Saturday, August 12, 2017

APA ALASAN UNTUK TUKAR KAMPUS?



Hai happy saturday!..

15/8/17 ni keluar la result sem lepas. Dupdapdupdap la. Rasanya ni first time result keluar hari selasa. Sebelum ni mesti hari jumaat. Dengar cerita semester baru awal bulan 9. Gila babeng cepat nau. Haha! Budak-budak diploma yang rehat lima bulan tu bestla mereput. Aku ni macam tak berasa sangat nekmat mereput. Hehe.


Hari-hari chat dengan Dila kat Hangout menyatakan betapa risaunya kami dengan subjek OPM. Dila oke la CM die tinggi. Lagi pun soalan calculation die boleh buat. Aku ni… dah la lari format stress gila aku mase dapat tahu salah guna formula. Dahlah OPM tu killer paper. Actually bukanla subjek tu yang killer. Tapi lecturer nye tu yang entahlah sukar aku nak describe. Student yang pernah belajar dengan die je tahu cemana haha!.


Aku plan dengan Dila sem depan nak ambil 3 subjek je. Tapi kene tunggu jadual la. Kalau dapat yang dari jam 8 pagi sampai 2:30 petang syokla. Sebab straight je kan tak payah mereput kat library ke, café ke hehe. Kalau yang gap nye panjang tu yang tak best walaupun ade sesetengahnye bersetuju ade gap yang panjang sebab boleh berehat, tido, siapkan kerja sekolah, study untuk kuiz ke presentation ke test ke kan. Tapi aku kalau boleh nak sekali jalan. Dah setel semua baru berehat. Biasanya lepas kelas aku memang balik kampung. Tokleh la tak balik kampung dalam 1 week mesti homesick lepastu fefeeling macam dah lame tak balik. Padahal 5 hari je tak balik! Haha aku rasa masalah homesick aku takda kesudahan…


Antara soalan yang boleh dikatakan hari-hari masuk dalam ruangan komen. TUKAR KAMPUS. Ermmm ni susah nak jawab even dah banyak kali aku jawab. Takpela kali ni macam rajen nak scroll komen sesatu.


Alasan untuk part time tu aku rasa takda masalah. Untuk full time mungkin bermasalah sikit. Tapi takpe aku bagi jela tips, cadangan, komen dsb.

  
Pertama sekali, korang kena lah listkan sebab musabab yang kukuh kenapa korang nak tukar kampus.
Contohnya ;
  1.  Mak sakit
  2.  Diri sendiri sakit means tak boleh pergi jauh dari hospital yang merawat
  3. Keluarga tak mampu sebab ibu sahaja yang bekerja adik beradik pula ramai
  4.  Berhasrat nak tukar course tapi Uitm yang dapat ni takde course tu
  5. Dan lain-lain

Aku dulu bagi alasan sebab student part time kan, nak berulang alik setiap weekend tu memang merana sikitla plus bagi alasan ibu aku memang sakit masetu, ade cerita kat entry sebelum ni. Kebetulan kampus Pasir Gudang ade offer course yang sama. Tu yang mintak tukar. Tapi satu semester je. Next semester kene pindah balik Shah Alam. Untuk tidak mahu terbeban dengan pelbagai masalah mendatang, aku pon minta tukar course yang Pasir Gudang tawarkan je. Senang tutup cerita. Tapi ni dari sudut part time student la. Aku rasa takde masalah kot untuk kami yang PJJ ni.


Contohnyela.


Boleh je nyatakan alasan yang sangat kukuh lagi menyakinkan kenapa mengapain.. pengawai yang tengok tu pon ade belas kasihan. Masih lagi manusia so, takan dorang tak kasihan kot la kan.. lagi cantek korang bagi bukti siap CTC. Kalau mak sakit, tak payahlah hantar gambar amak korang tengah terlantar. Iskk budak ni aku debik kang. Cukup la surat ke report kesihatan emak ituuu. Untuk pendapatan yang tak berkemampuan tu. Potostat slip gaji mintak cop ketua kampung ke, penghulu ke, YB ke. Baru Nampak macam ade kesungguhan bukan saja-saja. Bak kate boss oversea aku ni ‘suka-suka’ dah tu je perkataan melayu yang die geti sebut hahaha.


Kalau korang listkan sebab yang macam ni ;

  1.  Homesick
  2. Tak suke negeri tu
  3.  Tak suke uitm tu
  4.  Uitm tu jauh sangat dari rumah. Tak boleh jejauh dari rumah sebab mak cakap boleh pergi paling jauh dari jumah 12km je.
  5. Tak suke lecturer kat situ
  6. Tak suka kantin situ sebab takde chicken chop
  7. Tak suka Uitm tu sebab dalam hutan haha ni keji
  8. Tak nak Uitm tu sebab kawan kite dapat Uitm lain yang lagi best
  9.  Takde kawan la kat situ… I tak boleh hidup tanpa bff I tahu!

