Showing posts with label auto-publish. Show all posts
Showing posts with label auto-publish. Show all posts

Sunday, March 27, 2022

Post setting.

 

Kalau ternampak aku tetibe banyak post new entry, jangan pelik na.. sebab sekali aku dah mula menulis, sukar untuk aku stop haha😝. Aku pon tak sangka viewer boleh naik berganda ganda lepas aku rajin post entry baru.😂

Jadi daku akan menaip menaip banyak2 untuk next entry dan lepastu aku akan set date and time untuk post.

Aku nekad tahun ni nak start blogging balik. sharing life, hobbies, favorites, drama, tips, experiences, haha. So, sementara nak into mood, aku share dulu bebelan-bebelan yang tak bermakna.

Sunday, August 13, 2017

SNACK : KIMBAP BALL

hi!

hujung minggu best kalau dapat makan macam ni!



ceknab ni kalau balik memang suke la buat bende-bende gini.

meh aku share ape je bahan yang die guna. sebab senang bebeno nak cari!


1. beras sushi
2. santan kotak
2. crab stick, sosej etc
3. snack seaweed ape sahaja brand
4. bijan untuk hiasan

beras sushi ni aku pernah pakai mase buat kimbap roll. ade balance so pakai la kan dari terbiar gitu. cuma kali ni masak dengan santan. macam buat nasi lemak tu. seriously sedap gila. rasa macam berlemak-lemak getew!


crab stick dengan sosej boleh la di rebus sahaja letak garam sikit lepastu potong kecik-kecik.


snack seaweed tak kisah brand ape. brand Tao Kei Noi  sedap. yang adik aku guna ni tak sure brand ape pon sedap benda tu boleh pilih nak falvour ape. ayam ke sotong ke tomyam gung ke. 


kalau jenis roasted seaweed lever tu macam tak sedapla. so kite pakai instant. instant ni selalunya sedap sesuai untuk orang yang nak cepat siap hehe


sebelum jadikan bulat, masukan crab dan sosej juga sedikit seaweed. then, golek-golekan atas seaweed yang dah di koyak-koyak (aku pakai gunting). untuk kesan kvariety boleh tabur bijan...


mudahhh bukan?!



Monday, August 15, 2016

BFF KAWEN!!

Cerita ni macam dah basi tapi rase bersalah kalau tak tepek kat blog aku haha. Majlis perkahwinan BFF aku AIN. Lame dah berlalu hampir 4 bulan ado tak ek. huahuahuaa Orang lain punya mejlis kawen kemain hangat aku cerita. Kekeke


Untuk mejlis AIN beliau nak aku jadi pengapit. Melampau betul permintaan siap ugut la siap bagi ayat-ayat kesian ke ape. Nyampah betul aku. Dah sah-sah aku ni troma jadi pengapit nak jugakk suruh aku jadi pengapit. Puas jugak aku mengelak. Nak doa bio time tu aku ade kelas jahat noh sangat sebab tak kan mejlis die aku tak datang maunya nanti die ishtihar perang sodare. Die tu bukan boleh bende-bende gini. Emoo manjang. Kakakaka


So ikut kan jela. Last minit planning aku cakp nak pakai baju kunin since baju sanding die kaler ijo lumut. At the end tak jadi sebab pengapit lelaki takde kaler kuning die seboleh tidok nak kaler itam sebab ade kaler itam je.. hekeleh betul. Ni la aku tak suka bila pengapit tak sefahaman. So lets bio kan die pakai baju itam aku pakai baju kunin. Finee finee.
Sampai je majlis kawen ain tu, mokde aku bejaya gak siapkan baju ijo aku. Siap tampal doko 9 keping. Dalam hati lantok ko pengapit laki nak pakai baju itam! Agagaga. Tup-tup sampai kat pelamin ewahh helok beliau pakai baju match dengan kaler aku. Melampau betul lawak beliau. Even tak pernah jumpe pon beliau. Kira first and last meet ahh. Ahh sudahh cerita pengapit je sampai makan 3 perenggan. Tutup cerita.




Hari jumaat nan indan dan panas terik tu selamat dah ain di ijab kabul kan dengan dua kali lafaz. As uolz know aku kan pengapit jadi segala kejadian tu memang tepat la dengan mata aku tak payah panjang-panjang leher nak mengendap. Wakakaka. Aku rasa album kawen ain mesti penuh gambo aku. Aku ni risau kalau overshadow pengantin tu jeee. :pppp


mida dah jadi omma uolzz. hehehe

Malam lepas nikah tu ain buat khatam quran. Ni pon hot jugak ni. Ade ke patut die usung aku dengan Cik Ain skali khatam sesama. Apakahhh. Sesuatu betul minah ni. Memula aku memang ah tak nak. Tak di buat orang khatam bersama rakan-rakan wakakaaka. Oke fineee merayu la cakap persohabatan berpuluh tahun la hajat..niattt dan impiann beliau nak khatam sesame. Ewahh muleyy betul. Lets ikutkan. Nasib baikknya aku dah memang khatam last romadhon tahun lepas so, mari menumpang mejlis khatam beliau. Bahaha mak aku kate kesiannye engkoo.. eehh tak payah kesion aku pesen bukan suke mejlis-mejlis la ape la. Sikit-sikit nak mejlis. Hari jadi pon nak mejlis. Kennot la. Tak minatt. Hikk


Alhamdulillah majlis khatam solosai. Tema jubah hitam sama shawl coklat mejlis ika dulu ahaha. Sekali pengantin kelua pakai jubah biru same pesen dengan adik dio. Ewahh dua kali tepanjat. :p




Esoknya aku dah bedebo ahh. Sebetul jadi pengapit ni kene neman pengantin dari belum mandi sampai mekap etc sampai pengantin siap duduk pelamin. Kenn?. Tapi aku tidok. Aku takot muka aku takde seri jadi aku tak duduk dengan pengantin kakakakaka melampau statement ni mau kene rejam aku nanti!


