Monday, December 1, 2014

PERTAMA KALI CONFIDENT TAKJUB.


Hai, helloz...

Awakk---awakk---awak nak tahu takk..Sebenarnya tak best pon ponteng kelas..awakk kat mana awak kat mana. Bhahaha gelis ok.

Sebenarnya baru sekali ni la seumur hidup aku ponteng kelas. Bila di trobek zaman-zaman sekolah, zaman kat poli. Memang non-pernah ponteng kelas. 

Ibu cakap aku kalau belajar begitu bersungguh-sungguh. Tapi result idoklah membanggakan sekolah pon. Siape spesis aku die mengerti. Belajar nak rak. Result aikk??. Orang tak belajar rak-rak-rak pon result lagi hevat dari aku yang belajar rak-rak ni. Paham tak paham tak. Cikgu Jas cakap teknik aku belajar salah. Ye meyh?. Aku pernah dapat 3.48 masa diploma. Kau tak rasa nak terjun bangunan ker? 0.02 mata lagi nak 3.50. kecewa die sampai ke harini dok terkenang. Sadis!

Masa tingkatan 5. Aku pernah jadi MC perhimpunan mingguan sekolah. Paling panik, minggu tu ialah English Week! Yessss walaupun Cuma baca teks yang di sediakan. Tapi die punya merembes peluh-peluh lencuh kalau ditadah boleh dapat 3 beldi ok. Tak tipu.

Aku hanyalah pelajar perempuan yang baru berusia 17 tahun, nampak suci dan nobs. pemalu tapi sweet. silakan muntah. 

takda confident. takde keberanian untuk berdiri di atas pentas. nak-nak kene jadi MC. memanglah haru.

Sebenarnya ade kisah. Aku sedor minggu tu memang minggu aku bertugas. Aku khen pengawas yang disegani di sekolah. :p. Tapi aku buat vodo je. Aku buat tak geti je tengok jadual bertugas tu. Aku lebih rela berdiri sebelah tiang bendera johor naikkan bendera diiringi muzik daripada jadi MC. Tolong la paham!

Then, Margaret (penolong pengawas) panggil aku. Bagi teks yang disediakan suruh aku 'bawak' perhimpunan hari tersebut. Menangis aku di kaki lima tiang bendera johor. Nak ke taknak dah memang kene NAK jugak. Gigil kaki naik atas pentas. Pandang depan. Omak ai boleh gugur jantung aiolz. Begitu ramai ye student. Yang mana kawan baik, musuh, boipen, exboipen, admire pon hado Ecehwah. Memang terasa dayus ketika itu. Dah kenapa tetibe perkataan dayus.

Teks paling panjang ialah ketika pembukaan majlis dan bacaan ikrar. We, the people of Malaysia, pledge our....bla bla bla. vision mission sekolah lagi. Matik la nakkk. Peluh-peluh tengok muka pengetua, ketua-ketua bidang, cikgu-cikgu, semua la....begetar bibior mak nak memulakan aksi. 

Tapi alhamdulillah akhirnya aku dapat jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ade sorang cikgu cina lupa nama die. Puji aku tau. Die kata aku bagus. Ko tak kembang montot mase tu?. Terus je confident level aku up. Buat macam majlis sendiri. Terus je jadi hebat. Kahkahkah. Terus je nak jadi MC lagi. Kene puji terus over! komen kawan-kawan masa tu, dorang kata ok. slang mat salleh abes. Sampai loya tekak dorang mendengornye. Kahkahkahkahh seminggu kene perli. aku manela sedor intonasi aku ketika itu. bedoa je cepat abes...

lakonan semula haruslah mantap. kekeke. rindunye nak pakai baju pengawas. kelab pengawas memang best. jalan-jalan makan angin. sesuaila dengan aku yang suka bejalan. berbaju pengawas di Teluk Cempedak, Pahang. sweetlahh sangat khenn.


Sebenarnya aku boleh Cuma tak yakin dengan kemampuan diri. Bila mencabar diri barulah aku sedar bende ni simple je macam makan kacang. 

Inilah perkara pertama yang memotivasikan aku untuk bercakap di khalayak ramai. mulai haritu, pergi kemana-mana atau lakukan apa sahaja perkara yang dirasakan bentul dengan penuh yakin!

pengalaman yang sangat manis! terima kasih SMKL!


Abes dah..


No comments :