Monday, April 11, 2016

RESEPI : LEMPENG OAT!

Woohoo!  Hello!


Lame tak pdate tetibe muncul share resepi gitu la aku selalu. Lepastu sampai 2 3 kali post share resepi muahahaha. Life aku takdela best mana nak di kongsi kan. Balik kerja seret mate balik kerja seret mate. Cuti hujung minggu seret langsir silau sehh menganggu tidurku sampai matahari terbenam. Kahkahkahkah.



LEMPENG

Aku memang penggemar makanan yang berasaskan tepung dan digoreng samada minyak banyak atau sedikit. Memang fav gegila ah lempeng atau jejemput/ cekodok ni. itulah rahsia saya sihat sepanjang zaman tanpa kesedaran untuk menjaga jantung dan mengawal kolesterol. Tetibe nak bagitau perangai buruk dah kenape ye. :p



OAT

 Aku bukan penggemar oat. Pernah sekali viral kot pasal overnight oat ni. pernah la aku buat, campur susu coklat low fat+kiwi dua malam aku peram dalam esbok. Lepastu ya robb tak mampu untuk ditelan. Dasar tekak kampong betul. Letak sambal belacan baru la boleh lalu kat tekak. Nape ehh oat tu rase die aneh semacam. Mak aku tak pernah ajar makan oat dari kecik. Kekecik dulu di baginya beskot bijan sampai kaya raya kedai apek tu. Hahahaha salahkan ibu mengandung fulak.. tapi ibu aku tu laju je makan oat. Boleh pulak ibu aku tu telan ek, siap rendam dengan kuah ikan singgang, sup ayam kampung, dengan susu kambeng bagai. Halloo hakak tak rela ya nak telan. -_-!


Oleh sebab aku dah beli sekampit oat cap Kapten Oat maka tak kan nak dibuang pulak. Soh marilah kite adjust buat menu yang aku boleh telan. Try letak kat bancuhan tepung untuk buat lempeng tu. Nah! Sedap tanpa sedikit pon rasa aneh!. Tak sangka aku Berjaya makan oat dengan kekdah sebegini rupa.


Resepi ni memang aku dah selalulalulalulalu lalang sangat buat. Asal takde mood makan nasi mesti buat ni.


Bahan-bahan

Tepung
Air
Oat
Garam
Minyak

Mudah bukan bahan yang digunakan. Campur tepung+oat+garam gaul sebati dengan air. Nisbahnya kau adjust je sendiri suka kepekatan yang sebagainama rupa. Dekat bancuhan lempeng tu kau letak la minyak sikit bagi cantek sikit kaler bila di masak nanti. Semuanya kena sikit-sikit-sikit.
Dengan menggunakan senduk saiz M selett kat pan non-stick ikutla kau nak bentuk cemana. bila pakai pan anti lekat ni seronok sikit sebab kita tak payah guna minyak kalau nak guna pun dalam kuantiti yang sedikit.



Siap! walaupun kualiti gambar tak bagus. aku tetap terliur tengok ni. :p

Macam keji je resepi lain, gambar lain kekekeke. aku terajin la letak potato. potong panjang-panjang bagi mood sikit lain pesen kononye. yang pic hujung sekali tu kosong je tak letak potato. rase tetap best!. cecah dengan sambal sardin hirup hazelnut coffee. perghh! tak hengatt..


Selamat mencuba!


6 comments :

Qaseh Dalia said...

alaa nape baru timbul resipi ni , haritu byk giler oat kat rumah tapi tak tahu nak makan camne , last2 expired haha bukan peminat oat jugak

shameel Iskandar said...

Saya biasanya mkn oat dgn susu jer. Nak try lah nnt buat lempang oat ni

azi nur said...

dah lame nak share, asik postponed jek.. hehee

Unknown said...

Tq resepinya

miss panda said...

X suke mkan oat, tapi da terbeli dua paket besar oat... 🙄

Iffah Yazid said...

Sedap, jadi gebu plak lenpengnya.. makan pulak dgn sambal tumis.. Mmg terangkat