Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Friday, April 1, 2016

SILA TABAH.


hye..


Biasanya aku kalau dalam keadaan stress. Mesti aku cari kawan-kawan dulu. Sebab kawan-kawan ni lain sikit pandanganye. Kadang  tu dorang siap maki-maki sumpah seranah orang yang buat aku stress kaw-kaw punya aku sukaaaa. Tu baru betul kawan. Hahaha. Dan! Bila dah puas mengadu naseb dengan kawan-kawan, aku ngadu pulak dengan ibu siap drama air mata. Dengan ibu ni lain banyakk pandanganye. Selain diselit unsur nasihat, contoh tauladan, hadis-hadis dan sebagainya, disitula keinsafan mula menangkap. Kekeke. Walau ade masalah kecik mana besar mana pun aku WAJEB share dengan kawan-kawan dan keluarga. Dari sekecil zarah sampai ke besar zarah aku tetap cerita sungguh-sungguh. Aku pesen taknak stress sorang-sorang aku nak melibatkan seeemuuuaaa orang. Sama-sama kite stress tau. Bhahaha. Kejii sangat pangai cemmni. :p



minggu ni aku stress jugak. Tapi aku tak share pun dengan sesiape. Kononye macam tak nak citer kat semua orang, takpe aku dah besar..dah kuat so, kene face on je laa. hakikatnya tak kuad mane pun… first time dalam hidup aku rasa stress cemni sampai makan tu rasa nak terkeluar balik. Susah gila nak telan makanan rasa tersangkut. Aku siap jerang air panas then minum. Tetap juga rasa ya robb seksa sangat nak telan air tu bukan sebab panas melocot ye haha. Rasa nak terkeluar balik. Aku pun tanya kepada diri. Kenape eh, first time ni berdepan dengan situasi begini. Aku kok takde pengalaman cemni. Setelah disiasat, diteliti. Aku syak aku pendam perasaan stress aku tu sesorang. Aku pon cari la kluarga. Bila di luah puah ruah amazing! Perut terus jadi lapar terus je mudah nak menelan makanan. See, aku ni memang tak boleh simpan stress sorang-sorang hahaha. Aku terpaksa ya libatkan semua orang bia semua orang tahu aku sedang stress. Manje sangat ni. :p. mokcik aku pulak bergurau, patut aku pendam je dediam takde selera makan mesti kurus lepastu. Bhahahahaha tak lawakkk ok tak lawakk tak lawakkk tak lawakkk.





Tuesday, December 23, 2014

KITA INI HAMBA ALLAH.



Hey, rentetan post yang lepas. 

Aku stress kat tempat kerja sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Beremosi yang tak stabil. Nak exam lagi ni semua ni menyumbang kadar peratusan stress aku. Tak tahu la kenapa, aku terlalu stress dengan sorang staff baru ni pun iya. Aku terlalu expect die boleh ikut cara aku bekerja. Boleh bekerja dengan pantas dan tekun.

Aku silap besar.

Aku terlalu berharap die jadi macam aku. MANE MUNGKIN!. Tak mungkin orang boleh jadi macam aku. Sama juga aku, aku tak boleh jadi macam orang lain. Yes! Aku silap. Aku terlalu beharap die dapat bekerja dengan begitu expert dan efficient. Atau mungkin aku terlalu pentingkan kerja, pentingkan kualiti kerja, semua.  sebab tu aku jadi stress. Bila aku stress, period tak setabil :p. lepastu selera makan jadi tinggi maka potensi untuk gemuk adalah besar :p. eh memang aku stress banyak makan. Ade orang stress tak makan. Terbalik!

Petang semalam aku terbukak radio ikim. And u know what. Air mate aku menitik laju. Entah kenapa kata-kata penceramah jemputan dalam radio ikim tu sungguh menyentak perasaan aku. Aku tak tahu siapa. Sebab tak dengar dari mula. Ape yang aku paling paling ingat.

Bila kita dalam keadaan sukar, stress, bila di timpa musibah samada dari segi fizikal atau mental, katakan pada diri sendiri. Wahai _____nama sendiri sesungguhnya aku hamba Allah.
Katakan katakannn lah. Jadi aku pun berkata dalam hati untuk melihat sendiri keajaiban itu.

Wahai azi, sesungguhnya aku hanyalah seorang  hamba Allah.
Perghh die punya menusuk kelbu Allah je yang tahu. Begitu syahdu yang teramat kalah cerita Nad balik umrah. Perasaan yang ganjil. Tak tahu lah kenapa. Walaupun dalam doa aku sering titipkan ayat ni. :aku serahkan hidup ku, rezki ku, jodohku, dah seluruh hidupku hanya kepada-MU: tapi kali ni memang makan dalam. Sampai semua stress, kecelaruan hati aku hilang serta merta.

Aku kan memang perangai dari dulu, cepat naik angin. Dan cepat muhasabah diri. And sekarang ni, aku takde la nak mara-mara je. Aku biakan je la. Lain orang, lain cara bekerja. Aku Cuma harap beliau boleh bagi komitmen dalam bekerja tu saja. Itu sahaja yang aku harap untuk menyenangkan kerja aku. Aku fikir, ini ujian untuk aku. Maka haruslah aku tempuh ujian ini. Terima kasih Allah kerana menyedarkan kesilapan aku!