Aku datang sejurus selepas zohor. Sampaikan Cik Ain pon ber zoho dekat rumah aku. Takot lambat punya pasal. Padahal rumah pengantin tu selang 2 baris jekk. Sakit perut aku! Hahaha. Aku sampai je rumah Ain, tengok die tengah pakai crown. Fine dah siap tapi die sempat gak membebel cakap aku lambat takde sape teman la ape la.. hahahaa kesiann pulakk. Here tugas pengapit bermula!.
Mak handam bagi span untuk touch up muka pengantin nanti. Aku ni kan gelabah peluh menjejes kat kelengkang tuhan je yang tahu. Adoiiii!! Tobat la aku jadi pengapit. I kennot tau bende-bende yang boleh mendatangkan peluh atau gelabah nii. Hermmm


Time makan kat meja makan damai lagi syok. Aku je yang bedal. Ko tau je la jadi pengantin bukan selere beno pon. So, lets aku bedal ayam bulat, udang cocok, teloq puyuh, puding hahahaha siap suruh pengantin hulur udang goreng tepung tu haaa...jauh tak sampai kitew nak ambil. Dasyat betul aku ni. Bila mejlis selesai baru aku flashback. Tak patut pangai cemntu. Aku wajib pergi kursus pengapit kan??


Tiba majlis potong kek. Pisau potong kek takdoo. So tu sebahagian tugas pengapit kah? Berlari lagi aku masuk dapor macam ape cari pisau dah la belom sempat makan coctail. Stress tau. pisau takde. Ahh masakkk. Cemana nak buat ni. Beli kek takde pisau buat ape. Rungut hati kecil ku. Nasib baik jiran hado. So pinjam le kiteee. Mase pengantin sebok bergambo potong kek barula aku sambung makan coctail. Alhamdulillah selamat masuk perut. Happy tummy!. Kalau tak kene telan dengan batu belah batu betangkop.


Solosai je majlis kat khemah. Meh la masuk rumah balik begambar kat pelamin. Sebelum tu mak handam touch up balik mekap ain sebab aku terkopek kan mekap die waakakakakakaka hiba betul tugas pengapit kan. Aku touch touch muka ain pakai span mak handam bagi lepastu kan terkopekkk krim beliau belobang kat situ akakakakakaka. Adoiiii sakitrot aku tahan gelak.


Masetu hujan dah mula lebat. Nak outdoor photoshoot mase tu kene postpone la. Aku dah lencun gila. Dengan kain baju aku ni warna plain memang dasyat la nampak ketara bila kena air. Dalam jam 5 lebih cemtu ujan dan berhenti. Mehla pergi renggam ambil gambar dekat bawah pokok rinbum. Asal pengantin je mesti nak bergambar kat situ. Tak paham aku. Hehehee


Cem bese aku buat nyemak je kat situ. Seb baik Cik ain ade. Layan selfie banyak banyak banyak....
Selesaiiii mejlis!!!! Yeeaaaaa selamat tugas pengapit. Rase macam banyak cerita pasal pengapit dari pengantin wakakaka. Patut tukar je tajuk jadi pengapit perangai buruk. Hahaha


Aku harap lepasni takde sapela berani ambil aku jadi pengapit dorang. Mase midah kawen ritu kemain helokkk aku ngelak sampai die kempunan nak aku jadi pengapit. Melampau betul mida ni. Aku ni kemain bersyukur mase tu. Tuptup ain kawen nak jugak aku jadi pengapit ehh tak paham aku pangai dorang ni!.


Oklah layan je gambar-gambar kat bawah ni k!



lawanya kawan-kawan aku ni. memang dah sepakat nak warna cemni sesama. aku je yang kaler ijo. nyampah tau. pastu aku takmo gambo sama dorang T__T ekekeke



ok abes.. tunggu majlis cik ain pulak next year!

xx


Thursday, June 25, 2015

YANG PENTING ADA SEMANGAT!


Hai...



Hari ni macam ade masa sikit nak share pengalam kengkawan yang PJJ juga sama macam aku.
Ramai yang Tanya aku best ke PJJ ni. Best ke travel jejauh semata nak study. Ekekeke
Sebenarnya seronok kalau kita dapat share pengalaman PJJ, pengalaman travel untuk PJJ ni. Kita berkongsi rasa, berkongsi pendapat. Sebab sama-sama rasa kepahitan dan kemanisannye tu. Macam aku memang takde kawan sesame travel sem lepas. Search kat internet pun takde sape yang sudi reply emel-emel aku mungkin dorang dah tukar emel ke lupe password ke. Kekeke pikir baik je la bulan puasa ni.


