Hey, rentetan post yang lepas.
Aku stress kat tempat kerja
sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Beremosi yang tak stabil. Nak exam lagi ni semua
ni menyumbang kadar peratusan stress aku. Tak tahu la kenapa, aku terlalu
stress dengan sorang staff baru ni pun iya. Aku terlalu expect die boleh ikut
cara aku bekerja. Boleh bekerja dengan pantas dan tekun.
Aku silap besar.
Aku terlalu berharap die jadi macam aku. MANE MUNGKIN!. Tak mungkin
orang boleh jadi macam aku. Sama juga aku, aku tak boleh jadi macam orang lain.
Yes! Aku silap. Aku terlalu beharap die dapat bekerja dengan begitu expert dan efficient.
Atau mungkin aku terlalu pentingkan kerja, pentingkan kualiti kerja, semua. sebab tu aku jadi stress. Bila aku stress,
period tak setabil :p. lepastu selera makan jadi tinggi maka potensi untuk
gemuk adalah besar :p. eh memang aku stress banyak makan. Ade orang stress tak
makan. Terbalik!
Petang semalam aku terbukak radio ikim. And u know what. Air
mate aku menitik laju. Entah kenapa kata-kata penceramah jemputan dalam radio
ikim tu sungguh menyentak perasaan aku. Aku tak tahu siapa. Sebab tak dengar
dari mula. Ape yang aku paling paling ingat.
Bila kita dalam
keadaan sukar, stress, bila di timpa musibah samada dari segi fizikal atau mental,
katakan pada diri sendiri. Wahai _____nama sendiri sesungguhnya aku hamba
Allah.
Katakan katakannn lah. Jadi aku pun berkata dalam hati untuk
melihat sendiri keajaiban itu.
Wahai azi,
sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba
Allah.
Perghh die punya menusuk kelbu Allah je yang tahu. Begitu syahdu
yang teramat kalah cerita Nad balik umrah. Perasaan yang ganjil. Tak tahu lah
kenapa. Walaupun dalam doa aku sering titipkan ayat ni. :aku serahkan hidup ku,
rezki ku, jodohku, dah seluruh hidupku hanya kepada-MU: tapi kali ni memang
makan dalam. Sampai semua stress, kecelaruan hati aku hilang serta merta.
Aku kan memang perangai dari dulu, cepat naik angin. Dan cepat
muhasabah diri. And sekarang ni, aku takde la nak mara-mara je. Aku biakan je
la. Lain orang, lain cara bekerja. Aku Cuma harap beliau boleh bagi komitmen
dalam bekerja tu saja. Itu sahaja yang aku harap untuk menyenangkan kerja aku. Aku
fikir, ini ujian untuk aku. Maka haruslah aku tempuh ujian ini. Terima kasih
Allah kerana menyedarkan kesilapan aku!
*header baru pakai nama facebook. J
2 comments :
kita tak boleh nak harapkan org jd mcm kita, ye tak. staff baru tu pun mesti ada cara bekerja dia sendiri. jgn mls sudah.
Salam kenal dan salam singgah...
SELAMAT TAHUN BARU 2015
semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn
Post a Comment