*header baru pakai nama facebook. J

KUALITI KERJA.

hai, hello...


semalam satu hari aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja kat opis. plus sorang staf ni on off on off je masuk kerja. semua kerja die aku buat. aku handle. kerja aku sendiri kadang tak sempat nak jengah. walaupun yes! aku boleh buat kerja admin, qs, akaun ko tak payah lah nak hala kan semua kerja tu kat muka aku. sampai aku jadi minah despatch tahu. stress setiap kali naik ofic mengenangkan kerja sendiri, kerja orang lain. sampai period aku bulan jadi haru biru. tak tentu hala. kaum perempuan sila paham situasi ini ya. :(


tu satu hal kerja ofic. aku ingat bila aku sambung belajar as PJJ ni semua staff memahami la. aku harap dorang dapat paham masa aku sekarang kene bahagi dua. lunch time mesti hadap buku. ni tidok non hado lunch time oke. kau nak makan sukati nak makan biler. gituw. mane tak double stress hakak kau ni.


balik rumah badan dah penat. baru bukak buku 10 minit menguap die hazab! rase nak tikam mata dengan gerpu. gitu sekali. lepastu jam 1030 tak tahan beno, even dah minum neskepe 2 cawan beso ok. mate tetappp jugak nak tutup. takpe, kite bagi die rehat. set alarm jam 430 pagi. semangat nak bangun pagi. kesudah bangun, just mati kan jam sahajo. sebab napsu tido tu lagi tamak dari napsu belajor. ha kau paham tak. mase diploma dulu aku tak pernahh ya, nak tido tido kejap pastu bangkit awal dini pagi untuk study. sebab aku tahu, memang aku tak boleh pergi dengan kekdah macam tu. dah tu ade hati nak try mase degree ni dah kenape? dah 3 kali ye buat camni. set jam 430 pagi. hancussss!!


nak bebel pasal kualiti berkerja ya. 


aku sedor la aku memang suka datang ofic awal. jam 805 camtu dah sampai ofic. buat susu dulu, bekpes. hehehe. pastu terus la buat kerja. aku tak pernah berkira waktu masuk ofic jam 9 tu. dah dtang ofic awal, buat la kerja kan. balik tetap lambat jugak. yang aku nak bebelkan, staff lain ni, kau dah masuk awal tapi layan cerita korea sampai bos naik jam 10. semua kerja lassstt minit baru nak buat. bila dah last minit kerja baru nak buat, kau paham je la. die punya kelam kabut macam kau sorang buat kerja. pastu bos nampak, bos suruh aku bantu die. eee aku pandang geram je, kerja yang boleh siap awal kau tangguh-tangguh. semua nak aku jugek nak tolong. boss nampak aku senang lenang, sebab aku buat kerja mane pernah bertangguh. semua bende buat dengan pantas dan fokus. takda ye, meja nak berselerak dengan kertas, fail etc. orang lain tu kertas berlambak, fail berlambak konon banyak kerja le. tapi mata layan cerita korea, layan pesbuk.  aku bukan spesis hipokrit oke. 


wahh cerita macam diri bagus je kan...eh tak, aku pun pernah je layan korea kat ofic, pernah je update blog kat ofic, tapi semua kerja dah settle la baru nak layan bende-bende lagho ni. aku tak cakap aku baikkkk beno tawaduk dengan kerja. aku pernah juga melalui fasa awal bekerja yang malas-malas sikit. tapi oleh sebab aku ni suka explore, aku suka study bende-bende yang ada dalam ofic ni,  nak ambil tahu setiap satu kerja dalam ofic, suka tolong buatkan kerja orang, tu yang jadi orang pun sesenang nak hala kerja tu kan aku sebab aku tahu semua kerja-kerja dalam ofic ni, dari admin, civil, qs, akaun, pengsan kan. nyesal dulu suka explore! T__T



dahulukan kerja, baru nak layan movie etc. buat kerja pun jangan pikir nak siap cepat, tapi hasil hampagas, salah itu salah ini, lebih kurang je buatnya, jangan jadi camtu. matlamat datang ofic dah tentu nak jadi pekerja yang boleh buat kerja dengan bagus!. kadang aku pikir boss ni berat sebelah, mungkin die tak nampak aku bizi dengan kerja. die banyak lebihkan budak baru masuk ni, eeee aku tak berkenan ok cara die bekerja. teruk!. kalau die buat salah aku yang kene hadap leteran boss sebab die cakap aku tak ajar. cis! padahal budak ni yang pemalas.! buat kerja time boss ade, pastu lambat. dahlah lambat, pastu boss suruh aku buat. kau rasa?? hipokrit! fed-up lelame aku kat sini. dah macam senior kene buli dengan junior. plissssss


bai.




Monday, June 9, 2014

SUSPICIOUS SIGN-IN

hey hello..


hari ni menderau sikit darah. kenape kenape menderau ke bederau ke ah lantak situ. yang penting dari mate aku mengantuk jadi segar bugar lepas baca email dari google account team.


seseorang sedang mencobe ceroboh masuk rumah mak!. eeiishh kegilaan apakah beliau itu sehingga ku pon hampir menggila juga. paling takut bila email kite kene ceroboh pastu kan nanti beliau sebar-sebar artikel yg nonsen pakai email kite. dan lain-lain. ishh seriau!



kejadian ni pestime belaku dalam idup aku. jadi harus di sebarkan disini. kahkahkah. siapapun ma'lok di atas kalau aku dapat memang aku jotos sampai benjol benanah punya!. jap g aku nak g tepon makcik aku pakor IT. nak soh die menggodam pulak. ade IP Add tu boleh cek kot ek.



ape negara tu wujud ke... stresss *edisi Gary RM. kekekee