Aku start up entry pjj life pertengahan bulan September tak silap. Ramaii kot yang emel mintak pendapat, tanya itu ini. Seronok! Sebab bukan aku sorang je yang ade semangat nak PJJ ni. Rata-rata dorang pon sama macam aku. Search kat internet takde pencerahan sangat. Actually experience kita ni sangat berharga untuk di share kan. Ramaii sebenarnya teringinn nak PJJ Cuma dorang tak dapat penjelasan lepastu macam takot nak start. Elok tanya je orang yang melalui sendiri PJJ ni macam mana. Puas hati! Gitu. Dulu aku takde experience langsung nak PJJ ni. Nangis sesorang tak sape pun tahu. Nak-nak perjalan Johor Ke Shah alam tu bukanlah satu perkara yang indah sangat :p… Sekarang bila ramai tanya aku pasal PJJ, aku sangat-sangat terbuka *tangan terbuka* untuk shareee selagi mana yang aku tahu. Aku nak dorang bersedia mental fizikal. Bersedia untuk segala-galanya. Kehidupan bakal berubah 180 darjah. Gituw. Sebab aku taknak dorang kecundang di pertengahan jalan. Separuh jalan je ambil degree. Tak habis. Sayangnya kan.. 



Kalau korang yang PJJ tu dah start ilang semangat, dan start rasa menyesal. ce borak dengan kawan-kawan atau cari geng yang sama-sama PJJ untuk berkongsi rasa. Tak kesahlah kenal di alam maya sekali pun. At least kita dalam release semua beban yang konon-konon macam masalah besar sangat tu. Kekeke. Aku dulu luahkan kat blog je. Takde kenalan lagi mase tu. Aku paham hidup PJJ ni sangatt tight!. Seriously.
Macam mana aku melalui kehidupan sebagai PJJ student?



Aku laluinya dengan enjoy!. Penat memang penat bila nak pergi Shah alam. *boleh baca entry lepas*. Tapi kita tak payah begitu memendam rasa, atau terlalu pikir yang sarat. Kita enjoy je. Sebab tu cita-cita kita. Mana ade bende dalam dunia ni senang bebeno nak dapat. Memang ade sesetengah orang macam mempertikaikan ape yang kita buat. Yele jauh tu p menuntut ilmu Johor – Shah alam. Alaa ko bia je la. Anggap je la semangat kita. Besok-besok mulut die penat la. Buat ape nak bebidas dengan orang macam tu. Hidup kita, kitalah yang corak.



Down. 

Rasa ni memang ada. Aku pun dulu pernah rasa macam tu. Masa ibu aku diagnosis kanser. Aku rasa PJJ+uitm+shah alam tu terasa beban yang sangat besar untuk aku lalui. Tapi kita kene cecepat positif. Alhamduillah orang-orang di sekeliling aku bagi semangat. Aku percaya Semua ni UJIAN. UJIAN dalam menuntut ilmu. Seberapa banyak pahit pon aku lalui dalam menuntut ilmu, aku percaya satu hari nanti aku layak dapat kemanisan yang aku mahukan!. Allah tu tak kejam untuk bagi ujian yang tak mampu kita tanggung. Cewaah ni luahan hati ni. Betul. Bila aku start buat PJJ ni, Alhamdulillah boleh aku katakan hidup aku terasa terisi dengan aktiviti yang sihat dan menjadi insan yang semakin bijak dalam membuat keputusan. Cara berfikir pun sama berubah. Nampak tak positif nya tu. Sebab ilmu yang kita dapat tentu sekali ilmu yang baru. Buat kita berfikir mengolah merumus. Etc etc. kalau sebelum ni rutin aku pergi kerja balik kerja. Otak tak berapa nak bekerja sangat.
Bukankah perkara menuntut ilmu ni sesuatu yang baik untuk meningkatkan productivity diri?


Oleh itu, *ucapan menteri :p* aku mendorong kawan-kawan yang nak sambung belajar. Pergilah menuntut ilmu. Menuntut ilmu ni bukan dengan cara macam aku lalui sekarang ni, banyak cara. Pergi kelas cupcake pon ilmu jugak tu :p


Ujian tu boleh datang dalam pelbagai cara, tapi percayalah kebahagian tu tetap akan menjadi milik kita diakhirnya. Ayuh rakan-rakan lahirkan generasi yang cemerlang!