Sila lupakan sahaja niat untuk mintak tukar kampus dengan alasan yang macam ni silap hari bulan tawaran kene tarik balik ha naya… aku tak tahula apa alasan korang korang. Tapi pada aku kalau alasan yang remeh temeh ni toksah la di layan sangat. Barangkali perkara yang tak disukai itu boleh jadi yang terbaik untuk kita!. Who knows kan… so, mari husnuzon.


hehe


31 comments :

Unknown said...

Hai sya baru dapat keputusan Upu semalam. Saya dapat kos yang saya minati tapi saya nak tukar kampus. Bila agaknya saya dapat buat surat rayuan? Adakah sebelum atau semasa memasuki universiti asal?

Unknown said...

Hai sya baru dapat keputusan Upu semalam. Saya dapat kos yang saya minati tapi saya nak tukar kampus. Bila agaknya saya dapat buat surat rayuan? Adakah sebelum atau semasa memasuki universiti asal?

Unknown said...

Hai kak Azi. Saya dapat kampus di Kuala Terengganu tapi saya nak tukar kampus Shah Alam & mmg di Shah Alam ada course yg saya dapat tu. Jadi dekat surat tawaran UITM yg saya dapat ni, saya kena terima atau tolak tawaran ni? dan apa maksud pelajar part-time dan fulltime yg kak Azi maksudkan? sebab saya tak berapa faham prosedur tukar kampus ni^^

Hanani said...

Saya dapat Uitm di sarawak..kalau ambil second intake boleh Tak?

Unknown said...

saya taknak rugi

fahyuniaina said...

hi nak tanya saya dapat uitm seremban course dip techonolgy tekstil, it is my last option. yang lain semua business studies and berkaitan business . kalau saya nak tukar course business boleh ke seriously taknak yg tekstil

Unknown said...

Boleh ke kalau saya nak tukar kampus dari uitm sarawak pegi penang atau sungai besi ke sebab mak saya memang sakit ada masalah tulang belakang ? Yela sebab saya pun nak tolong mak saya kan

Yusrah said...

Borang itu nak hantar ke uitm yang nak ditukar atau uitm shah alam
Email saya : yusrahyahya@yahoo.com

Kuekeke said...

Borang pertukaran tu perlu dihantar ke uitm mana ye

Unknown said...

Kak boleh ke saya nak tukar kampus tapi still dalam course yang sama?

Unknown said...

hi sis, nk tnya. awk dpt ke tukar kampus tu?

azi nur said...

hi, dah selamat tukar dan nak habis belajar pon wak. boleh rujuk perjalanan saya kat blog ni tau.. tq... :))

wani said...

mcm mne nk tukar kampus ?

Unknown said...

Sy nak mintak tukar dari penang ke shah alam .. hmmm plss help me ..macam mana sy nak buat ...

Unknown said...

hai. nak tanya. mcm mana nak tahu kita berjaya tukar atau tak? pihak uitm akan call ke?

Unknown said...

awak dah dpt tukar ke?

Fatimah Hanim said...

Sedih nak cakap . Sebab tunggu lama sangat upm respon terus call upm . Dorang kata aku salah hantar surat. Student rayuan pun masuk suda. So, kuota kos yang aku mau full. Sumpah sedih. Menyesal nda rujuk balik alamat

Fatimah Hanim said...

Weiii sedih. Harap ada lah pelajar upm pindah U lain . Pastu aku ble mohon pindah . Aminnnnn

shidi said...

hai nak tanya.. macam mana proses nk mohon tukar kampus dengan lebih terperinci. sbb baru dapat tawaran di uitm machang tapi saya nk mohon tukar atas sebab alasan sakit .
boleh email saya di
Ayubalqisss@gmail.com

NAD said...

Assalamualaikum,hi sy baru dpt tawaran diploma di UiTM Machang,tapi sy nk tukar kampus,.mcm mana nk buat rayuan??Adakah sy perlu menelefon dan menghantar surat ke UiTM Shah Alam atau UiTM Machang?Boleh terangkan prosedur pertukaran kampus?Terima Kasih.

Unknown said...

Mcam mna nk dpat surat rayuan tu?
Boleh terang detail lgi?
Jalan crita tu mcam mna.. trima kasih

Unknown said...

Cm mana cara nk buat surat tu?
Call u yg sya nk tu atau hntar surat shaja
N betol ke kena habiskan stu sem kat uni yg kita tanak tu dulu?
Baru bole tukar?

Nskhsjs said...

Hai sis, boleh saya tahu, dapat ke tukar kampus tu?

Alia said...

Hai kak if saya punya alasan ingin bertukar program sebab tak boleh catch up dengan pelajaran boleh ka? sya dri kos sains nak tukar ke art. Harap akak boleh membantu!

Unknown said...

assalammualaikum..awak berjaya tukar kampus x dr uitm machang tu..

Unknown said...

Salam nak tanya awak berjaya tukar kampus ?

Unknown said...

Awak dah dapat tukar ek?

Unknown said...

Kak azi bole sya tau berapa lama ek proses perpindahan tu smpai sebulan ?

anonymous said...

macam mana awak tukar kampus ? awak email kepada siapa ?

Cari Duit said...

Klu nak tukar course boleh ke ..uitm

who said...

hi nak tanya.. mcm mna nak buat surat tuu ehh?