lepas la. dulu kawan aku ni loan kat cimb bank. tak lepas. lepastu loan kat maybank pakai abang die sebagai penjamin. lama juga prosedur maybank ni. siap salah tulis bagai. sebab tu seblom sign surat perjanjian kene baca elok-elok na. :)

bulanan kereta RM 48+.++ yang harus di bayar sebulan selepas pakai kereta.


ermm ape lagi tak cerita ek. ......


ohhh ok. baru teringat. oleh sebab kereta saga std takde banyak stok dah. jadi kereta kawan aku di ambil dari segamat bawak balik ke seromban. sebab paling dekat kat segamat je yang hado stoknye. kaler pon tak banyak choice. kawan aku terpakse la pilih Elegant Brown sebab pilihan yang ada Tranquility Black dan Solid White. kalau ambil kaler hitam nanti same pulak dengan aku. kalau putih pulak same dengan kawan kiteorang. hehe. so, no choice redah je..
sampai seremban die punya KM dah 400+/-. jauh kan perjalanan. aku pon tertanya-tanya jugak kenape tak bawak naik lori je. *seketol je pon nak naik lori hehe* boleh pulak dorang lenjan dari segamat to seremban. hoihh jalan segamat tu dah la. hehehe tapi takpe takde sebarang kecelakaan dan kecacatan.
masa ambil kereta tu cek KM die bebtol bagi memastikan kereta tersebut tidak di lenjan sesuka suki. kahkahkah jahat ayat aku tu. mase aku ambil kereta aku tu pun dah 12KM.




INFO!

  1. mulai tahun hadapan tempoh pinjaman kereta sehingga 7 tahun sahaja!. so, tahun ni last kalau nak pinjam sehingga 9 tahun.
  2. fyi, kereta std yang kita semua sedia maklom banyak beza dari segi features dengan exec. tapi kate kawan aku ianya tidak lagi. ada penambahbaikan dalam kereta std ni. contoh : Air-Bag 2 (driver+passenger) , ABS with EDB *UPDATE 18/12/2013: TAKDE ABS EDB, driver's seat height-adjuster. kalau dulu punya takde. kalau perasan std yang dulu bahagian dashboard ade petak kosong kan. sekarang ni dah tak lompong/kosong cengitu sebab dah letak Air-Bag. untung kan........



ok aku rasa tu je kot. kalau ade pape info lagi aku akan gigih hupdate k!!


Friday, November 15, 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH! LOAN LEPAS..KERETA DAPAT!


hai..

nak citer ni, alhamdulillah alhamdulillah one of my bff dah dapat kereta baru! yea!! welcome to the club!! hahaha


puas jugak la aku menghasut die beli saga. hasutan berjaya muahahahaaaa. lagi pun die memang nak beli saga, cume keliru sikit, lepas aku beli dan stori mori A to Z baru die yakin la nak amek kereta ni. tapi die amek kereta auto. tak kesah la. janji loan die dah lepas, kereta pun dah dapat. before ni aku ade beritahu yang member aku ni mengadu pasal salesgirl salah satu branch Proton kat Seremban salah bagi info dekat Maybank tu. lepastu kene buat loan baru, perjanjian baru eh senang cakap banyak jugak la poblem die. tapi percayalah setiap kesulitan ada hikmahnye!. memula member tu dah tawar hati bagai. aku cube la bagi semangat, walaupun aku ade sikit geram jugak mase tu. mm...bukan senang nak dapat barang yang kita nak. kan? jadi saba, doa banyak-banyak, solat hajat semua insyallah Allah ada bantu kita ye..


lepas je insiden tu, die da takde update pape pasal loan die tu kat aku. tup-tup semalam die bawak kereta baruuuuu tuuuuuuuu peeeweeeiiiiitttt NCX XXX freshhhhh from Seremban kau! siap park belakang kite lagi tu..elehhh ingat kite tak perasan lettewwww...kite da skodeng kat cermin belakang, nampak muka die tejojol tengah cari parking kosong. wahwahwahhh cayalahhh. kaler brown uolz... iolz tengok lawo betul kaler tu. dulu iolz tak minat. sekarang ni macam minat pulak kaler-kaler brown, kaler-kaler hijoo gitu.


tapi lupe nak lupe snap gambo barang sekeping dua. sebab aku aku ponn eksitedddd semalam kahkahkah.....insyallah nanti aku hupdate lagi kisah ni yee yee janji ni janjiiii..



sedikit info yang sempat aku korek:

kereta : SagaFLX 1.3 (CVT) standard (Brown)
Loan Bank : Maybank Seremban to Johor Bahru
Loan Period : 9 years (Full Loan)
Proton Branch : Seremban


nila ghuper kaler kereta beliau.... rembatan : GOOGLE



Thursday, November 7, 2013

SAFE TINT WARRANTY


hai, 


hari tu ada cerita pasal tinted kereta. hari ni nak sambung mengenai SafeTint yang sedia ada di pasang pada kereta-kereta kita tu. untuk saga SV SafeTint tidak di pasang, ini salah satu daripada kekurangkan aksesori kereta SV. kalau beli selain SV, SafeTint ni sudah dipasang dan mempunyai jaminan selama 5 tahun dengan bersyarat. 