Wednesday, June 24, 2015

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN!!

hai olzz...


gud luck kengkawan yang start exam hari ni. paper CTU. huhuu. CTU best la. aku score gila-gila subjek ni. alhamdulillah dapat A- :p. kekekeke. sebab paper CTU dalam BM. jadi tak payah la korang nak kerah otak hapal terms sejarah tu dalam BI. bunyinya aneh sekali.


paper aku start hari jumaat ni. macam tak percaya aku tak ambil cuti untuk study. kawan sekelas aku tu pun dah start cuti ko. lasyat dorang tu mesti dekan ni. aku tak cuti sebabbbb jengjengjengggg GST!!. hujung bulan ni kene submit penyata. gile ko kelam kelibut idup aku.


aku study malam je. lepas buka puasa tu, layan runningman dulu. release tension kate omak ku.


lepas isya' baring-baring jap. kadang sampai tetido :p. kol 09.30 baru start. tu pon tenung je dulu kasi naik mood. kalau mood tak naik, aku kembali ke katil. elok tido. itu menandakan aktiviti siang aku sangat memenatkan. kalau mood ade cantekk.. baru study sampailah jam 12.30 malam. tu yang kadang sahur pon tak bangun sebab tak sedor.


konsep aku study dari duluuu sampai sekarang same je. aku tak berapa bekenan study group. taklah tak suka bebeno dengan study group ni. aku sedo study group ni elok. tapi tu la aku tak boleh move on dengan cara cenggitu. kepala aku lagi pening sebab satu, pertikaian pendapat, kooo je yang betul. haa cane tu. elok aku study sendiri. kalau tak paham sebeno-beno tak paham baru aku wasep kengkawan. kalau jawapan kengkawan tu macam tak menepati kehendak aku, maka aku wasep terus lect. kebiasaannya dalam kelas tu kita dah tanya siap-siap ape yang tak clear mengenai bab yang di ajar masa tu. maklumlah pertemuan dengan lect ni 2/3 minggu sekali. sem ni lect semua very the best. pantass je jawab wasep. kekeke.



sebab kedua kenapa tak berkenan study group?. nanti aku lupa+blank ape yang aku paham. die jadi otometik loss. padahal bende tu aku dah paham. bila bincang dalam group tetibe aku jadi vodo. manusia pelik memang macam ni. heee. kadang tu member siap buat soal jawab. haaaa ni lagi aku tak boleh. aku elak tepiss kalau boleh aku lari dari aktiviti soal jawab ni. nanti aku jadi loss+blur+ilang ingatan. otometik je jadi cemtu.



tu pesen aku la. aku tahu korang suka study group. teruskanlah.. sebab benda tu bagus. cuma aku je tak boleh dengan cara macam tu. nak-nak study PJJ ni. masa very the pack. kalau study sendiri tu 100% memang kena bagi bebetul. tutup runningman, tutup radio, stop eating. lebihkan minum air kosong. heehe. tapi ade orang suka dengar music sambil study. aku tak boleh jugak buat cara macam tu. mesti korang membayangkan cara study aku yang membosankan. yes!! benarr kengkawan+housemate pon cakap cemtu. bosan tengok aku study sebab suasana sunyi gila. dulu, masa kat asrama, roomate aku siap lari pergi bilik member die bila nampak aku start bukak buku. kakakaka. sory ya bilik tak boleh bising. tapi idoklah idup aku ni membosankan. hokalohh. time study je. sebab bagi aku time study yang begitu pack banyak sangat benda kene ketchup lelaju derass. limit jam 12 kalau boleh tutup buku. aku mengambil kira waktu tidur yang berkualiti. mesti cukup 6-7 jam. kalau tidur  kurang 5 jam nanti muka jadi gelap *sila muntah



alhamdulillah lect PJJ semua sangat-sangat membantu. mereka sangat memahami student PJJ life ni cemana. full time study dan part time study 2 perkara yang berbeza. lect aku cakap cara  kita memberi jawapan pon berbeza dengan budak full time. jadi lect akan bagi je mana-mana isi yang ade point. letak je, goreng je. asal masuk dengan kehendak soalan mesti ade markah kat situ. lect aku pernah cakap, die ade mintak kawan die (lect full time) semak jawapan student part time, lect full time kate......*****  memang la jawapan kita tak seindah jawapan budak yang datang kelas hari-hari hehehehee. paham tak. bertuah student part time ni, sebab hanya lect yang mengajar student part time je yang memahami. tapi janganlah sampai ko take for granted taknak study langsung. effort tu kene hado la weii. at least la grad nanti dengan 3.00 pointer! baru lah bebaloii dengan keringat kita. ok..


gud luck once again!!








































Tuesday, May 5, 2015

MIMPI UPDATE BLOG.



hai..


Semalam boleh fulak aku mimpi sedang menaip entry untuk di publish di blog. Ngeee


So harini terus je rase nak update sesuatu. :p


Belakangan ini hidup aku sangatlah messy dan huru hara. Maksud aku sebelum GST. Tah kenapa GST pulak yang aku nak salah kan. Huahuahuaa. Berapaaa punya banyakkkkk course yang aku kene attend sampai di penghujung bulan 3 aku attend course pasal GST ni ko tahu iaitu pada tarikh 31/03/2015 umpama tarikh esoknya iaitu 01/04/2015 aku akan di hokum gantung. gituw. Dengan kerja-kerja opis yang tak pernah surut. Penambahan GST lagi disaster triple kerja ngeee. Dengan perangai boss. Opss. Dengan perangai sendiri. Kekekee. Tapi alhamduillah aku Berjaya mengharungi dengan tulang 4 kerat aku ni. Walaupun terpaksa pinjam tulang adik badik sebab tak kuadd. Haha.


Aku masih lagi sihat dan masih lagi menjadi manusia di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Dan aku telah memutuskan untuk terus jadi manusia walau dunia ini penuh dengan kekejaman. Cewaah.


