Monday, December 15, 2014

PJJ/PLK LIFE : MINGGU TERAKHIR KELAS! PHEWW...

hai salam korang..


walaupun korang bosan dengan update pjj aku. aku dulik ape. aku rasa ni je modal yang tengah hot untuk di share. heheheee


seperti yang korang tahu, final exam lagi 2 minggu. eh tetibe dade ni debar-debar. tangan jadi basah. takot wei. 

minggu ni minggu terakhir kelas. semalam ahad dan sabtu lepas pun ade kelas. minggu ni ade lagi kelas. pengsan woi ulang-alik Johor-Kl. TT__TT


aku tak zabar sebenarnya nak abeskan kelas yang tinggal satu je lagi ni iaitu hari sabtu dan ahad ni. lepas ni nak fokus untuk final. 


sabtu lepas kelas macam biasa. lecturer ajar pun laju kalah F1 kau tahu. lalat yang terbang laju pun kalah, kipas syiling yang berpusing pun kalah olz.. last kelas ni kau paham-paham je, banyak chapter yang belum cover kene laju-laju. semputttttttt! tu subjek FAR la. FAR (financial and reporting 1) ni aku tak risau sangat sebab bende banyak mengira ni kene paham format, sebab aku ade basic akaun mungkin senang la, cuma kali ni buat publish acc dengan cash flow kene ikut standart ler. propesional standet kate die. 


subjek MACROEKONOMI pulak, lagi tak bernapas. last week  test. lepastu kat i-class; assignment, quiz, discussion bertubi2, berlambak-lambak sekali bagi. awal-awal dulu taknak kasi T___T sedih sebenarnya bila semua bende last minit kene buat. stress as a PJJ student k!. mengenangkan markah dalam i-class di ambil kira as CM kene gak la gagah buat semua tu. 


subjek ENTrepreneurship  aku tak risau noh. cewahh tak risau konon. risau la sikit, kot2 aku salah bagi jawapan ke ape. tapi mohon jangan la salah paham ye. last week dah review chapter mana yang bakal keluar dan tak pernah keluar. lect cakap sem ni more tougher. thats mean, sangat susah. di jangka je la.. omaigadd! aku rasa bukan aku sorang je suka subjek ni, semua orang pun suka....sebab lect tekankan dan bincangkan terus topic-topic yang dijangka keluar. harusla bagi hint kan. 


subjek CTU (titas) pulak. pheww last week presentation!. solo presenter ye aku. sila paham gemuruh di lautan tu cemana. ade story ye di sebalik kisah pembentangan ni. aku kan suka salah paham. aku ingat ustajah nak tak lebih 5 slide rupanya tidak!. so, aku pun buat seringkas yang boleh. semua aku letak key-point je. niat hati aku nak elaborate sendiri je..sekali gelabah entah cerita mengarut ape aku kasi. sudahh la baju aku kene aiskrim!. bikin malu tahu....banyak ye aiskrim tu tumpah kena baju, bajunya pun aku tak rendam lagi. lantak la situ, tak boleh ilang kotoranya bibik buang je dalam tongsampah!. padan muka!. lepastu aku salah terang maksud zina dengan rogol. cis!! haru satu kelas. eeee tak suka la. present sorang-sorang, mencabar sangat tugasan tu. dah la suara aku keccilllll...kene sound dengan ustajah suruh kuatkan sore. mane boleh. aku kalau naik kan volume suare dah jadi macam menjerit. macam nak gaduh dengan orang. kau jangan macam-macam!. nanti ustajah ingat aku nak gaduh dengan die cemana?? aku ni dahla gangster suara kecyil! kakakakakaa


subjek MGT ok la, ni subjek management. last week, ade test 2. MGT ni subjek santai je dalam kelas. lect akan baca slide dan terang. kau paham jela hazab tahan menguap tu cemana. tapi kat i-class woii banyak bende nak kene buat. fengsan. dulu, aku cenderung untuk jadi 1st student yang jawab. sekarang non-ado ye. aku 2 minggu sekali baru bukak. mase tu soalan discussion semua subjek bapak gila banyakkkkk oke. siap aku kene buat satu folder doc untuk discussion sahaja. 2 jam hadap bende-bende ni. masa mencemburui aku tahu. ni update blog ade masa pulak khenn. dasar manusia aku ni! 


kalau last week kelas haru biru. minggu ni lagi badai taupan bakal berlaku. nak-nak kelas FAR 4 jam!. abes kelas je rushing nak solat, cop tempat duduk untuk subjek ent. mane mase makan wei? non-ado. kelaparan. kol 630 kang balik kelas matahari dah terbenam. nak hadap jem pon satu hal. oii pjj student memang kene kental wei. percaya lah!.


kalau korang yang suka adventure, jenis body kuat gagah dan mental stabil silakan ambil pjj. kalau jenis yang cepat penatttt...kejap-kejap nak baring, perut tak tahan lapar, kejap kepala pening la manjerr gitu memang kene pikir namribu kali untuk pjj. aku tengok semua student kat situ jenis kental je. buku dah la banyak kene bawak usung sana sini. menapak lagi. terkejar-kejar naik turun lift, tu belum kelas tumpang kat faculty agro. masak wei masakk. sport shoes salu aku pakai. no la nak makeup bagai. semua dalam kelas jenis muka pokus dengan niat nak degree je. dulu zaman dip boleh la nak makeup namratus inci tebal. kasut tumit 10 inci. gituw. hehehehe aku ni buat takut orang je kan...


tapi ni pengalam pertama aku la. mane la tahu sem akan datang bende ni jadi sweet dah..


aku kene jujur kan. kalau aku tak jujur, cerita coverline, tak best ar, aku tak suka hipokrit2 ni aku nak korang bersedia mental pizikal. itu lah yang ibu aku dan orang ramai cakap dengan aku sebelum aku buat keputusan untuk pjj. jadikan ianya satu cabaran! 

anda cabar diri anda dahulu baru anda tahu anda boleh buat!!! cayokkkkk 

majulah Azi demi segulung ijazah!!


No comments :