boleh la zoom habisan kalau nak baca. :)



Saga SV on the road......hewheww mengancam kan....ramai juga yang pakai Saga SV kat JB ni. so, anda bila lagi??


kalau rajin, boleh pergi survey kat Proton Edar dan Pusat Jualan Proton. sebab dua-dua tempat ni menawarkan harga yang berlainan juga cara penerangan yang berbeza. maksudnya, kalau kat Proton Edar beritahu ada safetint nanti kat Pusat Jualan Proton cakap takde pulak. lepastu kadang-kadang salesman/salesgirl dorang macam pening, sorang cakap ado, sorang lagi cakap takdo. hari ni pergi dengar penerangan dengan salesman 1, esok dengar penerangan salesman 2 tak same pon ape butir yang dorang beritahu, lepastu salesman 2 tanye kita sape name salesman 1 tu. gituw?? memang peningla. better survey dulu tanye soklan bertubi tubiiii kihkihkihh. Gud Luck!


Insyallah hujung tahun ni aku update story pasal Saga SV tu pun kalau member tu jadi ambil la. aku pun pening dengan die. kejap nak kejap taknak.


sorang lagi member mengadu salesgirl salah satu branch Proton kat Seremban, salah bagi info dekat Maybank. Maybank dah keluarkan surat perjanjian. kira loan die dah lepas. tapi salah kereta. die mintak SAGA FLX (CVT) Standart. tapi kat surat perjanjian SAGA FLX (CVT) Exclusive. dah tentu harga pon lari. nasib baik member tu tak terus sign. kalau tak nah kau bayar monthly lebih RM500. hokaloh!


so, u guys make sure baca surat perjanjian tu betul-betul. selalu update dengan salesgirl/salesman lepastu sebelum die hantar dekat bank, suruh die confirm kan dulu dengan kita kereta yang kita nak tu dengan jelas. kalau tak jadi lah kes macam member aku ni. kesian die, dah lah nak pakai kereta cepat. lepastu terpakse tunggu lagi. ampunn~saba je la..


ok, hope membantu! :)


Friday, June 7, 2013

TIPS : LOAN KERETA

hai..

ok, hari ni nak sambung entry semalam..cuma hari ni nak di tekan kan bab LOAN..

perkara pertama yang ditakuti oleh bakal pembeli kereta adalah mengenai LOAN...

aku sendiri pon takut loan aku tak lepas...ade sesetengah bank, sangat mudah untuk buat pinjaman kat situ..dan ada pulak bank yang procedurenye sangat merumitkan..

yang aku sure sangat, kakitangan bahagian LOAN sangat tak mesra alam..haha..tu aku sure sangat...veri serius ko..seram jugak nak melayan dah macam polis dok tanya tanpa nada kemesraan di situ...T___T

petama sekali aku Loan dekat Bank Islam..ramai kata Bank Islam senang, mudah dan cepat..kata-kata itu sangat tak betul ok..aku rasa Bank Islam susah nak luluskan loan kita..dan aku sendiri tanye kawan-kawan kat Forum, ade yang setuju dengan pendapat aku dan ade jugak yang tidak...tapi ramai yang mengatakan Bank Islam susah nak luluskan loan kita..

lepas beberapa incident aku dengan bank tersebut..aku amek keputusan tak nak dah buat loan kat Bank Islam..stress..hehe lepastu, salesman suggest kan kat aku buat loan kat Public Bank (Islamic)..alhamdulillah dalam masa kurang seminggu loan aku di luluskan...syukur sangat-sangat...sangat mudah, PB (Public Bank) sendiri direct call, takde pulak call office...

biasanya kalau loan tak lepas ni mesti berkaitan dengan penyata KWSP kita . selalunya la kan syarikat swasta memang tak aci. sebb mereka potong kwsp sikit. konon nak bayar sikit. so, kene la berhati-hati bab ni. ekceli kalau gaji kecik, pakailah penjamin untuk keselamatan bank jugak. janji penjamin kite tu ade income monthly.

kemudian pergi bank, untuk tandatangan banyakkkk dokumen. harus prepared jugak duit insurans sebab dorang akan cakap masa kita tandatangan dokumen tu. so, kene prepare awal-awal duit untuk insurans tu...

insurans tu untuk cover hutang kita jika kita mati..kira, famlily tak perlu la tanggung hutang kereta kita tu. so, bayar RM 135.15 sekali seumur kereta tu...

alhamdulillah...urusan bank sudah setel, jadi lepasni urusan di kedai Proton pulak...bayar deposit RM 3,000.00..lepastu ade tambahan lain-lain. contoh tambah nama pemandu ke dua ketiga keempat, lagi insurans untuk cermin, dan lain-lain. yang ni nanti engkorang tahu la bila salesman tu kasi tahu korang masa bayar deposit kereta tu k.


ok, hope dapat membantu~