PJJ masih berjalan seperti biasa. Kelas dah 3 kali datang. Minggu ni ade kelas. 2 minggu lepas takde kelas. Sampai aku hampir-hampir lupa yang aku ni bergelar student actually. Mahahaha. Sonok takde kelas sampai tak bukak buku langsung cuti 5 hari. Gila takk.

lanjer gambar uitm pasir gudang (from business faculty view) 

Rabu minggu lepas berlangsung test secara alam maya. Masa di berikan 1 ½ jam. Hazab die tuhan nye yang tahu. Hazakabedah. Kalau di kenang balik die punya hazab tu tetibe je jerawat muncul. Nampak tak die punya stress tu. Dengan line tenet macam harem. Dengan penat baru balik kursus lagi. Bukan harem pants tu uolz. Ni tahap kau nak click pekataan biru tu sampai ambil masa setegah jam. Aku lagi sedih ase nak mengamuk. Soalan tak boleh bukak. Word cannot running. Tetibe sangat kan. Geram betol aku. Tepaksa la mintak tolong sha untuk screen shoot soalan bagi kat aku. Sadis betul TT______TT. Dah la kene submit sebelum jam 10 malam. Lepas jam 10 lect taknak tengok. Aku sedap gak anta jam 10.10 minit malam. Ha kau. Sebab line ngeee sendu. Aku rase subjek LAW paling sadis dalam hidup aku ketika ini. Haritu jawab assigmnt Law pon aku dah melalut-lalut sampai amerika sana. Dapat 64 jek olz. 64/100. Hiba aku. Salah format tu satu hal. Satu hal lagi melalut-lalut. Lari tajuk. Sentap. Kau tahu tak aku buat saimen Law tu sampai jam 2 pagi. 230 pagi hantar saimen kat lect. Gilo tak. skali dapat result macam tak study langsung. T__T Walaubagaimana pun, aku tetap lagi jadi manusia. But Don’t wori bebeh. Setiap kepayahan yang mendatang akan aku teruskan jugak. :p

lanjer lagi korang gambar aktiviti dalam kelas (take 5). muka lect tak kasi penuh sebab rahsia. eh bebudak sangat ayat ni. :p


Ok. Stop pasal PJJ. Muntah la kalau teringat-ingat test aritu. Tah pape. Sekarang mari cerita pasal peribadi. Peribadi sangat ni, dalam sebulan ni aku dalam pemantauan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi. Tau tak tu hape. Bukan sejenis burger atau sosej ke donat bagai ya. Hehe. Tu sejenis doctor sakit puan. Nampak tak dunia ni kejam sampai aku kena jumpa doctor sakit puan. Muahahaha. Ape pun lepas abes je tempoh 21 hari ni akan ku share di sini, ape masalah yang membelenggu blogger demi azinur ni??. Muahahaahaa muntah pulak nahip ayat tu.

Ok korang stay healthy. Stay strong. Stay beauty.

Thursday, September 11, 2014

OFFICIALLY PJJ/PLK UiTM STUDENT!

Hai..

Aku sebenonya nak share satu berita gembira yang belum basi. Hehe. Alhamdulillah akhirnya aku bergelar student/pelajar balik.  salah satu wishlist aku tahun 2014 ialah cont. Study! Andd yeahh aku bergelar student PJJ/PLK dengan rasminya pada 27/8! Kahkahkahh ape yang hebat sangat tah??


Aku nak cerita sikitla banyak drama jugak nak mohon PJJ ni. Kuat semangat je la. Aku dapat tahu uitm-ined ade buat pengambilan september 2014 dari kawan aku. Masa tu dah start mohon bulan mei gitu la. Memula aku memutuskan nak mohon je kat UTM-space skudai tu. Dekat pon dekat. Tapi takde pulak course accounting untuk PJJ. I is frust menonggeng jugak la. Nak mohon uitm kampus johor bahru yakin tak yakin je dapat kat JB kan. kalau tak cukup pelajar kat JB dorang akan buat kat Shah Alam. Rela takk?? JB – Shah Alam??


Tapi bila Allah dah kata rezeki aku kat Shah Alam. Maka, ‘mendapatlah’ aku kat Shah Alam. Masa mula-mula tengok surat tawaran, baca tang KAMPUS : UiTM Shah Alam. Omak aii bia betul? Cemana kekdah nak gitau parents aku mase tu!


Tapii...tapiii sebelum aku beritahu cemana aku beritahu parents aku mase tu, aku nak citer ar sikit cemana aku boleh tercalon dalam pelajar PJJ ni?. Cewahh tercalon ko!.


Aku ni kan agak sengal pon ade tau. Masa result permohonan tu keluar, aku cek kat tempat lain. Means website lain. Kahkahkah. Vongoks kan. Seminggu aku dok cek “permohonan anda dalam proses” lagi. Stress. Sampaila ika kawen 16/8 malam tu aku still lagi cek. Sebab 16/8 sepatutnya hari mendaftar. Sahlah aku tak dapat! Bentak hati kecil ku! Pfft.


Then, aku frust siap mengadu kat ibu.  Persoalan demi persoalan aku ajukan kat ibu kenapa aku tak dapat. Bla bla bla...bila di trobek balik. baru ingat aku hantar result muet dah lewat 2 minggu dari tarikh tutup. Sebab result muet aku hilang, aku mintak kat MPM print balik result aku. Tu yang lambat. Lambat-lambat pon aku still hantar jugak la dengan hati yang sebal. Cewahh. Tu mungkin menjadi salah satu sebab permohonan aku di tolak atau mungkin akan masuk sem seterusnya iaitu bulan 3/2015 camtu. *kalau layak lah...

Aku dapat email dari uitm-ined 18/8 untuk pendaftaran ke dua. Hah? Pendaftaran kedua? Apakah maksudnya?? Aku terus la tepon i-ned cakap aku tak dapat surat tawaran etc etc bebel jugak la kan. Sekali orang tu tanya awak cek kat mana? Cemana boleh takde? Aku pon yakinla tunjuk w/site yang aku cek tu. Sekali ko tahu?? SALAH WEBSITE!! I is bengang rase nak maki diri sendiri. Haha.


Aku pon cek la balik website yang die bagi tu. masuk no kad pengenalan. Maka keluarlah surat tawaran yang menyatakan aku berjaya. Haha. Dalam surat tawaran tu kene hadir mendaftar pada 16/8 lokasi di dewan sri budiman. Dann lagi satu! Result permohonan berjaya atau tidak keluar pada 21 julai! Hah sah lah aku gila!.


Gitu la story dia. Yang sebenonya aku memang dapat. Cuma aku ni careless cemana la aku leh salah cek tempat?. Nasib baik ade pendaftaran kedua. Kalau tidok?? Menagess kau azi! Tunggu la pengambilan kedua!


Lepas bace email tu, terus call ibu. Cakap yang sebenarnya aku dapat surat tawaran 16/8 hari tu kena datar bla bla blaa.... Abah pulak cakap ‘macam kelakar je’. Gituw. Ape yang kelakarnya...heehee. abah pon memula macam tak berapa nak restu kot. Sebab persoalannya kenapa jauh sagat? Kenapa tak mohon kat skudai (UTM) tu, kawan-kawan abah ramai buat PJJ kat situ. Aishh dengan abah kite ni kene terang dengan jelas dan nyata ya. Lepas kasi terang baru la paham. Baru la macam percaya dengan aku. hehee


Hari Rabu 27/8 yang lepas aku selamat menjelajah Uitm shah Alam tu. Sesat pon iya. Eeee besar kot. Jalan berbukit bukau. Urut dade aku tahu. Nak cari bangunan MTDC pon tak jumpe. Siap tanye orang kat situ. Die pon pelik bangunan tu wujud ke? Adoi kau ni buat malu warga uitm je kan. Rupanya tu bangunan baru. Al-kesah. Emm jumpala jugak akhirnya. Selesai urusan mendaftar, buat kad pelajar semua baru la rasa macam aura atau pun semngat belajar tu datang. satu perasaan yang sukar di gambar kan. Lame tak rasa perasaan macam ni. Wahh kemain. Terus je pasang niat dah alang-alang mula belajar balik terus la sampai phd dan seterusnya. Cewahh kemain cita-cita aku kan. Walaupun aku sedari agak terlambat untuk aku sambung belajar, tapi aku yakin semua yang berlaku adalah aturan Allah yang paling cantik untuk aku. Tetap yakin dengan aturan Allah, itu kuncinya. Kalau nak di pikir cakap manusia sampai bila? Yang melihat dan menilai tu Allah bukan manusia. Ingat tu adik-adik..amboiii..


Insyallah lepasni aku akan share segala suka duka bergelar pelajar PJJ. Manelah tahu boleh share pengalaman dengan student PJJ kat luar sana tu. Jauhhh tu JB – Shah Alam. Nak berhijrah ke Shah Alam ke aku ni ek? Ke travel tiap bulan? Kelas pon bukan setiap minggu ada.

Bos aku lagi bagus. Die punya tak kasi aku berenti kerja. Dan dan cakap awak nak keja 4 hari seminggu pun saya redo. Plus die tak kasi aku duduk selangor. Die kate gaji dua tiga riban nak dok selangor memang tak cukup. Cewahh gitu pulak pikirnye kan. Tak pe berusaha dulu cemana!

 Oh Allah mudahkanlah urusan ku!



Saturday, May 17, 2014

SATAY WAK RADOL.

hai  hello..


seperti yang di janjikan oleh cik siti kiter tu, nak bawak kiter-kiter seisi rumah sewa makan satay wak radol!. hoii dok JB lame dah tapi baru tahu salah satu tempat makan pemes orang JB ialah di warung wak radol!. engkorang kalau datang JB WAJIB cube satay wak radol ni. superb sedap mabeles.  ko boleh ngadap sampai tak perasan ko dah lahap 30 cucuk! gituw sekali..


korang kalau kaki warung boleh la layan. aku semua pon layan jee. hehee



kalau korang dari perling senang sangat. sebab die kat tepi HWay pasir gudang tu. kalau dari taman daya kene masuk hway pasir gudang pastu u-turn sebelum jumpa simpang ke Damansara Aliff. kedai belah kanan. jangan lelaju kang telajak u-turn ko kene u-turn jauh pulak kang kang kang. kereta laju-laju kat sini. hati-hati la mase u-turn tu k!. kami park kereta kat tepi jalan. kedainya seberang jalan kecik tu. besar gak la.



nak seberang jalan pon kena hati-hati. kereta laju turun bukit kan. bahayo. pimpin tangan laki ko cepat! hahaaa



tu diaa tu diaa. order 20 cucuk je. makan berlima. ok la. tu pon macam nak order lagi. hehe. kalau makan satay benda kedua paling penting kene rasa ialah kuah kacang die. kuah kacang wak radol ni memang syeedaapp dap dap dap sangat! recommend korang datang try sini! amat jarang ye aku minat satay. kali ni memang syiok. 


selain satay, menu goreng-goreng pon hado. sila order je.


pilihan aku malam tu kotiowhongkong. jauh mari. lambat sampai siap kene bahan cakap berakhir di lautan hindi la ape la. siot je dorang kan. hehee. rasa kureng la. member yang lain pon tak abes makan sebab dorang kate kureng ar ke sebab perut dah kenyang?. paling aku sajes satay die! 


Fara si bakal pengantin, Su dan Siti. malam tu haruslah orang yang nak pindah blanjer. kehkehkehh pasni giliran Fara la pulak belanja sebab die pon bakal berpindah rumah dahhhh adoii makin sikit orang. sunyi la rumah pasni. sobbs soobs.


ok, baiii!!



Wednesday, April 23, 2014

LADIES NIGHT.

hye..


macam banyakkk pulak entry aku up hari ni. aku tengah ade mood rajen ni. aku stress dengan kerja ofice. dari pagi sampai tengahari aku kat site. ko tak rase macam nak mengamuk je pulak kan. hari-hari kerja 12 jam!. ini boleh mendatangkan marah!. haha.


so, mari kite release tensi. nak cerita benda dah basi. ingat tak aku cakap nak share pasal malam bbq kengkonon reunion la sangat. sekali last minit beberape ketol je yang boleh join, segala tema letak tepi hehe. takpe aku ok je. yang lain aku paham la sebab dah berkeluarga dah beranak pinak.


memula rancang nak buat kat rumah Ain. sebab rumah beliau beso plus laman die sangat sesuai la buat bende-bende gini. tup-tup tak jadi pulak. sebab Ain ade hal. so, plan B. nasib baik si Yun Pengurus Mejlis tu panjang akal. mintak ijin kat Midah untuk buat kat rumah die. ahlil majlis ok je. aku tak berape ok pade mulenye. sebab jauh kot kat kampung tu. iolz takot ok. iolz dah la rabon malam. tapi takde demi engkorang aku redah je. jam 06.30 petang aku gerak ke rumah midah. punyalah bersemangatkan aku. sebenarnya nak elak jalan malam :p.



aku sampai je rumah midah, nampak adik die dah hidupkan api. femly Midah memang dah biasa buat bbq. so takde masalah tempat etc. semua pesen lejen dan old skul. ko boleh dapat bbq pesen oldskul cengini kat banda? takdooo...haha


aku ade la membantu dari segi potong buah tembikai. nampak mak Midah menggoreng mee... omjeyy mee goreng mak midah sangat sedap ok!. eh beehoon. salah taip malas nak delete. gasak ko situ. miahahaa



mee kampong cengini memang susah la nak dapat oii. sedapppp sangat! tq mak Midah! *lupe name beliau. 

eh korang aku nak cakap gambar yang aku tepek ni semua tak berape nak lawa sebab malam ken. pencahayaan tu kureng sikit. aku pon rembat gambar-gambar ni kat grup wassap. wakakaka tak mintak ijin dorang pon.  :p


aku tak ambil gambar buah tembikai yang aku potong tu sebab aku rase vurok. dorang kate comel. eh? bhahaha muntah Yun kalau die bace pasal bende ni. aku potong kiub kecik-kecik jew. elehh comel lettew korang nak komplen je tau kan. huntung mak jemah datang awal tolong potong kalau tak kekah la korang ramai-ramai pakai sudu. cepat cakap terime kasih GURU BESAR!. haha


yang sebenarnya aku ade la berdebar sikit nak jumpe dorang ni. gila lameeee tak jumpe dorang. ko banyangkan lah last jumpe masa sekolah TABIKA tahun 1999! lame oiii. tergedik-gedik aku tahan malu. aku kan pemalu! :pp


petang tu, abang ipar Midah and the gang dah start bakar dulu. nak tunggu bebudak ni datang memang kelaparan la aku kan. aku tak boleh tahan lapar. hahahahaha. 


yang ni aku dah start bakar. tengok muka propesional je kan. nyampah Midah tengok gaye aku ngipas. kejap-kejap tejerit-jerit pangil midah pasal api besar la, kejap-kejap tanye dah masak ke belom. nasib baikla Mida ni penyabar sikit orangnye. :pp



gigih aku mengelar sosej tu tau. tapi di pandang hiba oleh Yun. cis!. kalau aku yang buat ade je yang komplen ek. pasni tak nak potong memotong. :p


ayam dan juga kambeng. Ain dengan Siti suka kambeng. aku so-so je. boleh la layan. :))


jangan marah-marah Yun. yun banyak berjasa ok. gigih beliau perap ayam ni pukul 2 pagi katenye. entoh iye entoh idok. kiterorang percaye je ape die cakap. hahaha. nway thanks ye Yun! sedap rempah perapan ayam dengan kambeng ko!. jauh perjalanan ayam ni kan. nasib baiklah ko buat dekat Mersing kalau ko buat kat KL entah jadi ape. hahaa


mase aku peluh-peluh, si Su tahu nak order je. suruh perap sosej dengan sos bbq tu dulu baru bakar. cehh! ko sesedap makan tahu nak ngarah aku pulak ye. :pp


si Mida pulak take over sementara tunggu gang yang lain sampai. Midah membebel mase ni, "ko bakar peha memang lambat la nak masak" hello midah, aku mane tahu peha tu lambat masak. peha tu sedap ko tahu?. *muka tak bersalah


tak lame lepastu tu. ramai dah yang sampai. semua pakat gerak sama-sama rupenye. cis! iolz jeles ok. takpe iolz meroyan jap g. kahkahkahh..


oh ye, gambar kat atas tu husband Yun baju kuning tu name die Gucci. ko mampu nama cemgitu?  dan tunang Ika baju hitam Asyraf yang handle. 
pompuan-pompuan nak bergosip. kahkahkahh. nampak macam teratur la pulak bile dorang yang handle. cis! tercabar pulak aku. hahaa. oh btw Ika bawak Jagung! ku sangka jagung dari KL..sangkaan ku meleset di belinya kat Machap. mihmihmihhh



dapat juga Ain join. last minit katenye. laman rumah Mida besar oii. ni kiterorang buat kat bahagian tepi rumah die belakang tu dah kebun. gelap. tudung biru tu Siti. lame jugak tak jumpa die. lepas abes sekolah rendah die dapat masuk sekolah sains. best student kot dulu kat SKPL. muka 5A UPSR ni. hehehee. Siti pon sekrang dah keje kat KL. semua nak dok KL kan. tu yang susah nooooo la nak jumpe! dorang yang mane duduk KL belakang rumah pon tak jumpe-jumpe. dasatkan! hehee


nila Su. roomate aku juga kat JB ni. gaye orang mengipas kat belakang tu tak boleh blah. hahaha. aku lettew!


midah dengan tunang die Isuwan. Isuwan ni pon kawan sekolah kiteorang. apelah Midah ni belajar sampai Sabah...kawan sekolah jugak ko berkenan. hehe. ni namenye JODOH. gituw. mase ni Wan tak berape sihat, so menjadi alasan die tak boleh tolong bakar-bakar. hahaha nyampah aku dengo. asyik kene perli je dengan kiteorang. mane tak, kat table tu die je lelaki! :p


Siti dan Yun. Yun kalau suruh bergambo molot die memang cemtu. lantak la ko nak cakap die duck face ke ape ke, die ade kesah?? ade die menghantui idop ko?? ha gitu style die. hehe



eh mase ni tengah buat ape ye!.



at the end, ade pertukaran hadiah. dah janji sebelum mejlis. kene beli satu hadiah. nanti kite buat cabutan bertuah sape dapat sape punya. hehe. 
kalau semua ada mesti lagi meriah tauu!. yang mane kat Pahang, kat Melaka dan lain-lain kawasan tak dapat join. eh cop! syikin pon tak dapat join sebab tengah alahan teruk! jengjengjengg syikin pregy uolz. anak kedua!. woww tahniah Kin!!!. dua dah. aku satu pon belom. jangan kate satu. progress pon 0.00% kahhkahkahkahh. Zila pon sibuk dengan keja + anak lelaki die. Shima anak skul, laki keje. adoii.


rinduuuu korangg gila-gila!!!. plan nak buat kat pantai Mersing. bet tahun ni jadi! kite tunggu k... susah tau memasing dah ade anak. kene ikut jadual dorang. anak skul, laki keje, adoii.. aku kene sabar banyak-banyak. kene ikut jadual orang yang dah belaki beranak ni. ngehhh!


teringat zaman sekolah tabika!. seriuss aku rinduu sangat zaman tu!! korang semua darah aku!! statement!! hihihii



tak sabar nak bukak hadiah. aku punya idea suruh bukak. pastu kene ngaku sape punye hadiah hahahaha. sebab aku kan tak menyabo. tak suka surprise-surprise ni!. tunang Ika ade ambil video. tak tergamak aku nak share kat sini. hahahahaaa. yang penting semua dapat hadiah besttttt besttt...sayang korang. kiss sikit!!



semoga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah uolz!!! sayang uolz ketat-ketat!. 
tq Midah as puan rumah. tq Yun susah payah arrange mejlis ni. tq Ain, Siti, Yun, Mida, Su, Ika dan semua ahli grup Gojes Gurls yang *muntah* yang tak dapat datang tapi ku seru name mu semua kat sana Ain Rosli, Nora, Fiza, Azizah, Zila, Syikin, Shima tak terkecuali Gucci, Asyraf sebab tanpa uolz sape diriku. .

t_t cewahh...



Till we meet again! Insyallah!